31.5.10

Rasa sayang hey!

Satu malam. Malah, tiap-tiap malam, gua selalunya akan tidur dulu. Barulah yang lain susul kemudian. Malam itu, gua sebagai bapa mithali timbul rasa kebertanggungjawaban mendodoikan anak kandung sendiri. Takkanlah nak dodoikan kera di hutan pulak. Setakat ini, dia anak kami yang paling bongsu. Manakala, anak gua yang power ranger pink dan power ranger red tidur dalam bilik bersama emak power ranger. Emak power ranger dah terbongkang kepenatan menguruskan segala macam karenah raksasa tahap Gaban. Kekenyangan pun ada. Gua rasa...

Jam di dinding dah menunjukkan pukul 12.01 minit malam. Manakala jam di tangan dah pukul 12.15 minit malam. Memang pelarasan jam tidak berlaku di situ. Dah berapa kali laras pun akan berlaku kepesongan. Kedua-dua power ranger masih ulang-alik dari bilik ke ruang tamu tak tidur-tidur. Mata mereka masih segar dan bundar. Superhero kecik dah lama hanyut. Mimpi yang indah-indah.

Gua layan tonton tv. Kafe Sukan Astro Arena isu pasal badminton. Kemudian, gua jenguk ke bilik untuk meninjau dua power ranger tu buat apa. Alahai, gua perhatikan power ranger red (senior) membuka bajunya dan meminta power ranger pink (junior) menggaru belikatnya. Entah mengapa, dalam pada gua memerhatikan mereka, hati gua tersentuh... Selalunya mereka berkelahi macam anjing dengan kucing. Kali ini gua nampak, mereka macam aur dengan tebing. Si power ranger pink menggaru belikat power ranger red dengan kelihatannya mereka mesra. Kalian memang yang terbaik menjadi anak urban superhero macam ayah! Ermmm... Sayang kalian!


.

3 comments:

admin said...

best nyer jadi ayah...saya pun baru jer jadi ayah hari khamis hari tu...3/6

Anonymous said...

woi...belikat tu bahasa apa?hahaha

riz said...

Slm,ziarah...dtgler ke blog aku...