28.2.07

Sedar jadi

Kita bertindak ikut apa yang kita nak jadi. Orang yang memang malas, cara dia bertindak tak sama dengan orang yang rajin. Orang yang malas, macam-macam dia buat untuk mengelak daripada rajin. Jadi, itulah dia. Kita muhasabah diri masing-masing. Yang kita lakukan hari-hari ini membawa kita ke mana? Nak jadi apa?

Maka, perkasakanlah diri kita mulai sekarang supaya kita mempunyai tabiat yang betul. Tabiat orang hebat adalah orang yang sentiasa bertindak seperti manusia.

Bertindak seperti manusia bagaimana? Terpamer dengan perbuatan yang dia lakukan. Terbukti dengan apa yang diusahakan. Dia bertindak ikut apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Saling berkait, saling kuat-menguatkan.

Akhir kata, tak semua yang indah dan cantik itu membahagiakan, kadangkala ianya indah di mata, apabila di tangan sendiri ia berubah warna.

27.2.07

Sedar tabiat

Orang yang salah bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kebaikan. Orang yang benar pula bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri. Ringkasnya, 'nobody is perfect!'

Anda jangan hairan, kalau orang melihat anda dan berkata, "Dia tu dulu sama-sama main longkang dengan aku. Masa sekolah bukan main bodoh. Sekarang jadi profesor. Aku memang tak percayalah."

Mungkin ada orang kata begini di belakang anda, "masa mula-mula nak terbitkan buku kata diberi salinan. Sekarang lain pula cerita. Apa kebendanya? Apa kejadahnya!"

Tidak mustahil juga tanpa pengetahuan anda ada orang berkata, "Dia kata tak ada untung jual buku. Tengok-tengok dah jadi orang kaya-raya. Ini mesti ada muslihat di mana-mana. Mesti punyalah."

Jangan hairan, manusia sentiasa akan berkata sesuatu terhadap anda. Biarpun anda tidak pernah kenal atau tahu siapa mereka itu. Biarpun anda sendiri tak pernah bersembang di kedai kopi dengannya. Tidak kira, anda orang kecil atau orang besar, anda orang atasan atau orang bawahan, anda akan tetap jadi perbahasan manusia.

Tradisinya, sesuatu ilmu itu memerlukan tiga tahun untuk dikuasai, maka manusia tradisi akan berpegang kepada tempoh masa berkenaan untuk memberikan pengiktirafan. Manusia selalunya begitu, usah bersedih atau selalu ambil hati. Boleh kecewa dengan tanggapan salah manusia tetapi anda perlu gembira dengan pencapaian anda sendiri.

Tidak akan ada sudahnya kalau memerhati kata-kata manusia. Kadangkala penuh nista dan duka. Ia berselirat dengan seribu satu pertanyaan yang tidak akan ada noktah kepada jawapan yang mereka berikan sendiri.

Sedar silap

"Saya tak nak blogger hari ini tersilap sebagaimana saya tersilap"

Setiap daripada kita memerlukan mentor. Kita memerlukan orang untuk tengok kita. Bimbing kita, nasihat kita. Sebab kita memang tak berapa nampak jalan di depan kita. Orang lain lebih nampak.

"Woooh! Dari tol Shah Alam aku nak ke Putrajaya ikut Lebuhraya ELITE, ini jalan ke K.L!"

Pasal apa kita tak berapa nampak? Sebab kita direnyahi dengan keegoaan, riak, sombong, rasa pandai sangat atau rasa bodoh sangat. Tapi, orang di sekeliling kita nampak. Sebab itu, kita memerlukan orang yang boleh menegur kita, takut-takut selama ini kita pakai seluar koyak tapi sebab rasa dah betul sangat sampai orang nak tegur pun tak berani.

Kalau boleh jadikan kawan sejalan menuju gunung kejayaan, jadikanlah. Seribu kali anda sudi, seribu kali saya sudi. Sahabat, bakal mengeluarkan arus alpha bukan alpa, arus kecemerlangan dan kegemilangan dalam hidup kita.

26.2.07

Sedar situasi

Kita harus menceriakan dan membahagiakan hati kita sendiri, setiap hari, bermula setiap pagi. Di situlah suisnya. Di situlah bermula segalanya. Hati kita hak kita. Hanya kita yang tahu situasi apa ia berada dan ke hala mana kita hendak membawa dia. Ketika anda bangun tidur, apa perkataan pertama yang muncul dalam hati anda? Dari bacaan yang dibuat dan menurut pakar motivasi, ada tiga situasi.

Situasi pertama :
Orang yang bangun tidur dan hatinya berkata, "Alamak, hari ini hari Isnin. Apasal lah hari ini hari Isnin. Malasnya aku nak pergi kerja. Bencinya aku nak pergi kerja. Menyampahnya aku"

Situasi kedua :
Bangun saja tidur, dia tak menyumpah-nyumpah seperti di atas, sebaliknya dia terus mandi, terus bersiap-siap dan akhirnya pergi kerja ataupun pergi sekolah. Bagus, tapi ada yang kurang. Apa yang kurang? Yang kurang dia tak sembahyang Subuh.

Situasi ketiga :
Lihatlah alam apabila bangun dari tidur dengan penuh keceriaan, keseronokan, kenikmatan dan ketahuilah ia amat bewarna-warni. Siapa yang menentukannya? Kita sendiri. Sedar tak sedar, ada di antara kita matanya celik tapi melihat alam ini tanpa warna - hitam putih saja. Jangan terperanjat. ini simbolik untuk orang yang tak rasa ceria menghadapi harinya. Orang yang rasa bosan, lembam dan menyelimutkan tubuhnya dengan sifat-sifat negatif adalah mereka yang melihat alam ini tanpa warna.

Akhir kata, untuk cemerlang cukup banyak halangannya, juga apa kurangnya untuk tidak cemerlang. Kalau anda rasa anda cemerlang milikilah kemahiran, berfikir dengan kepintaran.

25.2.07

Sedar ruang

Aku belum berapa hafal kerat doa itu. Memang aku dikerah untuk mengepalai membaca doa setiap pagi. Tapi, aku belum hafal lagi. Doanya panjang sekali.

Satu pagi dalam bulatan perkhemahan pengakap, cikgu bertanya, "Awak dah hafal doa tu?"

Lalu kawan aku menjawab, "dia dah hafal cikgu.., bagus. Saya dah dengar."

Mampos! Dalam hati aku. Memandai-mandai dia jawab untuk aku.
"Baik, awak selangkah ke depan, sebelum memulakan aktiviti kita mulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu", cikgu.

Aku melangkah setapak ke depan. nak tolak takut kena marah. Dah beri masa masih tak hafal lagi, nanti katanya. Lalu aku mengangkat kedua tangan untuk memulakan doa.
Dalam hati cemas pun ada. Gigil rasanya. Aku terketar-ketar di kala itu. Lepas ni, siap aku kerjakan kau. Memandai-mandai kata aku dah hafal.

Doa dibaca.

Eh, lancar pulak aku baca. Tak tersangkut-sangkut. Kemahiran yang sungguh luar biasa. Aku baca saja apa yang terlintas di kepala. Doanya sedikit Arab dan sedikit Melayu. Fuh, lega aku. Sejak kejadian itu, aku terus hafal doa itu, sering aku baca di awal pagi perhimpunan sekolah. Ya, aku masih ingat jika suruh diulang doa itu lagi.

