30.1.09

Lapang

Puas saya memikirkan sama ada mahu membeli kereta Produa Kancil atau Naza Suria atau Proton Saga BLM atau Honda Jazz untuk awek yang saya cintai. Yang pasti semuanya perlu pemanduan automatik. Akhirnya, sehingga perkara ini terbawa-bawa sebelum saya melelapkan mata saya.

Katalah, saya dipaksa untuk bertugas di Terengganu. Perkataan paksa di sini digunakan. Alamatnya masaklah saya kerana sekarang saya cuma ada Kelisa Gino kaler Gold. Lebih-lebih lagi kalau anak saya dah mencecah seramai lima orang sebagaimana yang saya hajatkan. Eh, saya hajatkan enam!

"Guane nih.., penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!" Awek saya bekata dengan slanga pantai timurla kononnya.

"Betul jugok. Guane nok muak nih? Susoh nok sumbak." Saya menjawab dan mencuba adaptasikan dan asimilisasikan dengan slanga yang sama. Walaupun bunyinya macam pelik. Saya teruskan juga.

"Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete Kelisa Gino nih. Kecik do'oh." Awek saya balas. Makin menjadi-jadi slanganya.

Puas satu keluarga memerah otak memikirkan hok macam mana nak menyelesaikan masalah tersebuk. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak saya yang paling kecil berkata, katalah namanya Umar Ariff.

"Abah, mok... Umar tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!! Hihihik"

Agagagagaga! Ekekeke! Ketawa mereka memecah kesunyian.



"Oit bang. Bang bangun. Tu lah tidur tak cuci kaki."

"Beli Naza Suria je la..." saya kata sambil menggaru-garu kepala.

"Kalau abang nak beli. Tempahkan nombor plet 5638."

"Ceh! Tak lawa langsung nombor tu.."



.

29.1.09

Loncatan

Mengemas dan bersiap sedia untuk berjuang.

Peluru. Senjata. Pakaian. Kereta kebal. Ilmu di dada. Semua dah sedia.
Oh ya, saya lupa nak niat.

Yeay!

.

28.1.09

Tiada paksaan

Oleh sebab gaji belum masuk.

Hari ini saya terpaksa datang bekerja. Tengahari saya pulang ke rumah.
Saya membatalkan niat untuk membuat kerja kerana perkataan terpaksa ada di situ. Jadi, hati saya rasa tak tenang.


.

27.1.09

Langka

Saya perjalanan pulang bercuti di Pulau Langkawi.

Nanti saya kemaskini.

26.1.09

Kependekan

Saya berada di Pulau Langkawi di kala ini. Saya buat biasa je. Bercuti sambil bersantai. Walaupun bercuti, tidak mustahil, saya bisa akses menulis entri ini. Dengan zaman yang semakin canggih, membolehkan saya menaip sambil melakukan selam skuba dengan komputer riba yang kalis air sifatnya. Kerana ada teknologi tanpa wayar. Kemudian berbaring di pesisiran pantai dengan pasiran halus yang mendesir. Pukulan ombak yang upaya menenangkan ketegangan di kota. Bukan di kota saja boleh tengang. Di mana-mana pun boleh. Melakukan aktiviti sunbathing. Wallau weii... Subhanallah.

Sementelahan saya bercuti, saya meninggalkan kalian dengan entri ini dahulu. Kerana saya sedang merangka entri khusus percutian saya ini. Dengan menggunakan poket PC saya yang murah ni. Komputer riba saya kehabisan bateri.
__
Nama siapa?

Yaasin.

Nama penuh?

Tak perlulah. Panjang sangat...

Nama penuh saya kata!

Nak jugak tau ke?

Iyelah.

Ok. Yaasin. Wal qur anil hakim...,
sampai wa ilaihi turja'un...

Okey okey. Saya tulis Yaasin cukuplah!

Ermm..


.

23.1.09

Limau busuk saiz 64C

Suzilah menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Lobert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzi : Ayah, Lobert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah : Apa? Lobert! Tak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Lobert.

Suzi : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Lobert sebenarnya adalah abang kau. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, Suzi pergi pula kepada ibunya.

Suzi : Ibu, ayah melarang saya berkahwin dengan Lobert.

Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kau tu. Kau boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Lobert.

Suzi : Tapi kata ayah, Lobert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Suruh Lobert berkhatan dulu. Baru sedap. Lagipula ayah kamu pun tak tahu. Kamu juga bukan anaknya.

Suzi : Ha!!??!! Gulp...!!

___
Losak.. Losak...

Lihat, ada dua kerosakan di sini.
1/ Rosak akhlak.
2/ Rosak bahasa.


