28.9.06

Prejudis


Dua orang budak perempuan yang belum akil baligh di kedai mak. Sedang berborak rancak.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Mmmp. Wangi. Awak tak puasa eh?"

"Mana tahu? (sengih)"

"Habis awak beli tuala (cap Kotex). Mmm pad tu."

"Ini untuk mak sayalah! Bukan saya."

"Oooh. Mak awak tak puasa lah ye."

"Apa awak sibuk!"

"Samalah dengan mak kita. Dia kata dia lupa nak niat puasa. Akak kita plak kata, dia tak bangun sahur. (Padahal itu menutup alasan mereka uzur)."

Ya, memang dua orang budak perempuan itu belum baligh kerana mereka belum datang haid. Mak mereka dan Kakak mereka yang datang haid. Menurut ustaz yang bagi ceramh kat aku. Dia kata masa baligh anak gadis ditandai dengan salah satu daripada empat perkara iaitu, umurnya sudah mencapai 15 tahun (bergantung kepada pelbagai faktor keturunan, psikologi, lingkungan, hormon dan sebagainya), dirinya menjadi subur, datang haid dan tumbuhnya rambut di tuuuuuut (kau sebut kemaluan). Kau dah baligh?



Nota bulu kaki : Ikuti kisah kemusykilan pemanggil (entri di bawah). Ada. Memang ada.

Jangan main-main


"Semekom Ustad (Kau baca Ustaz). Saya Nis dari Subang. Nak tanya soalan kepada Ustad ni."

"Waalaikumsalam. Ya, silakan."

"Saya ni seorang suri rumahtangga dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan. Batalkah puasa saya jika saya menyusukan anak kecil saya itu dalam keadaan diri saya berpuasa?"

"Hey! Awak ni tak tahu ke perkara yang membatalkan puasa hah. Tak sekolah ke? Mangkuk cap ayam!" Dalam hati ustad.


Mulutnya pula begini;

"Ya. Salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Ini seperti memasukkan makanan dan minumam ke dalam kerongkongnya sendiri. Tapi kalau dia memasukkan sesuatu ke dalam kerongkong orang lain, maka orang itulah yang terbatal. Begitu juga dengan memasukkan air ke dalam lubang hidung, telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam lubang faraj. Inilah yang dimaksudkan dengan rongga terbuka. Akan tetapi kalau memasukkan sesuatu ke dalam tubuh badan kita yang bukan melalui rongga tidaklah membatalkan puasa seperti memasukkan ubat melalui proses jarum mengikut saluran darah. Begitu juga kalau memasukkan ubat mata bagi mereka yang sakit mata.

(menghela nafas panjang).

Berdasarkan itu, maka jelaslah menyusukan anak tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Ini adalah kerana menyusu anak bukan memasukkan ke dalam rongga si ibu tetapi si ibu mengeluarkan susunya. Memasukkan susu ke rongga anak tidak mengapa kerana dia memang tidak berpuasa. Begitulah."

"Faraj tu apa Ustad?"

"Hah! Biar betul pompuan ni. Barang sendiri pun tak kenal. Ke pompuan ni gatal!" Ustad cakap dalam hati dengan mukanya merah padam.

"Mmmphh.. Minta maaf Puan. Kita kesuntukan masa. Dah nak tiba waktu berbuka ni. Jumpa di lain masa ye. Belajar rajin-rajin tentang pembiakan ye. Selamat berbuka. Kirim salam pada suami eh..."

Nota: Jangan main-main (jangan baca play-play nanti kau dengar lain). Suami juga boleh mengajar isteri tentang pertumbuhan rambut di kemaluan. Jangan malu-malu nak belajar.

Terima panggilan SPAM


Dua minggu lepas.
Awak menang hadiah dari kami. Mc D. Boleh bagi alamat terkini. Tunggu panggilan dari kami.

Minggu ini pula
"Hello. Puan Mahani bin Mohamad Yahya?"

"Bin?" Bodoh! (dalam hati)

"Sorry. Sorry Puan. Binti."

"Puan memenangi hadiah dari kami. Mmm."


Diam.

"Hadiah apa ni? Cuba cakap betul-betul."

"Ya, puan diberikan hadiah berupa insurans perlindungan anak puan sebanyak RM30,000. Tiada dikenakan apa-apa bayaran."

"Wow! (dalam hati). Insurans? Ni mesti kena bayar. Takkanlah free of charge kan?"

"Untuk enam bulan pertama ni. Tiada apa-apa bayaran. Bagi enam bulan seterusnya kalau puan nak sambung puan kena bayarlah."

"Mmmpphh.. Ada bayaranlah tu. Anak saya dah ada insurans lah (bohong sunat). Walaupun bapa dia memang dah belikan insurans untuk puteri comel ni (dalam hati)."

"Adakah puan beminat ?"

"Mmmmph. Takpelah. Selepas enam bulan awak boleh terminate. Lagipun suami saya kata tak mahu. Ha ha ha"



Selain menjual ayam goreng, burger, kentang goreng, aiskrim, minuman ringan Mc D juga ada menawarkan insurans kanak-kanak. Orang tua tak pasti pula. Mungkin ada juga. Suatu hari nanti. Kau tunggu sahaja dia bergabung dengan agen insurans yang ada di pasaran terbuka di negara kita yang tercinta.

Bulan karnival pahala


Ramadhan dikatakan sebagai penghulu segala bulan, kemuliannya begitu terserlah sehingga Nabi Muhammad S.A.W memberi perumpamaan begitu banyak pahala yang disediakan dalam bulan tersebut.

"Andai umatku ini tahu betapa banyak kelebihan Ramadhan nescaya mereka akan bercita-cita supaya Ramadhan itu berterusan sepanjang tahun" Hadith Nabi

Adakah anda tahu?
Bagi mereka yang dah tahu ada pasang cita-cita begini?
Jawab dua persoalan ini tidak lebih daripada 25 patah perkataan

Ayam, gula dan lada


Dilaporkan beberapa harga barang kawalan naik mencanak sejak kebelakangan ini ekoran daripada kenaikan harga minyak. Sebab nak bawa ayam guna kenderaan. Dan kenderaan guna minyak. Minyak hitam dan minyak petrol atau diesel. Contoh yang paling ketara ialah harga ayam. Permainan harga oleh pemborong mengakibatkan peruncit mengambil sedikit keuntungan (dia kata) yang akhirnya pengguna yang merana tersungkur. Harga ayam bersih, tanpa kepala, kaki, hati, peha, leher dan bulu (habis tinggal apa?) dalam lingkungan RM6.35 sekilo. Uiks! Naik 0.65 sen sebelum ini dan naik lagi 0.30 sen plak daripada RM4.30 sekilo. (kira sendiri kenaikannya). Manakala harga ayam hidup dilaporkan naik juga. Tapi, persatuan penternak-penternak ayam Malaya berkata kenaikan itu masih lagi berada di bawah harga siling yang telah ditentukan oleh Kerajaan yang cukup prihatin ya amat. Entahlah. Berapa harga siling ayam? Patutlah jiran setaman dengan aku ada bela ayam. Dulu, aku pun ada bela. Tapi dah pecah! Tak keluar telur. Keluar duit syiling. Ekkkekekek!

Bekalan gula di seluruh negara pula, dalam keadaan kritikal. Kenyataan daripada Pak Menteri KPDN&HEP sedikit melegakan apabila Malaya mengimport gula daripada Brazil Darul Gula. Jadi, anda bolehlah mendapatkan bekalan gula mengikut amaun yang ditetapkan di kedai-kedai yang berhampiran. Awas! Ramai pengguna yang merungut ekoran daripada kekurangan bekalan gula. Hanya merungut. Tidak membakar kilang gula dan ladang tebu. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya raya nanti. Ramai orang mahu guna gula.Siapakah yang menyorokkan gula bertan-tan ni?. Mesti pengganas kan? Ramai pemborong dan penjual inginkan harga gula dinaikkan kerana sejak berkurun lama harga gula tidak naik walaupun harga minyak naik. Itu yang mereka bengang! Tapi, isu ini tak habis-habis lagi ke? Mana barisan pemimpin negara Malaya nak selesaikan isu ini? Ini isu bersama. Takkan dok senyap je. Hehehe.