Moralnya : Kemampuan diri kau sebenar hanya kau tahu setelah meletakkan tekanan pada diri kau sendiri. Tekanan dari dalam diri kau itu adalah satu kuasa booster yang kau perlu cipta.


Oleh itu, jika kau mahu tahu kemampuan kau melompat longkang yang besar, kau mintalah anjing garang mengejar kau. Pasti kau boleh melepasi longkang yang besar itu walau pada hakikatnya dalam keadaan normal kau tak mampu untuk melepasinya. Tak percaya? Cubalah!

24.2.07

Sedar diri

Aku suka bercakap pada diri aku sendiri begini :
Cukupkah ilmu aku untuk menggalas cabaran pada masa depan? Aku ni okey ke? Adakah aku tahu semua selok-belok mentadbir keluarga? Bolehkah aku memimpin keluarga?

Dalam sesebuah rumah tangga, menuntut kemahiran serta pengetahuan tentang ilmu pengurusan, ilmu psikologi, ilmu motivasi, ilmu ekonomi dan yang terpenting daripada semua itu ialah ilmu agama.

Aku suka menyeru pada diri sendiri agar sering menambahkan ilmu sebab tak mungkin aku pandai dalam semua perkara. Walaupun aku dah sampai universiti. Ya, kecik sangat bidang yang aku pelajari.


Kalau di Universiti aku belajar Urban & Regional Planning, kat rumah tak guna ilmu tu sangat. Di rumah kan berhubung dengan insan bukan alat atau robot atau bangunan. Kena ada ilmu psikologi untuk fahami anak, untuk fahami isteri. Kalau aku dapat 4.0 CGPA pun waktu di universiti, tak ada kena-mengena dengan kekeluargaan, sedangkan yang kita pimpin ni anak-anak. Kita perlu ada ilmu keibu-bapaan. Tak ada siapa yang pandai dalam semua perkara kan?

Oleh itu, aku perlu tambahkan ilmu pengetahuan sebab kehidupan di dunia ini semakin canggih, maknanya kita juga perlu canggih dan maju ke depan.

Akhir kata, apabila seseorang itu mengatakan dia pandai sebenarnya di situlah bermulanya satu kebodohan yang terselindung di dalamnya. Lebih baik mengaku diri bodoh.

Kepada Encik Naga dan rakan-rakan penulis. Minta maaf banyak-banyak. Aku perlu tambahkan ilmu tentang selok-belok penerbitan untuk masa hadapan. Marilah sama-sama kita menuntut ilmu.

23.2.07

Dialog ayam dan lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni mentetas dan bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah takde nanti. Tapi manusia ini memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!). Bodoh macam lembu punya telur!


Wahai ayam dan lembu, kalau nak dikira nasib aku lagi malang. Dahlah buat kerja amal dan tidak meminta bantuan sesiapa. Lebih baik usaha murni aku daripada orang berfoya-foya tak tentu pasal. Aku yang jujur dalam dunia ni pun tak semena-mena aku mahu dimasukkan ke mahkamah kerana perkara sekecil co'et saja. Pulak tu, tiada siapa yang mengucapkan terima kasih. Bukannya kena bayar pun! Selamat tahun babi.

Satu jari kau tunjuk kesalahan orang dan jari yang lainnya menunjukkan diri kau sendiri.

22.2.07

Semua melihat positif?

Sdr. Penerbit dan penulis2,
Ada dua kes yang boleh disabitkan di sini.

1. Pelanggaran perjanjian di antara pihak penerbit dengan penulis.

Sesebuah perjanjian bolehlah dibuat secara bertulis atau dalam bentuk apa sekalipun, selagi sesebuah kontrak dari kedua-dua belah pihak boleh dibuktikan. Jika ia adalah sebuah ‘draf’ perjanjian – kontrak itu hendaklah disudahkan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pada akhir tempohnya sebelum sesebuah kerja penerbitan itu dilaksanakan. Mana-mana pihak yang melanggar persefahaman ini adalah dianggap telah melanggar sebuah kontrak.

2. Menerbitkan karya orang lain tanpa meminta izin.

Sesebuah karya yang telah diterbitan adalah termaktub di bawah undang-undang seperti yang telah dinyatakan pada halaman hakcipta sesebuah buku. Yakni, tidak dibenarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakan dll sebelum mendapat izin bertulis dari (penerbitan asal atau pengkarya) terlebih dahulu. Jika, undang-undang hakcipta ini telah dilanggar – maka penerbit bolehlah dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan. Jika penerbit telah dibuktikan bersalah – mereka bolehlah dihukum.

Kendatipun, hal undang-undang ini tidak dinyatakan dengan jelas apabila dikaitkan dengan karya-karya yang disiarkan di Internet (blog, etc). Hatta, undang-undang harta intelek itu juga agak kabur bagi sesetengah kita. Apapun, perlakuan menyiarkan karya dari blog orang lain, dalam apa bentuk sekali pun, tanpa mendapat izin terlebih dahulu, bolehlah dianggap sebagai perlakuan yang tidak beretika.

Alasan ‘sudah pun meminta izin, tetapi penulis senyap sahaja, jadi penerbit menganggap ia adalah satu tanda persetujuan dari pihak penulis’ tidaklah boleh dijadikan bukti/alasan bahawa penulis bersetuju karyanya diterbitkan oleh penerbit.

Kes saya: seperti yang disebut dalam perkara 2.

Sebagai penulis, saya rasa tersinggung dengan kejadian ini. Terus terang saya mengaku bahawa tidak pernah berbincang atau membuat sebarang perjanjian/kontrak dengan pihak penerbit untuk menerbitkan satu entri saya di dalam buku/zine JURING tersebut. Oleh kerana itu, saya memohon pihak penerbit membuat satu permohonan maaf secara terbuka di satu topik baru di forum Geng Jurnal dan di blog penerbit dan di ruang komen di blog Hikayat Sinaganaga Origami.

Kegagalan pihak penerbit untuk melaksanakannya dalam tempoh masa 7 hari boleh mengakibatkan satu implikasi lain dan boleh menimbulkan satu kesulitan lain kepada banyak pihak.

Saya rasa, prinsip saya jelas.

Sekian, terima kasih.

p/s: Sebagai nasihat peribadi (seperti yang telah saya beritahu kepada sdr. Basri, sdr. Tok Rimau, dan lain-lain: BUKAN SUSAH NAK TERBITKAN BUKU dan BUKAN SENANG NAK TERBITKAN BUKU Juga.)

Sinaganaga
___

Sebagai pengasas Juring, saya terpanggil untuk memberi pandangan.

Saya telah merujuk kepada beberapa nama yang e-melnya tersiar di atas untuk mengetahui duduk perkara. Maka, jelaslah kepada saya akan isu sebenarnya melainkan ada lagi maklumat tersembunyi.

Secara dasarnya kita semua bersetuju bahawa kegiatan membukukan hasil blog adalah sesuatu yang perlu disemarakkan. Sebagai penulis, kita semua suka akan buku. Kita juga suka bila tulisan kita dibukukan.

Pun begitu, oleh kerana kita ini bukan orang kaya atau bukan penerbit yang berpengalaman, kita bereksperimen mencari modus opendi yang sesuai. Rujuk prosedur terbitan Gangguan Teksual, Jiwa Kacau dan Rapat. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan.

GT: Penulis diberi beberapa naskah sebagai penghargaan mereka menyumbang kertas dan karya kepada penerbitan.

