31.7.06

Naik minyak

Perjalanan ke Kuala Lumpur dari Shah Alam melalui NKVE agak hairan juga pada hari itu. Hari Jumaat 28 Julai 2006. Banyak motosikal yang tersadai di tepi jalan. Tayar bocor. Aku boleh kira sepanjang perjalanan. Lebih kurang tujuh motosikal yang sedang dibaiki tayar belakangnya. Tidak termasuk satu motosikal meneruskan perjalanannya dengan selamba walaupun tayar depannya dah bocor. Rata-rata yang tayar motornya bocor memanggil foreman untuk dibaiki. Agaknya berapa diorang kena 'ketuk'. Peristiwa itu mengingatkan aku kembali kepada satu kisah.

Parah juga kalau tak tau baiki sendiri tayar motosikal yang bocor di jalanan. Kena tolaklah gamaknya ke bengkel yang terdekat atau tunggu sehingga foreman sampai. Itupun kalau kau punya nombor telefon foreman. Kalau tidak? Kau kena ambil kursus cara mengganti sendiri (Do It Yourself) tiub tayar motor yang bocor.

Zaman aku belajar dulu, di kampus. Aku menunggang HONDA. Selalu sangat tayar belakang mengalami kebocoran Jarang sekali tayar depan. Boleh dikatakan sebulan lebih dari tiga kali. Ada budak gemuk, pendek tapi mekar. Kekadang aku bonceng dia. Dia tak pernah bonceng aku. Aku tak bagi sebab HONDA itu aku punya. Pergi makan. Pergi kuliah. Pergi beriadah dan seumpamanya. Selepas budak gemuk itu aku bonceng pasti kebocoran tiub belakang HONDA aku berlaku. Huh, agaknya budak gemuk tu punya pasal. Aku tak buat lagi analisis mendalam antara perkaitan korelasi budak gemuk tu dengan tayar HONDA aku. Samada lemah atau kuat. Mungkin juga kebetulan. Mungkin juga rim aku dah 'luka'. Banyak sangat langgar lubang di jalan Malaysia. Maklumlah, tayar belakang aku 'tayar sotong'. Bebanan kat belakang bukan boleh menampung berat sangat. Aku anggap budak gemuk tu tak salah. Ya, budak gemuk tu tak salah.

Suatu hari budak gemuk beli tunggangannya sendiri agaknya tak tahan kena maki asyik tumpang orang. Kesian juga aku padanya. Simpati pun ada. YAMAHA 90CC. Murah-murah aje. Asap punyalah banyak berkepul-kepul. Meter minyaknya dah rosak. Meter kelajuan pun sama. Meter rpm jarum dah patah. Kekadang tayar YAMAHAnya juga mengalami kebocoran.

Suatu hari budak gemuk itu mengajak aku pergi ke kedai. Entah apa mimpi agaknya. Excited barangkali. Aku ikut dengan rela. Merasa naik motor jenama lain. Aku tak kisah. Jalan menuju ke kedai, perjalanan berlaku dengan lancar. Tiada kebocoran. Setelah membeli barang. Mahu pulang dari kedai. Ada masalah. Budak gemuk cuba start YAMAHAnya tapi tak hidup.

Pruup.. Tuuus.
Pruuup. Tussss. Tuuusss.

Keluar asap di ekzos. Puas budak gemuk tu cuba beberapa kali. Tapi tak berjaya. Aku datang

"Apa ni? Meh lah aku start". Aku kata sambil mengusik-usik palam pencucuh (spark plug) motosikalnya.

"Tak boleh arrr. Tapi spark plug ok".

Budak gemuk tak puas hati. Dia cuba start lagi. Beberapa kali dia cuba. Peluh kuyup budak gemuk itu. Kalu dia buat begini tiap pagi boleh kurus.

Aku tanya "Selalu ke YAMAHA kau jadi gini?"

Dia jawab dengan muka dah berpeluh "Ni first time?"

"Ok, gini. Aku bagi cadangan. Aku naik, kau tolak". Aku cuba bagi cadangan bernas padanya.

Lalu dia menolak. Aku masuk gear. Pun tak hidup juga. Tusssss... Asap keluar.

"Bawa gi bengkel je lah", cadangan kedua dari aku.

Nasib baik bengkel tak berapa jauh. Dia tolak motornya. Aku iring.

"Apa problem? Tayar bocor ka?" Tauke bengkel.

"Motor Wa, tak buleh start arrr.. Tolong tengok." Budak gemuk

"Tadi Wa dah tengok spark plug ok. Baru ganti ma... Wa tolak pun tak boleh" Aku cuba tambah.

"Sikijap. Wa kasi tengok." Tauke cuba start beberapa kali ternyata perbuatan tauke pun tak berjaya.

Nampaknya perbuatan tauke tu meyakinkan lagi perbuatan kami. Kami perhati. dalam hati aku YAMAHA ni layak jadi tukun agaknya.

"Tauke buka tempat duduk. Buka tank minyak. Haiya.... Kawan, minyak taklak la kawan". Tauke

Pap! Aku tepuk dahi.

Aku dah tanya pada budak gemuk tu tentang minyak YAMAHAnya tadi. Dengan penuh yakin dia jawab minyak baru diisi dua hari lepas. Bukan dia tak tahu YAMAHAnya dia kuat makan minyak. Macam tuannya juga.

Issh... Aku tergelak besar. Kau punya YAMAHA jagalah minyak YAMAHA kau. Nah, sekarang aku kena jalan kaki.

Kini, budak gemuk dah punya WIRA. Pernah dia pelawa aku naik WIRAnya. Aku kata, kau dah 'check' minyak belum. Nanti tak pasal-pasal aku kena tolak.

Dia hanya senyum kambing. Tergelak dalam hati.

27.7.06

Rasakan apa yang aku rasa

Gadis yang aku cinta bertanya "Abang sakit perut ke?"

Aku. Diam. Menahan sebu di perut.

"Minum air masak banyak-banyak. Hilangkan sebu tu". Gadis itu. Gelak kecil

"Abang nak Milo? Susu? Abang makan apa ni semalam?" Gadis itu lagi. Gelak kecil

Aku menahan lagi tanpa sebarang bicara dan jawapan.

Sapu minyak di perut. Lalu tidur menahan sakit.


Esok pagi.

"Abang tak yah lah gi kerja kan sakit perut." Gadis itu

"Takpelah, dah kurang dah ni." Aku

"Abang tak nak sarapan?" Gadis itu.

"Takpelah dah lewat dah ni... Abang minum Milo kat opis je." Aku

"Mmmphh. Ok" Gadis itu selepas bersalam.


Pulang dari pejabat.

"Kenapa"? Aku

"Sakit perut" Gadis itu dengan muka sememeh.

Aku. "Mmmm.. Senggugut ke?" Dia geleng.

"Makan apa semalam? Salah makan kot. Nak Milo? Nak Susu?" Apa rasa? Aku lagi. Gelak kecil.

"Ni ada nasi ayam untuk korang. Nanti kubuat milo ais. Roti pun ada ni. Sapu ngan jem strawberi. Jagung rebus pun ada. Jangan salah makan lagi."

Sah memang kami sekeluarga sakit perut termasuk si kecil (tapi dia tak mengadu apa-apa cuma sisa buangannya agak cair kali ini)

Iklan : Masuk Barisan (jiwa kacau 2)



"Entri-entri terpilih dalam Jiwa Kacau II : Masuk Barisan ini banyak yang menyentuh perasaan saya. Tidak sukar menghabiskan kesemuanya dalam masa yang singkat. Susunannya diselang-selikan antara penulis sinis, penulis penuh kecindan dan penulis penuh emosi. Ada juga entri yang menyebabkan saya sukar berhenti ketawa."- Pengantar oleh Nisah Haji Haron, penulis cerpen "Annyss Sophillea" - teks wajib pelajar Tingkatan 4.
Penyumbang karya dalam buku MASUK BARISAN seperti di bawah:


Amanitium Attochman Azhan A. Kamal Bluehikari Book El-maaniq KELAMBU Kemat Kingbinjai MAT JAN Ms D' Op & Mulan Puteri Elaira Eliza Rima Nilzah TOK RIMAU Tuan Tanah Terbitan hanya terhad kepada lebih kurang 500 naskah sahaja. Anda berminat? Sila emelkan nama anda kepada atochsmart2[at]yahoo[dot]com untuk proses tempahan, cepat sebelum terlambat.

