Perjalanan ke Kuala Lumpur dari Shah Alam melalui NKVE agak hairan juga pada hari itu. Hari Jumaat 28 Julai 2006. Banyak motosikal yang tersadai di tepi jalan. Tayar bocor. Aku boleh kira sepanjang perjalanan. Lebih kurang tujuh motosikal yang sedang dibaiki tayar belakangnya. Tidak termasuk satu motosikal meneruskan perjalanannya dengan selamba walaupun tayar depannya dah bocor. Rata-rata yang tayar motornya bocor memanggil foreman untuk dibaiki. Agaknya berapa diorang kena 'ketuk'. Peristiwa itu mengingatkan aku kembali kepada satu kisah.
Parah juga kalau tak tau baiki sendiri tayar motosikal yang bocor di jalanan. Kena tolaklah gamaknya ke bengkel yang terdekat atau tunggu sehingga foreman sampai. Itupun kalau kau punya nombor telefon foreman. Kalau tidak? Kau kena ambil kursus cara mengganti sendiri (Do It Yourself) tiub tayar motor yang bocor.
Zaman aku belajar dulu, di kampus. Aku menunggang HONDA. Selalu sangat tayar belakang mengalami kebocoran Jarang sekali tayar depan. Boleh dikatakan sebulan lebih dari tiga kali. Ada budak gemuk, pendek tapi mekar. Kekadang aku bonceng dia. Dia tak pernah bonceng aku. Aku tak bagi sebab HONDA itu aku punya. Pergi makan. Pergi kuliah. Pergi beriadah dan seumpamanya. Selepas budak gemuk itu aku bonceng pasti kebocoran tiub belakang HONDA aku berlaku. Huh, agaknya budak gemuk tu punya pasal. Aku tak buat lagi analisis mendalam antara perkaitan korelasi budak gemuk tu dengan tayar HONDA aku. Samada lemah atau kuat. Mungkin juga kebetulan. Mungkin juga rim aku dah 'luka'. Banyak sangat langgar lubang di jalan Malaysia. Maklumlah, tayar belakang aku 'tayar sotong'. Bebanan kat belakang bukan boleh menampung berat sangat. Aku anggap budak gemuk tu tak salah. Ya, budak gemuk tu tak salah.
Suatu hari budak gemuk beli tunggangannya sendiri agaknya tak tahan kena maki asyik tumpang orang. Kesian juga aku padanya. Simpati pun ada. YAMAHA 90CC. Murah-murah aje. Asap punyalah banyak berkepul-kepul. Meter minyaknya dah rosak. Meter kelajuan pun sama. Meter rpm jarum dah patah. Kekadang tayar YAMAHAnya juga mengalami kebocoran.
Suatu hari budak gemuk itu mengajak aku pergi ke kedai. Entah apa mimpi agaknya. Excited barangkali. Aku ikut dengan rela. Merasa naik motor jenama lain. Aku tak kisah. Jalan menuju ke kedai, perjalanan berlaku dengan lancar. Tiada kebocoran. Setelah membeli barang. Mahu pulang dari kedai. Ada masalah. Budak gemuk cuba start YAMAHAnya tapi tak hidup.
Pruup.. Tuuus.
Pruuup. Tussss. Tuuusss.
Keluar asap di ekzos. Puas budak gemuk tu cuba beberapa kali. Tapi tak berjaya. Aku datang
"Apa ni? Meh lah aku start". Aku kata sambil mengusik-usik palam pencucuh (spark plug) motosikalnya.
"Tak boleh arrr. Tapi spark plug ok".
Budak gemuk tak puas hati. Dia cuba start lagi. Beberapa kali dia cuba. Peluh kuyup budak gemuk itu. Kalu dia buat begini tiap pagi boleh kurus.
Aku tanya "Selalu ke YAMAHA kau jadi gini?"
Dia jawab dengan muka dah berpeluh "Ni first time?"
"Ok, gini. Aku bagi cadangan. Aku naik, kau tolak". Aku cuba bagi cadangan bernas padanya.
Lalu dia menolak. Aku masuk gear. Pun tak hidup juga. Tusssss... Asap keluar.
"Bawa gi bengkel je lah", cadangan kedua dari aku.
Nasib baik bengkel tak berapa jauh. Dia tolak motornya. Aku iring.
"Apa problem? Tayar bocor ka?" Tauke bengkel.
"Motor Wa, tak buleh start arrr.. Tolong tengok." Budak gemuk
"Tadi Wa dah tengok spark plug ok. Baru ganti ma... Wa tolak pun tak boleh" Aku cuba tambah.
"Sikijap. Wa kasi tengok." Tauke cuba start beberapa kali ternyata perbuatan tauke pun tak berjaya.
Nampaknya perbuatan tauke tu meyakinkan lagi perbuatan kami. Kami perhati. dalam hati aku YAMAHA ni layak jadi tukun agaknya.
"Tauke buka tempat duduk. Buka tank minyak. Haiya.... Kawan, minyak taklak la kawan". Tauke
Pap! Aku tepuk dahi.
Aku dah tanya pada budak gemuk tu tentang minyak YAMAHAnya tadi. Dengan penuh yakin dia jawab minyak baru diisi dua hari lepas. Bukan dia tak tahu YAMAHAnya dia kuat makan minyak. Macam tuannya juga.
Issh... Aku tergelak besar. Kau punya YAMAHA jagalah minyak YAMAHA kau. Nah, sekarang aku kena jalan kaki.
Kini, budak gemuk dah punya WIRA. Pernah dia pelawa aku naik WIRAnya. Aku kata, kau dah 'check' minyak belum. Nanti tak pasal-pasal aku kena tolak.
Dia hanya senyum kambing. Tergelak dalam hati.
1 comment:
saya pernah lalui apa yang budak gemuk lalui dulu...
Post a Comment