JK: Penulis diberi 20++ naskah sebagai timbal balas modal wang dan karya seni mereka.

Rapat: Penerbit (GJ) melombong artikel dari forum GJ sebagai bahan tambahan utk buku program gathering. Semua keuntungan, jika ada, jadi milik komuniti GJ yang juga dianggotai oleh penulis2.

Isu penerbitan Juring menjadi fokus. Saya tabik penerbit kerana berjaya menghasilkan terbitan itu. Pun begitu etika penerbitan mestilah dipatuhi. Hubungan murni antara penulis dan penerbit perlu dijaga. Memetik kata Wak Din bekas presiden Gj dulu:
"Win-win."

Oleh itu: Saya menyeru pihak penerbit memberi penjelasan yang jelas tentang modus operandinya dan tanggungjawabnya terhadap penulis. Jika terdapat kesilapan, hendaklah
kesilapan itu diakui dan permohonan maaf tanpa syarat dipohon.

Jika khilaf, perdebatan dan ketidakpuasan hati berpanjangan; kita akan bawa isu ini kepada AJK Geng Jurnal untuk diadili. Semoga pelajaran yang kita dapat dari sini akan memantapkan lagi proses penerbitan buku kita yang akan datang.

Tok Rimau

______

Salam semua,

Salam ceria dan bahagia. Harapnya hari ini hari bahagia anda. Begitu untuk hari-hari yang seterusnya. Keluar dari dunia kepompong anda dan cari keceriaan di sekeliling anda. Terlebih dahulu, saya susun sepuluh jari meminta ampun dan maaf. Harap dimaafkan segala kesilapan yang berlaku.

Dah baca emel terdahulu kan? Ada yang kisah sangat. Ada yang tak kisah langsung! Apa-apa pun baca penerangan ini. Kalau panjang. Sambung esok.

Terus ke point. Berikut adalah sedikit latar belakang menerbitkan zine JURING. Juga beberapa alasan konkrit saya untuk tidak memberi kalian satu salinan zine JURING. Kejam tak? Hua hua hua...

Tapi, bukan saya kata tak bagi anda terus melenting. Ewah, kalau soal bayar semua respon cepat. Banyak cantik! Kalian cukup untung sebab saya memaklumkan. Kalaulah saya diam diri dan tikam dari belakang lagi bahana jawabnya! Kan ke jujur namanya tu. Kalau anda melenting bagus. Sebab itu hak anda dan karya anda di’palagiat’. Perkara ini kan boleh dirunding. Pendekatan perundingan kan enak. Ada blogger yang menukar karyanya dengan saya setelah berunding. Bukan terus menyalahkan saya dan menyatakan hak anda. Sila teruskan membaca.

Kronologi tiga emel pertama saya ada maklumkan mengenai bilangan zine JURING akan diberikan kepada penulis berdasarkan sumbangan entri kalian. Betul? Baik saya ulang!

P/s: Penulis akan meneriman salinan berdasarkan bilangan mukasurat entri yang dihantar, sepertimana berikut:
1-3 m/s = 1 salinan
4-6 m/s = 3 salinan
7-9 m/s = 5 salinan

Pasti kalian kata betul. Sila semak semula kandungannya. DRAF ada tertulis kan? Ya DRAF..

Jadi, ada beberapa rakan yang peka memberi respon tentang perkara ini. Kata ada diberikan salinan. Dah janji tak diberi. Saya berjanji? Saya sekadar memesan. Nampak tak P/s kat atas tu. Hehe... Maka sebab itu saya tulis DRAF takut-takut ada kontigensi kos dalam usaha menerbitkan zine JURING ini. Lagipun tiada apa-apa kontrak yang kita meterai sebelum ini. Maklumlah, saya bukan tahu sangat benda-benda gini. Baru nak belajar. Kata orang cuba dulu baru tahu kan. Oleh itu saya cuba dengan rela hati. Kalian pun tak ada mendesak. Cuma saya yang cabar diri saya. Itu saja.

Seterusnya emel kedua dihantar. Pun hanya beberapa ketul yang bagi respon. Jadi, saya mengambil keputusan untuk 'proceed' atas kerelaan sendiri dan meneruskan usaha menerbitkan zine JURING ini tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Namun saya sedar, kegolojohan nafsu untuk menerbitkan zine ini menjadi titik tolak kepada saya agar tidak menuggu begitu lama daripada anda semua. Tamabahan pula, hal ini dah dimaklumkan di dalam forum dan tiada siapa yang beri respon. Kalian peka atau pekak?

Mulanya, perkiraaan kasar saya, zine ini hanya mengandungi enntri-entri dalam perlumbaan JURING II. Tapi, semasa tugasan akhir, E-zine telah tersedia oleh saya untuk didownload. Maka jika saya keluarkan sama saja produknya. Untuk itu, atas usaha dan inisiatif saya mahu tambah beberapa entri segar dan beberapa entri penulis jemputan. Sudahnya, muka surat dah bertambah dalam lingkungan 180 muka surat. Lebih kurang setebal PESONA atau MASTIKA yang ada di pasaran tanah air.

Hajat di hati nak fotokopi saja dan distaplekan saja. Tengok-tengok. Nak distaple tak cantik sebab terlalu besar. Mudah koyak. Maka saya ambil keputusan untuk membuat ‘perfect binding’ di gam di bahagian tepi ibarat buku seperti yang kalian lihat di dalam forum.

Bukan berkira. Dengar dulu penerangan ini. Setelah di'binding', dipotong bagi cantik dan solek lawa-lawa. Saya hanya mampu mengeluarkan hanya 20 salinan kerana faktor kewangan. Satu zine berkos RM9.80. Maka saya keluarkan RM196. Ini baru kos kasar. Tak masuk kos printing 'master copy', kertas, duit minyak, kepakaran dan banyak lagi. Saya pun bukan nak cari untung dan boleh jadi kaya dengan membuat ini.

Niat murni saya adalah untuk memeriahkan lagi dunia penerbitan dan membantu mempromosikan karya kawan-kawan dan blogger semua. Itu saja. Seharusnya kalian bangga kerana ada kawan begini. Kalau saya dianggap kawan. Syukurlah. Tak cukup? Teruskan membaca.

Awalnya, saya dah duga kalian akan melenting. Memang dah jangka. Tapi, cuba kalian fikirkan. Saya salin entri kalian. Sunting (walaupun tiada siapa yang suruh), buat tataletak, design cover, tambah entri segar, tambah grafik dan ruang-ruang kosong, saya cetak dan terbit, saya keluarkan duit. Saya tak minta usaha anda dan duit walau sesen pun untuk itu. Kalian boleh kata, kenapa tak minta? Huh, panjang pula ceritanya. Barangkali, modus operandinya perlu diperbetulkan. Lagipun memang saya dah niat ada 'win-win stuation'.

Maka dengan itu, saya kira-kira kalau salinan diberikan mengikut entri. Salinan tak mencukupi. Atau satu penulis satu salinan tak dikira berdasarkan entri. Juga tak cukup. Ada 12 penulis dan 5 penulis jemputan. Dah 17. Tinggal 3. Wasit dan juri? Ngam ngan sap soi barangkali. Rugilah beb ini macam. Projek amal namanya. Apa kejadahnya saya beramal untuk penulis yang goyang kaki. Kalau saya niat bersedekah ok juga. Tapi tidak! Takkanlah usaha saya sendiri tak berbayar. Nanti ada pula yang kata kenapa entri saya lebih dapat satu salinan saja. Jadi, saya pukul rata. Semua tak dapat walau satu salinan sekalipun kecuali salinan soft copy yanga akan diberitahu kelak. Untuk itu, thread yang dipos ke dalam forum GEJU saya sunting semula dan tak berkesempatan untuk memaklumkan kepada penulis kerana kesibukan urusan dunia. Jelas?

