Sdr. Penerbit dan penulis2,
Ada dua kes yang boleh disabitkan di sini.
1. Pelanggaran perjanjian di antara pihak penerbit dengan penulis.
Sesebuah perjanjian bolehlah dibuat secara bertulis atau dalam bentuk apa sekalipun, selagi sesebuah kontrak dari kedua-dua belah pihak boleh dibuktikan. Jika ia adalah sebuah ‘draf’ perjanjian – kontrak itu hendaklah disudahkan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pada akhir tempohnya sebelum sesebuah kerja penerbitan itu dilaksanakan. Mana-mana pihak yang melanggar persefahaman ini adalah dianggap telah melanggar sebuah kontrak.
2. Menerbitkan karya orang lain tanpa meminta izin.
Sesebuah karya yang telah diterbitan adalah termaktub di bawah undang-undang seperti yang telah dinyatakan pada halaman hakcipta sesebuah buku. Yakni, tidak dibenarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakan dll sebelum mendapat izin bertulis dari (penerbitan asal atau pengkarya) terlebih dahulu. Jika, undang-undang hakcipta ini telah dilanggar – maka penerbit bolehlah dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan. Jika penerbit telah dibuktikan bersalah – mereka bolehlah dihukum.
Kendatipun, hal undang-undang ini tidak dinyatakan dengan jelas apabila dikaitkan dengan karya-karya yang disiarkan di Internet (blog, etc). Hatta, undang-undang harta intelek itu juga agak kabur bagi sesetengah kita. Apapun, perlakuan menyiarkan karya dari blog orang lain, dalam apa bentuk sekali pun, tanpa mendapat izin terlebih dahulu, bolehlah dianggap sebagai perlakuan yang tidak beretika.
Alasan ‘sudah pun meminta izin, tetapi penulis senyap sahaja, jadi penerbit menganggap ia adalah satu tanda persetujuan dari pihak penulis’ tidaklah boleh dijadikan bukti/alasan bahawa penulis bersetuju karyanya diterbitkan oleh penerbit.
Kes saya: seperti yang disebut dalam perkara 2.
Sebagai penulis, saya rasa tersinggung dengan kejadian ini. Terus terang saya mengaku bahawa tidak pernah berbincang atau membuat sebarang perjanjian/kontrak dengan pihak penerbit untuk menerbitkan satu entri saya di dalam buku/zine JURING tersebut. Oleh kerana itu, saya memohon pihak penerbit membuat satu permohonan maaf secara terbuka di satu topik baru di forum Geng Jurnal dan di blog penerbit dan di ruang komen di blog Hikayat Sinaganaga Origami.
Kegagalan pihak penerbit untuk melaksanakannya dalam tempoh masa 7 hari boleh mengakibatkan satu implikasi lain dan boleh menimbulkan satu kesulitan lain kepada banyak pihak.
Saya rasa, prinsip saya jelas.
Sekian, terima kasih.
p/s: Sebagai nasihat peribadi (seperti yang telah saya beritahu kepada sdr. Basri, sdr. Tok Rimau, dan lain-lain: BUKAN SUSAH NAK TERBITKAN BUKU dan BUKAN SENANG NAK TERBITKAN BUKU Juga.)
Sinaganaga
___
Sebagai pengasas Juring, saya terpanggil untuk memberi pandangan.
Saya telah merujuk kepada beberapa nama yang e-melnya tersiar di atas untuk mengetahui duduk perkara. Maka, jelaslah kepada saya akan isu sebenarnya melainkan ada lagi maklumat tersembunyi.
Secara dasarnya kita semua bersetuju bahawa kegiatan membukukan hasil blog adalah sesuatu yang perlu disemarakkan. Sebagai penulis, kita semua suka akan buku. Kita juga suka bila tulisan kita dibukukan.
Pun begitu, oleh kerana kita ini bukan orang kaya atau bukan penerbit yang berpengalaman, kita bereksperimen mencari modus opendi yang sesuai. Rujuk prosedur terbitan Gangguan Teksual, Jiwa Kacau dan Rapat. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan.
