31.5.10

Rasa sayang hey!

Satu malam. Malah, tiap-tiap malam, gua selalunya akan tidur dulu. Barulah yang lain susul kemudian. Malam itu, gua sebagai bapa mithali timbul rasa kebertanggungjawaban mendodoikan anak kandung sendiri. Takkanlah nak dodoikan kera di hutan pulak. Setakat ini, dia anak kami yang paling bongsu. Manakala, anak gua yang power ranger pink dan power ranger red tidur dalam bilik bersama emak power ranger. Emak power ranger dah terbongkang kepenatan menguruskan segala macam karenah raksasa tahap Gaban. Kekenyangan pun ada. Gua rasa...

Jam di dinding dah menunjukkan pukul 12.01 minit malam. Manakala jam di tangan dah pukul 12.15 minit malam. Memang pelarasan jam tidak berlaku di situ. Dah berapa kali laras pun akan berlaku kepesongan. Kedua-dua power ranger masih ulang-alik dari bilik ke ruang tamu tak tidur-tidur. Mata mereka masih segar dan bundar. Superhero kecik dah lama hanyut. Mimpi yang indah-indah.

Gua layan tonton tv. Kafe Sukan Astro Arena isu pasal badminton. Kemudian, gua jenguk ke bilik untuk meninjau dua power ranger tu buat apa. Alahai, gua perhatikan power ranger red (senior) membuka bajunya dan meminta power ranger pink (junior) menggaru belikatnya. Entah mengapa, dalam pada gua memerhatikan mereka, hati gua tersentuh... Selalunya mereka berkelahi macam anjing dengan kucing. Kali ini gua nampak, mereka macam aur dengan tebing. Si power ranger pink menggaru belikat power ranger red dengan kelihatannya mereka mesra. Kalian memang yang terbaik menjadi anak urban superhero macam ayah! Ermmm... Sayang kalian!


.

26.5.10

Memo-random

Kepada : Semua barisan pemain futsal yang bertaraf bintang

Daripada : Bukan pengurus pasukan anda

Fail rujukan : Sila semak fail dalam komputer

Tarikh : 25 Mei 2010

Perkara : Perlawanan Futsal Persahabatan Siri III / 2010


Saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, satu sesi perlawanan futsal persahabatan di antara pasukan kita (belum ada nama; gunakan pasukan kita dulu) vs pasukan daripada skuad elit Eropah dijadualkan seperti berikut :

Tarikh : 26 Mei 2010

Masa : 8.00 malam

Tempat : Sports Planet, Seksyen 16, Shah Alam

3. Semua barisan pemain yang bertaraf bintang dikehendaki berkumpul di Sports Planet pada jam 7.45 malam. Di pintu masuk Sports Planet, Seksyen 16. Seusai solat Maghrib. Jangan datang lewat! Jaga nama baik pasukan itu lebih penting dari nama diri sendiri. Oleh sebab masih ketiadaan jersi rasmi. Tambahan pula, tiada siapa yang nak menaja pasukan kita. Baju pemain telah diputuskan untuk perlawanan kali ini adalah bewarna jingga / oren. Dalam bahasa Arab disebut Burtoqolun. Jika tiada, anda tidak layak berdiri untuk barisan pemain futsal kita yang bertaraf bintang.


Sekian.

Majulah Sukan untuk Diri Kita dan Keluarga Kita



(AHTOK)
bukan Pengurus Pasukan Anda.



.

24.5.10

Wahyu

Satu hari gua terima wahyu. Ada tercatat "Tindakan segera sebagaimana dibincang". Gua syak ini bukan sebarang wahyu. Ini mesti wahyu yang memartabatkan dunia perancangan. Gua pun buat biasa-biasa je. Jangan kelam-kabut sangat. Dan jangan terlalu panik. Tak elok kalau pagi-pagi dah panas. Menjejaskan kesihatan. Gua pulak jenis lambat panas. Elok buat aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.

Lu bukan tak tahu. Ini bukan pertama kali gua dapat wahyu sebegini rupa. Asala dapat wahyu je, kerja lain mesti tak jalan. Rileks ar beb! Gua cuba tenangkan fikiran. Gua pergi surau baca al-Quran. Baca sekali dengan terjemahannya. Lantaran itu, gua pun sediakan kelengkapan seperti tukul, pahat, gergaji, pemutar skru, spanar, sesiku L, tabung uji, kertas litmus biru, kelalang kon, mikroskop, mentol, asid sulfrik cair dan perkakasan yang sewaktu dengannya. Tak cukup dengan itu gua sediakan juga perisian. Bukan apa, takut-takut apa yang gua buat macam jadi satu pembaziran dan terlebih laku (over do it). Gua tak nak lah jadi macam projek delegasi angkasawan negara. Pulang dari misi, budak-budak sekolah tiada peningkatan langsung mengenai sains dan hukum jirim. Apa yang mereka minat adalah personaliti angkasawan bukan subjek yang dibawa angkasawan.

Petang itu, gua cakap dengan Selkom. Gua nak potong gua punya berokbeng. Apa barang dia boleh cakap, genapkan sebulan dulu dan buat surat. Ek eleh, gua kata. Sambung punya senang tapi nak potong menyusahkan orang. Potong lain tak susah pun. Tak mesra pengguna langsung! Hangin betul gua dengan Selkom. Baru ada tunggakan bayaran RM120.36 sen dah suruh peguam hantar surat yang berbaur ugutan ke mahkamah. Dia ingat, gua nak bayar. Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi la...


.

20.5.10

Petang yang seram

Satu hari. Gua balik lewat. Bukan satu hari. Dah berhari-hari. Isunya sini, bukan gua balik lewat. Itu bukan isu. Gua tutup pintu bilik. Gua tutup lampu. Satu suis demi satu suis. Kemudian. Gua berjalan ke depan. Macam gua nampak ada komputer yang tidak ditutup. Terus gua terjah. Jeng jeng jeng...

Owh, cahaya dari lampu bilik. Gua kata dalam hati. Gua patah balik. Woit, gua tengok dalam bilik gua ada lembaga hitam tegak berdiri. Bulu roma gua pun turut tegak berdiri. Wo! Gua baca ayat kursi. Gua baca surah al-Ankabut. Entah, gua pun tak pasti kenapa surah tu. Takut gua nak melintasi laluan keluar bilik gua. Tapi, disebabkan keimanan gua yang tinggi. Gua gagahi.

Damn! Rupanya balzer dan coat gua yang digantung. Atasnya ada songkok yang diletak. Pergh! Lega gua...



.

19.5.10

Panel

Satu hari, gua dilantik sebagai panel penilai kepada kawasan yang hendak dinilai. Entah apa kriteria dia pilih gua. Gua pun kurang pasti. Apa yang pasti gua masih tercari-cari. Hari berikutnya pula, gua pergi ke sarang pelacuran buat penilaian. Ia terletak dalam kawasan PBT yang logonya ada binatang pelanduk memegang tombak ke hape entah. Wow! gua kata, apabila nampak lanskap kawasan itu sangat kurang hijaunya. Lebih kepada warna-warna coklat cair.

Lepas itu, gua baru balik dari tapak. Ramai yang tanya itu ini begitu begini tentang tapak. Gua cakap, lain kali ikutlah gua pergi tapak. Gua banyak kerja lain nak dibuat. Takkanlah tak sedar, sekarang semua kerja di atas bahu jemala patik. Gua pikul sendiri.

Kerja semakin lama semakin bertambah. Lu orang kena ingat kata-kata hikmat ini. Jangan sampai gua tunggu benda yang lu fotokopi tak sampai-sampai.


.