31.1.06

Yang Datang dan Yang Pergi

Kali ni, cuti Hari Raya Cina rasa macam panjang. Walhal, pendek. Aku ambil cuti. Nak perhabis cuti tahunan. Kebetulan ada meeting. Memang tabiat orang kerajaan agaknya. Kalu nak buat meeting tak mahu di tempat sendiri. Suka travel keluar duit ke tempat orang. Ada yang suka. Ada juga yang tak suka. Alang-alang tu maka aku terus sambung je cuti aku. Malas nak ulang-alik. Buat penat badan aje. Jadi, dapatlah aku tengok anak saudaraku yang ke empat ni. Lahir penghujung bulan Disember 2005 tempohari. Tiga anak saudara yang lain tak dapat tengok secara live. Tengok melalui gambar yang dikirim je. Ikut susunan namanya begini: Kamaruzzaman, Auliaur Rahmah, Arif Hidayatullah dan yang ke empat Ammar Hakimi. Sihat budaknya. Comel. Bayi... Memanglah comel. Kebetulan hari ini ada majlis cukur jambul untuk dia. Buat sederhana je. Jemputannya kumpulan yassin wanita taman kawasan sini. Lelaki tak dijemput. Aku tak tahu nak lepak mana. Aku duduklah kat depan rumah. Atas kerusi yang di susun di luar car poarch. Aku lepak kat situlah. Kononnya, nak jadi jurugambar majlis.
Aku dikejutkan oleh adikku. Aku sedar-sedar rupanya orang ramai dah membanjiri duduk sampai keluar. Tidur-tidur ayam. Mamai... Mata ni macam kabur je. Samar-samar. Antara nampak dan tidak. Perasan juga aku, ada yang gelakkan. Nak gelak ke nak baca doa. Berdengkur pulak tu... Kemudian sempat juga adik aku tangkap gambar aku waktu aku tidur sambil duduk. Masa tu yang aku sedar. Terus aku bangun. Semua yang di luar gelak secara terkawal. Aku memang mengantuk sangat masa tu. Entah apa dah jadi aku pun tak sedar. Terakhir kali aku sedar ada bunyi teleon bimbit di saku. Aku sedar diperhatikan lalu aku bergegas beredar ke tempat lain.

Selepas majlis, aku bertanya pada ibu mengapa bacaan kumpulan taman ni lama sangat. Kata ibu, ketuanya orang baru. Sebelum ni tak pernah mengetuai bacaan. Adik menyampuk katanya bacaan tajwidnya banyak yang silap. Yang pendek, jadi panjang. Yang panjang, jadi pendek. Masa nak baca berzanji, semuanya tunduk dan saling tolak-menolak. Tak nak baca. Akhirnya, aku yang baca bila ditolak kat aku. Adik masuk bakul, angkat sendiri. Kemudian, baca doa penutup banyak yang silap. Silap baca lain maknanya. Doanya panjang berjela tapi bacaannya tak betul. Hei... Apa dah jadi. Memang kenyataan kata ibu. Ramai yang merungut. Ramai yang berkata di belakang. Senyap bila di depan. Ibu kata, biar padat, ringkas dan tepat asalkan sampai maksud dan hajat yang betul. Orang... Ramai dah bising. Ada juga ura-ura orang taman ni nak lantik ibu jadi ketua bacaan. Tapi, ibu tak mahu. Dah lama orang-ramai memujuk. Ibu meminta restu abah untuk mengetuai kumpulan bacaan. Abah bersetuju tapi katanya dengan syarat baca di hadapannya terlebih dahulu. Ibu lulus ujian bacaan, tajwid, sebutan dan seumpamanya. Jadi, ibu menjadi ketua kumpulan yassin wanita untuk taman ini. Alhamdulillah... Semoga menjadi Role Model untuk semua. Untuk kaum wanita taman ini khususnya, yang pandai cakap bukan main lagi tapi bila disuruh mengaji cukup liat.

Pada malamnya, ada rakan lama berkunjung ke rumah. Rakan sekolah lama. Memang dah janji dengannya. Malam tu dia nak datang. Dia yang telefon petang tadi. Lama juga berborak dengannya. Cerita kisah zaman sekolah. Cerita kawan-kawan lama. Kawan-kawan satu sekolah, satu kelas dan satu study group. Dalam perbualan ada juga dia tanya aku kerja di mana. Aku memang dah tahu dia kerja di sektor pembuatan. Isterinya juga. Jadi, tak payahlah aku tanya dia. Dia tanya mengapa aku tidak kerja di sektor kerajaan. Pakciknya ada di sana. Dia boleh tolong katanya. Pakciknya bernama Dolbani. Oh... Aku kenal dia tapi belum tentu dia kenal aku. Kalau kau nak, aku boleh cakapkan. Aku cuma diam membisu. Kupatahkan kata-katanya dengan jawapan tak payahlah. Aku sambung lagi cerita tentang kawan. Lepas si polan, si polan aku tanya. Sampailah ada si polan ni aku maklum tentangnya berita yang terkini dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Rakanku terus terkejut. Katanya ini lawak seram. Dia kata lagi kau tak dengar berita. Kau tak tahu atau tak diberitahu atau pura-pura tak tahu sambungnya. Aku menjadi hairan. Mengapa soalan itu terpacul keluar. Sebenarnya, si polan sudah meninggal dunia. Innalillahi wa innalillahi rojiun...