GT: Penulis diberi beberapa naskah sebagai penghargaan mereka menyumbang kertas dan karya kepada penerbitan.
JK: Penulis diberi 20++ naskah sebagai timbal balas modal wang dan karya seni mereka.
Rapat: Penerbit (GJ) melombong artikel dari forum GJ sebagai bahan tambahan utk buku program gathering. Semua keuntungan, jika ada, jadi milik komuniti GJ yang juga dianggotai oleh penulis2.
Isu penerbitan Juring menjadi fokus. Saya tabik penerbit kerana berjaya menghasilkan terbitan itu. Pun begitu etika penerbitan mestilah dipatuhi. Hubungan murni antara penulis dan penerbit perlu dijaga. Memetik kata Wak Din bekas presiden Gj dulu:
"Win-win."
Oleh itu: Saya menyeru pihak penerbit memberi penjelasan yang jelas tentang modus operandinya dan tanggungjawabnya terhadap penulis. Jika terdapat kesilapan, hendaklah
kesilapan itu diakui dan permohonan maaf tanpa syarat dipohon.
Jika khilaf, perdebatan dan ketidakpuasan hati berpanjangan; kita akan bawa isu ini kepada AJK Geng Jurnal untuk diadili. Semoga pelajaran yang kita dapat dari sini akan memantapkan lagi proses penerbitan buku kita yang akan datang.
Tok Rimau
______
Salam semua,
Salam ceria dan bahagia. Harapnya hari ini hari bahagia anda. Begitu untuk hari-hari yang seterusnya. Keluar dari dunia kepompong anda dan cari keceriaan di sekeliling anda. Terlebih dahulu, saya susun sepuluh jari meminta ampun dan maaf. Harap dimaafkan segala kesilapan yang berlaku.
Dah baca emel terdahulu kan? Ada yang kisah sangat. Ada yang tak kisah langsung! Apa-apa pun baca penerangan ini. Kalau panjang. Sambung esok.
Terus ke point. Berikut adalah sedikit latar belakang menerbitkan zine JURING. Juga beberapa alasan konkrit saya untuk tidak memberi kalian satu salinan zine JURING. Kejam tak? Hua hua hua...
Tapi, bukan saya kata tak bagi anda terus melenting. Ewah, kalau soal bayar semua respon cepat. Banyak cantik! Kalian cukup untung sebab saya memaklumkan. Kalaulah saya diam diri dan tikam dari belakang lagi bahana jawabnya! Kan ke jujur namanya tu. Kalau anda melenting bagus. Sebab itu hak anda dan karya anda di’palagiat’. Perkara ini kan boleh dirunding. Pendekatan perundingan kan enak. Ada blogger yang menukar karyanya dengan saya setelah berunding. Bukan terus menyalahkan saya dan menyatakan hak anda. Sila teruskan membaca.
Kronologi tiga emel pertama saya ada maklumkan mengenai bilangan zine JURING akan diberikan kepada penulis berdasarkan sumbangan entri kalian. Betul? Baik saya ulang!
P/s: Penulis akan meneriman salinan berdasarkan bilangan mukasurat entri yang dihantar, sepertimana berikut:
1-3 m/s = 1 salinan
4-6 m/s = 3 salinan
7-9 m/s = 5 salinan
Pasti kalian kata betul. Sila semak semula kandungannya. DRAF ada tertulis kan? Ya DRAF..
Jadi, ada beberapa rakan yang peka memberi respon tentang perkara ini. Kata ada diberikan salinan. Dah janji tak diberi. Saya berjanji? Saya sekadar memesan. Nampak tak P/s kat atas tu. Hehe... Maka sebab itu saya tulis DRAF takut-takut ada kontigensi kos dalam usaha menerbitkan zine JURING ini. Lagipun tiada apa-apa kontrak yang kita meterai sebelum ini. Maklumlah, saya bukan tahu sangat benda-benda gini. Baru nak belajar. Kata orang cuba dulu baru tahu kan. Oleh itu saya cuba dengan rela hati. Kalian pun tak ada mendesak. Cuma saya yang cabar diri saya. Itu saja.