.
P/s : kepada Ang Tang Poh, Linden Wong, Teng Kok Wah, Alex Kee Kia Chai, Ang Sin Nee, Chew Aw Kiong, Ding Wai Fong, Kang Yin Yin, Kho Ngee Liang, Kow Pooi San, Lee Wei Ling, Liew Toh Yean, Lim Seng Boon, Ng Kooi Yeng, Tee Szu Fong, Qua Jen Men, Ng Tiong Seng, Tai Khoo Cheng, Lim Tong Tong, Boon Siew Long dan rakan-rakan Cina yang lain. Baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Selamat Tahun Baru Cina. Kalian tak pernah bagi gua ang pow. Wallau weii...


.

22.1.09

Kawalang perancangang


Komeng Jabatang :

Pengawalang kawasang persekitarang kediamang dang perumahang jalang denge garis panduang ketinggiang bangunang.


Susahkan kalau begini yang diucap. Terlain pula yang ditulis.

Lain pula yang ditulis. Lain pula yang diucap. Contohnya,

Leman Panas!

Budaye orang kite.., nok wat guano.


.

Kepsyen gambar : Superhero yang bakal menyelamatkan dunia perancangan bandar yang semakin sombong, ego dan busuk! Tiada kena mengena dengan Obama.


.

21.1.09

Prototaip

Suatu hari Apai melalui satu lorong yang kecil semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macamana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul tahi yang masih hangat. Tapi dia masih bingung sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul tahi.

Oleh sebab kemusykilan yang teramat sangat tu, Apai ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Apai tengok dengan lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam tahi..."

Lepas tu dia pegang pulak tahi tu, lalu dia berkata, "Lembik...macam tahi."

Dia ambik sikit tahi tu lalu dia hidu tahi tu, "Bau macam tahi." Oleh kerana Apai ni masih ragu-ragu dengan tahi tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat tahi berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"


.

20.1.09

Romlah : Delayed Stories (finale)

James terus menghenyak-henyak Romlah sambil berkata,

“I suka Melayu punya..”

“I suka English and Country style. Original...”

+++

“Hah! Tak caya kau tengoklah...”

"Pap! Oit! Oit... Kau ni bodoh buta huruf ke hape..."

"Kenapa pulut?"

"Mereka tengah makan Mc D la bodoh! Pokemon!! Biawak Komodo...! Kambing Gurun!"

"Meeeoowwww!"

Seekor kucing menggesel-gesel di hujung kaki Romlah.

++

Astagfirullah al-azim...

Bermimpi aku rupanya. Oh...

Lalu Romlah mengusap-usap mukanya yang usai. Membelai-belai rambutnya yang kusut-masai. Dia bermimpi sesuatu yang melibatkan hatinya hancur berkecai. Kejadian Kate, menghantui hingga ke kamar tidurnya. Membayangi mimpi seram stim berfantasi. Argh! Karut lagi megarutkan semuanya! Tidur itu kan mainan mimpi. Mimpi itu sebahagian dari fantasi. Romlah dalam kebasahan.

Atap biliknya mengalami kebocoran. Kalau berterusan begini, alamatlah setiap kali hujan malam dia dalam kebasahan. Aduhai...


___
Penulis publish entri ini dari perut kapal terbang firefly menggunakan komputer riba. Pada kedudukan Latitud: 5d 24' Utara; Longitud: 103d 02' Timur.


.

19.1.09

Nyaris

Baring..., kata doktor feminin itu.

Tanpa banyak bicara saya baring.

Saya baring muka menghadap syiling. Mata terbuka luas.

Buka..., kata dia lagi.

Saya mula menggigil. Saya membuka kancing kemeja saya satu-persatu. Mula dari bawah, membawa ke atas.

Maaf ye, saya tarik ke bawah sikit, dia sambung lagi.

Seluar saya terasa makin ke bawah. Takut saja bulu jumbut saya dilihatnya. Doktor feminin itu mengusap-usap perut saya. Menekan-nekan bahagian tengah, kiri dan kanan. Kemudian. Dengan jari-jemarinya menari-nari menyetuh perut saya. Mengetuk-ngetuk. Aduhai.. Saya tak tertahan. Mula bergelojak. Terasa darah mengalir ke otak.

Awak pernah ada angin sedingin?

Apa tu?

Takpe. Okey. Check mata pulak...

N P M W B X J. Aku kata.

Baguss.. Doktor feminin itu jawab.


.

14.1.09

Perang

.