Kalian pun boleh buat yang sama jika kalian mahu. Saya buat. Suka hati sayalah! Huhuhuhu. Kalau semua diberi percuma. Macamana dunia penerbitan dan penulisan nak berkembang beb. Tauke babi pun jual tahi babi buat baja. Tak gitu? Sekurang-kurangnya, say aberi penghargaan dan kredit kepada anda malahan anda semua menghentam saya. Secara langsung, ini memberikan motivasi kepada saya untuk menerbitkan satu lagi blook atau zine pada masa mendatang.

Seharusnya, anda berterima kasih kepada saya kerana membantu mempromosikan blog dan karya anda. Kalau tidak, anda buatlah sendiri. Tidaklah hanya berpusing di situ-situ saja. Di dunia sempit anda saja. Bukan menghentam dan menembak saya. Adoi! Doi doi... Fikir-fikirkanlah. Percayalah, usaha yang setimpal akan dapat hasil yang setimpal. Kalau saya silap, itulah diri saya. Maaf seadanya.


Wassalam

Permisi. Jumpa di lain masa.
___

Salam semua penulis budiman dan bijaksana.

Alhamdulillah...Dengan limpah dan KurniaNya dapat kita berhubungan melalui akses ini.
Diharapkan anda ceria selalu. Terlebih dahulu, ingin saya mohon kemaafan di sini di atas kesilapan atau kealpaan atau kurang belajar saya dalam dunia penerbitan kecil di tanah air ini.

Sudikanlah memaafkan sekelumit kesalahan saya ini kiranya. Sebelum saya meninggalkan dunia yang fana ini dan menghabiskan sisa-sisa hidup saya di alam yang bersifat sementara ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua mati dalam keadaan kebaikan. Amin.

Terima kasih juga saya ucapkan kerana ada orang yang sudi menegur saya dalam soal ini. Maknanya mereka masih sayangkan saya. Jika tidak, pasti saya hanyut dalam gelojak nafsu dunia penerbitan saya sendiri. Siapalah saya, dan saya akui saya melanggar etika yang disebut sebagai hak-hak sebagai penulis dan dunia hakcipta. Dari sini, saya perlu belajar banyak lagi "code of ethics" dan juga "do's & don't" dalam dunia penerbitan. Rasanya juga saya dah meminta keizinan tapi tak tahulah kalau terlepas pandang atau terlupa barangkali. Saya kan manusia biasa. Mudah lupa. Saya juga tak punya syarikat penerbitan sendiri.

Jadi, jika ada sesiapa yang tersinggung, maafkanlah semua ini. Maafkan saya. Maafkan saya. Mungkin saya terlepas pandang atau undang-undang hakcipta dilanggar atau undang-undang yang terlalu longgar atau apa saja. Barangkali orang yang lebih ilmu dalam soal ini boleh mengadakan bengkel sukarela untuk mengatasi masalah etika ini.

Walaupun begitu, saya tidak akan berputus asa dalam soal ini. Saya belajar sesuatu darinya. Saya di landasan yang betul tapi cara melalui landasan itu kurang betul agaknya. Rasanya, cukuplah saya meminta maaf di sini dan tak perlu disiarkan di mana-mana ruangan secara terbuka. Harapnya kalian faham. Harapnya juga, tiada sengketa, dendam dan benci antara kita. Tutup fail kes ya.

Untuk itu, memang saya dah berniat ikhlas di awal-awal lagi. Sebagai sumbangan kepada semua penulis dan penulis jemputan, saya beri Ezine JURING format Pdf ini untuk kalian. Harapnya ia berbaloi dan dapat menebus kealpaan saya dan gelojoh benar ingin menerbitkan buku atau zine. Tak sangka juga hal ini diambil serius oleh sesetengah pihak walaupun pada mulanya saya saja provokasi, ingin enjoy dan mendapat kepuasan sendiri. Baguslah jika begitu. Kalau bukan rakyat Malaysia seperti anda siapa lagi yang mahu pertahankannya.

Wassalam.

Permisi dulu.

19.2.07

Surat cinta kepada bos

"Buat ayat 'simple', ringkas, padat dan 'straight forward'"

Diam.

"Kita struktur semula laporan ni. Tak mau tebal-tebal. Takpe, I baca, then edit dan conteng. U taip semula."

"Mak aiiiih! Dah berapa kali di struktur laporan ni aku pun tak tahu. Sabor je la..."

Sudahnya aku tak bercuti Pada Tahun Babi. Sedangkan Babi diraikan! Ha ha ha.

Aku tak berhajat nak tulis panjang berjela. Bos suruh tulis pendek-pendek. Ringkas dan padat. Nanti aku perrincikan entri ini di lain masa.

Sekarang aku mau tulis satu kisah yang satu lagi. Kisahnya begini.
Aku draf surat untuk menghantar dokumen. Surat formal. Atau kita panggil 'cover letter'. Aku karanglah dengan ringkas dan padat. Ada dua point utama satu muka surat

Bos, camni buleh ke surat? Aku tunjuk Bos.

Bos baca. "Eh, apa ni. Apa ni... U tulis surat cinta ke? Nati dulu, nanti dulu... Gini, gini..." bos sedikit gagap. Woh! Aku tak kutuk bos. Kau jangan tuduh aku. Lalu dia baca dan conteng dengan pen merah.

Sudahnya surat itu yang asalnya dua point jadi lima point dan dua muka surat. Aduuih... Siapa yang bercinta ni. Bos ke aku? Ha ha ha.

Bos, Selamat Tahun Babi. Terbatuk babi makan limau berkotak-kotak!
Bos, terima kasih belanja saya makan sepanjang saya bekerja bersama bos di Tahun Baru Cina. Kawan saya juga ada belanja makan. Makan BBQ ayam hangus bersalut mayonis. Sedap.

16.2.07

Ramas rimas

Kau akan berasa rimas kalau kau diberi peringatan berkali-kali seolah-olah kau ni buta kayu dan tak tahu jaga diri. Kau rasa macam nak ramas-ramas dan picit 'telur' orang itu.

Kau akan lagi rasa rimas bila kau dah bagi no. akaun bank pada seseorang lalu dia hilangkan nombor itu dengan alasan 'missplace'. Kau rasa macam nak ramas-ramas buahnya yang masak ranum, tinggal tunggu masa untuk dipetik dan dikelurkan dari sarungnya.

Kau lagi akan rimas apabila bos suruh datang pejabat untuk menyiapkan segala keperluan untuk pembentangan projek dan laporan yang berkaitan. Kau rasa macam nak ramas-ramas. Ooops! kau nak mampus. Itu bos kaulah! Silap-silap dia picit 'telur' kau.

"Sila datang opis pada 17, 18 & 19 Februari 2007"

"Bos, saya tahu saya berkulit sawo matang dan bukan Cina. Tapi adakah saya kena datang pada Tahun Baru Cina sedangkan orang Cina bersuka-ria dan bersenang-lenang di atas katil di dalam kamar atau di meja makan menjamu hidangan atau balik kampung mereka berjumpa sanak-saudara? Kalau Bos bagi limau sekotak saya datang? Ada ganjaran barulah semangat saya nak datang. Tapi takpe bos, saya punya motivasi diri yang kuat dan kental. Saya selalu fikir kalau Malaysia boleh! Saya juga boleh! Akhir kata dari saya bos, Saya akan berniat pada hari itu saya datang kerja kerana menjalankan tanggungjawab dan berniat melakukan ibadah. Saya akur bos. Sekian terima kasih. Saya datang nanti, bos jangan tak datang pulak."

Ini hanya jawapan dalam imaginasiku. Bos tetap bos dan suka hati boslah kalau nak memerintah saya. Tapi, saya juga punya hak sebagai pekerja. Ha ha ha... "Sahaja aku pergi kerja kerana Allah Ta'ala dan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Amin

15.2.07

Ooo Burung...

Dalam sebuah negara yang diberi nama Malaycindia. Terdapat pelabagai tarikan destinasi pelancongan. Baik yang semulajadi mahupun yang buatan punya. Ada pulau-pulau, pantai, air terjun, hutan tropika, gua, taman-taman tema, pusat hiburan, pesta kebudayaan, homestay dan banyak lagi. Di neagra Malaycindia ini memang ramai pelancong asing dan tempatan yang datang berkunjung. Satu hari, ada seorang pelancong asing, lelaki otai. Minatnya adalah menjalankan aktiviti bird watching. Selain itu lelaki otai ini hobinya memelihara banyak spesis burung di dunia. Pada suatu pagi tergerak di hatinya untuk pergi ke negara Malaycindia dan ingin membawa beberapa ekor burung. Termasuklah burung belatok yang dibelinya dari Indonesia. Di samping menjalankan aktiviti bird watching, lelaki ini terlibat dalam satu pameran burung di negara Malaycindia di kawasan Wilayah Kutuan. Namun, harapannya hancur apabila burung kesayangannya telah hilang sejurus selepas dia menginjakkan kaki di negara Malaycindia. Dia berasa si pencuri sudah keterlaluan. Lelaki otai itu lalu membawa masalah ini di Pusat Maklumat Pelancong yang dibina di seluruh negara Malaycindia yang kadangkala tiada orang di situ. Akhirnya, dia dapat menentukan hari untuk membuat pengumuman tentang burung di Pusat Maklumat Pelancong Ibu Pejabat.

"Siapa di sini yang ada burung?" Lelaki otai

Seluruh hadirin lelaki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki otai itu menambah "bukan itu maksud saya".

Lalu diajukan soalan yang lain. "Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh hadirin wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung,

"Maaf, bukan itu maksud saya."

Sekali lagi dia cuba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?"

Separuh hadirin wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi,

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, seorang wanita pun berdiri. Wanita itu adalah isteri lelaki otai itu. Yeay!

Terima kasih.

___
Lawatan sambil melencong :
Malaysia : Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia

14.2.07

Iklim khatulistiwa yang panas

Di suatu petang, sedang kami enak berehat-rehat sambil menonton saluran tanahair di kaca TV. Dihidangkan pulak dengan air sirap bandung ais yang lemak berkrim dan rasa sedikit berkarbonat berperisa aiskrim soda glukosa. Setidak-tidaknya, dapat menghilangkan dahaga dan tekak yang perit. Juga mendinginkan suasana yang amat panas. Sungguh bahang hari itu. Berpeluh dibuatnya walau kipas dipasang selaju helikopter berlegar di ruang udara. Si anak memang manjadi kebiasaan berlenggeng tanpa baju. Hanya di kala malam jika sudah lelap tidur baru dipakaikan baju oleh ibunya. Atau hendak keluar berjalan ke mana-mana. Jika tidak, separa bogel si anak di rumah.

"Panasnya hari ini..." si ayah.
"Itulah... awak banyak dosa.." si ibu menjawab.

Urmmph. Si ayah tersenyum lebar tanda kata-kata tanpa bidasan.

Malamnya, si anak sudah terbaring lena. Si ayah baru hendak melelapkan mata. Dengar pula rintihan si ibu mendesah-desah. Memalingkan badan kejap ke kiri, kejap ke kanan. Resah gelisah.

"Huh.. Panasnya malam ni. Takleh tidurlah..." si ibu mengeluh
"Itulah.. awak banyak dosa juga..." si ayah membalas semula kata-kata pada siang tadi.
"Rasa nak lucut bajulah..." si ibu
"Wow! Lucutlah. Rezeki di malam khatulistiwa yang panas ni." si ayah berbisik.

Lalu si ibu melurutkan bajunya dan melepaskan kain batiknya. Maka diapun bersantai ala-ala tepi pantai umpama melakukan sunbathing gaya pelancong asing di pantai Malaysia.

Malam itu, si ayah tak boleh tidur lelap bukan kepanasan. Entah. Tidurnya tidak berpaling walau sekejap. Matanya hanya tertumpu kepada dua benjolan yang tersembul itu. Dan tangannya mencari-cari alur lurah-lurah yang dikatakan panas dan hangat. Enaknya berCINTA.

Nota : Seronoknya ketika sedang bercinta. Lalu kau memiliki cinta itu. Isteri bukan hanya satu anugerah tapi dia juga sebagai tempat bersantai.
___
Lawatan sambil membaca dan melancong:
E-zine tourism 2007 (vol 1)

13.2.07

Kemiripan

Hasil 1

Hasil 2

Hasil 3

Saja suka-suka (dapat link dari M. Shah). Tiga foto berlainan dicuba untuk melihat kemiripan muka saya dengan selebriti antarabangsa. Daripada tiga keputusan tersebut, semuanya mengeluarkan hasil yang berbeza-beza. Pelik saya. Baiklah, kita ambil peratusan yang tertinggi. Hasil 1; muka saya mirip Brandon Lee (74%). Hasil 2; muka saya mirip Gary Cooper (73%). Hasil 3; muka saya mirip Marcus Schenkenberg (61%). Barangkali kacukan ketiga-tiga artis ini jadilah acuan wajah saya. Wuiks! Kalau gitu saya berdarah kacukan Hong Kong, Itali dan Perancis. Tapi, saya rasa hairanlah. Daripada ketiga-tiga hasil ini. Dua kali nama Kate Winslet diulang. Dia cantik kan? Selepas ini, boleh panggil saya Brandon Lee. Wacaa....! Woi itu Bruce Lee. Sepupu-sepapat la tu...
Nota: Hanya iras-iras. Tuhan menciptakan manusia punya variasi. Tuhan itu Maha Bijaksana kan?

11.2.07

Perasa strawberi

Kekadang idea tak datang mahu menulis. Kekadang kita tak punya idea langsung. Kekadang juga, kita rasa boring dengan kerja yang kita buat setiap hari. Asyik-asyik buat benda yang sama je. Sebab itu rutin kita di pejabat. Lama-lama boringlah, ye tak? Kita rasa begitu stress sekali kerana penggunaan kepala otak kita yang tak seimbang antara kanan dan kiri. Untuk pengetahuan anda semualah... Kini, saya mula meminati warna merah jambu. Saya juga suka minum air berperisa strawberi. Di kala lapang, saya gunakan sepenuhnya masa terluang dengan membuat kerja-kerja yang tak biasa saya buat sebelum ini seperti membaca buku ilmiah, mengaji, menyepah dan mengemas rumah, mencuci pinggan sambil membazir air dan sebagainya. Jadi, jadual harian saya begitu padat dengan aktiviti-aktiviti kreatif yang saya rencanakan untuk menghilangkan rasa kebosanan.