26.7.06

Bukan Kupinta (part III)

Kasihan budak tu Pak Eh...
Biar dia tahu. Biar dia serik.
Awak bukan mengajar anak namanya Pak Eh
Habis tuh, nak dibiar aje budak tu ponteng sekolah agama.

Serik juga aku dengan peristiwa tu. Sikit-sikit. Peristiwa menyedihkan bagi aku. Menyayat hati. Sadis. Sejak kejadian tu, aku tak berani lagi untuk menghadiri sesi latihan hoki di sebelah petang. Walhal aku terpilih untuk mewakili pasukan hoki sekolah.

Cikgu Rahman sering menanyakan aku kenapa tak datang sesi latihan. Kalau begini caranya awak boleh digugurkan dari menyertai pasukan hoki sekolah. Latihan ni kekadang satu juga. Tak cukup waktu petang. Dicurinya masa subjek berjalan di waktu pagi. Lebih-lebih lagi kelas Matematik dan Pendidikan Islam. Curilah masa kelas Bahasa Inggeris ke. Kelas Lukisan ke. Terpaksa minta permisi dengan guru untuk menjalani latihan. Guna aje nama Cikgu Rahman. Habis cerita. Ramai cikgu yang komplen. Aku tidak berterus-terang dengan mana-mana cikgu yang mengendalikan sesi latihan hoki atau mana-mana rakan seperjuangan yang menyertai pasukan hoki. Tentang aku. Tentang tidak dapat ikuti latihan hoki sebelah petang. Tentang ketidaksebuluan ayah dengan minat aku. Aku lebih rela pendam sendiri. Cukuplah aku sendiri yang menanggung semua ini. Biar aku sendiri saja yang memikul. Tak perlu aku kongsikan.

Namun begitu, aku gagahi juga untuk mengikuti pasukan hoki sekolah. Kerana apa? Aku kena ikut kata hati aku. Aku cenderung yang ini. Aku bukan paksa. Ia datang sendiri. Oleh sebab aku tak dibenarkan ponteng sekolah agama. Aku cari jalan lain. Aku buat latihan sendiri di rumah. Setelah selesai pulang dari sekolah agama. Cukuplah walau sejam cuma. Asal kau konsisten. Asal kau bagi komitmen. Pulang pukul enam petang. Terus bergegas ke luar rumah untuk berlatih sehingga jam tujuh malam. Kalau tak cukup lepas Maghrib aku teruskan. Stick hoki, sebiji bola. Cukup untuk aku jalani latihan. Drible, pukul ke dinding, tolakan, timbang bola, tolak dan tarik serta apa saja asalkan aku dapat lepaskan.

Aku tahu jika aku minta sekalipun tak akan dapat. Sedangkan nak ke latihan tak dibenarkan, apatah lagi untuk meminta dibelikan stick hoki, kasut dan perlatan yang lain. Sudah. Kirim salam ajelah. Tapi, semangat aku berkata sesuatu untuk meneruskan sesi latihan. Kekadang aku curi-curi ponteng juga dalam seminggu. Anak degil lah katakan. Bukan degil? Habis apa? Entah. Bukan tahu serik. Dah ayah tak bagi janganlah buat. Huh, bukan aku degil, tapi ini hasrat dan minat aku yang tak boleh tidak.

Ternyata latihan yang aku jalankan sendiri di rumah membuahkan hasil. Segala kemahiran aku dapat kuasai berbanding dengan rakan yang lain. Rakan yang menjalani sesi latihan setiap petang. Aku boleh pukul bola dengan sasaran yang tepat dan kadar yang laju. Aku boleh tahan bola selaju mana dan dari arah mana sekalipun. Aku handal mendrible bola seolah-olah bola melekat di stick hoki. Huh, pencapaian yang membanggakan. Cikgu Rahman turut memuji kemahiran aku. Dia memberi semangat dan dorongan yang tinggi kepada aku. Semangat aku makin membuak-buak untuk terus maju dalam arena sukan ini. Siapa tahu suatu hari nanti dapat mewakili negara. Boleh jadi bintang. Dapat bintang...

Hari ini, tibalah masanya perlawanan hoki Majlis Sukan Sekolah Rendah Zon Johor Bahru bermula. Aku diturunkan di antara kesebelasan pemain dan tunggak kepada pasukan. Selaku ketua pasukan aku memang bergantung harap pada semua rakan untuk kerja sepasukan dan menjaringkan gol seberapa banyak yang boleh. Ketika dan waktu itu, sekolah kami bukanlah sekolah pilihan. Sukan hoki amat baru bagi sekolah kami. Baru diperkenalkan dan pertama kalinya masuk pertandingan sebegini rupa. Jadi, sekolah kami diperlekehkan dan dipandang enteng.

Aku gembira pada hari tersebut. Aku beritahu ayah dan mak akan hal ini. Mereka beri keizinan. Mereka beri sokongan dalam hati kecilnya. Ada. Ya, ada. Ayah tak marah lagi sebab sekolah agama dah habis periksa akhir tahun.

Hari itu, aku memang teruja. Tak sabar nak tunjuk bakat di atas padang. Bukan riak. Bukan takbur. Tapi tak sabar nak memukul ke arah gol lawan. Biar berdentum. Nak menutup mulut budak-budak sekolah lain yang pandang mudah sekolah kami. Pasukan lauk katanya. Lauk! Lauk! Segak menyarung jersi yang baru dibeli. Stoking baru, Stick yang dah lama dikemudi sejak latihan. Kasut sendiri.

bersambung...

25.7.06

Dari kacamata

Dah lah. Kau tu gendut. Pakailah yang sopan sikit. Daging terlebih kau banyak yang kelihatan sendat. Dah sarat. Aku tahu kau seksi. Tapi, aku tak selera tengoklah. Aku rimas. Aku khuatir. Macam nak terkoyak je. kau selesa ke? Nanti tersembol yang atas tuh... Terburai tempat simpanan susu kau.
Kata aku yang pakai spek hitam di dalam hati. Ketika berhadapan dengan gadis yang tak dikenali. Berselisih. Biarkan. Berlalu.

22.7.06

Bukan Kupinta (part II)

Entri ini adalah sambungan dari entri bertajuk Bukan Kupinta bertarikh 10 Mac 2006

Masa: Imbasan waktu 1986
Watak: Ayah, emak, aku, kawan aku, pakcik aku, jiran aku
Set penggambaran: Kawasan rumah setinggan yang pernah diduduki

Seperti biasa dan hari-hari biasa. Sesi pagi aku ke sekolah kebangsaan atau disebut SEKOLAH SEKULAR manakala sesi petang aku punya tanggungjawab ke sekolah agama. Ini sistem di Johor masa itu. Jika sekolah sekular pagi, kau kena sekolah agama sebelah petang. Begitu juga sebaliknya jika kau sekolah sekular petang, sekolah agama kau pada pagi. Dua sekolah ini letak sebelah menyebelah saja. Berjiran. Selalunya kalau aku malas nak balik rumah, aku terus lepak kat surau sekolah agama. Tiba masa baru aku masuk ke kelas. Sebaliknya, kalau aku rajin. Aku pulang terlebih dahulu ke rumah. Sempat juga jamah masakan ibu di rumah. Kemudian, barulah aku ke kelas sekolah agama. Begitulah setipa hari tugas dan tanggungjawab aku sebagai pelajar. Pelajar contohlah katakan. Kau ambil bakul dan kau masuk sendiri.