Manakala harga lada merah (warna dia merah) pula dilaporkan naik dengan kadar yang tinggi untuk mengelakkan semua pemborong dan peruncit tidak mengalami kerugian (juta-juta beb!). Pemborong mengambil keuntungan RM7 setiap kilogram manakala peruncit mengambil keuntungan RM3.20 setiap kilogram. Pengguna pula hanya menganga luas sambil menuding jari menyalahkan entah siapa. Ramai yang kata, semua mengambil kesempatan sempena menjelangnya musim perayaan.

Adakah kita benar-benar pengguna bijak? Sebijak manakah kita menangani masalah ini? Apakah tindakan yang kita ambil selaku pengguna bijak? Dan akhir sekali belilah ayam serama untuk dipelihara, usahakan perusahaan madu lebah dan tanam lada depan rumah untuk dijual. Kesemua ini boleh diusahakan dengan kaedah Integrated Farming. Apa kata tuan cuba dulu.


Nota bulu kaki : Lepas ni kau jangan makan ayam. Biar ayam tu makan sendiri.

Dari hati seorang lelaki

Pulangnya dari mencari nafkah diherdik tanpa usul periksa. Katanya kau senghaja pulang lewat. Kau ditengking tanpa mengetahui asal-usul cerita sebenar. Kau bukan pulang lewat saja-saja. Bukan kau tahu situasi di jalan raya. Aku malas nak ulas panjang lebar. Kemudian, kau suruhnya aku pulang lepas Maghrib. Kan senang!. Bukannya aku befoya-foya di kelab malam. Aku sangkut di perjalanan.

Kau marahkan nyamuk tapi jangan kau bakar kelambu yang baru dibeli itu. Aku tahu kau keletihan. Aku faham dan mengerti. Tapi, sekurang-kurangnya bila laki kau balik sambutlah dengan senyuman mesra dan layanan gembira. Ini tidak! Kau bagi aku cuka dan tuba. Menyirap darah dibuatnya. Kau pernah rasa juadah berbuka dalam hidangan penampar. Tamparan lelaki. Okey. Okey. Tak apa. Aku maafkan. Maafkanlah.

Kejadian itu berlarutan hingga tanpa sebarang bicara. Masing-masing muncung. Biar dia rasa. Asyik nak bagi muka aje. Api yang sedang marak ni aku tak mahu tuang dengan minyak petrol. Kau panas nanti payah! Kepanasan kau akan berpanjangan jawabnya.

Tuang dengan minyak masak okey kot. Kalau simbah dengan air wudhuk lagi mujarab rasanya. Jadi, cubalah kau merajuk walaupun kau tak tahu nak merajuk. Bila kau merajuk muka kau buruk. Bawalah diri kau yang kaku keras lari dari kebiasaan. Cuba pula yang luar biasa. Kau jangan tidur di kamar nanti kena marah sebab kau tak betulkan cadar tilam yang tersusun rapi. Kau bukan sengaja. Kau punya alasan kerana nak bergegas ke tempat kerja. Baik kau tidur di luar. Maksud aku luar kamar. Luar rumah pun okey juga. Kau cuma kemas bantal yang kau guna. Tepuk-tepuk sikit. Itu kalau kau malaslah! Apa faedahnya jadi malas? Jadi, sempena bulan Ramadhan ini yang membawa makna panas dan membakar. Kau sambutlah kedatangan Ramadhan dengan membakar semua dosa yang lalu. Jika kau benar-benar menghayatinya. Kau maafkanlah aku. Uwaaaah......

27.9.06

Anak kita bukan anak dia

Dulu-dulu. Setahun ke belakang. Si puteri kecil ditinggalkan bersama pengasuh yang tak berapa bertanggungjawab. Tak jauh dari rumah kami. Naik pening kepala dibuatnya. Naik kepala pening dibuatnya. Setiap bulan, kami pasti akan menabung ke klinik swasta bernama KLINIK KELUARGA (bukan nama klinik sebenar) untuk mendapatkan rawatan. Rawatan kerana Puteri kecil demam. Batuk lah. Selesema lah. Muntah-muntah lah. Sesak nafas lah. Kami sering tertanya-tanya kenapa agaknya. Okey. Dipendekkan cerita, keadaan rumah pengasuh dalam kategori kotor (setelah dibanci). Ada bela kucing empat ekor tapi tak diurus. Kucing tu semuanya kurus. Bilik tidur jadi bilik tidur kucing juga. Bulunya ada di mana-mana. Bukan kata kucing tak bagus. Tapi, tuan punya kucing tak pandai bela kucing. Dia kata suka kucing. Tahi kucing! Akhirnya rahsia terbongkar. Tuhan nak tunjukkan pada kami. Kebetulan adik bertandang ke rumah kerana cuti. Jadi, kami tinggalkan adik di rumah. Satu hari, pengasuh ni datang ke rumah dengan riaknya memberitahu adik kami bahawa dia mahu ke pekan. Sedangkan puteri kecil ada di dalam rumahnya bersendirian. Tidur dalam buaian. Adakah patut dia tinggalkan Puteri kecil kami? Dengan hanya meninggalkan pesan kepada adik kami. Mana tanggungjawab dia? Bukan kami tak bayar. Tiap bulan kami bayar. Memang susah nak dipercaya kalau tinggal dengan pengasuh ni. Bukan kita tak percaya. Tapi dia sendiri tak bagi kepercayaan kepada kita. Sesungguhnya, anak kita bukan anak dia. Dia lebih sayangkan binatang kucing dia daripada anak kita.

Si puteri kecil memang mengalami alahan kepada susu yang mengandungi laktosa. Senang kata susu formula lembu lah. Kalau salah sikit mulalah badannya dipenuhi ruam dan selesema. Lambat sikit tukar lampin pakai buang (jenama drypers) mulalah ruam penuh dipunggungnya. Satu hari, awek aku terserempak dengan pengasuh puteri kami memberi drypers kepunyaan puteri kami kepada kawan merangkap jiran dia. Naik mendidih otak (awek aku). Selalunya memang dibekalkan dengan 6 keping drypers sehari. Maknanya dalam sehari kekadang tukar dua kali atau tidak ditukar langsung. Ishk(3x). Lampin yang lebih disimpan atau diberi pada kawan dia. Patutlah ruam dia tak berkurangan. Semakin banyak. Rupa-rupanya dia beramal dengan harta benda aku.

"Pengasuh kau tu memang jahat. Tak bertanggungjawab. Kau sound je depan-depan. Jangan bagi muka kat dia." Setan cuba membisikkan ke telinga kiri awek aku.

"Sabar. Sabar. Sabar itu sebahagian daripada Iman. Biarlah dia terima balasan dari Tuhan." Malaikat membisikkan ke telinga kanan awek aku

Aku dengar bisikan yang kanan. Aku lebih ikut hasutan Malaikat untuk mententeramkan jiwa awek aku. Anak kita tanggungjawab kita! Marilah kita jaga bersama

Sekali air melimpah-ruah

Gambar hiasan


Kau akan duduk dengan tenang selepas berbuka jika tidak dikerah untuk membasuh pinggan. Kau juga akan rela hati tanpa paksaan untuk membasuh kerana memikirkan orang rumah kau yang kepenatan seharian menguruskan hal rumahtangga. Apa salahnya kau tolong. Kau bantu dalam sedikit hal cuma. Kau tahu berapa banyak kau guna air untuk membasuh satu pinggan. Itu kalau satu. Kalau dua, tiga dan banyak. Banyaklah guna air. Tak perlu kau jawab! Bukan aku kedekut. Tapi kenalah berjimat dalam penggunaan air. Ini baru soal air.

Kau akan gusar setelah menerima bil air yang melebihi RM80 dalam satu bulan. Puncanya bukan apa. Hanya kerana orang rumah kau terlupa mahu matikan air ketika cuti pulang ke kampung. Tiga hari tiga malam. Air melimpah. Akhirnya kau tepuk dahi. Pap! Duit kau pun mengalir macam air. Kenapalah kau lupa nak tutup air. Kan dah bil air naik melambung. Siapa nak bayar? Aku nak pasang sensor kat kepala paip. Air akan keluar apabila hanya ada tangan dihulur.

Sekali lagi darah kau menyirap apabila dia terlupa nak matikan paip air setelah selesai mengambil wuduk. Setelah selesai bersolat Maghrib. Air melimpah dalam beberapa jam. Kenapa suka sangat membuang air. Bukan buang air yang satu lagi. Maksud aku air paip. Walaupun dah kaya, janganlah membazir. Kan membazir itu amalan syaitan. Kan syaitan itu suka membazir. Akhirnya, kau akan tersenyum riang apabila duduk di sofa empuk sambil memerhati bil air berikutnya. Kerana apa? Sebab jumlahnya tak sampai RM8 dalam sebulan. Hu hu.. Berjimat cermat amalan mulia.