"Papa, nak soso stobeyi..." pinta si anak

"Uiks, bila pulak dia tukar ayah dengan penggilan papa. Dan bila pulak dia menyukai susu berperisa strawaberi ni..."

Di suatu pagi, si anak menyelak rawak bukunya yang bertajuk ABC. Sejak dua-menjak ni rajin pula dia menelaah bukunya. Lalu dibukanya pada huruf C. Terlihat perkataan CAT dan gambar kucing. Lalu si ayah menunjukkan pada dia dan berkata ku..cing...

"Ucannn arrr.. Nyeow" katanya pelat.

Si ayah dan ibu tersenyum. Lalu si ayah terus melayan dan berkomunikasi dengan si anak.

"Bunyi lembu macam mana?" Ayah tanya lagi

"Boo boo boo..."sambil menggoyangkan kepalanya kiri dan kanan.

"Bunyi kambing?"

"Bek bek bek..."

"Bunyi ayam?"

"Kok kok kok..."

Riuh ruang tamu dibuatnya telatah mereka.

"Bunyi itik?"

"Kuek kuek kuek..."

"Bunyi monyet?"

Dia diam. Pandang mama dan papanya.

"Macamana?" mamanya tanya

"Macamni lah, uh ah ah uh urk.." si ayah membunyikan sambil menunjukkan gelagat.

"Enyet.. Enyet.. Zoo. Ayah nyet..." Dia gelak. Mamanya turut gelak. Si ayah juga gelak. Hahaha.

____
Lawatan sambil membeli :


Lukisan Mencari Kutu
Harga biasa : RM437.50
Harga promosi : RM148.50
maklumat lanjut klik sini

9.2.07

Sifar sembilan sifar dua



Tanggal 9 Februari 2007 ini aku suka membayangkan sesuatu yang surprise akan berlaku. Sebelum ini, lima tahun dulu ada dua puluh kali surprise pada tarikh ini. Sebenarnya dua kali.

Satu; si dia membuat kejutan dengan memasak pelbagai juadah hidangan. Mee hoon, Mee goreng, nasi impit, sate, kek hari jadi, makanan ringan, minuman berkarbonat dan pelbagai juadah. Aku memang tak sangka betul pada hari itu adalah hari lahir aku. Manalah aku ingat bab-bab macam ni. Lagipun mak ayah aku tak pernah ajar aku tiup lilin atas kek. Kaget aku. Aku ingin kejutan serupa itu lagi. Dalam gelap mereka menyanyikan lagu "Hepi B'day." Seriau aku. Bila lampu dihidupkan ada juadah jamuan terhidang. Apa lagi, aku belasahlah! Ramai jemputan di kala itu. Ada juga dalam lima ratus orang. Tapi, dalam empat ratus sembilan puluh empat dah blah. Buang masa mereka saja! Tinggal berapa? Huh! Lambat betul kau kira.

Dua; seorang rakan SMS aku mahu jumpa di salah satu fakulti tempat kami belajar. Aku datang dengan perasaan yang kosong. Sampai di muka pintu, aku ketuk. Dia buka lalu membawa kek comel sambil menyanyi lagu 'Selamat Hari Jadi (ulang 33 kali macam zikir)' Aku terkejut bukan sebab sambutan tu. Aku terkejut sebab suara mereka yang kuat menakutkan aku. Jemputan ramai juga di kala itu. Penghuni satu fakulti datang. Tapi mereka tak join the party. malu katanya. Sudahnya tinggal berapa? Huh! Lambat lagi kira-kira congak kau. Takpe... Aku tahu kau tak lembap.

Eh, dah menyimpang ni. Masuk trek balik. Kebetulan detik dua belas malam 8 Februari jatuh pada hari Khamis malam Jumaat. Apa kena-mengenanya? Ya lah, hari Jumaat kan penghulu segala hari. Lain? Selalunya malam Jumaat baca surah Yassin. Lain? Malam Jumaat juga aku suka bersenggama memberikan nafkah batin. Lagi? Tarikh hari lahir aku yang ke dua puluh sembilan lah. Kan ke hari yang bagus tu. Kau buat-buat dan pura-pura tak tahu pulak! Aku cuma membayangkan ada hadiah seperti gambar di atas akan jatuh ke riba. Dan di dalamnya pula ada wang sejuta Ringgit Malaysia. Aku mula berangan-angan dan memasang cita-cita. Tak mustahil! Boleh berlaku kan? Pernah dulu, aku solat di surau sekolah lalu berdoa menadah tangan. Tiba-tiba tangan yang aku tadah ada wang kertas lima puluh Ringgit Malaysia. Hah! Pernah terjadi ni. Mustajab doa aku. Amin. Sampai sekarang aku memikirkan dari mana wang kertas itu datang. Jadi, sempena hari lahir aku yang jatuh pada hari ini, aku ingin berdoa agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan nafas. Aku ingin membisikkan kepada diri aku sendiri;

"Semoga kau dapat meneruskan hidup ini dengan penuh tabah dan sabar di samping keluarga tercinta. Jangan mudah putus asa dan putus cinta!"

Memang! Memang doa aku mustajab pada hari ini. Seawal pagi pada tarikh 9 Februari 2007 aku menerima satu bungkusan. Jeng jeng jeng... Hadiah hari lahir aku lah ni! Aku yakin. Ini hadiah hari lahir aku. Objeknya hampir sama seperti gambar di atas. Sudahnya, cepat-cepat aku buka bungkusan itu takut-takut di dalamnya ada beribu-ribu seperti yang aku harapkan (walupun aku harap juta-juta). Dengan gelojoh aku buka. Hah! Kan Betul, anganku bukan kosong. Doaku mustajab. Dalamnya ada beribu-ribu. Syyy... Kau jangan bilang siapa-siapa dan jangan pula kau mahu mengaku saudara terdekat aku yang sudah lama tidak berjumpa kononnya.

Terima kasih. Tuhan telah memakbulkannya dan kawan aku dari Amerika Syarikat Darul Baik Giler menjadi perantaranya. Ini yang aku terima dan aku anggap ini juga satu-satunya hadiah hari lahirku. Walaupun kat bungkusan itu tak ada tulis 'SELAMAT HARI JADI'. Nak harapkan kawan-kawan bagi hadiah! Huh, cium bontot kudalah jawabnya. Bukanlah aku mengharap sangat. Tapi, kalau alang-alang nak bagi tu, bagilah aku buku ya (Ini bukan permintaan aku. Nafsu aku kata begitu) Lepas ni aku kaya harapnya. Ana kayalah! Ana kayalah!



Terima kasih Amar Razali, VU Station B353607, 2301 Vanderbilt Place, Nashville, TN37235-3607, United States of America. Aku dah terima bungkusan ini. Bolehkan aku siarkan alamat kau di sini? Kalau ada mana-mana gadis seksi yang berkunjung ke rumah kau, janganlah salahkan aku pulak. Okey, tunggu pula bungkusan balas aku sempena hari lahirmu. Oh ya, lupa pula aku mahu dapatkan hari tarikh lahirmu. Tanggal berapa kau lahir? Bulan sepuluh ka? Lambat lagi nampaknya. Tak apalah... Anggaplah hari-hari adalah hari lahir kau.
Terima kasih! Aku suka.