Rupa-rupanya si polan dah dua tahun pergi. Meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Masih muda. Sebaya kami. Dah ajal. Bukan kira muda atau tua. Perginya ketika isterinya mahu mengejutkannya bangun dari tidur di waktu pagi. Rupanya suaminya sudah pergi. Katanya dia ada penyakit semput. Itu menjadi sebabnya saja. Kalau dah ajal, maka tibalah masanya. Semoga rohmu dicucuri Rahmat. Jangan selepas ini aku terima SMS orang mati hidup balik sudah. Pergi kembali lagi. Tapi kembali yang belum ada pastinya. Rakanku tergelak kecil mendengarnya. Dia kata aku memang suak bergurau-senda. Dia menegaskan berita yang disampaikan ini memang benar. Ada yang tertingal berita ini katanya lagi. Ini berita benar. Jika ada masa ziarah kuburnya di Muar.
Al-Fatihah...

Bicara Sinis

Kalau ada duit di dalam dompet memang cepat habis. Macam air mengalir. Tiga ratus tak rasa dah habis. Ke mana wang tu pergi. Entahlah. Tak sedar. Tahu-tahu je tinggal lima ringgit dalam dompet. Boros. Hari ini semua barang naik harga, tapi gaji dok takuk tu je. Mana tidaknya. Tapi kata orang, jika ada keberkatan, duit lima ringgit pun boleh guna sampai sebulan. Macamana? Hah, di situlah letaknya resepi keberkatan. Kata orang juga, wang bukan segala-galanya. Ya, tapi dengan wang kita boleh beli segala-galanya juga. Kata orang lagi, jangan jadi hamba duit. Ya, tapi kalau tak ada duit kita boleh jadi macam hamba. Orang bergaji besar kekadang tak cukup, manakala yang bergaji kecil lebih daripada cukup untuk makan. Manusia sanggup bertelagah pasal wang, Ada yang sanggup berbunuhan. Ada yang sanggup menggadai maruah. Ada yang sanggup makan rasuah. Katanya, beli peralatan untuk kajian tapi diambil untuk tujuan lain. Itu katanya bukan rasuah tapi sumbangan. Minta sedikit sumbangan atau beli peralatan. Ada bukti resit. Kalau dah kerja dengan Kerajaan mana boleh cari duit dengan sumber lain. Termasuk jual kacang di Pasar Malam apatah lagi buka bisnes konsultansi pasaran gelap. Bukankah salah jika begitu. Nak cari kekayaan bukan begitu caranya. Wahai pekerja-pekerja kerajaan yang bersikap serong. Jadilah orang yang jujur. Orang yang amanah. Jangan makan duit dari sumber yang ada keraguan. Sesungguhnya anda makan gaji dengan cara yang halal. Jangan dicampur-adukkan yang haram katanya halal. Berbangga dengan perniagaan yang dijalanakan secara senyap-senyap. Aduh... Pergi haji dah beberapa kali. Isshhh... Takkanlah tak tahu hukum-hakam. Tak pernah hadir kursus. Kursus yang mengajar selok-belok berkhidmat dengan kerajaan dan pantang-larangnya. Hoi... Imanmu bukan diukur berapa tebalnya duit yang dikumpulkan olehmu. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Apabila tiba hari pembalasan, maka terimalah... Walau soalan dah bocor katamu, tapi amalan kau yang menjawabnya. Bukan dihafal jawapannya di kubur kelak.

30.1.06

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Aku dah niat sebelum dari semalam lagi. Bila tiba sahaja masanya. Aku tak mahu tangguh. Terus aku kerjakan. Selepas selesai solat Asar. Duduk membaca doa. Doanya berbunyi begini:

“Ya Allah, sesunggunya perkara yang telah kami lakukan dari perbuatan yang Engkau larang pada tahun ini masih belum lagi kami bertaubat pada hal Engkau tidak meredhai dan tidak melupakannya. Kami mengetahui dengan kelembutanMu, Engkau tidak mengazab kami malah memberi peluang kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat. Maka kami sekelian memohon keampunanMu. Ya Allah, ampunkanlah semua perbuatan-perbuatan maksiat kami sepanjang tahun ini dan redhailah kami. Ya Allah, sesunguhnya Engkau telah menjanjikan pahala setiap perbuatan kami yang baik, maka dengan kebesaran dan kemuliaanMu, terimalah segala amal bakti kami dan jangan Engkau hampakan harapan kami. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang”.