"Paip air dah tutup?" Aku tanya kepada dia apabila mahu pulang ke kampung.

Nota bulu kaki: Selain menutup paip air, tutup pintu pagar, suis elektrik dan sebagainya

26.9.06

Kurma dan kismis

"Mana dapat duit isi minyak kereta?" Dia

"Mmmph" Aku

"Kata dah takde duit. Habis saper bagi?" Dia

"Mmmph... Meter minyak kat kereta tuh ada dua je. Satu E. Satu F." Aku

"Kan ke semalam dah E?" Dia

"E tu Enought. F tu Finish. Sebab tu boleh pakai satu dua hari lagi..." Aku

"Habis tuh lauk dah habis ni?" Dia

"Kekadang puasa ni menguji kesabaran seseorang. Takpelah, kurma dan kismis kan ada. Semasa zaman Rasulullah dulu bla... bla... bla.." Aku beri ceramah

"Okey.. Saya nak tengok awak boleh bertahan sampai berapa Ramadhan.. Kalau saya tak boleh.." Dia

"Tapi... Kita kan punya zuriat. Dia perlu makan untuk teruskan hidup." Aku

"Cehh.. Alasan arr tu." Dia kata dalam hati...

25.9.06

Kepastian

Dalam opis. Tak berapa besar. Ada air cond. Ada rak. Ada komputer. Ada bos. Ada kuli.

Bos duduk di meja bulat sambil membelek fax dari opis Z, pemberitahuan waktu bekerja bulan puasa. Sedang kuli di tempat duduk masing-masing yang dari tadi tak berganjak.

"Nih, kita nak balik kul berapa bulan puasa ni...?" Bos

Semua kuli diam.

"Nak balik 4.30pm ke kul 5.00pm?" Bos

Semua kuli diam.

"Banyak kerja urgent ni. Nak dekat akhir tahun" Bos

"Takut tak sempat. Kita nak cuti raya seminggu ni. Start 22hb Okt. Raya 24 & 25 Okt kan? So, naik 1hb Nov 2006" Bos sambung lagi.

"Balik kul 5.00pm arr ye?" Bos bagi arahan.

Semua kuli diam. Aku pun diam. Blur. Apa korelasi balik kul 5.00pm-kerja-cuti raya? Nanti aku susul ngan Bos ingin kepastian.

Hoi! Aku tak paham kau cakap.. Cakap arr terang sikit. (Dalam hati aku. Nak mampos! kalau aku lafazkan)

24.9.06

Pelaburan

Sedang badan ingin berehat. Kata perlu dikota. Kena paksa pergi berbelanja apa yang ada. Lepas berbelanja nak bertandang ke rumah member. Barangkali dia ada di rumah. Kerana dia yang menjemput melalui SMS suruh datang ke rumah. Pandai dia. Takde minuman kalau datang di bulan puasa. Hehehe..

"Pukul berapa nak pergi?"

"Pergi mana?" Aku buat-buat lupa (kalau ada semut dalam air jangan minum).

"Aik! Pergi belanja dapur lah."

"Tak cukup arrr. Minyak kereta dah nak abis"

"Kita beli setakat yang dapat aje."

"Nak beli ayam seekor pun tak lepas ni. Separuh pun belum tentu."

"Biar betul? Takpelah. Kita beli keperluan untuk si kecil ni dulu. Kesian kat dia."

"Mmmp. Adakah kita akan berbuka di surau? Pasti ada mureh (ejaannya camne ntah)".. kan?"

Beri salam. Salam tak berjawab. Tekan loceng. Tekan loceng dua tiga kali. Tekan loceng berkali-kali. Tak ada orang respon. Dia tidur barangkali. Ah! biarlah dia tidur. Aku tak mahu menggangu dia tidur di bula Ramadhan. Aku balik.

Sampai di depan pintu. Aku terima SMS darinya. Sewaktu aku sampai dia ada di tandas katanya. Ternyata awal-awal Ramadhan kerap orang ke tandas agaknya. Perut terperanjat! Aku pun mahu ke tandas. Melabur untuk bulan ini.

23.9.06

Cabaran awal Ramadhan

Hari pertama puasa. Sangat mengujakan. Lauk dalam peti ais dah kering. Poket dah kontang. Maklumlah hujung-hujung bulan. Habis, sahur nanti nak makan apa. Takkan nak makan sardin dan ikan bilis aje lagi. Takkan plak aku nak bagi makan pasir. Mampos mati kering bini dan anak orang. Anak aku juga. Huishh!

"Takpelah, sahur kita makan aje apa yang ada. Ikan bilis pun ada lagi ni. Boleh goreng ikan bilis ngan bawang. Campur ubi kentang goreng sikit. Lagipun kita berdua je kan..."

"Berdua? Kita kan bertiga... Habis, anak kita siang hari nak makan apa?"

"Pandailah nanti. Biskut dia ada lagi. Masakkan nasi dan gorengkan telur cukup arrr."

"Nak lur. Nak lur." (Eh! dia dah pandai meminta)

Buka pintu peti ais. Jenguk telur kalau-kalau ada baki sebiji dua. Ternyata memang tak ada. Apa nak dibuat ye. Macamana nak dipujuk puteri kecil ni. Buka dompet, tinggal RM20. Untuk esok nak belanja sehari dua sebelum dapat gaji. Duit tabung ada. Tabung tak boleh pecah. Sayang... Kalau dipecah apa guna menabung. Tapi dah terdesak. Jangan! Semua seluar aku periksa kalau-kalau ada wang kertas terselit di celahan poket.

"Nah! Buat belanja dapur."

"Mana dapat?"

"Belen ituari kita belanja."

"Yeay! Esok kita gi belanja dapur ye. Apa nak dibeli?"

"Beli untuk keperluan minggu ni je. Esok nak buat soto."

"Okey. Ayam seekor, sayur, daun sup, soo hoon, halia, telur, nasi impit. Cukup tak?"

"Harapnya cukup. Duit minyak? Milo si kecil?"

Pap! Tepuk dahi. Terdiam seketika (Inikah ujian awal Ramadhan).

Ditambah pula lengan aku ada bekas gigitan. Kata awek aku itu gigitan setan sebelum ia diikat di bulan Ramadhan. Bukan. Bukan love bite. Bukan awek aku gigit. Kalau dia gigit pada malam sebelum tu nescaya aku sedar. Nescaya aku ghairah. Lagipun dia yang warning kat aku, jangan bersenggama dengannya. Huhu..

Agaknya memang setan yang gigit. Lebam. Ada garis luka. Bekas dicucuk. Warna merah kebiru-biruan.



.

20.9.06

Klimaks

Pengantin itu diarak kompang, riuh-rendah di bawah rumah, kemudian ke sekat sebelum naik ke atas rumah diiringi dengan pantun seloka pengantin ke atas pelamin dan kedua mempelai tersenyum manis, menyeri majlis.

Selesai sahaja persandingan dan upacara renjis-renjis dipilis, ditepung tawar. Pasangan pengantin berposing mengambil gambar sebagai kenangan. Kadangkala berpelukan. Sempat juga berciuman tangan. Bercumbuan selepas itu diekori dengan bersenggama (uiks). Bersetubuh? Nanti dulu. Tunggu di malam hari. Malam pertama. Ada upacara gilang-gemilang pesta bunga api di dalam hati pasangan pengantin. Suap-menyuap tidak dilupakan. Emmmphh. Sedapnya tak terkata.

Tibalah saat dan detik waktu yang ditunggu. Kedua-dua pasangan berada di kamar baru. Tiada siapa mula bicara. Masih diselubungi segan silu. Ice breaking! Menunggu upacara perasmian. Ada pengisian khusus di dalamnya. Biarkan bara asmara terus menyala. Bangkitkan nafsu di kamar. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang sediakala dikupas untuk digoreng. Sambil menggoreng boleh juga menggapai bawang dan cili. Pastikan bahan itu sudah ditumbuk lumat. Pastikan juga secukup rasa. Goreng dengan kadar yang lama.

"Awak goreng apa ni? Hangit semacam je"

"Goreng hati bang!"

"Hari ini kita makan hati la ye?"

"Makan hati takpe bang, jangan makan dalam!"

"Kenapa? Awak makan dalam ke?"