Kau dah tiada tempat di sini. Tempat kau dah barang pasti di sana. Cepat pergi maklum pada bos. Semoga bos dapat membuat tindakan selanjutnya. Sama ada mencari pengganti, menstruktur semula agihan kerja, memberi bebanan kepada yang ada atau membiarkan begitu saja. Bukan saja. Sahaja! Alahai... Cepat! kau pergi berkemas apa yang patut. Mereka nak menyusun meja dan perabot di pejabat ini semasa kau masih ada. Hahaha!

Sesungguhnya, hidup perlu ada gurau sendanya. Jika tidak muka kita akan ketat. Kerana dah lama tidak tertawa dan ditertawakan. Oleh itu, walau apa pun situasinya jangan menunjukkan masalah kita kepada orang sekeliling. Tunjukkan yang kita ini bergembira senantiasa kerana balasan syurga menanti kita di sana. Itupun kalau timbangan pahala kita lebih. Atau masuk neraka sekejap, baru masuk syurga. Sekejap di neraka, sangat laaamaaaaa di dunia. Sungguh!

Perang! di sini



.

12.1.09

Syukur empat puluh satu

Betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Kalau Allah Ta'ala mahu memberi rezeki. Boleh saja ia datang bertimpa-timpa dan berganda-ganda. Lepas satu, satu DIA membuka jalan. Tapi, kalau DIA mahu tarik juga. Bila-bila masa boleh berlaku jua.

Lama aku menanti saat untuk aku kecapi sebegini. Pembukaan tahun 2009 adalah kemuncak segalanya barangkali. Sepuluh tahun aku menanti untuk menjadi WARGANEGARA. Oh ya, kalau kau mengikuti blog aku ini, kau akan mengetahui kisahnya. Sepuluh tahun di dunia sangatlah lama bagi aku. Apatah lagi sepuluh tahun di akhirat kelak. Alahai... Permohonan yang sepuluh tahun itu akhirnya membuahkan hasil pada tahun 2007. Dari merah bertukar ke biru. Dari PR bertukar ke WARGANEGARA.

Selepas aku menjadi WARGANEGARA aku rasa terseksa lagi kerana menanti permohonan kemasukan jawatan di sektor kerajaan. Ini ujian kesabaran aku dariNya barangkali. Dipanggil temuduga untuk kali pertama pada Februari 2008. Dan mengetahui keputusannya sebagai calon simpanan. Alahai... Kata orang, calon simpanan akan ditarik masuk pada bila-bila masa jika ada mana-mana kekosongan. Hampir setahun aku menanti. Surat panggilan itu. Penantian setahun ini lebih terseksa dari penantian sepuluh tahun kes di atas. Manakan tidak, selama tempoh ini juga, orang yang aku panggil kerja di pejabat aku untuk membantu aku membuat kerja-kerja teknikal lebih dulu dapat peluang itu.

Sedang rakan-rakan yang sebaya dengan aku sudah menerima kenaikan pangkat dan penghujung empat puluh satu, entah P1T berapa jauh meninggalkan aku. Kini, baru aku mahu terjun tiruk merangkak-rangkak ke garisan permulaan empat puluh satu. Alahai... Tapi, aku tidak mahu membandingkan aku dengan mereka. Buat apa?! Kerana mereka jauh lebih hebat. Dan mereka adalah WARGANEGARA memang sejak lahir. Maka, perbandingan aku menjadi perbandingan yang tak kena. Dan bukan perbandingan relatif yang betul.

Apa yang lebih penting buat aku, adalah melihat diri aku sendiri. Alhamdulillah, untuk mencapai ini semua aku melalui penat jerih dan tempuhi pelbagai dugaan dan penyeksaan yang sangat mengujakan. Ya Allah! Kau lebih Maha Mengetahui. Sesungguhnya aku redha dengan ini semua. Rezeki masing-masing sudah ditentukanNya. Amin... InsyaAllah 2009 aku berpindah ke rumah baru. Segala urusan sudah selesai. Dan 2009 bakal menjanjikan bintang sinar dalam keluarga aku.

Maka, tawaran ini aku tidak tolak mentah-mentah. Menerima tanpa berfikir panjang. Gila kau, aku dah berhempas-pulas untuk mendapatkannya. Takkan disia-siakan begitu saja. Sebaliknya aku lebih menghargainya kerana hasil usaha aku mengikut prosedur yang ditetapkan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kalau aku yang baru setahun jagung menjadi WARGANEGARA boleh mengorak kejayaan ini. Kau apatah lagi yang sejak azali memang WARGANEGARA. Masakan kau lebih suka memilih hisap dadah, merempit, hidu gam, aktiviti tidak bermoral, cabut sekolah, malas, ponteng kelas, makan rasuah, pecah amanah, rogol anak orang, rogol bukan anak orang, jenayah itu, jenayah ini dan yang sewaktu dengannya. Kau mahu jadi WARGANEGARA tak guna?!! Kau pasti boleh jadi LEBIH BERJAYA dari aku. Aku cabar kau!!