Ketika dan waktu ini aku berada di Darjah Enam Sekolah Kebangsaan. Ooops, sekolah sekular dan Darjah Enam juga sekolah agama. Waktu itu, aku dapat keistimewaan untuk melompat dari Darjah Dua terus ke Darjah Empat. Aku lompat setahun. Asyik dapat nombor satu je dalam kelas setiap penggal. Aku diberi keistimewaan itu. Beyond my expectation. Maklumlah. Takde siapa boleh potong aku dalam kelas. Takde pencabar terdapat. Jadi, aku rangkul juara menunggu setaip tahun. Uhuks.

Dalam Darjah Enam tu aku aktif dalam sukan hoki yang baru diperkenalkan di sekolah. Itu pun setelah kemasukan cikgu baru ke sekolah kami. Namanya Abdul Rahman. Kami panggil dia cikgu Rahman. Dia salah seorang jurulatih MSSM Hoki. Jadi, aku terpanggil untuk itu. Teruja. Nak juga wakil sekolah. Minggu depan dan hari-hari berikutnya bermulalah pemilihan dan sesi latihan insentif jika dipilih. Jika tidak, kau duduk diam-diam.

Nak dijadikan cerita, oleh sebab aku terpilih dalam sesi pemilihan tu. Aku kena menjalani sesi latihan seminggu tiga kali pada waktu petang. Sebab, dua bulan lagi game dah nak mula bagi sekolah-sekolah rendah untuk Zon Johor Bahru. Waktu petang terpaksa dikorbankan untuk sesi latihan. Maka, aku terpaksa ponteng sekolah agama pada masa itu di waktu petang. Cikgu ada juga bagi surat alasan menjalani latihan hoki di sekolah tapi Guru Besar sekolah agama tak bagi. Guru Besar tu misai tebal. Mukanya nampak garang tapi suaranya halus macam siri Doraemon. Tak boleh nak elak. Aku kena ponteng.

Hasrat aku untuk menjalani latihan pada waktu petang tak mendapat persetujuan dari ayah. Katanya, kau tak payah nak bersukan. Sekolah agama tu untuk pendidikan kau sampai tua. Ilmu agama. Sukan tu kat dunia aja. Patah terus hujah aku. Mak cuma diam dan patuh pada kata ayah. Maklumlah kalau Mak melawan sekalipun Mak yang akan dipatahkan nanti. Kekadang aku sedih memikirkan sikap ayah. Bukan aku nak mengajar ayah. Bukan aku tak hormat pada ayah sendiri. Tapi ayah kena hormat minat anaknya. Bukan pula bermakna apa semua kemahuan anaknya dipenuhi. Bukan. Ikut kesesuaian. Ikut keadaan. Kenapa anak orang lain boleh. Aku tak boleh? Banyak persoalan yang berserabut masih tiada jawapan dari ayah. Agaknya ayah begitu berpegang pada ajaran sebagaimana bapanya dulu merangkap Datuk aku mengajar dia. Wawasan akhirat. Pendidikan agama kena cukup. Kalau nak diharap pendidikan agama di sekolah kebangsaan tak cukup. Rapuh dan ampuh silabusnya. Banyak yang lopong.

Tapi, ayah kena faham bukan anaknya tak mahu langsung ke sekolah agama, Cuma anaknya mahu mewakili dan mengharumkan nama sekolah. Itu saja. Mahu juga diri ini aktif dan cergas dalam bersukan. Diri ini rasa boleh melakukannya. Bukankah kita kena seimbang dan sederhana dalam semua segi. Dunia kita kejar, akhirat pun kita kejar. Aku cuma cakap dalam hati aja. Bercakap untuk diri aku. Nanti dikata pula aku mahu mengajar ayah sendiri yang lebih arif dalam soal ini. Lain pula jadinya nanti. Kau derhaka pada ayah sendiri. Bahaya.

Akhirnya, aku kena akur cakap ayah. Tapi dalam aku akur kadang-kadang aku curi waktu untuk tidak hadir ke sekolah agama di sebelah petang. Menghadiri sesi latihan hoki. Latihan intensif. Bawa baju spare. Keluar rumah legkap berpakai baju melayu putih teluk belanga dan bersamping hitam berkancing susasa. Pergi bersama rakan. Memang selalu pergi saing. Jalan kaki. Sampai sekolah tukar pakaian sukan pergi latihan. Waktu balik tukar semula pakaian sekolah agama. Aku bukan jahat. Cuma nakal ketika itu. Agaknya, itu dah kehendak aku ketika itu. Tak suka dipaksa-paksa. Lebih rela ikut minat dan kemahuan sendiri.

Tapi... Hah. Bila sampai bab tapi ni dah tibalah lah ni kemuncaknya. Hari itu sesi latihan dipercepatkan pula waktunya dari hari biasa. Hari tu pula ayah ada pulang awal. Separuh hari katanya Kala itu ayah cuma pekerja kontrak pembinaan. Buruh kasar la tu. Tiada kerja sangat di tapak. Dia pulang awal. Kebetulan aku baru keluar beberapa langkah dari rumah. Berpakaian sukan lengkap dengan stick hoki di tangan. Terserempak dengan ayah menaiki motornya. Pulang tengahari dari tempat kerjanya. Mula ayah pandang. Aku buat tak nampak. Buat tak tahu. Kemudian, ayah pulang. Ya, dia pulang dan datang semula mengekori aku membawa parang. Aku ulangi, bawa parang. Aku cuak. Aku panik. Ayah bawa parang nak mengejar aku. Tak semena-mena aku lari. Lari bagai diperhambat orang mengamuk di tengah kampung. Tanpa banyak bicara. Aku campak stick hoki di tangan. Aku lari.

Biar betul. Ayah kejar aku keliling kampung. Semua orang perhati. Jiran. Ayam itik bertempiaran lari. Semua orang bingung. Apa betul ke tidak orang ni. Si bapa perhambat si anak. Sambil perhambat ayah menjerit dan melaungkan, kau jangan cuba-cuba nak ponteng sekolah. Lebih baik kau pergi sekolah agama. Nak jadi apa kau ni hah. Kuat juga ayah berlari. Kejar aku. Walau dah berusia, dia pantas. Aku apa lagi. Dalam panik juga masa tu. Manalah tahu. Buatnya dia tebas kepala aku tak ke parah. Tak pasal-pasal masuk di dada akhbar.

Dalam larian kami kejar-mengejar tadi, pakcik aku ternampak. Tercengang dia seketika. Masa tu dia sedang duduk di wakaf depan rumahnya sambil menghisap rokok Gudang Garam. Aku lari sebab apa. Sebab ayah dah kejar dengan parang. Gila kau kalau tak lari. Kalau lari berganti tak apalah. Boleh dia pas parang tu kat aku untuk disambut. Tercabar jugak pecutan larian aku. Keluar keringat jantan. Menempah maut namanya. Lagi satu memang dia beriya-iya benar nak kejar aku. Aku larilah. Penghujung larian aku di rumah. Tak dapat tidak, aku masuk dalam rumah. Tak boleh nak buat apa. Mahu menyelamatkan Mak ketika itu juga tercengang dan bingung. Apa dah jadi sebenarnya.

Tanpa banyak bicara ayah terus merapati aku. Tapi dia sudah meletakkan parangnya yang dibawa bersama tadi. Masa lari tadi. Tanpa mukadimah. Ayah terus menarik T-Shirt yang aku pakai. Ya, ayah tarik dengan genggaman yang kuat. Aku dah mula rasakan sesuatu. Auranya. Tidak. Ayah. Ampunkan aku ayah. Diri ini tak akan buat lagi. Tanpa fikir panjang ayah terus membuka tali pinggang yang dipakainya. Dilibas sekuat hatinya berulang kali. Libasan di belakang. Tak cukup itu. Ayah mungkin dah geram agaknya. Ikutkan sangat hati mudanya. Sudah dirasuk syaitan barangkali. Siapa tahu. Ayah menjerut. Ayah menjerut leher aku. Aku tak sempat menjerit. Tak boleh nak lawan kuderat ayah yang kuat. Ibarat macam kena tali gantung. Inilah balasan yang aku terima kalau tak mahu dengar cakap ayah.