Selepas Isyak malam ni ada kenduri rumah pakcik. Kata mak kenduri lenggang perut anak perempuannya. Sepupu aku. Dah masuk tujuh bulan. Memang cepat masa berlalu. Rumahnya jauh juga. Makan juga setengah jam. Kalau memandu laju. Maknanya, kena keluar awal. Kira-kira selepas Maghrib eloklah tu. Memang tepat pada masanya kalau masa tidak dibuang. Selesai solat Maghrib aku menadah tangan membaca doa. Doanya setelah selesai membaca doa selepas solat. Doanya bermaksud begini:

“Ya Allah, Engkaulah sedia ada semenjak awal dan kekal abadi atas kemualiaan Engkau yang Maha Agung. Ya Allah, pada tahun baru ini kami memohon kepada Engkau daripada fitnah dan tipu daya syaitan dan pemerintahannya serta tentera-tenteranya. Ya Allah, kami berlindung kepada Engkau daripada nafsu amarah dan kejahatan. Berilah petunjuk kepada kami supaya kami semakin dekat kepadaMu”.

Tetapi masalahnya, masing-masing banyak karenah. Banyak cekadak. Bergerak lewat. Setibanya di sana, orang ramai dah baca pertengahan surah Yassin. Dalam dah sarat muatan. Luar pun dah penuh. Terpaksa duduk kat tepi jalan. Nasib baik ada kotak limau kat situ. Disiat-siat kotak tu. Dapat dibuat alas untuk duduk. Semua orang dok perhati. Hoi... Nak baca doa ke nak tengok orang. Belum duduk panas. Bacaan dah habis. Doa tak lama. Sejurus selepas mengusap muka, aku terpandang ke arah muka abah. Dia bikin isyarat guna lenggok kepala je. Maknanya faham-faham je lah. Angkat hidangan di dalam. Aku cuit juga peha adik untuk turut serta. Datang lambat kena cover angkat hidangan. Hidangan perlu diangkat kerana sudah tiba masa makan. Maklumlah, ni kan rumah pakcik sendiri. Nanti, apa pula katanya. Kata orang sekeliling...

Lepas selesai orang makan. Doa penutup. Tak payah tunggu isyarat. Hidangan perlu dikemas. Dalam perjalanan pulang sekereta. Aku tanya pada adikku apakah tema Maal hijrah untuk tahun ini. Dia jawab entah. Dia tak tahu. Kemudian, dia kembalikan soalan itu kepadaku. Dengan penuh yakin aku jawab tema tahun ni adalah guna tahun lepas punya tema. Dia macam tak yakin dengan jawapan aku. Dia mahukan temanya. Tagline tema tu. Bukan guna tema tahun lepas yang perlu dijawab. Aku kata, kalau tak percaya esok cuba tengok televisyen. Siaran langsung.


.

28.1.06

Itulah Agaknya...

Hari ini sikecil meragam. Selesema. Demam. Badannya panas yang amat terutama pada waktu malam. Kesian aku melihatnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Gi klinik dapat ubat yang sama. Jumpa doktor. Doktor tak macam doktor. Malam je dia merengek. Dah masuk 3 hari dia kurang sihat. Cuaca tak menentu agaknya. Entahla... Usaha, doa dan tawakkal. Semoga cepat sembuh. Agaknya nak pandai bercakap. Agaknya nak tumbuh gigi.


.

26.1.06

Pray Hard

Aff : Hello, assalamualaikum
Nid : Waalaikumsalam
Aff : Eh! I call U punya bos, tak angkat telefonlah
Nid : Dia ada meeting kot
Aff : I think dia sembahyanglah
Nid : Sembahyang apa? Lum masuk waktu zohor lagi
Aff : Tak dapatlah I nak bagitau dia…
Nid : U SMS pun takpe. Mintak je lah kat dia
Aff : Bos U pray hard ye
Nid : Pray Hard?
Aff : Ya lah duit dah dapat banyak kena pray hard takut kena rompak.


.

