Aku belum berapa hafal kerat doa itu. Memang aku dikerah untuk mengepalai membaca doa setiap pagi. Tapi, aku belum hafal lagi. Doanya panjang sekali.
Satu pagi dalam bulatan perkhemahan pengakap, cikgu bertanya, "Awak dah hafal doa tu?"
Lalu kawan aku menjawab, "dia dah hafal cikgu.., bagus. Saya dah dengar."
Mampos! Dalam hati aku. Memandai-mandai dia jawab untuk aku.
"Baik, awak selangkah ke depan, sebelum memulakan aktiviti kita mulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu", cikgu.
Aku melangkah setapak ke depan. nak tolak takut kena marah. Dah beri masa masih tak hafal lagi, nanti katanya. Lalu aku mengangkat kedua tangan untuk memulakan doa.
Dalam hati cemas pun ada. Gigil rasanya. Aku terketar-ketar di kala itu. Lepas ni, siap aku kerjakan kau. Memandai-mandai kata aku dah hafal.
Doa dibaca.
Eh, lancar pulak aku baca. Tak tersangkut-sangkut. Kemahiran yang sungguh luar biasa. Aku baca saja apa yang terlintas di kepala. Doanya sedikit Arab dan sedikit Melayu. Fuh, lega aku. Sejak kejadian itu, aku terus hafal doa itu, sering aku baca di awal pagi perhimpunan sekolah. Ya, aku masih ingat jika suruh diulang doa itu lagi.
Moralnya : Kemampuan diri kau sebenar hanya kau tahu setelah meletakkan tekanan pada diri kau sendiri. Tekanan dari dalam diri kau itu adalah satu kuasa booster yang kau perlu cipta.
Oleh itu, jika kau mahu tahu kemampuan kau melompat longkang yang besar, kau mintalah anjing garang mengejar kau. Pasti kau boleh melepasi longkang yang besar itu walau pada hakikatnya dalam keadaan normal kau tak mampu untuk melepasinya. Tak percaya? Cubalah!
No comments:
Post a Comment