Faham-faham sajalah perangai ayah. Habis semuanya dibelasahnya kalau ada siapa yang cuba menghalang. Jadi, mak sedih hanya mampu menitiskan air mata. Anaknya diperlakukan bukan untuk mengajar. Untuk membunuh namanya. Kalau dah sampai jerut leher tak jejak ke lantai sejengkal. Itu nak bunuh anak, bukan nak ajar anak. Aku hanya menjerit meminta pertolongan dan menitiskan airmata. Dapat bayangkan. Lepas satu, satu dikerjakan ayah. Tak cukup itu lagi, diheretnya aku ke bilik air belakang. Ada kolah di situ. Taklah berapa dalam. Aku meraung meminta pertolongan tapi siapa yang boleh membantu. Mak hanya boleh berkata sudahlah tu paknya. Sudahlah tu. Aku direndam dan diselam turun-naik kelemasan. Hampir nyawa-nyawa ikan. Dapat kau bayangkan. Apalah sangat dosa besar aku. Cuma tak hadir ke sekolah agama terus di belasah sebegitu rupa. Bukan untuk apa. Untuk sumbang bakti pada sekolah. Untuk mengharumkan nama sekolah.

Mujur. Mujur pakcik aku datang ketika itu menyelamatkan keadaan. Dia menjadi penyelamat situasi ketika aku terkapai-kapai kelemasan di kolah yang kandungan airnya lebih dari dua kolah. Kau nak ajar budak ke nak bunuh budak. Sudahlah tu. Terus direntap dan ditarik ayah aku ke belakang. Lalu menarik aku keluar dari kolah yang sudah keruh airnya. Aku selamat. Mencangkung di tepi kolah merintih bersendirian. Mengenang nasib yang dibelasah ayah sendiri. Bukan ayah tiri. Teresak-esak di kala itu. Basah kuyup aku dibuatnya. Sejuk menggigil. Kedinginan. Tapi, hati ini masih tercalar kepanasan dan bahang. Tak boleh hilang dari ingatan.

Mak hulur tuala aku ambil. Mengelap badan yang perlu. Salin pakaian yang baru. Aku tahu ayah ada maksud tertentu. Ada tujuan tertentu mengajar aku begitu. Bukan aku mahu cerita keburukan aku dan ayahku di sana dan di situ. Tapi ini, bisa dijadikan pengukur untuk orang sekarang dan orang dulu-dulu. Itulah ayahku. Mengajar anaknya yang satu dan keras kepala macam batu. Mak periksa leher aku. Merah. Ada garis bekas jerutan kain pelekat tadi. Belikat aku bergaris-garis merah calar dihiris tali pinggang ayah. Ada juga bengkak sedikit terkena kepala tali pinggang itu. Mujur tiada yang patah. Aku sedih. Aku pilu. Aku sayu. Ayah, aku pasti akan buktikan sesuatu untukmu. Ya, aku akan buktikan padamu.

Bersambung....

21.7.06

Rosak

Man... O.. Mann.. Aku jumpa anak kau hisap rokok tadi
Kat mana?
Bawah jambatan. Dengan kawan dia. Apa dia tak sekolah ke?
Betul ke?
Iye. Aku lum buta lagi ni. Masih lengkap pakaian seragam sekolah dengan kawan dia.
Pukul berapa?
Kira-kira jam 9 pagi. Aku balik dari pasar. Tadi.
Arrggh toksah sibuklah Sop. Tahulah aku nak ajar anak aku.

Kau nak tahu Kiah.
Apadia Ton?
Si Imah tu dah berbadan dua.
Iye ke Kiah? Berapa bulan dah?
Isssh. Takkanlah tak tahu Ton oii. Nak masuk tiga bulan dah.
Uiks. Kiah, sekarang bulan tiga kan?
Ha’ah. Kenapa Ton?
Maknanya dia buat projek awal tahunlah ye. Aku rasalah kan. Masa sambut tahun baru tu agaknya ye Kiah.
Mana kau tahu Ton?
Aku tahulah sebab suami aku kerja kat Majlis. Habis sambutan tahun baru, esoknya banyak dia jumpa kondom terpakai bila dia sapu sampah di DATARAN. Ada macam bentuk, saiz, warna dan rasa. Mmmm...

Dua hari kemudian.
Nenek, nenek. Semalam Tok kata dia jumpa kondom. Ondom tu apa Nek?
Mmm. budak ni (menjengkelkan mata sambil cari ide nak menipu cucunya).
Kondom tu apa Nek?
Ooooh. Kondom tu topi keledar.
Ooooh. Baru Aiman tahu.


Aiman, apsal hari ni kau tak sekolah?
Hari ni cuti mak.
Cuti apa? Cuti kepala hotak kau... Apa nak jadi kau ni hah?
Superman. Mmm jadi Superman mak.
Astaghfirullah al azim
Mmmph... Aiman tak kisah!
Dah, kalau tak nak sekolah pi ikut Tok kau pi kebun.

Di daun pintu. Menjenguk keluar.

Tok, nak pi kebun ke?
Ha’ah. Cepat kalau nak ikut.
Okey. Eh.. Tok tak pakai kondom ke.
Pap! (Tok tepuk dahi). Rosak budak ni (dalam hati)

Salleh. Jom malam ni kita pi surau. Lepas maghrib ada ceramah
Hah! Surau. Ye lah kalau aku sempat. Aku tengah sibuk sekarang ni.
Aiiik. Hari-hari sibuk, sampai takde masa nak pi surau.
Sibuk sekarang ni. Banyak kenderaan rosak yang belum dibaiki lagi kat bengkel tu.
Takpelah kalau sibuk baiki benda rosak. Tapi kalau jiwa dan hati kau dah rosak. Susah pulak nanti.

Semalam, jiran sebelah membebel. Katanya banyak jalan rosak. Banyak lubang. Tidak ditampal dengan segera. Penduduk dah buat aduan pun masih juga tidak dibaiki lagi jalan tersebut. Yang lebih parah katanya di situ pernah berlaku kemalangan. Penunggang motosikal akibat terperodok (eh betul ke perkataan ni) di lubang tersebut. Depan simpang tu plak. Simpang empat. Lampu isyarat rosak. Katanya. Bukan katanya. Ada tulis kat lampu isyarat tu. Sebarang kerosakan sila hubungi di talian bla bla bla. Semua pengguna jalan raya bising. Akibat dua kerosakan ini. Berapa ramai yang bising remaja dan belia kita rosak akibat dadah? Berapa ramai yang bising sebahagian muda-mudi kita dah rosak akhlaknya?

20.7.06

Bukanlah rahsia

Tahap kesabaran kita kadangkala ada batasnya. Bila dah tak sabar mahu saja aku layangkan tangan yang ringan ini. Nasib baik aku orang yang sabar. Kalau tidak, dah lama tangan ini naik. Silap-silap kaki ni pun boleh naik. Hissh... Jangan. Cobaan... Ada saja yang tak kena. Bagi ini tak mahu. Bagi itu tak mahu. Entah apa yang dia mahu, aku pun tak tahu. Entah di mana silapnya. Aku masih tak tahu.

Puas aku pujuk. Tak makan dek pujuk.Aneka cara dibuat. Puas buat muka lawak badot sarkas. Tak mahu diam. Bikin tanduk kambing. Tak mahu juga. Tunjukkan bunga plastik yang cantik. Pun sama juga.