"Tak arrr... Saya suka makan angin. Huah huah huah.. Lala lala.."

19.9.06

Di tirai kamar samar

"Bang... Sayang nak minta maaf dan ampun atas kesalahan, sikap dan perangai Sayang selama ini. Sayang minta halal makan minum dan apa juga yang telah abang berikan."

"Eh... Apa ni... Mengapa plak ni? Are u alright...?"

"Tak ada apa-apa...kan baik kalau selalu beringat...bermaaf-maafan, saling halal-menghalalkan...Bulan puasa pun dah nak dekat"

"Abang sentiasa memafkan Ayang, semalam, hari ini, esok...maafkan in advance...sampai bila-bila. Selagi apa yang Ayang buat tidak bertentangan dengan hukum, abang juga halalkan...dunia dan akhirat. Tidurlah...sudah jauh malam. I love you!"

"Apa kata kita bertahajud dan bordoa qiamullail!"

"Ayang nak minta apa?"

"Suami yang jujur dan pengasih sepanjang hayat supaya kehidupan rumah tangga kita sentiasa manis macam gula!"

"Tapi, gula kekurangan stok di nagara kita! Kalau ada pun sangat terhad penjualannya. Lebih baik kita guna madu"

"Oooh! Abang nak pasang lagi satu ye...Nak madukan saya. Sukalah tu.."

"Bukan! Bukan maksud abang begitu. Abang maksudkan madu banyak khasiatnya berbanding gula. Kalau diberi pilihan, lebih baik ambil madu."

Gedebuk! Kabooom! Kabooom!

18.9.06

Cikgu black

Dalam kelas 6 Teratai. Ada murid lelaki dan murid perempuan. Perempuan duduk depan. Lelaki baris belakang. Satu hari, masa subjek Pendidikan Seni. Cikgu ingin menunjukkan cara-cara dan teknik mewarna menggunakan warna air (water colour). Masing-masing mengeluarkan watercolour untuk ditayangkan. Ada yang jenis botol plastik. Ada yang jenis biasa. Ada jenis botol kaca. Macam-macam arrr.

Cikgu di hadapan mengeluarkan water colurnya sendiri. Milik sekolah. Jenis botol panjang. Didatangkan khas satu set.

"Ya murid-murid. Pada hari ini cikgu nak tunjukkan cara-cara atau teknik kita mewarna dengan menggunakan warna air. Cikgu akan gunakan jenis dalam botol punya."

"Ya cikgu"

"Masing-masing boleh picit water colur masing-masing ke pellete ya."

Cikgu juga memicit. Tapi kaler tak keluar. Tersumbat la tu... Dah lama tak guna barangkali. Tu yang lubang botol kaler tersumbat. Ada kaler yang dah keras.

"Apsal tak kuar ni... Ishh payah benor nak kuar"

"Picit cikgu. Picit"

Botol kaler ditujukan ke pellete. Tak keluar. Dijenguk dan ditonggeng sambil dipicit. Tak keluar juga. Cikgu geram! Akhirnya, cikgu picit sekuat hatinya. Tala ke pellete.

Kebabom!

Kaler tepercik bertaburan. Tudung murid-murid perempuan bertompok hitam. Murid lelaki ada yang kena. Ada yang tak kena. Semua murid mentertawakan rakan yang tudungnya dan mukanya bertompok hitam. Cikgu juga tertawa.

Sedang cikgu mentertawakan muridnya. Satu kelas riuh kerana muka cikgu juga ada tompok-tompok hitam. Bajunya juga jadi bercorak. Baunya tak wangi plak tu...

Hahahaha. Hahaha. Satu kelas riuh.

Guru Besar yang kebetulan melewati kelas tersebut tertawa kecil.

17.9.06

Bukan Kupinta (part V)

Tepat jam lapan pagi perlawanan akhir bermula. Baru kau tahu antara buku dengan ruas. Kita tengok siapa yang lebih handal. Siapa Lauk dan siapa juara. Ayuh! Rakanku sekalian, inilah masanya kita mahu membuktikan kepada dunia. All out! Tunjukkan pada diri sendiri. Buktikan pada keluarga. Sekolah, jiran-jiran, masyarakat, bangsa dan negara. Memang menyuntik semangat kesebelesan pemain utama yang diturunkan termasuk pemain simpanan. Kami yakin amat. Jangan terlalu yakin! Simple game with the simple play. Kata-kata ini bermain di kotak minda dan lubuk sanubari aku. Harap juga yang lain. Kita kerja sepasukan. Tolong beri kerjasama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Agaknya begitulah semangat juang yang aku tiupkan kepada rakan sepasukan. Dipesan melalui sang angin.

Duit dilambung Umpire (betul ke ejaannya?) untuk memulakan perlawanan. Kami memilih untuk memulakan pukul berbanding memilih padang. Sebaik bola disentuh. Tolakan ke belakang dibuat. Sampai ke pertahanan. Pertahanan menolak ke tepi terus memberi kepada aku. Aku menahan bola. Meninjau di mana rakan lain berada. Sorakan di luar padang menaikkan lagi semangat pasukan kami walaupun itu pasukan pom-pom pihak lawan. Asakan pihak lawan makin berpadu. Aku mengheret ke tepi sebelah kanan. Ada yang cuba ganggu. Menggelecek dengan cantik. Lepas satu. Ada lagi yang datang. Aku mengacah untuk memukul tapi hanya sedikit kuisan untuk terus meloloskan diri. Datang pula, budak yang berbadan sasa menggempur hendak merampas bola kononnya. Merampas bola dari aku. Huh, budak inilah yang mengutuk kami di luar tadi. Nah, ambil kau. Rakan-rakan lain sudah menjerit meminta bola dari aku. Aku dengar. Belum pekak. Cuma buat tak dengar. Ambil kau! Tolakan ke kaki budak tadi dilakukan. Memang aku sengaja membuat tolakan ke kakinya. Aku tahu. Aku tak boleh makan budak ni. Fizikalnya lebih besar dari aku. Huh, rasakan kau. Umpire meniup wisel. Pukulan percuma diberi.

Sedikit tolakan diberi. Tanpa berlengah aku terus melakukan pukulan. Hantaran lintang ke kawasan D. Ada tiga rakan lain sedang menunggu. Samada memukul atau cuba menguis saja bola itu pasti masuk ke gawang lawan. Memang kuat pukulan tu. Silap tahan boleh naik ke muka. Pernah semasa latihan pukulan sebelum ini. Rakan aku terkena batang hidungnya akibat silap tahan. Bola naik ke muka. Kena tepat ke batang hidung. Bengkak juga hidungnya yang pesek itu. Keluar darah. Pergi sekolah, hidung berbalut. Pernah juga, kepala kawan berjahit akibat kena serpihan stick yang patah dihujung. Tepat ke dahinya. Pukulan kuat dibuat, bola tak pergi serpihan stick kayu yang melambung. Tak pasal-pasal kena jahit.

15.9.06

Adakah kulit menggambarkan isinya?

Mereka kata aku sombong.

Urrgh, mungkin mereka belum kenal aku.

Mereka kata aku serius.

Arrggh, nanti mereka tahu aku bagaimana.

Mereka takut nak tegur aku sebab dengan keseriusan muka aku dan kesombongan aku yang dikatanya tadi.

Percayalah! Aku tak sombong.

Muka aku aje serius tapi senyuman aku memang mahal. Sebab tu aku susah nak senyum. Tapi aku selalu senyum depan cermin dan di khalayak ramai. Kalaulah aku sombong macam mana plak aku boleh ngorat si dia yang kini dah jadi bidadariku. Takkanlah dia mengorat aku. Tanyalah dia. Tanyalah bidadariku. Tentulah dia kata aku peramah. Selalu mengajaknya ke ranjang! Ha ha.

Segitiga emas namanya


Tempat jatuh lagi dikenang,
Inikan pula tempat bermain.

Kamilah orang yang pertama meneroka tanah di sini.
Sayang. Bukan tanah kami.
Tak ada geran. Ya, itu tanah kerajaan.
Ingat! Kami bukan bersendirian.
Lama-lama orang kata dah jadi setinggan.
Stinggarden di kota metropolitan.
Dah muncul pula Mat Gian berpeleseran.
Bila pemaju ingin bangunkan,
Ramai nama muncul minta pampasan.
Sampai sekarang masih belum dibangunkan.

"Jangan membuat kekotoran... Jangan membuang sampah merata. Jagalah kebersihan. Indahkan kawasan. Di sini ada petempatan orang Bunian." Kata Pak Basar selaku orang yang tahu sejarah tempat itu.

Di sini juga pernah turunnya bala dari Tuhan. Kejadian tanah runtuh dan banjir. Tanah runtuh melibatkan 5 buah keluarga. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ada satu rumah. Baru siap diubahsuai ala-ala banglo mewah. Rumah itulah yang paling teruk ditimpa bencana. Sedih. Lantainya bergelojak dan senget 45 darjah.

Banyak kisah dan sejarah tempat ini yang terpahat di minda.

Sa, bukan satu.

Buat masa ni kaulah seorang. Kaulah penghibur. Kaulah penyeri rumahtangga. Kaulah sumber inspirasi...

Si kecil puteriku. Intan payung. :)


Afiqah nak adik tak?

Geleng kepala bersungguh-sungguh.

Bestnye... Mulutnya berkata. Ada kawan, hatinya berkata.

* * *

Watak : Misi (bukan jururawat), Bidadari (lawanya Bidadara)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Bilik

"Habis tu, siapa yang masak?" Misi.

"Suami saya." Bidadari.

"Kesian suami awak. Tapi itulah, nak buat macam mana kan..." Misi.

"Berani buat, berani tanggung arrr. Ahaks." Bidadari.

"Takpe, kemudian hari, ada orang nak jaga kita bila tua. Dia juga penyambung waris kita." Misi.

"Mmmmpphh." Bidadari.

"Tahniah! Awak dapat Harta Intelek kedua." Misi.

"Mekaceh." Bidadari.
_

Oit! Bangun, solat subuh!

14.9.06

Halal oh halal


Kepsyen: Inilah contoh logo halal. Jangan main-main tau. Jakim tak bagi kat aku. Aku dapatkan percuma dari laman web berkaitan.


Sedang negara kita sibuk menjadi peneraju industri makanan halal dan hub makanan serantau juga dunia. Hebat menjadi pelbagai penganjur forum halal. Kita terus memperkatakan yang kita hebat dalam pengurusan makanan halal dunia. Logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kita dijamin sah halal lagi bermutu di peringkat antarabangsa.

Sebaliknya yang berlaku kini, logo halal kita terang-terang dipermainkan dan diperlekehkan oleh sesetengah pihak. Sehari dua lalu, timbul pula isu halal yang membabitkan kilang roti yang besar dan sebilangan besar penggunanya adalah umat Islam. Kita mesti serius dalam isu makanan halal ini (suara ditekan). Ia menjadi darah daging kita, isteri kita dan anak-anak kita.


Sedangkan dalam rumah sendiri pun tidak dapat dikawal sepenuhnya apatah lagi jiran tetangga kita. Jadi, janganlah bercita-cita menjadi hub halal dunia. Haha, kitalah peneraju industri makanan halal dunia dengan perancangan hub halal sana sini. Kuhaks ptuii... Tahi ayam! Akibatnya masyarakat dunia susah nak percaya. Kita tidak mahu, sijil saja halal tapi makanan tidak halal. Kita juga tidak mahu makanan halal tapi tiada pengesahan halal. Kwang kwang...

Dalam hal ini, kita kena bertindak segera dan sepantas kilat. Sekali lagi saya tegaskan bahawa isu makanan halal bukan mainan, jangan buat bodoh saja wahai Jakim. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul. Kalau benar-benar salah, tangkap dan umumkan siapa yang terbabit, nama perniagaan, jenama makanan itu, lokasinya supaya orang ramai juga boleh turut serta bertindak bersama. Pekara ini penting kan? Apalah guna sijil halal kalau yang membuatkan makakan untuk umat Islam ialah orang bukan Islam. Penguatkuasa pula terlalu sedikit. Bayangkan hanya kurang dari sepuluh orang untuk memantau industri halal yang cukup besar ini, memang sampai bila pun tak terkejar. Bukankah ramai graduan menganggur; ambil mereka dan gempur pesalah makanan halal ini. Tidaklah graduan hanya cenderung untuk membela hamster saja.

Tujuan saya menulis bukanlah untuk menjadi pengacau atau penyibuk. Banyak yang kita boleh lakukan dengan peranan dan pembabitan semua pihak. Fikirkanlah. Buka minda kita semua. Ayuh! Sama-sama kita perjuangkan makanan halal untuk kepentingan bersama. Saya selalu bersarapan masakan isteri. Saya, jarang makan roti kecuali roti canai. Sekali lagi saya ulangi, kadangkala saya tak sempat nak bersarapan.

Nota: Nak mohon HALAL. Sini ada

13.9.06

Ikhlas, tapi jauh arrr

"Darma, Darma encik. Darma ikhlas." Orang daif lagi naif itu.

Faham maksudnya, walaupun pada awalnya kebingungan. Tangan menyeluk saku. Dalam-dalam. Ada telur. Tak bagi. Ada wang syiling dua puluh sen berkarat dihulur.

"Ikhlas encik, ikhlas." Orang daif itu lagi.

"Apa kau ingat derma dua puluh sen tak ikhlas. Ini duit jugalah! (menekan suara)."

"Satu ringgit encik. Ikhlas. Ikhlas." Orang daif itu lagi.

"Aku ikhlas dua puluh sen, bukan satu ringgit. Bodoh! Aku kata dalam hati bodoh tu."

Habis.

Kekadang aku tak faham. Seringgit dikata ikhlas. Ikhlas tu seringgit ke? Di mana letaknya keikhlasan tu?

Baik-baik aku dah ikhlas, jadi tak ikhlas plak.

Baik-baik aku dah ikhlas sekarang, tapi jauh arrr.

12.9.06

Bukan lembu punya susu.

Dr. Anas, ahli astronomi terkenal. Sering memberi ceramah dan ucapan dalam majlis-majlis ilmu di mana saja (jika dijemput). Beliau mempunyai seorang supir (pemandu) yang setia. Hampir 10 tahun bekerja dengannya. Ke mana saja beliau pergi memberi ceramah, ada saja kelibat supirnya. Sekalipun di dalam dewan Pak Supir akan menunggu tuannya di belakang.

Satu hari, Dr. Anas kurang sihat. Jadi, disuruh supirnya memberi taklimat dalam majlis ilmu yang buat julung-julung kalinya diadakan di situ. Sedang Pak Supir memberi taklimat mengenai astronomi dan hukum cekrawala cakerawala dengan petah dan lancar, Dr. Anas duduk di baris belakang para peserta. Memerhati saja. Apa tidaknya, setiap kali Dr. Anas memberi taklimat, Pak Supir mencatat. Penuh buku catatannya. Sarat dengan isi dan ilmu astronomi. Pada pertengahan taklimat Pak Supir, ada peserta mengangkat tangan menanyakan soalan. Pak Supir berkata dalam hati. Alamak, mampus aku kali ini. Setelah soalan diajukan. Pak Supir berfikir (bayangkan ikon mentol).

"Saya tak bercadang nak menjawab soalan yang sekomplikated ini. Jadi, saya serahkan soalan ini kepada driver saya yang duduk di belakang sana tu."

Celaka Pak Supir (dalam hati). Dalam geram, Dr. Anas menjawab dengan tenang dan lancar. Terang lagi jelas. Bersahaja plak tu. Jawapannya dikaitkan dengan potongan ayat al-Quran dan peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W.

Terdengar suara dalam dewan.

"Wah, hebat sungguh pakar astronomi ini!. Tinggi ilmunya. Sedangkan driver peribadinya begitu hebat. Apatah lagi dia sendiri."

***
Sedang dalam dewan yang lain. Ada juga pertanyaan. "Bagaimana tuan ingin membangunkan tanah wakaf di kampung ini?"

"Bagi menjawab persoalan ini, saya menjemput wakil dari Pejabat Tanah dan Majlis Agama Islam yang bersangkutan. Dipersilakan."

11.9.06

Mahir, bakat dan minat adalah berbeza

Kawan aku pernah tanya. Pertanyaannya lebih kurang begini.

"Kau rasa suara kau lunak dan sedap didengar ke?"

Jawapan kepada soalan itu, aku mahukan yang positif. Sudah tentu.

Semalam. Ada join confrence yahoo. Aku nyanyi. Chatters lain dengar. Kalau komputer diorang ada speaker. Diorang kata suara aku macam katak. Huh, katak tak pernah kata, suara aku macam dia plak.

