7.8.20

Embargo


Embargo

Abah nak bagi pencerahan kepada mereka yang masih tak tahu maksud duduk. Maksud duduk menurut KAMUS DEWAN, edisi keempat adalah seperti berikut:

1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh dll)
2. tempat letaknya
3. terletak berada
4. = kedudukan keadaan yang sebenarnya (bkn sesuatu hal dll)
5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah
6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal
7. berkahwin, bernikah, bersatu
8. hampas (kopi, teh dll)
9.= terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran dll)
10. mempunyai tempat atau kerusi (di Parlimen, majlis tertinggi dsb), berada
11. bahasa percakapan sedang (melakukan sesuatu)

Faham ke faham?

Jangan sampai abah jemput Pengarah DOSM dan Pengerusi LPPKN duduk bersama bagi membincangkan mengenai kependudukan pula.

Sudah pastinya dalam soal ini abah tidak boleh duduk diam. Abah nak pesan jangan biarkan kenderaan anda tidak dihidupkan enjinnya kerana terlalu taksub dengan duduk.

Abah sangat empati dan terkesan bagi mereka yang terpaksa bercuti tanpa gaji atau dibuang kerja di kala ini. Dalam soal ini kita harus bersatu. Lihat no. 7 di atas. Menangani wabak Covid19 bukan kerja satu agensi atau individu.

Kepada barisan hadapan negara abah tabik hormat kerana bertarung dan berjuang bagi menangani wabak Covid19. Didoakan semoga kekal konsisten duduk (lihat no.11) menjalankan tugas. Diberikan kekuatan yang luar biasa hebat.

SELAMAT HARI POLIS KE-213
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
Bantuan anda kami selamat di rumah.
Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Moga penulisan ini punya jiwa dan sampai. Tidak terduduk menjadi hampas (lihat no.8 dan 9)

Tahukah anda apakah nikmat dan cabaran bekerja dari rumah? Abah akan bincangkan dalam entri selanjutnya. Cuma abah bagi pembayang bekerja dari rumah ni di samping melakukan kerja pejabat kita melakukan kerja rumah dan kerja sekolah. Dah abah nak duduk!

Maklumanmu

Saya kirim whatsapp kepada jiran kiri, kanan dan belakang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan bagi pihak kontraktor kami akan membuat kerja kerja penyambungan belakang rumah.

Mohon izin kontraktor membuka pagar dawai (kiri dan kanan) dan penggunaan lorong belakang bagi melancarkan urusan kerja mulai minggu ni dan sehingga siap.

Segala kesulitan, kebisingan dan habuk sepanjang tempoh kerja amat dikesali.

Terima kasih daun pudina.

Saya syak mereka baca. Jiran yang sebelah kiri saja membalas dengan
Naik tembok sampai habis ke?

Saya tidak menjawab. Tembok sudah naik sampai atas.

24.3.20

#TabungKeluarga

WABAK PENYAKIT ATAU WABAK EKONOMI?

Petang tadi kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi.

Ada keletihan ketara diwajahnya.

Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.

Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat.

Ya saya rasa akan dilanjutkan.

Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan.

Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.

Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran 'bersedia'.

Apa maksudnya?

Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.

Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu.

Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.

Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.

Kawan kawan yang baik,

Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.

Kita sedang tak ada duit.

Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.

Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.

Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.

Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja.

Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.

Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.

Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.

Apa yang saya nak sampaikan,

Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.

Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.

Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.

Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.

Kesannya lebih besar.

Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.

Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.

Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.

Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.

Bersedia, kata kuncinya.

Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.

Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.

Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.

Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.

Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

Kawan kawan yang mulia,

Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.

Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.

Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.

Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini.

Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.

Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.

Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.

Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincamgan keluarga.

Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.

Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar.

Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.

Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.

Azizul Azli Ahmad

#CatatanHariKe7
#StayAtHome

23.3.20

Covid19

*MANUSIA ITU PENAKUT*(al-baqarah 155)
Covid-19 nama samaran,berlaku tahun 2019.

Jika tidak di turunkan musibah, manusia ini tetap leka atau lalai dengan kesibukan dunia. *Manusia itu lalai*(at-takatsur 1) Jika berlaku peperangan sebagai contoh,kita dapat lihat sebahagian negara terlibat dan sebahagian lagi negara aman. Negara yg terlibat dalam peperangan, rakyat nya jadi susah, ketakutan,tidak boleh tidor, takut kena bom, kena tembak dan sebagainya. Itulah lumrahnya umat manusia.