Seterusnya emel kedua dihantar. Pun hanya beberapa ketul yang bagi respon. Jadi, saya mengambil keputusan untuk 'proceed' atas kerelaan sendiri dan meneruskan usaha menerbitkan zine JURING ini tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Namun saya sedar, kegolojohan nafsu untuk menerbitkan zine ini menjadi titik tolak kepada saya agar tidak menuggu begitu lama daripada anda semua. Tamabahan pula, hal ini dah dimaklumkan di dalam forum dan tiada siapa yang beri respon. Kalian peka atau pekak?
Mulanya, perkiraaan kasar saya, zine ini hanya mengandungi enntri-entri dalam perlumbaan JURING II. Tapi, semasa tugasan akhir, E-zine telah tersedia oleh saya untuk didownload. Maka jika saya keluarkan sama saja produknya. Untuk itu, atas usaha dan inisiatif saya mahu tambah beberapa entri segar dan beberapa entri penulis jemputan. Sudahnya, muka surat dah bertambah dalam lingkungan 180 muka surat. Lebih kurang setebal PESONA atau MASTIKA yang ada di pasaran tanah air.
Hajat di hati nak fotokopi saja dan distaplekan saja. Tengok-tengok. Nak distaple tak cantik sebab terlalu besar. Mudah koyak. Maka saya ambil keputusan untuk membuat ‘perfect binding’ di gam di bahagian tepi ibarat buku seperti yang kalian lihat di dalam forum.
Bukan berkira. Dengar dulu penerangan ini. Setelah di'binding', dipotong bagi cantik dan solek lawa-lawa. Saya hanya mampu mengeluarkan hanya 20 salinan kerana faktor kewangan. Satu zine berkos RM9.80. Maka saya keluarkan RM196. Ini baru kos kasar. Tak masuk kos printing 'master copy', kertas, duit minyak, kepakaran dan banyak lagi. Saya pun bukan nak cari untung dan boleh jadi kaya dengan membuat ini.
Niat murni saya adalah untuk memeriahkan lagi dunia penerbitan dan membantu mempromosikan karya kawan-kawan dan blogger semua. Itu saja. Seharusnya kalian bangga kerana ada kawan begini. Kalau saya dianggap kawan. Syukurlah. Tak cukup? Teruskan membaca.
Awalnya, saya dah duga kalian akan melenting. Memang dah jangka. Tapi, cuba kalian fikirkan. Saya salin entri kalian. Sunting (walaupun tiada siapa yang suruh), buat tataletak, design cover, tambah entri segar, tambah grafik dan ruang-ruang kosong, saya cetak dan terbit, saya keluarkan duit. Saya tak minta usaha anda dan duit walau sesen pun untuk itu. Kalian boleh kata, kenapa tak minta? Huh, panjang pula ceritanya. Barangkali, modus operandinya perlu diperbetulkan. Lagipun memang saya dah niat ada 'win-win stuation'.
Maka dengan itu, saya kira-kira kalau salinan diberikan mengikut entri. Salinan tak mencukupi. Atau satu penulis satu salinan tak dikira berdasarkan entri. Juga tak cukup. Ada 12 penulis dan 5 penulis jemputan. Dah 17. Tinggal 3. Wasit dan juri? Ngam ngan sap soi barangkali. Rugilah beb ini macam. Projek amal namanya. Apa kejadahnya saya beramal untuk penulis yang goyang kaki. Kalau saya niat bersedekah ok juga. Tapi tidak! Takkanlah usaha saya sendiri tak berbayar. Nanti ada pula yang kata kenapa entri saya lebih dapat satu salinan saja. Jadi, saya pukul rata. Semua tak dapat walau satu salinan sekalipun kecuali salinan soft copy yanga akan diberitahu kelak. Untuk itu, thread yang dipos ke dalam forum GEJU saya sunting semula dan tak berkesempatan untuk memaklumkan kepada penulis kerana kesibukan urusan dunia. Jelas?