Apa pula hadiah hari lahir anda yang anda suka setakat ini?

P/s : Selalunya kalau hari lahir orang yang tersayang aku berikan sepenuh hati yang ikhlas tanpa berbelah bahagi kepadanya. Apa dia? CINTA dan KASIH SAYANG jawapannya. Sehinggakan dia menolak aku mahu hadiahkannya satu set bra dan briefs kaler merah. Takut seladang kejar waktu malam katanya. Aduish... Dia perli aku ni!

____

Lawatan berkarya :





8.2.07

Basah

Dengar suaranya melalui telefon, lunak, lembut dan sedap di dengar oleh gegendang telinga. Aku jangka pasti orangnya juga cantik dan anggun. Maklumlah, wanita bandar! Pandai bergaya. Aku dah mula membayangkan wajahnya dan susuk tubuhnya. Kata orang, suara tidak menggambarkan orangnya. Kadangkala suara sedap tapi muka tak lawa nak mampos! Kadangkala suara macam katak, muka cantik menawan. Namun aku yakin, jarang benar suaranya sedap tapi mukanya hodoh nak mampos! Contohnya macam Datuk Siti. Atau Adibah Nor. Cantik juga mukanya. Paling komang kalau wanita bandar pasti mukanya disolek cantik-cantik. Pakai bedak tebal-tebal.

"Hello Encik Saifuddin, saya Shima. Agen rumah tu. Semalam Encik dah bagi maklumat diri encik tapi hilanglah. Sorry lah yer... Maafkan saya ye. Boleh bagi semula ke?"


"Okey boleh... Sila catit ni ye err Pn. Shima. Ooops! Puan ke Cik?"
(nasib baik suara kau sedap dan manja)

"Okey nanti dah siap saya hubungi encik semula. Boleh kita jumpa untuk sign agreement?. Encik ada di mana? Saya boleh jumpa di mana?"

Akhirnya perbualan kami yang hujungnya aku mula berfantasi, kami membuat temujanji di salah satu restoran di tempat aku. Ya, dia kebetulan ada urusan di kawasan berdekatan. Dalam kotak fikiranku dah terbayang akan kecantikan dan keseksiannya. Maklumlah wanita bandar!

"Encik di mana? Saya dah ada di depan restoran ni."

"Okey.. Saya ada di dalam. Sedang minum sorang ni.."

"Okey.. Saya sampai jap lagi"

Dari jauh aku dah nampak kelibatnya, menelefon guna blootooth sambil berjalan. Memakai blouse putih (jarang kelihatannya) dan skirt panjang hitam (tak jarang nampaknya). Di kirinya menyandang beg tangan berjenama barangkali. Kasut bertumit tinggi. Bercermin mata hitam tapi diletakkan atas kepalanya.

Fuh... Seksi perempuan ni, aku dah agak dah, getus hati aku.

Wah... Best ni. Best. Tak sabar aku nak menghadap dia. Aku membetulkan tempat duduk dan memberinya peluang kepada dia duduk berhadapan dengan aku.

Wow! Boleh tahan perempuan ni. Hah, kau jangan kata aku mata keranjang pulak. Ini yang aku lihat. Memang hakikatnya begitu. Takkanlah aku nak pejam mata bila berurusan dengan dia. Lalu dia menarik kerusi dan duduk di hadapan aku. Sempat aku melirik celah-celah blousenya yang jarang itu. Aku terjenguk-jenguk meninjau-ninjau kalau-kalau ada nampak buah di dalam tu. Uiks... nampak jalur gemilang cuma. Ish.. Aku dah mula gatal ni. Konsentarasi dah tak menentu.

Kulitnya halus mulus. Putih gebu. Bibirnya merkah. Matanya seperti anak patung. Tak mahulah aku perincikan punggungnya atau payudaranya. Aduh! Tak tahan aku! Sungguh. Hah! kau tuduh aku lelaki miang. Tidak! Aku tidak miang. Telur aku pun tak berapa gatal! Situasi mengizinkan aku begitu. Aku kena berhadapan dengannya. Sambil menghirup teh ais yang sedap dengan penuh ghairah sempat aku curi-curi pandang lurah dendamnya. Tipulah kalau kata aku pandang ke tempat lain. Kalau kau pun aku rasa begitu juga. Sementara itu, dia tekun menulis sesuatu di helaian kertas yang dibawanya itu. Ingin saja aku masukkan kepalaku ke dalam bajunya itu. Tak tahan beb! Aroma wangiannya menusuk ke hidung aku di kala itu. Membangkitkan satu aura yang lain semacam rasanya. Adakah semua lelaki bernafsu seperti aku. Atau aku saja yang bernafsu tinggi seperti itu. Dahsyat betul nafsu aku mencanak-canak. Nak saja aku terkam dan geromol dia. Huh! nanti aku ditangkap pulak dan dituduh cubaan merogol gadis orang. Aduhhh... Cuma yang dapat aku rasakan jari jemarinya yang halus bersentuhan dengan tangan aku. Ketika dia menyerahkan pen untuk aku menandatangani surat itu. Bukan aku sengaja. AKu tak sengaja. Sumpah!

Kau bayangkan bila tangan dah bersentuhan. Di kala itu, batal wuduk aku. Tadi, baru selesai solat Zohor. Ketika itu, dia memandang aku dan memandang dia. mata bertentangan. Dia senyum dan berkata 'sorry'. Oh, tidak! Tergugat iman aku. Wuhh.. Shima yang baru kukenal lalu memnita diri. Aku meneruskan hirupan air teh ais dengan ghairah. Syyruuuupppp....
Kelibatnya meninggalkan bau yang harum. Dia berjalan menuju ke keretanya. Tergelek-gelek. Turun-naik. Turun-naik. Apa tu? Punggungnya lah. Dasar lelaki! Kau akan kata begitu.

Dia beredar dengan penuh fantasi. Aku jadi tak tentu. Sejurus aku bangun, ku lihat seluarku dah basah. Hah! Apa yang basah ni. Betul di bahagian zip seluar. Kena pulak hari itu aku berseluar slack cerah. Jelaslah kebasahan itu kelihatan. Aku calit sedikit lalu aku cium ternyata bukan air keghairahan atau air yang kau sebut keputih-putihan. Tapi lekit juga.

Air teh ais itu sedikit tumpah ketika aku sedang leka memerhatikannya di kala dia berjalan tergelek-gelek. Terlihat belakanya yang montok dan bebayang tali di belikat dan bebayang jalur berbentuk 'V' di punggungnya. Adoi! Aku leka sampai tertumpah air teh yang aku minum. Celaka! malu aku nak berjalan dan naik semula ke pejabat. Ada juga yang mula melirik-lirik matanya orang di sekeliling aku. pasti mereka fikir aku melakukan onani di siang hari atau memancut di merata tempat.

Sial! Getus hati aku. Malu aku. Orang mula pandang serong.

