Saya berada di Pulau Langkawi di kala ini. Saya buat biasa je. Bercuti sambil bersantai. Walaupun bercuti, tidak mustahil, saya bisa akses menulis entri ini. Dengan zaman yang semakin canggih, membolehkan saya menaip sambil melakukan selam skuba dengan komputer riba yang kalis air sifatnya. Kerana ada teknologi tanpa wayar. Kemudian berbaring di pesisiran pantai dengan pasiran halus yang mendesir. Pukulan ombak yang upaya menenangkan ketegangan di kota. Bukan di kota saja boleh tengang. Di mana-mana pun boleh. Melakukan aktiviti sunbathing. Wallau weii... Subhanallah.
Sementelahan saya bercuti, saya meninggalkan kalian dengan entri ini dahulu. Kerana saya sedang merangka entri khusus percutian saya ini. Dengan menggunakan poket PC saya yang murah ni. Komputer riba saya kehabisan bateri.
__
Nama siapa?
Yaasin.
Nama penuh?
Tak perlulah. Panjang sangat...
Nama penuh saya kata!
Nak jugak tau ke?
Iyelah.
Ok. Yaasin. Wal qur anil hakim...,
sampai wa ilaihi turja'un...
Okey okey. Saya tulis Yaasin cukuplah!
Ermm..
.
1 comment:
Seronoknya...
Post a Comment