Eeee. Apa ni, banyaknya orang datang situ......
Tengok tu kartun. Ha... Dia lompat... Tengok tu.


Tak berhasil juga. Geram juga dibuatnya. Biasalah budak. Kalu tidak. Bukan budak namanya. Bapak budak.

Datang Mama dia. Buka buku kecil kulit tebal dibeli tahun lepas. Ada gambar kucing belang bermisai. Sedang senyum. Kucing kaku dalam gambar dilakonkan bergerak sambil berbunyi. Mengerakkan buku itu. Itu saja.
Meow... Meow... Mana kucing.
Mana kucing. Kejar dia. Kejar dia.

Nampaklah interaktif sikit. Entah, aku tak nampak. Dalam hati aku.

Berubah terus dia. Diam seketika si kecil. Dari rengekan yang membingitkan telinga aku bertukar kepada hilai tawa yang menggelikan hatinya. Juga menggembirakan hati aku.
Kejar ayah. Kucing kejar ayah...
Meow... Meow... Gung gung

Masuk pula bunyi anjing. Buku itu digerakkan. Aku buat-buat takut. Walaupun aku takut juga pada kucing garang. Sejak kucing garang itu cakar kaki aku. Tuannya tak beri makan agaknya.
Berlakon. Mmm.. Berkesan. Berupaya menggembirakannya.

Pandai si Mama pujuk. Aku akur padamu kerana ilmu pujukmu. Kau memang mak budak yang bagus. Syabas! Sifat semulajadimu memang sudah ada. Cayalah. Lepas ni dah tahulah aku cara nak pujuknya. Bagi saja kucing kaku sedang senyum dalam buku tu.

Kasih, ini bisikan aku ke telingamu. Jangan cakap pada orang lain. Jangan bagi orang lain tahu. Ini rahsia kita berdua. Biarlah rahsia. Sayang, kau memang hebat. Aku sayang kamu. Sungguh. Aku cinta kamu. Pssst.. Jangan bagi tahu orang lain tau. Nanti aku belikan hadiah untuk kamu. Bagi aku kad ATM kamu dan nombor PINnya sekali. Aku pergi beli. Nanti.

19.7.06

Jalan-jalan cari gajah

Perakam masa 15 Julai 2006.

Perjalanan ke Kuala Gandah, Bukit Rengit. Tidaklah begitu jauh tapi cukup mencabar. Terpaksa mengharungi jalan tanah merah sebahagiannya. Jika hujan, alamat jalan penuh lumpur. Hari tu tak hujan. Kami mengharunginya dengan kereta dua gandar je. Buatan Malaysia. Santuari Gajah. Itulah tempat yang ingin kami tuju. Setibanya kami di sana kira-kira jam 2 petang memang kena pada masanya kerana jam 2.30 petang boleh berpengalaman menunggang dan mandi bersama gajah. Ya, mandi bersama gajah.

Penuh tempat letak kereta yang disediakan. Memang ramai orang yang datang berkunjung. Kebanyakan nombor plet dari luar negeri Pahang. Nampak seperti pelancong asing lebih ramai pada hari tersebut. Semua pengunjung dikehendaki mendaftarkan diri terlebih dahulu. Bagi tujuan keselamatan. Sebelum tiba di Pusat Pelawat dan Pendaftaran. Ada kedai cenderamata orang kampung tidak jauh dari situ. Kecil-kecilan saja.




Kak, ni berapa? Aku tanya sambil menunjukkan ukiran gajah kecil yang comel tu. Dua puluh hinggit je.
Yang ni. Aku tunjuk key chain
Lima hinggit.
Baju ni? Aku tunjuk baju yang digantung
Dua puluh lima hinggit saja.
Yang ni? Aku tunjuk beg kain
Sepuluh hinggit.



Aku senyum dan beredar. Penjaga kedai tak balas senyumanku. Dia hampa agaknya. Tanya lebih, beli tak mahu. Dalam hati aku cuma kata, harga barang situ mahal. Tak leh murah sikit ke untuk pengunjung macam aku. Pengunjung tempatan.

Bukan senang nak tengok gajah dari jarak dekat. Aku sudah. Aku dah pegang badannya. Kasar. Kesat. Kena pijak boleh mati ni. Kata orang gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak. Tapi kau nampak gajah tu jelas. Gajah di depan mata. Sempat juga bagi makan pisang pada gajah tu. Bagi makan buah-buahan. Sang gajah juga tahu makan buah-buahan import. Mana-mana pengunjung yang mahu mengikuti aktiviti menunggang dan mandi bersama gajah memang dibenarkan.




Ni gajah mana?
Ni gajah dari Burma.
Nama apa?
Nama dia Mawar.
Senang ke nak jaga?
Mmm. Boleh tahan.
Dah lama kerja sini?
Sejak pusat gajah ni dibuka.
Berapa lama?
Entah. Tak kira. Sambil senyum

Gajah yang masih kecil lagi diasingkan dalam satu kurungan. Ada dua ekor yang masih kecil. Umurnya dalam setahun lebih. Syawal dan Mados. Syawal dari Mersing, Johor manakala Mados dari Jeli, Kelantan. Memang teruja. Kau naik dan mandi dengan gajah. Tapi, aku dapat lihat gajah besar itu menitiskan air matanya. Agaknya keletihan kerana dipergunakan dan dieksploitasi manusia. Gajah juga ada hati dan perasaan. Lagi besar hatinya dari manusia.

_____
Lawatan tapak tangan : PASUKAN BERGAJAH

18.7.06

Lagu istimewa buat kamu

Sumber: Pojan Sdn Bhd


[suara latar]

Sebuah gubahan lagu yang digubah
untuk melahirkan perasaan orang-orang bujang
yang meminati Ct Nurhaliza Bukan sahaja di Malaysia
Malah di Singapura Brunei Kemboja
Laos
dan di mana-mana
mungkin sampai ke Jepun

Perkahwinan Dato' K dan juga Ct Nurhaliza
Untuk kamu berdua kami gubahkan lagu ini
Terimalah...
Ohhh Yeahhh... (2x)
Yeaahhh...
Bila Ct Jauh Aku rasa rindu hey
Kalau dia kahwin aku tak nak datang sey
Kerna dia kahwin dengan Dato' K Dato' K K K K
Kau nak kahwin dengan CT
Kau dah potoong jalan kami
Ini tak boleh jadi Kau memang tak sedar diri Yeay...

wa wa wa wa wa wa wa wa wa wa
Mmmm

Dulu ct kata
Tak kisah sape laki
Asalkan dia orang yang baik hati
Tapi Ct sekarang sudah mungkir janji
Kahwin dengan Dato' Duda pulak tu lagi
hhaa..Dato' K Nak kahwin dengan Ct
Kau dah pontong jalan kami

wa wa wa wa wa wa

Walaupun kau telah menghancurkan hatiku
Aku kan tetap meminatimu
Walaupun sudah tiga dagu
Aku belum siap yang lirik ni punya

wa wa wa wa wa wa

Walaupun begitu
Kami mengucapkan Selamat Pengantin baru
bagi Ct Nurhaliza dan juga Dato' K
Semoga mahligai yang dibina
Majlis yang akan berlangsung di KLCC
yang memakan belanja lima ratus ribu ringit Malaysia
akan berkekalan tidak seperti
Yusri dan Era yang sedang memikirkan
untuk mendapatkan penceraian
setelah majlis yang menelan belanja
beribu-ribu juta ringgit Malaysia
Bukankah lebih baik didermakan
kepada anak-anak yatim dan juga anak-anak yang kurang upaya
tapi takpe begitulah dunia artis
yang penuh dengan pembaziran dan penipuan

ohhh yeay yeayyy yeayy
Dato' K K K K
Dato' KK KK

Datok K, CT; Kitty & Hyppo



Hari ini, tanggal 17 Julai 2006, Malaysia dihangatakan dengan berita luahan isi hati penyanyi popular, Siti Nurhaliza. Memilih teman hidupnya sendiri. Datuk K. Peminat CT ada yang kurang setuju. Ada juga yang terpaksa menerima dengan jawapan-jawapan yang ingin menyedapkan hati sendiri.