Esok, jika aku tiada, kau terkenang-kenang. Di kala, aku ada, kau mengata-ngata aku melampaui bos. Biasalah, manusia... Sedang bos tak kata apa, kau tuduh aku yang lebih-lebih. Jangan rindu walau sekali. Kerana aku sudah tidak lama. Memanjat syukur empat puluh satu.




.

9.1.09

Kalkulatif

Seorang gadis yang Bahasa Inggerisnya kacau-bilau... Suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The Mall

Gadis : I'm sorry
Pelancong : I'm sorry, too

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu. Dia meneka-neka dan terus menjawab.

Gadis : I'm sorry three
Pelancong : What are you sorry for?

Gadis : I'm sorry, five.


.

8.1.09

Komposer

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharga $1000 itu ialah pencipta lagunya. .

7.1.09

Romlah : Delayed Stories (part VI)

"Uwarghh... Oooohh... Orrgghh... Mmmpphhh... Aammrr... Huk.. hakkk... Aargkh.... Huu hah uh hak huk hak argh.....! Agagagaga..!!”

Menjerit-jerit Romlah diperlakukan begitu. Semua suara-suara erangan ini didengar oleh Sham dan Kana secara ekslusif dan erotik. Erangan suaranya membuatkan mereka ingin berkongsi dengan rakannya yang lain.

Kemudian.
Sham berlari-lari anak menuju ke rumahnya semula. Di ruang tamu kelihatan Budin dan Nahar sedang leka bermain video game.

"Apa hal kau termengah-mengah ni Sham?" Budin menegur.

"Ada! aaa.. ada huh aaa.. ada, ada berita baik ni." Jawab Sham sambil membongkokkan badannya. Tercungap-cungap. Nahar melongo menanti. Matanya terkebil-kebil macam mata cicak kubin terkena cuka luput tarikh.

“Tadi aku pergi hendap aaa..., kat rumah si Romlah tadi tu.. aaa” Sham menarik nafas panjang. Dan nampak sangat dia pancit!

“Yang kita selalu usik tu... Romlah yang suka mencarut tu?” tanya Budin semacam tak sabar.

“Ya lah..., yang mana lagi?!”

“Habis tu?” tanya Nahar juga tak sabar.

“Dia tengah henjut dan henyak habis.., dia punyalah jerit bila kena tala. Aku dengar naik stim beb. Mak datok oi...! Takde kontol punya.. Eh! Kontol pulak. Control... Memang pompuan ni ganas habis lu tau...! Terpegun aku!” sambung Sham.

“Habis tu tak ade peluanglah kita nak projek!?” Nahar semacam kecewa.

“Frojek kefala hottak kau berjamful?” Budin mengangkat keningnya. Seraya membelek tangannya yang berparut.

“Sham! Tadi, apa yang kau nampak dan apa yang kau dengar?" Budin seakan ingin tahu.

“Kau pun tahu kan, mata aku ni juling. Tapi, aku... Telinga aku tak pekak! Aku dengar dia cakap, bang...! bang..., bukaklah. I tak sabar nak rasa ni... Mesti sedap kan? Uh yeah... (suara seakan keluar dari hidung)”

++

"Sapulah... Errmmm, mesti sedap kan? (suara disengaukan gelombangnya)"

"Ayang nak ke?"

"Mestila... auuuww!"

"Abang masukkan ye?"

"Masuklah cepat bang!"

"Okeyy, takut meleleh kat cadar ni...."

"Nak cabut ke...?"

"Janganlah cabut... Sampai esok pun takpe...."

++

"Eh ye ke? Kau seirus ni Sham? ."

"Jom! Jom ikut aku kalau tak caya! Si Kana ada kat bawah tu..."

"Hah! Tengoklah! Err, silap. Dengarlah... Syyyy..."

"Oi oi oi..., nak puas hati. Kita terjah.

"Ada berani ka?"

"Apa ada hal?.." Damn!

Mereka berempat menyelinap masuk ke dalam rumah James. Tanpa disedari oleh tuan rumahnya.


.

6.1.09

Pentagonis

Suatu hari selepas pulang dari kuliah agama di surau. Si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg?" sambil ketawa..

Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "banggg, jom kita bunuh syaitan, bang".

Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "banggg, jom kita bunuh syaitan, bang".

"Takpe...tunggulah malam".

Esoknya si isteri berkata, "banggg, jom kita bunuh syaitan, bang".

Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata, "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berkata, "Ayang ni nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang."


.

5.1.09

Buahan

Dalam perut kereta.

Saya sedang memandu. Awek saya menemani saya memandu. Kemudian.
Awek saya mengeluarkan buah. Err, maksud saya, mengeluarkan buah epal dari tas tangannya. Maklumlah, dia mengamalkan diet. Lalu buah itu dimasukkan. Ke mulutnya.

"Nak lah tu..?" Dia kata.

"Emm.. Mestilah.." saya jawab.

"Abang kan dah ada buah?" Dia usik.

"Buah abang tak sebesar buah ayang..." saya balas.

"Buah abang walaupun kecil tapi kalau kena terus mengandung! Haha!" Dia cuba balas bergurau.

Hahahaha... gamat tawa kami dalam perut kereta.
Sambil saya menghentak-hentak stering saya. Dan berkira-kira mahu menukar stering MOMO warna merah menyala. Wow!


.

2.1.09

Romlah : Delayed Stories (part V)


Di dalam bilik itu. Romlah diarahkan duduk bersimpuh sopan (baca : sujud). Kain jenis astakona nervosa yang dipakainya itu diselak rentap oleh James yang sedari tadi tidak sabar-sabar menahan nafsu gelojaknya. Maka tersingkaplah sehingga menampakkan seluar mininya yang berwarna putih corak berbunga kecil, berenda halus di bahagian tepi cap Lady's. Seluar mini itu juga dilucutkan oleh James. Woah! Tampil keluar kemahkotaan murni Romlah yang begitu cantik dan membangkitkan nafsu seperti yang diharapkan. Harum aromanya. Telah disapu wangian lavender khabarnya dari London.

Mata romlah terkatup rapat. Mulutnya ternganga sedikit luas.

“Uhhhhh... argggggggh... !!” Itulah suara yang terhambur keluar dari mulut Romlah.

Manakala James tidak mengendahkannya. Malah lebih kuat lagi merangkul Romlah, dari belakang. Dia memainkan buah betik Romlah dengan kasar. Dari arah belakang. Badan Romlah mula melentik dan mulutnya sekejap terbuka dan sekejap terkatup menikmati keenakan. Sangat tak terhingga. Itulah penangan jari jemari kasar James.

Romlah merengek keenakan apabila jari jemari tadi menjalar di celahan pehanya pula. Lalu, menuruni lurah dendam yang teramat dalam. Aduuuuh.. duh...! Dan keadaannya itu menambahkan lagi keghairahan sedia ada.

Syhruppp... syhrupppppppp..., tiba-tiba terdengar bunyi itu. Erangan Romlah kedengaran. Dia. James. Mula belayar. Ombak terus memukul badai. Kini Romlah telahpun togel keseluruhannya. Hahaha! Dia tadinya berpakaian lengkap telah. Kini. Tanpa seurat benang. Buah berbonjol lemak dan daging terlebih Romlah dapat disaksikan secara terbuka oleh James. Bergentayangan. Itulah yang dia impikan selama ini. Wow! Jika tidak, kucing si Romlah jadi sasaran herdikannya. Kini, dia terlentang bujur dan bersedia untuk diperlakukan sesuka hati oleh James. Memang Romlah sukakan Mat Saleh itu.

Dimulakan dalam pendahuluan. Dengan mengucup bibir Romlah secara cermat sambil jari-jemarinya memicit-micit buah berbonjol lemak Romlah. Romlah nampaknya sudah mula kelemasan dan hampir karam. Mungkin tidak! Dia tak upaya mahu melawan. Maka, tadah sajalah. Matanya kelihatan kuyu dan dia mula merengek-rengek gelisah apabila James menekan-nekan dinding daging bawahnya. Sambil memicit-micit sesuatu.

Tidakkkkkk!!!!
Aku tak rela semua ini... Kau setaaaaannnnnn!!!!
Dah masuk waktu isyak, aku nak solat dulu... Nyah kau dari sini SETAAAANNNN!!!
Itulah yang terpacul dari mulut Romlah.



.

1.1.09

Slapstik

Pada suatu pagi, bertanya dia pada saya :

Abang, tengok jiran kita yang baru pindah tu...

Hah, dah kenapa?

Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja kan, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja kan, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betul la mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Nak mampos! Mana abang kenal isteri dia? Sia-sia karang kena penampar.



.

Selamat Tahun Masihi 2009