7.2.07

Saya dah bayar

Cerita ni nak kata dongeng tak berapa dongenglah. Ini cerita betul ni. Benar-benar berlaku. Perlu ke aku cerita di sini. Tak perlu kot. Eh, tapi ada juga yang mahukan cerita bercorak begini. Cerita santai katanya. Jarang ada di mana-mana tulisan dalam buku. Baiklah, aku tak mahu menghampakan pembaca sekalian, maka aku siarkan di sini untuk bacaan kalian.
Ceritanya begini, suatu petang dalam perjalanan pulang dari melawat tapak projek (tapak projek yang lagi satu!), badan rasa sungguh keletihan. Mata pula tersangatlah mengantuk. Kalaulah dapat baring di kala itu, pasti tertidur punyalah. Lebih-lebih lagi kalau tidur bermimpikan yang enak-enak. Kau mimpi dihempap objek hidup misalnya. Atau mimpi seperti di alam fantasi ke. Atau mimpi apa saja yang memerlukan kau mandi.
Jadinya, petang itu aku ada terima SMS lebih kurang begini :
"Apa ole-ole untuk kitorang yang dibawa pulang selain buah 'kote'? Ahaks."
SMS dijawab begini :
"Ada. Ada. Ada. Selain buah kote, ada juga membawa sebatang p***r. Harap maklum."
Kedua-dua SMS ini direkod kerana nombor pendaftaran telefon bimbit ini didaftarkan. Sudahnya, keesokan paginya aku menerima satu panggilan misteri tak tahu dari mana. Nombor tak dikenali. Cuak juga. Panik aku. Nak angkat ke tak nak. Angkat sajalah.
"Encik. Encik ada kirim SMS berbaur kelucahan?"
Bukan. Dia tak kata begitu. Sebaliknya di kata, "Encik, bil telefon tertunggak bila nak langsaikan? Dah dua bulan kami tunggu ni..Line encik dah diterminate."
"Saya akan bayar. Saya bayar hari ni juga. Saya sorang saja ke yang berhutang dengan CELCOM?"
"Okey. Okey, kalau encik nak bayar okeylah..."
Esok, dia telefon lagi dan tanya lagi "Dah bayar ke?"
Dan lagi dia telefon. Lagi dan lagi.
Aku jadi geram. Rasa nak carut aja kat dia. Tapi bagus juga dia telefon. Aku boleh dapat free SMS nanti. Hei, dah bayarlah... Kan saya sorang saja yang berhutang dengan CELCOM, sebelum kiamat saya settle lah...
Lawatan sambil bisnes : Lubuk kekayaan

6.2.07

Tubuh

Sekembalinya aku dari perbincangan dengan ketua kampung, tok batin dan beberapa orang penduduk kampung sedikit rasa lega kerana apa yang diimpikan hampir tercapai. Walaupun dalam hati aku kata ia tak berapa nak tercapai. Hasrat dan matlamat perbincangan ini adalah untuk membuat perancangan bagi penduduk di kawasan mereka. Perancangan ini menggunapakai pendekatan 'dari bawah ke atas'. Atau istilahnya 'bottom-up approach'. Iaitu segala cadangan datang dari penduduk kampung itu sendiri. Dan untuk kebaikan penduduk kampung itu sendiri. Lalu diajukan kepada pihak atasan untuk mendapatkan peruntukan dan pelaksanaannya. Jangan pulak kau nak mengajar aku hah!

"Saya cadangkan penduduk kampung sini ditempatkan semula. Penduduk belah sana tak ada masalah sebab dikelolakan oleh JHEOA" kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.

"Tapi tok, 39 keluarga boleh ditempatkan di Taman Mahkota (Penempatan Orang Asli), ia tak jadi masalah. Masalahnya, ada 200 buah keluarga lagi yang memohon untuk ditempatkan di sini. Jadinya, saya dah berbincang dengan pegawai JHEOA dan tuan senator bercadang untuk membesarkan kawasan sedia ada dengan membeli tanah di sebelah." kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.

"Mana datang lagi 200 tu" kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.

Hah... Kami semua kehairanan. Betul juga soalan tu. Sedangkan kawasan itu hanya ada 39 buah keluarga saja.

"Mereka ada di merata di dalam mukim ini. Tapi semuanya di bawah jagaan saya. Jadi, kalau dapat dikelompokkan semuanya dalam satu tempat memudahkan saya untuk memantau anak buah saya." kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.

"Mana buleh gitu. Orang-orang luar kau nak masukkan dalam taman tu. Perancangan kita, hanya sesiapa yang ada di situ saja. Kalau gitu, semua nak pindah ke situ. Peninglah jabatan." kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.

"Bukan gitu tok. Saya fikirkan jangka panjang anak-anak buah saya. Kalau mereka duduk sekelompok senang saya nak urus dan jaga. Bukanlah niat saya untuk mengetepikan atau menggunakan kuasa yang ada. Lagipun saya dah berbincang dengan senator untuk memohon tanah itu. Tak salah kan? Sekurang-kurangnya saya menjalankan tugas saya. Walaupun elaun saya kecil. Saya taklah dituduh tidur aja dan selalu bersenggama." kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.

"Bukan aku kata kau tak buat kerja. Aku juga buat kerja siang dan malam. Siang kerja lain, malam kerja lain. Siang sedut minyak. Malam tuang minyak." kata tok ketua kampung yang malas bekerja tapi rajin mengambil cucunya apabila pulang dari sekolah.

"Kalau gitu bukan saya soranglah yang kuat sedut-menyedut ni. Tok pun samalah dua kali lima. Tak guna!" kata tok batin yang petah bercakap dan suka membuat kerja-kerja sambilan berkaitan dengan perikanan.

"Sudah! Sudah! Jangan melalut. Mari kita bincang pulak bagaimana cara nak menubuhkan (dia sebut menyetubuhi) nelayan." kata salah seorang penduduk tempatan yang tiba-tiba bersuara dari belakang.

Kah kah kah. Bilik hingar dengan tawa semua.

5.2.07

Harapan

Hari ini banyak perkara aku nak buat. Sebenarnya dua saja perkara besar. Kira banyaklah tu sebab lebih dari satu.

Satu. Tukar buku yang dibeli kerana hilang beberapa muka surat. Teks tak kelihatan. Tak guna betul! Menyusahkan aku saja. Kalau sehelai saja okey, tapi ini berhelai-helai. Mana boleh. Rugilah aku. Bak kata Cina 'Lugila...' Harapnya aku boleh tukar.

Dua. Pergi jumpa orang-orang kampung. Dua hari aku di Kg. Sri Dungun. Nak sesah tok ketua kampung dan tok penghulu. Tak boleh harap! Pemalas! Buatlah kerja! Jangan makan gaji buta! Lakukan sesuatu untuk anak buah di bawah jagaan kau! Apa yang kau buat hah? Ha ha ha...

Takkanlah sepuluh tahun akan datang 'anak buah kau' nak juga hidup seperti sekarang? Mahu jadi nelayan sepanjang zaman? Nak tunggu sampai tujuh keturunan? Adoi, anak cucu nanti mewarisi pekerjaan yang sama seperti sekarang. Kalau gitu, bila nak maju beb? Kalian tak mahu berubah ke? Kalian tak mahu duduk dalam keadaan yang lebih baik ke?

Oh ya, kepada Maharani dan Puteri. Jaga diri baik-baik. Maharaja nak buat lawatan tapak. Nak membantu anak buah tok ketua yang malas bekerja. Sepeninggalan Maharaja makanlah apa yang ada. Kalau rasa rindu, sila telefon talian tetap tuan hamba. Selamat mengharungi hidup dengan tabah. Harapnya, kehidupan berjalan seperti biasa. Selamat jalan. Salam motivasi.