23.1.06

Kekalutan

Antara jam 12.45 pm hingga 2.00 pm
Ros : En. Dee tolong masukkan
Dee : Masukkan?
Ros : A’ ah, masukkanlah. Everything dah ready ni..
Dee : Ok.. Ok.. Masukkan semua ke separuh je…
Ros : Semualah… Cepat sikit!
Dee : Are U Sure?
Ros : Sikit-sikit lambatlah En. D. Takde masa ni
Dee : Ketatlah… Ko tak buka ke?
Ros : Ketat ke?
Dee : A’ ah… Ketat ni. Ko buatlah… Masuklah sini.
Ros : En. D sana sikit, orang nak masuk ni
Dee : Masuk je lah
Ros : Gelaplah kat sini
Dee : Gelaplah bagus.. Ko tak nak rehat ke?
Ros : Jap lagi la… Tak habis lagi kerja ni
Dee : Rehatlah dulu…
Ros : Alamak! Tumpahlah, habis basah.
Dee : Issshhh… Ko ni betullah. Buatlah hati-hati sikit. Janganlah ganas sangat.
Ros : Alamak! Sangkutlah En. D. Takleh keluar la
Dee : Tarik je la
Ros : Boleh tarik ke? Nanti rosaklah barang kita.


Antara jam 2.00 pm hingga 2.30 pm
Een : Kak Ros dah print ke yang tadi tu? Benda tu urgent
Ros : Belum lagilah. Tadi En. D habis basah.
Een : Kenapa?
Ros : Air tertumpah dari pasu atas meja komputer dia. Aku terlanggar. Pastu printer plak buat hal. Paper jam.


.

15.1.06

Hi hi, bye bye

Diambilnya beg kertas dari rak lalu digalas. Di bahu kanannya. Tangannya di angkat. Tangannya melambai-lambai dan berjalan perlahan. Si kecil itu sudah memahami sesuatu. Sudah memahami gerak prilaku. Berlegar-legar dia. Mulutnya riuh...

Ayah, ayah, ayah (sedikit pelat). Di ruang tamu. Kemudian dia duduk dan tersenyum riang. Eleh… Manjanya puteriku..


.

13.1.06

Who's The Boss

Ketika di pejabat. Sewaktu mahu melabuhkan punggung di kerusi hitam depan PC. Terpandang helaian faxsimili di atas meja yang tertulis
MESYUARAT bla… bla…

"En. S, sila hadir". Ada tulisan Boss tertera.

"Ok. Ok lah…" dalam hati.

Membelek helaian faks tadi.

"Boss busy kot?". Dalam hati.

Dia dah suruh kenalah pergi. Cakap banyak plak kau ni. Skali dia buat macam Donald Trumph… Baru kau tahu.


.

10.1.06

Surat Anakmu

Surat ini sudah lama ditulis oleh tuannya, namun begitu ianya masih belum dipos oleh penulis. Sehingga kini, penulis masih merahsiakan surat ini daripada pengetahuan ibu dan bapanya. Sekarang, penulis ingin meluahkan segala isi kandungannya untuk tatapan umum sebagai satu luahan dan restu anak kepada bondanya.

Assalamualaikum w.b.t
Ke hadapan mak dan bapak yang dikasihi…

Mak,
Pertama kali abang minta ampun dan maaf di atas segala keslahan yang telah abang lakukan selama ini sama ada yang tersurat ataupun yang tersirat. Halalkan makan minum abang.
Buat bapak dan adik-adik yang lain juga abang minta maaf…
Maafkanlah diri ini…

Mak,
Abang rasa dah tiba masanya untuk abang berdiri di atas kaki sendiri. Bukan niat di hati tidak memerlukan mak dan bapak. Maksud abang, dah tiba masanya abang berdikari dan berpijak di bumi yang nyata. Sampai bila abang nak bergantung harap dengan mak dan bapak…

Lagipun, abang rasa dengan berbekalkan pengalaman hidup dan sedikit pengalaman kerja rasanya abang cukup yakin untuk menempuh hidup ini dengan penuh cabaran dan dugaan.

Pahit jerih yang dilalui telah abang tempuhi sejak dari kecil lagi. Bukan tak menerima takdir tapi itulah ketentuan dariNya dan hakikat yang sebenar-benarnya.

Mak,
Mak dan bapak telah banyak berkorban untuk abang dan adik-adik. Abang hargai… Keputusan ini bukan dipinta tapi abang usaha sedaya yang mampu mencari peluang yang terbaik. Itupun untuk kebaikan diri ini juga. Abang yakin dengan berhijrah, manusia itu akan lebih gigih, tabah dan tahu asal-usul. Mak dan bapak pun berhijrah juga. Merantau ke negara orang. Abang pun anak perantauan. Jadi, tak salah kiranya abang merantau untuk mencari peluang yang terbaik.

Mak,
Tentang diri ini, mak janganlah risau. Abang akan kirim berita sentiasa. Abang akan jaga tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang di tempat orang. Abang akan jaga solat. Abang akan jaga tanggungjawab abang terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Yang benar
Anakmu


.