Di rumah, aku nyanyi lagi dengan senang hati. Awek aku kata, suara aku tak sesuai untuk menyanyi. Adalah lebih sesuai kalau berzikir, bertahmid, bertasbih atau yang sewaktu dengannya (padahal dia nak kata suara aku tak sedap). Sebabnya, dulu-dulu aku pernah maklumkan pada dia, aku pernah merangkul gelaran juara mengaji. Dia menafikan kebolehan aku menyanyi sebaliknya tak menafikan aku mengaji dan berzanji. Katanya, kalau aku menyanyi hanya boleh mewakili peringkat rumah je. Rumah kuning ka. Rumah biru ka. Hijo ka atau merah ka. Rumah! Rumah dalam acara sukan.

Empat Babak

Ada empat babak semuanya. Ceritanya begini.

Babak 1
Kisah suami isteri yang tidak sebulu dan sekepala. Sering bergaduh. Ada saja yang tak kena dengan suaminya. Suatu hari si suami membelek baju yang dibasuh oleh isterinya lalu bertanya,
"Ayang.! Kenapa basuh baju tak bersih ni? Ada kesan kotoran!"
"Hei, badigol! Suka hati saya lah. Saya yang basuh. Bukan awak."

Babak 2
Cikgu di kelas Seroja sering memarahi anak muridnya yang seorang ni. Namanya Aman. Aman memang degil dan malas. Tidak mahu membuat kerja sekolah apabila diberi. Suatu hari, cikgu merasa hairan kerana Aman menghantar buku latihannya. Namun begitu, cikgunya terkejut beruk. Buku latihan itu dicontengnya dan dilukis gambar lembu berkaki pendek.

"Aman! Mengapa kamu buat begini? Inikan buku latihan kamu? Kenapa diconteng?"
"Hei, cikgu yang pandir. Suka hati sayalah. Saya punya buku. Bukan cikgu punya buku."

Babak 4
Seorang rakan kehairanan mengapa rakanya yang satu lagi menukar tayar motosikalnya. Sedangkan tayar goodyear itu masih berbunga dan baru. Baru dibeli semalam.

"Mat, kenapa kau tukar tayar motosikal kau? Kan ke baru lagi? Kan ke membazir namanya?"
"Hoi, bahlul bin toyol. Suka hati aku lah. Motor aku. Duit aku. Apa kau sibuk!"

Habis. Sesi soal-jawab.

10.9.06

Bapak Kau Superman Ok Allright

Amin tak buat latihan pendek yang diberi. Cikgu Shahrom naik geram. Cikgu Shahrom memberi denda mudah kepada Amin untuk mencari beberapa perkataan yang didengarnya dalam situasi yang berbeza.

Pulang dari sekolah, Amin berjalan kaki. Dalam perjalanan sebelum tiba di rumah Amin ternampak rakan sekolahnya bergaduh.

Gedebuk! Gedush! Buk! *&lasm;asjfi! @$%^&*$! Bapak kau!
Amin tulis. Bapak Kau.

Setiba di rumah. Amin mendengar kakaknya berbual melalui telefon dengan 'balaknya'. Mengajak menonton wayang Superman. Kakaknya mengatakan, Superman!
Amin tulis. Superman.

Pada sebelah malamnya, Amin terdengar bebelan ibunya terhadap abangnya yang ingin keluar malam bersama rakan. Abangnya mengatakan Ok. Allright.
Amin tulis. Ok Allright.

Keesokan harinya, Cikgu Shahrom menanyakan Amin tentang denda yang disuruhnya itu.

"Amin, dah jumpa perkataan yang Cikgu suruh cari."

"Dah Cikgu."

"Cuba sebutkan."

"Bapak Kau!"

"Siapa ajar ni?"

"Superman"

"Hantar Guru Besar nak?"

"Ok. Allright"
__
Nota : Cerita ini mungkin pernah kalian dengar suatu ketika dulu. Aku nak cari siapa yang pemula cerita (orang yang pertama memulakannya)

8.9.06

Batal

Akhirnya entri ini menjawab tajuk entri yang satu lagi. KLIK SINI

Kira-kira jam 4.45 pm. Telefon bimbit berbunyi.
En. Polis
Assalamualaikum

Aku
Waalaikumsalam

En. Polis
Saya, Sarjan Dollah. Awak ada hantar surat berkenaan dengan saman tu kan?

Aku
Ya, ya ada. (sambil mengangguk-angguk)

En. Polis
Begini. Sebenarnya, ada kesilapan teknikal lah encik. Kita tersalah key-in nombor plet. Patutnya JGV bukan JGY. Jadi bila masuk JGY tu yang kuar nombor kereta encik.

Aku
Ok. Maknanya saman saya dibatalkanlah ye. Bagus (sambil senyum).

En. Polis
Ya, nanti pihak kami akan hantar surat pembatalan tu lah. Masa ini KIV dulu surat tu. Bukan apa, ada polis dari Johor Bahru telefon saya, dia kata dia kenal awak. Tu yang dia telefon saya.

Aku
Terima kasih En. Polis. Maknanya surat akan menyusul lah ye. Hoooray... Ok saya tungu. Sejak kena saman ada plak polis wanita kenal aku (dalam hati - kebingungan). Setahu aku aku tak ada. Macam mana dia leh kenal aku.

Respon kepada surat yang dihantar (14/08/06 hingga 08/09/06). Mengambil masa 25 hari ditolak 7 hari tidak bekerja dan cuti umum. Jumlahnya 18 hari kasar belum ditolak cuti polis dan cuti lain.

Pilu... Hatiku. Kembalilah

Kejadian berlaku dengan begitu pantas sekali dan tidak disangka-sangka. Tanpa disedari orang tua itu ditahan di hospital. Masuk ICU. Pun begitu, walaupun tiada rekod dan tanpa serahan kad pengenalan, pihak hospital menerima dan menangani dengan professional.

"Pakcik. Apa dah terjadi? Pakcik di mana?" Doktor menanyakan orang tua yang terlantar di katil yang sudah mula nampak ada sedikit perubahan.

Mulutnya hirut sikit akibat keadaan yang cemas semasa diberi bantuan pernafasan oksigen melalui mulut ke jantungnya pada lewat pagi semalamnya. Badannya banyak ditembusi wayar yang berselirat sana-sini.

"Pakcik sedar tak?" Doktor cuba bertanya lagi

"Tak. Saya tak tahu." Orang tua cuba menjawab perlahan walaupun giginya sudah rongak dan tiada. Gigi palsunya tertingal di rumah. Tapi boleh didengar juga.

"Errmm. Awak ni siapa?" Doktor bertanya kepada seorang wanita yang agak berusia. Berdiri di situ.

"Saya anak dia." Wanita itu menjawab ringkas.

"Pakcik ada seorang anak aja ke?" Doktor

"Ada ramai. Dalam sebelas orang. Kenapa?"

"Dah diberitahu semuanya? Bukan apa. Pakcik ini 50 50. Saya cuma boleh membantu. Tapi, Tuhan punya kuasa. Bila-bila masa boleh berlaku kalau dah sampai masanya. Tapi, jangan pula ada yang terkilan apabila tak dapat berjumpa dengannya." Doktor mengingatkan.

"Ya, saya dah beritahu. Semuanya dah maklum dan sudah dihubungi. Bagi yang jauh mereka dalam perjalanan datang ke mari." Wanita itu menjelaskan.

"Ok. Harapnya semua datanglah ye."
Perbualan terhenti di situ. Doktor beredar dari situ. Wanita itu, mengesat air matanya. Tak tertahan menghadapi situasi sebegini.

Jam 9.30 malam. MPV cap UNSER meluncur masuk ke perkarangan hospital. Dua kelibat menuju ke kaunter yang sedia kala cerah menerima tetamu.

"Ada tak nama pesakit sipulan bin sipulan di tahan sini?"

"Encik ni siapa?"

"Saya anak dia. Baru sampai dari Johor Bahru. Bolehkah saya datang menjenguk dia."

"Maaf encik, waktu melawat dan habis. Kalau encik nak. Esok bolehlah."

"Saya dari jauh ni. Takkan seminit dua tak boleh. Berilah peluang dan budi bicara sikit. Tolonglah... Jauh ni. Saya merayu ni."

"Jap ye encik." Penyambut tetamu itu berbincang sesuatu dengan jururawat yang ada di situ.