Kalau itu dah pilihan dia, nak buat macam mana.
Kalau dah jodoh. Tak ke mana.
Dia ada hak untuk pilih teman hidupnya sendiri.
Sudah tiba masanya dia berumahtangga.

Mari kita tonton bersama sandiwara ini. Semoga berbahagia hendaknya pasangan yang mempunyai jurang umur 20 tahun ini hingga ke akhir hayat. Betul kata-kata skrip ini, Tak kenal maka tak cinta.

Berikut merupakan soalan-soalan yang ditanya oleh media antarabangsa yang masih belum terjawab oleh Siti. Masih menjadi tanda tanya.

What is your secret recepie to become a successful singer?
Can you speak any foreign languages?
How old are you? Just asking you before I’m asking Datuk.
Can you think of the name of an insect beginning with K?
Datuk K is only 47. Why do you talk about him as if he was an old man?
Where did you go for your lovely honeymoon? Any planning before?

Sebelum kumpulan media beredar. Mereka berkumpul lalu menyanyikan lagu berikut dengan diringi oleh pemuzik-pemuzik di bawah pimpinan Pak Ngah. Mari kita hiburkan hati sempena 'Datuk K MAKAN BESAR!'

Old Datok K had a room, e-i-e-i-o
And on his room he had a girl, e-i-e-i-o
With a auu auu here, and a auuu auuu there
Here a ouch, there a ouch
Everywhere a ouch, ouch
Aarrrggghh..

Lagu ini digubah

17.7.06

Kupu-kupu Malam

Wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan oral seks di dalam kereta mengatur temujanji dengan Fiza sebelum bersetuju bertemu berhampiran sebuah bank di Pusat Bandar Damansara, di sini. Dalam SMS-nya, Fiza menghantar pesanan,

‘Jumpa I pukul 5 (di) Uptown. U nak berapa round? kereta apa you bawa? jangan lambat, sampai call (hubungi)’.

Selepas menunggu hampir 10 minit, wanita misteri yang menaiki Proton Wira hitam terbabit muncul sebelum meletakkan kereta bersebelahan kereta wartawan Harian Metro.Wanita bertubuh berisi dan berbaju kurung itu masuk ke kereta ‘pelanggannya’ itu tanpa menyedari setiap perbualannya dirakamkan menggunakan alat perakam suara.

Berikut perbualan Fiza dengan wartawan Harian Metro:

FIZA: Hai! lama tunggu? sorry I kena punch card (rakam waktu pada kad) dulu tadi.

WARTAWAN: Baru je sampai. Apa plan U lepas ni? Nak makan dulu atau ‘projek’?

FIZA: I tak kisah tapi U kena cari tempat parking sunyi sikit. Sini tak selamat coz (sebab) ramai orang. U nak berapa kali?

WARTAWAN: I tak fikir lagi. I cuma ada RM100 dalam poket... cukup ke? Apa kata kita pergi singgah beli bungkus McDonalds dulu. I lapar! sambil tu boleh borak dulu.

FIZA: Mana U dapat nombor telefon I?

WARTAWAN: Ada member I nama Man pernah chat dengan you bagi nombor handphone ni. You kerja mana?

FIZA: I kerja dekat butik baju... dah dekat setahun tapi semua benda kena buat termasuk tukang jahit, despatch sampailah kerani akaun. Tapi gaji kecil.

WARTAWAN: Tapi I tengok you mampu pakai kereta. Kalau gaji kecil takkan you mampu drive tiap-tiap hari dari rumah di Sungai Buloh.

FIZA: Sebab tu I buat kerja ni part time (sambilan)... paling tidak boleh isi minyak kereta tiap-tiap hari. Kos hidup pun dah makin tinggi kalau tak buat kerja part time macam mana nak hidup senang sikit.

WARTAWAN: Berapa ramai (pelanggan) jumpa you dalam seminggu?

FIZA: Tak de lah ramai sangat. Ada dalam dua tiga orang seminggu. Itupun ramai kawan-kawan lama yang rindu.

WARTAWAN: Pernah diaorang (mereka) bawa you buat ‘projek’ kat hotel? You caj berapa?

FIZA: Dulu adalah tapi sekarang kurang. Setakat bagi RM150 pun I terima. Tapi sekarang I cuma buat lepas habis kerja antara pukul 5 hingga pukul 7 petang je. Kena balik awal.

Bagaimanapun, selepas berbual hampir 45 minit, Fiza kelihatan gelisah dan bertanya sama ada ‘pelanggannya’ itu serius melakukan seks oral di dalam kereta dan meminta mencari lokasi sunyi daripada tumpuan awam. Dia turut mencadangkan cermin kereta itu digelapkan untuk memudahkan tugasnya jika dipanggil sekali lagi.Namun, wartawan Harian Metro itu terpaksa berpura-pura menerima panggilan kecemasan untuk beredar dari situ. Fiza kemudian meminta bayaran ‘date’ RM50 serta sempat memindahkan tiga klip video aksi lucah daripada telefon bimbitnya melalui sistem ‘bluetooth’ kepada telefon bimbit ‘pelanggannya’ sebagai hadiah.

Sumber: harian Metro, Isnin 17 Julai 2006
_______
Nota kaki cagu:
Kuat betul iman wartawan Harian Metro tu.. Kalau aku agaknya dah hanyut di bawahnya (bergantung kepada teknik apa nak guna). Mmm. Kiamat dah nak dekat. Mereka tanpa segan silu menawarkan perkhidmatan s**s di mana saja. Melampaui batas-batas dan ruang lingkup ajaran Islam.

Lawatan tapak tangan :
Filem ANAK HALAL

14.7.06

Dalam Mobil

Perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur lebih banyak diam dari bercakap.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam lebih banyak kereta dari motosikal.
Dalam mobil ini lebih bayak radio yang bercakap.


Mmmm...
Apa tajuk aku nak mulakan perbualan dalam kereta ni.
Masih tercari-cari tajuk yang sesuai untuk dijadikan bahan bual.
Bos, cermin depan ni pecah ke?
Bahaya ni Bos. Aku mula
Nak tukar kereta ke, nak tukar cermin?
Ni soalan ke ayat penyata Bos?
Tukar kereta ngan tukar cermin lain Bos, perkara yang berbeza tu Bos.


Diam lama.

Di pejabat.


Siapkan laporan untuk bandar mamapan Selangor. Minggu depan nak mesyuarat. Yang kita pinda tu.
Lusa ader meeting ngan Jabatan Bomba dan Penyelamat HQ. Tolong prepared
Slide presentation untuk di bawa ke mesyuarat persekutuan tolong rangka
Siapkan draf talking point Ketua Pengarah
Sebelum nak balik ni tolong adjust table claim ni. Ader tambahan.
Tolong cek emel. Prof ader bagi something yang update.


Wuishh.. Ader lagi tak Bos. Kalu takde saya balik dulu.

12.7.06

Lebih makan, jangan kurang ajar

Taklimat di depan. Aku duduk di barisan tengah. Hilang focus ni. Apa guna ada laptop. Mulakan apa yang patut. Gerakkan jari jemari dan menari-menari di atas papan kekunci. Taklimat cuma berkisar bagaimana mahu memasukkan data dalam program yang dibangunkan. Bukan susah. Jangan cuba kurang ajar.

Pagi tadi lewat jam lima pagi. Bilik hotel gelap-gelita. Ada gangguan. Penghuni sebelah terjerit-jerit dan terpekik terlolong. Adui. Mengejutkan aku subuh. Dalam kerabaan. Mujur. Mujur kau jerit. Tapi jerit kau bingitkan telinga aku. Tolonglah diam dan bertenang. Aku tahu suasana dah gelap. Bukankah gelap lagi bagus. Apa kau nak takut. Esok pun dalam kubur kau bergelap kecuali orang-orang yang beriman.