Namun dewasa ini, Allah hantar covid 19,untuk serang penduduk bumi dan akibatnya, seluruh dunia dalam ketakutan sebab bahayanya wabak ini boleh meragut nyawa. Tidak perlu kekuatan ketenteraan, apa yg kita lihat ramai yg mati akibat jangkitan wabak ini, tidak kira siapa dia. Baik ahli ibadah, orang jahil dan sebagainya kena juga. Allah buat keputusan seolah olah pukul rata semua kena. Jika kita singkap kembali sejarah silam para rasul dan juga nabi nabi. Apabila Allah buat keputusan hantar musibah, Allah hapuskan orang2 yg jahil dan selamatkan orang2 yg beriman.

Untuk itu, Allah hantar covid 19, sebagai musibah pada penduduk bumi seluruh dunia. Tidak seperti sebelumnya melibatkan makanan,ternakan seperti jangkitan selesema burung,ayam dan sebagainya. Banyak ternakan jadi korban di bunuh sebab jangkitan itu. Manusia menjadi ketakutan makan itu dan ini, ayam, daging di sebabkan jankitan.Kali ini cuma penularan wabak lain dari yg lain,tidak melibatkan sumbar makanan,hanya melalui sentuhan atau kontak perhubungan dengan pembawa wabak ini. Mana2 yg pernah di sentuh oleh pembawa virus ini,jika bersentuhan dengan orang sihat akan terkena jangkitan. *Hebatnya Allah swt.*

Dan apa yang berlaku dengan negara besar sombong serta bongkak dengan kemewahan nya, iaitu Allah swt lumpuhkan ekonomi mereka sekelip mata sahaja. *Dan Allah swt tanya, siapa kah yg berkuasa pada hari ini..?* Di sana sini manusia tumbang, mati di sebabkan bahayanya wabak ini.Dan Allah swt maha mengatahui jika Allah swt buat keputusan, tidak ada siapapun mampu menahannya,dan tidak ada kuasa yg besar sekalipun mampu mengubahnya. Yang pasti manusia kembali kepada Allah swt.

Apa yg menariknya serta hikmahnya bersama wabak ini, iaitu adalah, masa seluruh umat manusia kalut, bimbang,takut dengan jangkitan wabak ini. Sedarkah atau tidak kita, dalam masa yg sama, Allah swt telah merapatkan hubungan kekeluargaan bersama dengan ahli keluarga. Yang malas datang solat jumaat,atau solat berjemaah,atau suka sangat solat di rumah. Allah swt belanja. Hari ini kita sudah banyak masa dengan anak2 serta isteri di rumah. Kedai makanan pun buka seperti biasa, kita masih boleh membeli itu dan ini boleh makan bersama keluarga dengan aman.Dan dalam masa yg sama, kita di rehatkan dari keluar pagi balik malam. Ada juga yg keluar pagi balik pagi dan ada yg keluar dari rumah sebulan atau lebih dari itu baru dapat bertemu serta bersama keluarga.

Dan tahukah anda, Allah swt sengaja tegur kita, dengan apa yg kita usahakan hari2. Kekayaan harta benda yg kita rasa cukup membahagiakan kita. Hari ini, harga minyak turun 1.44 sen, dapat cuti 2 minggu gaji jalan. Duit simpanan banyak dalam bank. Hari ini, Allah swt mahu memperlihatkan pada kita di dunia lagi. Bahawa bila Allah swt membuat keputusan. Harta yg banyak itu, minyak murah sekali pun, masa cuti banyak, semua itu tidak berguna lagi di sebabkan wabak yg meragut nyawa.

Di perintahkan kita berkurung di rumah,bersama dengan ahli keluarga dapat tidor dengan nyenyak. *Tahukah anda, dalam kita tidor nyenyak berbahagia bersama keluarga.* Ada pihak yg lain, terpaksa bersusah payah berjauhan dengan keluarga. Penat tidak terkira, menangis tidak keluar air mata lagi hanya kerana mahu berikktiar menunaikan perintah Allah untuk menyelamatkan sebahagian nyawa yg lain. Apa daya mereka untuk semua itu, tetapi inilah hakikatnya yg Allah swt ingin perlihatkan pada seluruh umat manusia. Jika Allah mahu atau berkehendak, manusia tidak mampu berbuat apa apa selain Allah azawajalah.

Dan tahukah diri ini, sebelum Allah swt jemput kita untuk kembali kepadanya. Allah swt telah memperlihatkan pada kita bahawa semua harta benda kekayaan yg kita usahakan selama ini di dunia ini tidak mampu buat apa2. Apatah lagi di alam akhirat kelak. Yang jelas nya, perkara yg boleh selamatkan kita di akhirat kelak dari kemurkaan Allah swt adalah Iman dan amal kita serta takwa di dunia ini. Tidak ada perkara lain selain kita perlu beramal soleh, sedekah dan sebagainya. Allah swt tidak sekali kali membebani umat manusia dan juga tidak menzaliminya,melainkan sesuai dengan kemampuan mereka dan setiap kesusahan yg mereka iaitu umat manusia lalui pasti dan pasti Allah swt ganti dengan kebaikan. Dan akhir sekali, banyakkan lah bersyukur kepada Allah swt,dengan masa yg ada ini dengan amalan yag baik kita lakukan. Kita sudah banyak masa dan tidak punya alasan sibuk lagi. dan akibat yg baik kita lakukan memberi satu keinsafan kepada kita bahawa tidak ada yg lebih berkuasa selain Allah swt.Dan berilah kerjasama memudahkan urusan pihak berwajib kita duduk dalam rumah,bersama dengan keluarga yg tercinta. Mudah mudahan ketaatan yg kita lakukan itu di terima oleh Allah swt sebagai takwa kita dengan Allah taat dengan arahan pemerintah. Allah swt bukan suruh kita selesaikan masalah itu dengan logik akal manusia. Tetapi Allah swt mahu kita selesaikan dengan cara ketakwaan kepada Allah swt.

wallahualam…

10.3.20

Kerajaan Malaysia : MENGHAPUSKAN terus SJK (C) dan SJK (T) dan mewujudkan satu aliran nasional MALAYSIA

Hello there,

I just signed the petition "Kerajaan Malaysia : MENGHAPUSKAN terus SJK (C) dan SJK (T) dan mewujudkan satu aliran nasional MALAYSIA" and wanted to see if you could help by adding your name.

Our goal is to reach 300,000 signatures and we need more support. You can read more and sign the petition here:

http://chng.it/hxLbzTMVJm

Thanks!
Mohd

7.2.20

RAKYAT BERINTEGRITI, NEGARA CEMERLANG DISANJUNGI


Bimillahirrahmanirrahim,

Sewaktu kita masih kecil, kita diberitahu oleh ibu bapa kita tentang fungsi tiga warna pada lampu isyarat. Warna MERAH untuk berhenti, warna HIJAU untuk meneruskan perjalanan dan warna KUNING untuk sedia berhenti. Namun, selepas meningkat dewasa, doktrin yang telah dikoordinasikan semenjak kecil, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tatkala keseorangan dalam pemanduan, tanpa ada seseorang yang memandang ataupun pihak berkuasa melakukan sekatan, kita menghijaukan warna Merah dan kita juga menghijaukan juga warna kuning. Inilah secebis kisah tentang INTEGRITI.

Salam apresiasi buat saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang penuh berintegriti, dif-dif kehormat yang disanjungi, seterusnya hadirin yang bervisi dekat di hati. Assalamualaikum w.b.t salam kecemerlangan buat anda semua.
RAKYAT BERINTEGRITI, NEGARA CEMERLANG DISANJUNGI begitulah mauduk bicara yang bakal saya persembahkan buat santapan minda dan halwa telinga warga dewan semua.

Menurut YAB Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad konsep Rakyat Berintegriti bukan mencakupi isu rasuah semata-mata bahkan ia merangkumi perkara-perkara yang lebih besar dari itu. Rakyat Berintegriti membawa maksud rakyat yang memiliki nilai-nilai amanah, boleh dipercayai, jujur dan sifat-sifat peribadi yang teguh.

Tuntasnya, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi. Maka, untuk menjadikan Malaysia Cemerlang, kualiti unggul yang digariskan menerusi konsep Rakyat berintegriti diperlukan bagi memacu kecemerlangan Malaysia seterusnya disanjungi.

Namun persoalannya, bagaimanakah kita dapat melahirkan Rakyat Berintegriti yang akan memacu kecemerlangan negara kita Malaysia ?
Baik. Saya akan membawa saudara bagaimana kita dapat melahirkan rakyat berintegriti seterusnya menjadi pemacu kecemerlangan negara di bawah 3 pragmatik utama.

Maka hayatilah pragmatik yang pertama
INSTITUSI KELUARGA DIPERKASA, INTEGRITI TERPELIHARA.

Institusi keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat kita kerana asas segala asuhan bermula daripada keluarga. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sedari kecil, anak-anak perlu dididik dengan sifat-sifat peribadi yang teguh, dan ibu bapa juga seharusnya menjadi suri teladan terbaik buat anak-anak.

Menurut Prof Syed Naquib Al Atas dalam bukunya Ar-Risalah, mengatakan peranan institusi keluarga sangat utama dalam pembentukan masyarakat sejahtera.

Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan setiap 1 jam, 10 pasangan bercerai, setiap 3 hari, 2 orang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa dan setiap 2 hari, 2 orang remaja kita lari dari rumah.

Kegagalan integriti diterapkan sedari awal menyebabkan institusi keluarga menjadi pincang, dan akhirnya Malaysia yang cemerlang terencat untuk dizahirkan.


Namun saya ingin berterima kasih kepada para ibu bapa di hadapan saya yang menyahut kempen Rumahku Syurgaku, Baiti Jannati yang sentiasa menyemaisuburkan asas integriti dalam kalangan ahli keluarga, berteraskan yang tua dihormati, yang muda disayangi.

Lantaran itu, rakyat berintegriti yang ditunjangi oleh kekuatan institusi kekeluargaan dapat dilahirkan, akhirnya Malaysia Cemerlang di persada dunia.


Sidang hadirin bervisi,

Pragmatik kedua
PENDIDIKAN DIMANTAPKAN, INTEGRITI DIBUDAYAKAN.

Sedari Awal Kalimah Iqra diturunkan oleh Pencipta adalah untuk menyeru seluruh umat manusia mencintai ilmu. Maka, seharusnya institusi pendidikan menjadi tapak untuk menanam asas integiriti dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita sedar, institusi pendidikan merupakan institusi cukup dihormati dan dekat di hati.

Namun kita disentak dengan beberapa isu integriti dalam bidang pendidikan, kes kebocoran soalan peperiksaan yang tidak sepatunya berlaku sehinggalah kisah pelajar memukul guru yang berkorban mencurahkan ilmu. Cukup sedih apabila melihat seorang guru diperlakukan sedemikian rupa.

Namun, saya cukup yakin, itu hanya kes-kes terpencil kerana masih ramai dalam kalangan putra-putri merdeka yang menjunjung falsafah rasmi padi, semakin berisi, semakin menunduk ke bumi.

Usaha-usaha diperkasakan melalui sektor pendidikan untuk menyemaisuburkan integriti bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malahan kepada pendidik. Dari seawal Penyata Razak sehinggalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelbagai usaha dilaksanakan bagi melahirkan modal insan beringriti. Pendidikan agama dan moral diwajibkan, pendidikan sivik dan kewarganegaraan juga diperkasakan, kegiatan kokurikulum disulam dengan asas integriti yang kuat.

Lantaran itu, lahirlah modal insan bermentaliti kelas pertama yang akan memacu kecemerlangan Malaysia.

Hadirin yang tidak lena sekalian,

Pragmatik ke tiga,
MEDIA MASSA MEMAINKAN PERANAN, AMALAN INTEGRITI DITINGKATKAN.

Menyedari betapa dunia hari ini dihujani dengan ledakan media sosial, kita tidak boleh mengatakan tidak kepada kehadiran teknologi ini. Dilaporkan bahawa kini terdapat lebih 500 juta pengguna facebook (muka buku) dan lebih 100 juta pengguna twitter (berkicau) di seluruh dunia.

Ini membuktikan media sosial merupakan satu ancaman jika tidak digunakan dengan cara yang betul.

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sekitar tahun 2015 misalnya, hanyalah berpunca daripada insiden mencuri telefon bimbit tetapi menjadi viral kononnya melibatkan isu pergaduhan kaum. Bukan itu saja, penyebaran spekulasi liar dan berita palsu berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 juga antara bukti penyebaran berita tidak sahih. Masing-masing mahu menjadi juara wira papan kekunci dan pakar kononnya di media sosial.

Fitnah ini membuktikan ketirisan integriti yang gagal dibezakan kebenaran dan kepalsuannya.

Lantaran itu, pengguna media sosial yang memiliki integriti yang tinggi seharusnya berupaya menapis dan menentusahkan setiap berita sebelum menyebarkannya di media massa. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang palsu. Di pihak kerajaan, pelbagai usaha dilaksanakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggubal Akta Komunikasi dan Multimedia bagi menyekat berita yang tidak ada integriti. Kempen-kempen integriti di kalangan pengguna media sosial dirancakkan dan seharusnya disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia.

Hadirin warganegara Malaysia sekalian,

Sebelum saya meninggalkan medan bicara pada hari ini, saya dapat simpulkan betapa hari ini kita mampu melahirkan rakyat berintegriti yang bakal memacu kecemerlangan Malaysia andai institusi keluarga diperkasa, pendidikan integriti menjadi budaya serta media sosial diguna sebaiknya.

Ayuhlah bangsaku, kita lakarkan potret kecemerlangan Malaysia, maka benarlah Rakyat Berintegriti, Malaysia Cemerlang Disanjungi.



Putih-putih bunga melati,
Harum mewangi di pagi hari,
Pidato saya cukup disini,
Jika rindu harap hubungi.

Sekian, Terima Kasih.