"Baiklah, kami bukan tak benarkan encik masuk, sebab waktu sekarang doktor sedang membuat rawatan. Apa kata encik buat temujanji sejam dari sekarang. Dalam pukul 10.30 malam boleh? Tapi, cuma dua orang saja dibenarkan masuk. Lain, tunggu di luar."

"Yeay ok. Boleh. Saya tunggu."

Anak-anaknya dibiarkan di dalam kereta. Tidur nyenyak agaknya. Enjin kereta dan penghawa dingin memang sengaja tidak dimatikan.

Dua orang memasuki bilik ICU. Memakai segala keperluan mengikut peraturan. Melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Matanya terpejam lena. Jasadnya tidak bermaya. Tiada apa-apa bual bicara. Keadaan sunyi dan sayu. Kedua-dua tetamu itu hanya menjenguk dari sisi katil. Sempat memegang tangan dan mengusap-usap dahi dan rambutnya. Namun, tetap berbaring tak sedarkan diri. Anaknya yang datang dari jauh itu cuba menahan air mata dari mengalir keluar. Air mata kejantanannya. Sebak dadanya, pilu hatinya. Sungguh sadis banginya. Hanya sempat menjenguk seketika cuma atas dasar budi bicara pihak hospital. Cukuplah baginya. Maka keesokannya, perlu datang kembali untuk melawat. Harapnya, esok orang tua itu sedarkan diri. Boleh mengenal lagi orang dan suasana sekeliling.

Kesokan harinya, hampir kesemua anak dan saudaranya ingin berkunjung melawat orang tua itu. Tiba waktu melawat. Seorang demi seorang perlu masuk di bilik tersebut. Menjenguk orang tua itu. Tiba giliran cucunya yang sulung datang berkunjung, tangannya berupaya melambai-lambai memanggil masuk. Ada perubahan nampaknya. Wajahnya pun nampak girang dan riang. Suasana bertukar apabila cucunya menyatakan sesuatu.

"Atuk, saya minta maaf Tuk. Halalkan makan minum saya dan hutang-piutang saya terhadap Atuk." Cucunya bercakap sambil mencium tangan Datuknya. Tiba-tiba bergelinangan air mata cucunya.

"Atuk maafkan saya ye. Segala perbuatan dan perkataan yang menyinggung perasaan Atuk." Tambahnya lagi.

"Yalah." Atuk mejawab dengan sebak diekori dengan titsan air matanya. Cuba diusap untuk diselindungkan tapi tak termampu. Semuanya sudah berderai jatuh mengalir di pipi. Dalam hatinya agaknya terasa kepiluan. Bila-bila saja dia akan bertemu Ilahi.

Cucunya keluar meninggalkan bilik tersebut teresak-esak menitiskan air mata.

Kemudian, disusuli dengan anaknya yang datang dari Johor Bahru malam tadi. Yang dapat menjenguk sekejap cuma. Keadaan menjadi bertambah pilu. Sedangkan cucunya bisa terurai air matanya apatah lagi anak kandungnya sendiri. Bertambah sebak suasana. Oleh sebab itu, doktor perlu menambahkan oksigen ke dalam badan orang tua itu. Sesak nafasnya.

Sedang masa berjalan, pelawat silih-berganti. Dari anak, adik-beradik, kaum-kerabat, cucu, saudara-mara, jiran-tetangga dan yang ada kena-mengena atau yang tak ada kena-mengena tapi masih saudara seIslam. Waktu melawat sudah pun tamat. Pelawat tidak dibenarkan datang berkunjung lagi. Tinggal jasad terbujur baring keseorangan.

Di rumah. Masing-masing tak dapat menahan kepiluan di lubuk hati sanubari. Sedih memikirkan keadaan orang tua itu. Hampir semua tidak berselera mahu makan sekembali dari hospital. Mengenangkan keadaan tadi. Di sudut dapur, kerusi. Dua orang merangkap cucu kepada pesakit sedang berbual. Pangkat adik dan kakak.

"Kau tak nangis masa tengok Atuk tadi?". Akak

"Nangis juga. Sedih arrr." Adik

"Habis, masa jumpa Atuk, kau tanya apa?" Akak

"Aku salam Atuk. Aku tanya, Atuk sihat?" Adik

Suasana hiba menjadi hilai tawa si akak kerana pertuturan adiknya yang jujur dan berseloroh.

"Kau dah tahu, Atuk terlantar kat situ. Kau tanya Atuk sihat? Dah tentulah dia tak sihat? Apalah kau ni." Akak

"Ha’alah. Aku tanya soalan bodoh arr." Adik

"Tanyalah soalan lain. Atuk sakit kat mana ke? Itu ke. Ini ke." Akak

"Patutlah Atuk diam je...Tapi walau macamnapun aku tetap sedih."Adik

7.9.06

Hari ini cuma

Hari ini, sudah satu tahun aku berblog.
Hari ini, sudah tiga tahun aku bersama si dia.
Hari ini, sudah hampir dua tahun nampak hasilnya.
Hari ini, tiada kek untuk kesemuanya.
Cuma sepotong doa setulus hati.
Cuma segulung kepercayaan segenggam azam.
Cuma kebahagiaan dan kasih sayang.
Mengatasi segalanya.

6.9.06

VMY2007: 3

Bagi pendapat yang diberikan oleh Middleton (1988) pula, di dalam buku ‘The Development & Management Of Visitor Attraction’ berkenaan dengan takrif tarikan pelancongan adalah

‘A designated permanent resource which is controlled and managed for the enjoyment, amusement, entertainment, and education of the visiting public’.

Selaras dengan itu, bagi Walsh-Heron and Stevens (1990) di dalam buku yang sama telah membahagikan sesuatu tarikan pelancongan kepada enam perkara yang seharusnya terkandung di dalamnya iaitu merangkumi:

  1. ‘Sets out to attract visitors / day visitors from resident or tourist populations, and is managed accordingly’.
  2. ‘Provides a fun and pleasurable experience and an enjoyable way for customers to spend their leisure time’.
  3. ‘Is developed to realize this potential’.
  4. ‘Is managed as an attraction, providing satisfaction to its customers’.
  5. ‘Provides an appropriate level of facilities and services to meet and cater to the demands, needs, and interests of its visitors’.
  6. ‘May or may not charge an admission for entry’.

Jadi, tarikan pelancongan dapat dirumuskan sebagai satu set kawasan atau lokasi yang terpilih untuk diperincikan di dalam kebanyakan sumberjaya yang terdapat di sesuatu tempat. Ianya terdiri daripada pelbagai bentuk yang berupaya ditonjolkan/ dikhususkan sebagai salah satu daripada pelbagai sumberjaya yang ada dan berpotensi untuk dibangunkan bagi menarik pelancong datang ke tempat tersebut. Selain daripada itu, sesuatu tarikan pelancongan itu perlu mempunyai kawasan yang tertentu (khusus), mempunyai aktiviti yang tertentu yang dilakukan dalam masa yang tertentu, sepertimana yang dikatakan oleh Middleton (1988). Sesuatu tarikan perlu menyediakan atau menawarkan pelbagai aktiviti pelancongan yang menjadi sokongan kepada tarikan utama iaitu sumberjaya yang ada.

bersambung...

5.9.06

Bapak polis, anak penyamun tarbus

Di satu persimpangan lampu isyarat. Dua buah kereta PERODUA cap kancil meluncur begitu laju. Membelah angin malam. Depan, kereta si ayah 850. Belakang, kereta si anak 650. Mengekorinya. Berkonvoi mahu pulang dari kenduri arwah. Dari jauh sudah kelihatan lampu isyarat itu berkelip-kelip. Sekejap hijau sekejap merah. Sekejap merah sekejap hitam. Lampu isyarat rosaklah tu. Sedang keadaan lalulintas di situ tidak kurang sibuknya.

Di satu selekoh yang tak tajam.

Setelah melepasi selekoh lampu isyarat yang bahlul itu. Si anak kehairanan menagapa si ayah melanggar peraturan lampu isyarat. Adakah si ayah buta warna. Namun si anak pasti, semasa dia melewati lampu isyarat itu, lampu isyarat sudah bewarna hijau. Sejurus selepas kedua-dua kereta PERODUA cap kancil yang cabuk itu melewati selekoh dan melepasi lampu isyarat. Pemanduan terpaksa diperlahankan. Ada road block PDRM. Menahan kedua-dua buah kereta yang dirasakannya bersalah di bawah undang-undang kecil ordinan kesalahan lalulintas (agaknya?). Berhenti di tepi jalan. Enjin tidak dimatikan. Lalu Pak Polisi datang menghampiri kereta si ayah dan bertanya.