Hei, duit kau aku dah masukkan. Hah, cubalah semak. Fuh, cepat kau bertindak. Ok. Duit dah masuk, bila nak bayar. Dalam tu maksudnya. Aku tergelak. Baru dimasuk tanya bila nak bayar. Gurau saja. Bila ada kau bayarlah. Syukur. Pagi ni juga aku akan langsaikan duit penyertaan penulis.

Nak ke tak nak ke nak ke tak nak. Kerana apa? Takkan aku nak ikut orang. Aku kena iku diri aku. Cara aku sendiri. Tapi ayat ini mematahkan kata aku dan menghidupkan semangat aku. Hei, lepas ni dah boleh makan. Biarlah terlebih makan. Janganlah terkurang ajar.

Ramai lagi belum bayar. Cetak di Petaling Jaya. Promosi seluruh Malaya. InsyaAllah.

11.7.06

Menerobos awangan melayang terawang-awangan

Di ruang angkasa. Kini, semua boleh melakukan penerbangan. Minah cun baju ketat. Skirt ketat. Warna merah menyala. Nurain, Shamila dan Suhaila (hanya menyebut beberapa nama). Aku ingat nama ni kerana mereka mundar-mandir di dalam perut kapal terbang. Fikiran mula berkhayal dan menerobos angkasa. Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Hei, tapi tidakkah iman kau tergugat. Ini cubaan. Ini dugaan besar bagi kau!

Aku duduk di sebelah kiri bahagian tengah. Sebelah kiri aku pasangan Cina sudah kahwin. Belum nikah agaknya. Sang lakinya berbadan sasa. Sang wanitanya agak tua dimamah usia. Kenapa kau guna 'sang'. Oh, itu nama keluarganya. Itu pandangan aku cuma. Sebelah kanan aku selang laluan minah cun yang disebutkan di atas merupakan pasangan orang putih. Slanganya Orang Belanda . Mana kau tahu? Entah. Aku teka saja sebab mukanya ada iras-iras Van De Sar. Tak apalah. Tapi cuma yang menarik mata aku kerana pasangan wanitanya berskirt singkat pendek. Satu sut macam overall corak kotak-kotak kecil putih dan oren. Duduk bersimpuh kedua kaki di atas. Kekadang tersingkap hingga ke pangkal paha. Hui. Memang kau miang. Mata keranjang!

Depan Mat Saleh tu orang lama. Warga emas keturunan Cina Sabah agaknya. Mana kau tahu. Aku main agak aje. Sebab flight ni nak ke Kota Kinabalu. Habis sebelahnya? Tua juga orangnya. Tapi tak tua sangat. Oh, itu Bos aku. Dia pejam mata. Lena agaknya. Di hadapan aku tak pasti siapa. Tak nampak. Namun aku pasti seorang wanita. Ah, biarlah. Di belakang? Belakang aku tak lain tak bukan kawan sepejabat yang juga duduk sebaris dengan pasangan Cina mengada-ada berpelukan tanpa segan. Dah kahwin agaknya. Tapi gayanya seperti ke arah berzina. Hoi, mana kau tahu. Mudah betul kau jatuh hukum. Suka hati kau aje.

Tiga minah cun lalu lagi. Potongan badannya cantik juga. Bila jalan membelakangi aku. Tak dapat aku elak. Pandang sajalah. Rezeki ni. Mak aiii.. Ketat giler. Nampak bentuk punggungnya yang padat dan sendat. Dah lah tadi terjengkit-jengkit sebelah aku. Baunya wangi siut. Sewangi harum kasturi orang kata. Memang da bomb! Berbalik kepada isu sendat tadi. Walaupun dia susah nak jalan. Tapi dia gagahi. Itu yang menawan beb. Nampak jalur dan garis yang jelas. Aku tak pasti beropol atau tidak. Ya, ada tersangkut batang di celah bajunya di bahagian dalam di tengah-tengah. Aku pasti itu sebatang pen kilometrico bewarna biru. Sumpah! Aku hanya memandang pen biru itu. Aku tak salah 'parking'. Uhuk uhuk...

5.7.06

DCC CEO, DO & YDP

Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh mengenai pembangunan tanah dan pendekatan yang digunapakai di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan undang-undang tanah lain yang berkaitan. Pembentang tidak bercadang untuk memperincikannya, sekadar hanya latar belakang dan gambaran kasar.

Tanah yang diberimilik akan dikeluarkan hakmilik kepada tuan punya tanah termasuklah dokumen hakmilik mengandungi antara lain, kategori tanah, syarat, sekatan kepentingan, nombor lot, nombor hakmilik, keluasan tanah dan sebagainya. Jika tanah tidak mempunyai kategori , penggunaan tanah biasanya dikawal melalui pengenaan syarat nyata.
Tuan punya tanah mempunyai hak dan kuasa seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 92KTN, iaitu hak untuk pecah sempadan, pecah bahagian atau menyatukan tanah yang dimiliki dengan tanah yang lain; hak untuk memecah bahagi bangunan berbilang tingkat; hak untuk memindahmilik, memajak, mencagar, menyerah dan menyempurnakan lain-lain urusniaga; dan
Hak untuk menurunmilik (transmit) harta bila berlaku kematian. Tuan punya tanah pula mempunyai tanggungjawab ke atas tanahnya dari segi membayar cukai tanah seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 93 KTN, memastikan penggunaan tanah adalah selari dengan kategori, syarat nyata, syarat tetap dan tidak melanggar apa-apa sekatan (sekiranya tuan punya tanah melanggar syarat, PBN boleh melucut hak tanah tersebut. Seksyen 127 KTN adalah dirujuk)

Di negara ini, pembangunan tanah adalah dikawal oleh undang-undang tanah dan juga undang-undang perancangan. Ini bermakna bahawa terdapat ‘dualistic control’ dalam urusan pembangunan tanah. Undang-undang tanah termasuklah Kanun Tanah Negara, Akta Hakmilik Strata dan lain-lain, manakala undang-undang perancangan termasuklah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Oleh itu, segala pembangunan tanah yang dicadangkan akan dijalankan hendaklah mematuhi kehendak undang-undang tanah dan juga keperluan undang-undang perancangan.

Istilah Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (Planning Authority) ditakrifkan dalam seksyen 5 KTN sebagai “mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai perancangan bandar, perancangan desa atau kedua-duanya sekali”

Sekiranya tuan punya tanah bermilik ingin memajukan tanah yang dimiliki, beliau perlu memastikan bahawa kegunaan tanah yang dicadangkan tidak melanggar kategori, syarat nyata, syarat tetap dan sekatan-sekatan yang mungkin dikenakan. Jika kategori tanah adalah berlainan daripada kegunaan yang dicadangkan, maka tindakan sewajarnya perlu diambil agar tidak berlaku pelanggaran syarat. Pembangunan tanah masa kini merangkumi pembangunan bercorak mendatar, menegak dan juga pembangunan di bawah paras bumi.

