Kali ni, cuti Hari Raya Cina rasa macam panjang. Walhal, pendek. Aku ambil cuti. Nak perhabis cuti tahunan. Kebetulan ada meeting. Memang tabiat orang kerajaan agaknya. Kalu nak buat meeting tak mahu di tempat sendiri. Suka travel keluar duit ke tempat orang. Ada yang suka. Ada juga yang tak suka. Alang-alang tu maka aku terus sambung je cuti aku. Malas nak ulang-alik. Buat penat badan aje. Jadi, dapatlah aku tengok anak saudaraku yang ke empat ni. Lahir penghujung bulan Disember 2005 tempohari. Tiga anak saudara yang lain tak dapat tengok secara live. Tengok melalui gambar yang dikirim je. Ikut susunan namanya begini: Kamaruzzaman, Auliaur Rahmah, Arif Hidayatullah dan yang ke empat Ammar Hakimi. Sihat budaknya. Comel. Bayi... Memanglah comel. Kebetulan hari ini ada majlis cukur jambul untuk dia. Buat sederhana je. Jemputannya kumpulan yassin wanita taman kawasan sini. Lelaki tak dijemput. Aku tak tahu nak lepak mana. Aku duduklah kat depan rumah. Atas kerusi yang di susun di luar car poarch. Aku lepak kat situlah. Kononnya, nak jadi jurugambar majlis.
Aku dikejutkan oleh adikku. Aku sedar-sedar rupanya orang ramai dah membanjiri duduk sampai keluar. Tidur-tidur ayam. Mamai... Mata ni macam kabur je. Samar-samar. Antara nampak dan tidak. Perasan juga aku, ada yang gelakkan. Nak gelak ke nak baca doa. Berdengkur pulak tu... Kemudian sempat juga adik aku tangkap gambar aku waktu aku tidur sambil duduk. Masa tu yang aku sedar. Terus aku bangun. Semua yang di luar gelak secara terkawal. Aku memang mengantuk sangat masa tu. Entah apa dah jadi aku pun tak sedar. Terakhir kali aku sedar ada bunyi teleon bimbit di saku. Aku sedar diperhatikan lalu aku bergegas beredar ke tempat lain.
Selepas majlis, aku bertanya pada ibu mengapa bacaan kumpulan taman ni lama sangat. Kata ibu, ketuanya orang baru. Sebelum ni tak pernah mengetuai bacaan. Adik menyampuk katanya bacaan tajwidnya banyak yang silap. Yang pendek, jadi panjang. Yang panjang, jadi pendek. Masa nak baca berzanji, semuanya tunduk dan saling tolak-menolak. Tak nak baca. Akhirnya, aku yang baca bila ditolak kat aku. Adik masuk bakul, angkat sendiri. Kemudian, baca doa penutup banyak yang silap. Silap baca lain maknanya. Doanya panjang berjela tapi bacaannya tak betul. Hei... Apa dah jadi. Memang kenyataan kata ibu. Ramai yang merungut. Ramai yang berkata di belakang. Senyap bila di depan. Ibu kata, biar padat, ringkas dan tepat asalkan sampai maksud dan hajat yang betul. Orang... Ramai dah bising. Ada juga ura-ura orang taman ni nak lantik ibu jadi ketua bacaan. Tapi, ibu tak mahu. Dah lama orang-ramai memujuk. Ibu meminta restu abah untuk mengetuai kumpulan bacaan. Abah bersetuju tapi katanya dengan syarat baca di hadapannya terlebih dahulu. Ibu lulus ujian bacaan, tajwid, sebutan dan seumpamanya. Jadi, ibu menjadi ketua kumpulan yassin wanita untuk taman ini. Alhamdulillah... Semoga menjadi Role Model untuk semua. Untuk kaum wanita taman ini khususnya, yang pandai cakap bukan main lagi tapi bila disuruh mengaji cukup liat.
Pada malamnya, ada rakan lama berkunjung ke rumah. Rakan sekolah lama. Memang dah janji dengannya. Malam tu dia nak datang. Dia yang telefon petang tadi. Lama juga berborak dengannya. Cerita kisah zaman sekolah. Cerita kawan-kawan lama. Kawan-kawan satu sekolah, satu kelas dan satu study group. Dalam perbualan ada juga dia tanya aku kerja di mana. Aku memang dah tahu dia kerja di sektor pembuatan. Isterinya juga. Jadi, tak payahlah aku tanya dia. Dia tanya mengapa aku tidak kerja di sektor kerajaan. Pakciknya ada di sana. Dia boleh tolong katanya. Pakciknya bernama Dolbani. Oh... Aku kenal dia tapi belum tentu dia kenal aku. Kalau kau nak, aku boleh cakapkan. Aku cuma diam membisu. Kupatahkan kata-katanya dengan jawapan tak payahlah. Aku sambung lagi cerita tentang kawan. Lepas si polan, si polan aku tanya. Sampailah ada si polan ni aku maklum tentangnya berita yang terkini dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Rakanku terus terkejut. Katanya ini lawak seram. Dia kata lagi kau tak dengar berita. Kau tak tahu atau tak diberitahu atau pura-pura tak tahu sambungnya. Aku menjadi hairan. Mengapa soalan itu terpacul keluar. Sebenarnya, si polan sudah meninggal dunia. Innalillahi wa innalillahi rojiun...
Rupa-rupanya si polan dah dua tahun pergi. Meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Masih muda. Sebaya kami. Dah ajal. Bukan kira muda atau tua. Perginya ketika isterinya mahu mengejutkannya bangun dari tidur di waktu pagi. Rupanya suaminya sudah pergi. Katanya dia ada penyakit semput. Itu menjadi sebabnya saja. Kalau dah ajal, maka tibalah masanya. Semoga rohmu dicucuri Rahmat. Jangan selepas ini aku terima SMS orang mati hidup balik sudah. Pergi kembali lagi. Tapi kembali yang belum ada pastinya. Rakanku tergelak kecil mendengarnya. Dia kata aku memang suak bergurau-senda. Dia menegaskan berita yang disampaikan ini memang benar. Ada yang tertingal berita ini katanya lagi. Ini berita benar. Jika ada masa ziarah kuburnya di Muar.
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment