12.1.09

Syukur empat puluh satu

Betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Kalau Allah Ta'ala mahu memberi rezeki. Boleh saja ia datang bertimpa-timpa dan berganda-ganda. Lepas satu, satu DIA membuka jalan. Tapi, kalau DIA mahu tarik juga. Bila-bila masa boleh berlaku jua.

Lama aku menanti saat untuk aku kecapi sebegini. Pembukaan tahun 2009 adalah kemuncak segalanya barangkali. Sepuluh tahun aku menanti untuk menjadi WARGANEGARA. Oh ya, kalau kau mengikuti blog aku ini, kau akan mengetahui kisahnya. Sepuluh tahun di dunia sangatlah lama bagi aku. Apatah lagi sepuluh tahun di akhirat kelak. Alahai... Permohonan yang sepuluh tahun itu akhirnya membuahkan hasil pada tahun 2007. Dari merah bertukar ke biru. Dari PR bertukar ke WARGANEGARA.

Selepas aku menjadi WARGANEGARA aku rasa terseksa lagi kerana menanti permohonan kemasukan jawatan di sektor kerajaan. Ini ujian kesabaran aku dariNya barangkali. Dipanggil temuduga untuk kali pertama pada Februari 2008. Dan mengetahui keputusannya sebagai calon simpanan. Alahai... Kata orang, calon simpanan akan ditarik masuk pada bila-bila masa jika ada mana-mana kekosongan. Hampir setahun aku menanti. Surat panggilan itu. Penantian setahun ini lebih terseksa dari penantian sepuluh tahun kes di atas. Manakan tidak, selama tempoh ini juga, orang yang aku panggil kerja di pejabat aku untuk membantu aku membuat kerja-kerja teknikal lebih dulu dapat peluang itu.

Sedang rakan-rakan yang sebaya dengan aku sudah menerima kenaikan pangkat dan penghujung empat puluh satu, entah P1T berapa jauh meninggalkan aku. Kini, baru aku mahu terjun tiruk merangkak-rangkak ke garisan permulaan empat puluh satu. Alahai... Tapi, aku tidak mahu membandingkan aku dengan mereka. Buat apa?! Kerana mereka jauh lebih hebat. Dan mereka adalah WARGANEGARA memang sejak lahir. Maka, perbandingan aku menjadi perbandingan yang tak kena. Dan bukan perbandingan relatif yang betul.

Apa yang lebih penting buat aku, adalah melihat diri aku sendiri. Alhamdulillah, untuk mencapai ini semua aku melalui penat jerih dan tempuhi pelbagai dugaan dan penyeksaan yang sangat mengujakan. Ya Allah! Kau lebih Maha Mengetahui. Sesungguhnya aku redha dengan ini semua. Rezeki masing-masing sudah ditentukanNya. Amin... InsyaAllah 2009 aku berpindah ke rumah baru. Segala urusan sudah selesai. Dan 2009 bakal menjanjikan bintang sinar dalam keluarga aku.

Maka, tawaran ini aku tidak tolak mentah-mentah. Menerima tanpa berfikir panjang. Gila kau, aku dah berhempas-pulas untuk mendapatkannya. Takkan disia-siakan begitu saja. Sebaliknya aku lebih menghargainya kerana hasil usaha aku mengikut prosedur yang ditetapkan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kalau aku yang baru setahun jagung menjadi WARGANEGARA boleh mengorak kejayaan ini. Kau apatah lagi yang sejak azali memang WARGANEGARA. Masakan kau lebih suka memilih hisap dadah, merempit, hidu gam, aktiviti tidak bermoral, cabut sekolah, malas, ponteng kelas, makan rasuah, pecah amanah, rogol anak orang, rogol bukan anak orang, jenayah itu, jenayah ini dan yang sewaktu dengannya. Kau mahu jadi WARGANEGARA tak guna?!! Kau pasti boleh jadi LEBIH BERJAYA dari aku. Aku cabar kau!!


Esok, jika aku tiada, kau terkenang-kenang. Di kala, aku ada, kau mengata-ngata aku melampaui bos. Biasalah, manusia... Sedang bos tak kata apa, kau tuduh aku yang lebih-lebih. Jangan rindu walau sekali. Kerana aku sudah tidak lama. Memanjat syukur empat puluh satu.




.

6 comments:

citra rasa said...

tahniah...sudah sampai rezeki abg... moga berjaya dunia & akhirat...

Nizam.Ariff said...

Tahniah...

Unknown said...

Alhamdulillah.. =)

ha_si_na said...

alhamdulillah....tahniah buat anda!!.....semoga tahun 2009 lebih "SUCCESS" buat anda..!!!!

rudy bluehikari said...

Maha suci sang maha segala yang menganugerahi rezeki dgn usaha keras yang kau alami. Tahniah, moga beban galas yang baharu ini lebih global sifatnya utk kau berbakti kepada agama. Ibadah. Ibadah. Ibadah.

* rancang bandar elok-elok seperti kota Shinto yang sedapat mungkin tersampai pengangkutan awam di hampir seluruh pelusuk tempat kediaman rakyat.

ena said...

yarebba... welkam to the club!!!

tahniah beb