2.11.09

Jumpa ketua darjah tak sama jumpa dengan ketua kampung




Sudah suratan kami dipertemukan. Barangkali sudah tertulis. Lalu, kami membuat temu janji di premis makanan segera di lokasi strategik tanah air. Lokasi sebenar terpaksa dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. Berjumpa untuk bersua muka. Borak-borak hal dunia. Maklumlah, hampir dua puluh tahun kami tidak pernah bertemu.

Kami dipisahkan dengan arus pendidikan yang berbeza. Kedudukan geografi yang tak sama. Lalu, pada kala itu, salji seolah-olah mahu turun. Kami meluangkan dalam empat ke lima jam berborak pelbagai topik mengecam keganasan yang berlaku di dunia. Tak tersa pun punggung macam nak kematu. Sambil pekena air bikarbonat panas dan berger keju panas dan kentang lebih ajinomoto. Hari itu kami rasa sangat gembira kerana kami menempa sejarah. Jadi, nasib baik gua cam lagi muka-muka budak kutu ni. Kalau tidak, adanya gua tersalah menyapa orang. Silap-silap awek ala-ala model duduk ngan balak dia kat depan sana gua sapa. Kalian bukan tak tahu, dalam dunia ni ada tujuh orang yang wajahnya iras-iras sama. Jadi, awal pertemuan gua memulakan bicara apabila hendak mengambil tempat duduk di sebelahnya. "Ngko Adi kan? Haha! Betul lah. Lama dah sampai?"

Maka, dengan waktu yang terbatas. Kami hanya sempat membuat satu kata sepakat. Kami benci dadah! Kami tak ambil alkohol! Ada masa kita jumpa lagi sampai salah sorang akan rasa muntah kahak berdarah dan kerongkong rasa perit.


.