Kaedah-kaedah pembangunan tanah secara mendatar di bawah KTN termasuklah;
Tukar syarat dan urusan berkaitan (S. 124 KTN);
Pecah Sempadan Tanah (S. 135
KTN);
Pecah Bahagian Tanah (S. 140 KTN);
Penyatuan Tanah (S. 146 KTN);
Penyerahan dan pemberimilikan semula (S. 204A KTN);
Tukar syarat dan
pecah sempadan serentak (S. 124A KTN)


[Kaedah penyerahan dan pemberimilikan semula dan tukar syarat dan pecah sempadan secara serentak merupakan kaedah ‘fast-track’ yang diperkenalkan pada tahun 1985 melalui Akta Pindaan A587]

Bagi pembangunan secara menegak yang melibatkan bangunan berbilang tingkat, kaedah pecah bahagian di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 diperkenalkan bagi tujuan mengeluarkan hakmilik strata kepada petak-petak dan hakmilik strata sementara kepada blok-blok sementara (bagi pembangunan berfasa). Bagi pembangunan tanah di bawah paras bumi pula, peruntukan di bawah Bahagian Lima (A) KTN digunapakai. Peruntukan-peruntukan baru (seksyen 92A – 92I) dimasukkan ke dalam KTN melalui Akta Pindaan A752/1990

Tukar Syarat dan Urusan Berkaitan (S. 124 KTN). Seksyen 124 menerangkan bahawa mana-mana tuan punya tanah bermilik boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk: meminda jenis penggunaan tanah, mengenakan jenis penggunaan tanah, membatalkan syarat nyata; membatalkan ungkapan ‘padi’, ‘getah’ atau ‘kampung’, meminda syarat nyata, mengenakan syarat nyata yang baru, membatalkan sekatan kepentingan, meminda sekatan kepentingan; dan mengenakan sekatan kepentingan.


Permohonan tukar syarat hendaklah dikemukakan kepada PBN melalui borang yang ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri tersebut dengan disertakan perkara-perkara berikut:

Bayaran yang ditetapkan di dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri
Pelan
Perakuan carian rasmi
Kebenaran bertulis dari semua orang/ badan yang
mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah tersebut.
Permohonan tukar
syarat tidak akan dilayan melainkan cukai tanah bagi tanah tersebut telah
dijelaskan.

Jika melibatkan tanah ladang, Pentadbir Tanah hendaklah merujuk kepada Lembaga Tanah Ladang untuk mendapat pandangan/ syornya dan setiausaha Lembaga tersebut hendaklah memberi pandangan/ syornya dengan seberapa segera kepada Pentadbir Tanah.
Seksyen 124 (1A) (a) (b) Akta A1104/ 2001
Apabila PBN meluluskan mana-mana permohonan tukar syarat, PBN boleh mengenakan perkara-perkara berikut:


Premium tambahan
Cukai tanah yang baru
Lain-lain bayaran yang ditetapkan
di dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri; dan
Lain-lain syarat yang difikirkan
sesuai


Pecah Sempadan Tanah – Sub-Divide (S. 135(1))
Pecah semapdan tanah bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah dipecah sempadankan kepada dua bahagian atau lebih bahagian supaya tia-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik-nakmilik berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama.
Seksyen 135 (1) Akta A1104/ 2001

Kuasa Melulus
Jika tiada apa-apa arahan bertentangan, kuasa untuk meluluskan pecah sempadan ialah Pengarah Tanah dan Galian bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan Pentadbir Tanah bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah.
Seksyen 138 (1) (2)

Permohonan Pecah Sempadan
Permohonan pecah sempadan tanah hendaklah menggunakan Borang 9A KTN dan disertakan dengan perkara-perkara berikut:

Bayaran (seperti yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri)
Pelan
pra-hitungan yang menunjukkan secara terperinci mengenai pecah sempadan yang
dicadangkan, mengikut bilangan salinan yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah;
Surat Kebenaran dari badan-badan tertebtu (pihak berkuasa perancangan atau
badan yang ditetapkan oleh PBN); dan
Surat kebenaran daripada orang/ badan
yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah itu
Seksyen 137 (1) (a) – (d)

Jika melibatkan tanah ladang, Pentadbir Tanah hendaklah merujuk kepada Lembaga Tanah Ladang untuk mendapat pendangan/ syornya dan setiausaha Lembaga tersebut hendaklah memberi pandangan/ syornya dengan seberapa segera kepada Pentadbir Tanah
Seksyen 137 (3) (a)(b)
Akta A1104/ 2001


Syarat-syarat Pecah Sempadan
Pecah sempadan tanah hanya boleh diluluskan jika memenuhi syarat-syarat berikut:
Tidak bertentangan dengan sekatan kepentingan di mana tanah itu tertakluk;
Tidak bertentangan dengan undang-undang lain yang pada waktu itu
berkuatkuasa;
Mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa perancangan;
Mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tertentu yang ditetapkan oleh
PBN;
Tiada bayaran hasil terhitang;
Persetujuan daripada orang/ badan
yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah;
Memenuhi keperluan
keluasan minimum bahagian yang hendak dipecah sempadankan;
Bentuk bahagian
yang hendak dipecahkan itu hendaklah bersesuaian dengan tujuan ianya dipecahkan;
dan
Memberi keperluan jalan masuk untuk bahagian yang dipecah sempadan itu.
Seksyen 136 (1)

Bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan apabila permohonan diluluskan ialah:
Bayaran upah ukur;
Bayaran bagi menyedia dan mendaftar hakmilik-hakmilik.

Seksyen 138 (4)(a)(b)

bersambung...

Intro keperluan syarat-syarat teknikal bagi KM

Permohonan Kelulusan Perancangan atau Kebenaran Merancang (KM) menjadi syarat utama dalam mendapatkan kelulusan perancangan daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) sebelum sesuatu pemajuan dapat dijalankan. Masih terdapat PBPT yang belum menggunapakai sepenuhnya kaedah KM dalam memberi kelulusan perancangan, terutamanya bagi PBPT yang tidak mempunyai Pegawai Perancang dan kapabiliti dalam melaksanakannya. Oleh yang demikian, pada masa akan datang semua PBPT di Semenanjung Malaysia perlu menggunapakai Kebenaran Merancang seperti yang termaktub dalam keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Pada umumnya, setiap PBPT di setiap negeri mempunyai syarat-syarat keperluan teknikal dan tatacara yang tersendiri dalam memproses Kebenaran Merancang. Walau bagaimanapun, prosedur yang dilaksanakan pada dasarnya adalah mengikut peruntukan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang telah dikuatkuasakan. Bagi Jabatan-Jabatan Teknikal yang terlibat juga, mereka mempunyai keperluan-keperluan teknikal bagi permohonan Kebenaran Merancang mengikut akta, dasar dan pekeliling sedia ada di Jabatan Teknikal berkenaan. Persoalannya adakah hal ini selaras dan seragam?

Sebelum laporan ini mengupas lebih lanjut lagi. Lebih relevan jika maksud kebenaran merancang diutarakan terlebih dahulu. ‘Kebenaran Merancang’ bermaksud kebenaran yang diberi, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan (seksyen 2 Akta 172). Pada amnya Kebenaran Merancang (KM) boleh ditafsirkan sebagai satu prosedur di mana pemohon dikehendaki mengemukakan pelan susun atur (layout plan) kepada pihak PBPT untuk mendapatkan kelulusan merancang sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanahnya. Permohonan KM ini dibuat setelah mendapat kelulusan ubah jenis kegunaan tanah dari Pihakberkuasa Negeri (PBN) yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan.

Isu utamanya adalah dari segi ketidakseragaman dalam prosedur (amalan) dan keperluan-keperluan teknikal untuk mendapatkan kelulusan perancangan di antara PBPT di Semenanjung Malaysia telah memberi inisiatif kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia untuk menyediakan Kaedah-kaedah Kategori Syarat-syarat Teknikal Kebenaran Merancang yang bertujuan untuk menyeragamkan keperluan-keperluan teknikal bagi permohonan Kebenaran Merancang di antara PBPT.

Oleh yang demikian, Laporan ini akan mengupas, menganalisis dan mengenalpasti keperluan-keperluan teknikal untuk permohonan Kebenaran Merancang yang diamalkan oleh PBPT dan Jabatan Teknikal yang terpilih sebagai rujukan dan kajian kes. Juga mengenalpasti isu yang dihadapi oleh PBPT dan Jabatan Teknikal berkaitan keperluan syarat-syarat teknikal bagi Kebenaran Merancang.