Kalian pun boleh buat yang sama jika kalian mahu. Saya buat. Suka hati sayalah! Huhuhuhu. Kalau semua diberi percuma. Macamana dunia penerbitan dan penulisan nak berkembang beb. Tauke babi pun jual tahi babi buat baja. Tak gitu? Sekurang-kurangnya, say aberi penghargaan dan kredit kepada anda malahan anda semua menghentam saya. Secara langsung, ini memberikan motivasi kepada saya untuk menerbitkan satu lagi blook atau zine pada masa mendatang.
Seharusnya, anda berterima kasih kepada saya kerana membantu mempromosikan blog dan karya anda. Kalau tidak, anda buatlah sendiri. Tidaklah hanya berpusing di situ-situ saja. Di dunia sempit anda saja. Bukan menghentam dan menembak saya. Adoi! Doi doi... Fikir-fikirkanlah. Percayalah, usaha yang setimpal akan dapat hasil yang setimpal. Kalau saya silap, itulah diri saya. Maaf seadanya.
Wassalam
Permisi. Jumpa di lain masa.
___
Salam semua penulis budiman dan bijaksana.
Alhamdulillah...Dengan limpah dan KurniaNya dapat kita berhubungan melalui akses ini.
Diharapkan anda ceria selalu. Terlebih dahulu, ingin saya mohon kemaafan di sini di atas kesilapan atau kealpaan atau kurang belajar saya dalam dunia penerbitan kecil di tanah air ini.
Sudikanlah memaafkan sekelumit kesalahan saya ini kiranya. Sebelum saya meninggalkan dunia yang fana ini dan menghabiskan sisa-sisa hidup saya di alam yang bersifat sementara ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua mati dalam keadaan kebaikan. Amin.
Terima kasih juga saya ucapkan kerana ada orang yang sudi menegur saya dalam soal ini. Maknanya mereka masih sayangkan saya. Jika tidak, pasti saya hanyut dalam gelojak nafsu dunia penerbitan saya sendiri. Siapalah saya, dan saya akui saya melanggar etika yang disebut sebagai hak-hak sebagai penulis dan dunia hakcipta. Dari sini, saya perlu belajar banyak lagi "code of ethics" dan juga "do's & don't" dalam dunia penerbitan. Rasanya juga saya dah meminta keizinan tapi tak tahulah kalau terlepas pandang atau terlupa barangkali. Saya kan manusia biasa. Mudah lupa. Saya juga tak punya syarikat penerbitan sendiri.
Jadi, jika ada sesiapa yang tersinggung, maafkanlah semua ini. Maafkan saya. Maafkan saya. Mungkin saya terlepas pandang atau undang-undang hakcipta dilanggar atau undang-undang yang terlalu longgar atau apa saja. Barangkali orang yang lebih ilmu dalam soal ini boleh mengadakan bengkel sukarela untuk mengatasi masalah etika ini.
Walaupun begitu, saya tidak akan berputus asa dalam soal ini. Saya belajar sesuatu darinya. Saya di landasan yang betul tapi cara melalui landasan itu kurang betul agaknya. Rasanya, cukuplah saya meminta maaf di sini dan tak perlu disiarkan di mana-mana ruangan secara terbuka. Harapnya kalian faham. Harapnya juga, tiada sengketa, dendam dan benci antara kita. Tutup fail kes ya.
Untuk itu, memang saya dah berniat ikhlas di awal-awal lagi. Sebagai sumbangan kepada semua penulis dan penulis jemputan, saya beri Ezine JURING format Pdf ini untuk kalian. Harapnya ia berbaloi dan dapat menebus kealpaan saya dan gelojoh benar ingin menerbitkan buku atau zine. Tak sangka juga hal ini diambil serius oleh sesetengah pihak walaupun pada mulanya saya saja provokasi, ingin enjoy dan mendapat kepuasan sendiri. Baguslah jika begitu. Kalau bukan rakyat Malaysia seperti anda siapa lagi yang mahu pertahankannya.
Wassalam.
Permisi dulu.
No comments:
Post a Comment