"Awak tahu apa kesalahan awak?" Pak Polisi bertanya sambil mendongakkan dagunya dan mengeluarkan helaian kertas bersama pena. Menulis sesuatu dengan gahnya.

"Tahu Encik. Saya langgar lampu merah." Si ayah menjawab terketar-ketar tetapi fasih.

"Hah! Belakang tu siapa plak?" Pak Polisi tanya lagi sambil menunjuk kereta belakang. Dah adat Pak Polisi memang banyak bertanya. Biasalah.

"Anak saya Encik." Si ayah jawab ringkas tetapi tepat dan luhur.

Lalu Pak Polisi menyiat dan menghulurkan kertas yang ditulis. Beredar menuju ke kereta belakang dengan beberapa langkah berderap.

Apabila nampak kelibat Pak Polisi menghampiri kereta si anak. Si anak menarik nafas keluhan. Si anak menarik handbreak dan membuka cermin tingkapnya untuk berkomunikasi. Bagi mewujudkan komunikasi dua hala yang sihat Sedang si ibu di sebelahnya yang membebel dari tadi tiba-tiba terkelu tidak terkata.

"Hah, awak tahu apa kesalahan awak?" Pak Polisi menanyakan soalan yang sama. Kira soalan bocorlah ni. Sebab soalan ini didengar oleh si anak tadi.

"Saya tak tahu Encik. Apadia?" Si anak menjawab dengan dalihan yang yakin sambil menggaru-garu lututnya.

"Awak langgar lampu merahlah! Awak nampak tak?!" Pak Polisi maninggikan suaranya yang ditenggelami deruan kenderaan yang lalu-lalang di situ. Lebih-lebih lagi jika ada traktor atau jentera bergerak berat (berantai) BTM melebihi 5000 Kg melewati jalan tersebut.

"Mana ada Encik. Tadi, masa saya lalu. Lampu tu warna hijau. Saya tak tipu Encik. Sumpah!" Si anak kurang puas hati.

"Huh! Bapak dah mengaku, anak plak tak nak mengaku hah" Pak Polisi menggertak dengan muka yang bengis.

"Ishhh... Lampu isyarat tu rosaklah Encik. Kalau tak percaya Encik pi tengok." Seolah-olah si anak mencabar kerjaya Pak Polisi agar menukar kerjaya membaiki dan menyelenggara lampu isyarat yang rosak.

"Anak dengan bapak sama je. Langgar lampu merah. Bapak awak dah mengaku, awak tak nak mengaku plak." Pak Polisi mengaitkan isu bapak dan anak sekali lagi.

"Encik nak saman? Samanlah! Tuhan jadi saksi. Lampu isyarat tu rosak. Dah empat hari. Kejap hijau kejap merah tak tentu masa. Saya belum rabun warna Encik. Habis kalau bapak saya mengaku, saya kena ngaku jugak ke?" Si anak cuba berhujah dengan fakta dan figurasi yang kukuh.

Pak Polisi tidak memberi kertas yang ditulis lalu menuju ke hadapan semula meminta kertas yang diberinya tadi. Si ayah dan si anak beredar dengan hati yang panas. Si ayah yakin dia melanggar lampu merah. Si anak juga yakin semasa dia mengekori dari belakang lampu sudah bertukar kaler hijau. Si ibu yang duduk di sebelahnya pun nampak juga. Menjadi saksi tunggal pada malam itu. Gelap malam, ramai pemandu yang ditahan kerana melanggar lampu isyarat yang rosak. Diulangi, melanggar peraturan lampu isyarat yang rosak. Mungkin ada kesalahan ini dalam undang-undang. Walaupun si ayah mengaku, namun si anak bukan untuk mengaku membabi-buta begitu saja. Tak sekolah arab punya Pak Polisi malam itu.

3.9.06

Luka lama tidak berdarah lagi

Sejurus mendapat panggilan kecemasan dari kampung. Dia terpaksa memendekkan cutinya bersamaku. Bukan aku tak mahu menghantarnya pulang menjenguk atuknya di hospital. Dikhabarkan koma lima puluh lima puluh . Berada di Hospital Besar Teluk Intan setelah Hospital Besar Klang menolaknya kerana sudah sarat muatan pesakit. Bukan mencari alasan untuk lari dari semua ini. Haruslah kau mengerti keadaannya. Dah lama aku tak pulang menjenguk ayah dan bonda. Sesekali aku luangkan masa, maka aku perlukan masa yang panjang digunakan sepenuhnya. Bukan aku menafikan kenyataan dan hakikat ini semua. Aku punya tanggungjawab yang lebih besar. Lebih utama dari yang utama. Tambahan pula, kita selalu menjenguk mereka di kampung sana kan. Bagilah aku sekelumit peluang ini cuma. Jika kau mahu pergi, aku izinkan. Aku relakan. Boleh tumpang pakcikmu yang juga mahu ke sana. Apa salahnya. Harapnya kau mengerti. Sebab itu aku sukar bagi kata putus apabila kau tanya. Aku takut suara ini keluar api bewarna. Mengguris dan bisa. Lebih baik aku diam. Harapnya kau faham. Keputusanmu aku redha.

Aku redha semua ini. Ada hikmah semua ini. Sesungguhnya jika itu dapat mengubati kesedihan dan kesayuanmu jangan ditambah luka tempohari. Maka pergilah dengan jiwa yang tenang. Pergilah dengan hati yang tabah. Sampaikan salam aku pada orang di sana. Bila ditanya. Kau jawablah dengan cara bijaksana. Jangan pula kau membuka pekong di dada. Harapnya tidak. Katalah urusan peribadi. Jangan sampai mereka salah sangka. Minta maaf kepada mereka. Tentang aku, usah kau hiraukan. Aku boleh membawa diri. Aku boleh membawa kereta sendiri. Cuma perjalanan pulang aku agak mengantukkan di lebuhraya PLUS. Tiada lagi suara-suara manja perempuan dewasa dan si anak kecil. Kekadang terlelap seketika. Ada juga sambil memandu terpejam seketika. Hebat kan? Namun, setakat ini belum pernah lagi sambil memandu terpejam selamanya. Minta dijauhkan. Jadi, aku harap kau tak merungut dengan karenah aku. Aku khuatirkan dirimu yang penat melayan telatah budak kecil itu. Akhirnya, belum sempat aku meminta maaf, kau dahului dengan ucapan
Selamat malam. Jaga diri baik-baik. Kami di sini semuanya ok. Jangan risau. Sorry susahkan diri abang. Terima kasih segalanya sayang.

2.9.06

Tuala wanita

Kedai emak. Bawah pokok mangga merimbun. Bisnes agak kurang. Rungutan tak pernah aku dengar dari mulut emak mahupun bapak. Hanya limpahan pelanggan yang sempat dan terdesak saja mahu singgah. Mereka lebih gemar ke Pasaraya Besar yang kini tumbuh bagai cendawan di kawasan sekitar. Terdesak mencari gula baru datang kemari.

Datang seorang pelanggan. Aku layan mesra. Senyum lebar. Dia pakai kemeja T. Seluar jeans tiga suku yang sengaja dipotong. Rambut pendek. Lalu aku bahasakan dirinya abang dan menanyakan barang apa yang dia kehendaki. Dia meminta rokok Sempoerna A hijau 14 batang. Aku tanya dia lagi mahu beli apa. Aku beri rokok bersama baki wangnya. Dia menggeleng lalu beredar. Ucap terima kasih.

Emak kata, kenapa kau bahasakan dia abang. Dia bukan lelaki. Dia seoarang wanita. Emak kata bersungguh. Dia sering ke kedai emak. Aku tak percaya lalu ku jenguk dan intai dia. Masih berada di luar kedai bersama teman wanitanya (katanya) menunggu teksi. Katanya dulu dengan emak itu adik dia. Walhal aku tengok dia begitu mesra. Seperti pakwe dan makwe. Pasangan kekasih. Berbahasa yang ayang sayang. Agaknya dia dah anggap perempuan gemuk itu girlfriend dia. Isshhh.. Dunia dunia. Sudah terbalik agaknya. Tapi... Mana pergi buah dada dia? Aku semakin bingung di kedai emak. Nanti aku tanya dua soalan bila dia datang kembali. Selain tanda tanya di atas. Pertama, adakah dia masuk tandas lelaki atau perempuan? Kedua, adakah dia pakai tuala wanita lagi?