27.9.06

Anak kita bukan anak dia

Dulu-dulu. Setahun ke belakang. Si puteri kecil ditinggalkan bersama pengasuh yang tak berapa bertanggungjawab. Tak jauh dari rumah kami. Naik pening kepala dibuatnya. Naik kepala pening dibuatnya. Setiap bulan, kami pasti akan menabung ke klinik swasta bernama KLINIK KELUARGA (bukan nama klinik sebenar) untuk mendapatkan rawatan. Rawatan kerana Puteri kecil demam. Batuk lah. Selesema lah. Muntah-muntah lah. Sesak nafas lah. Kami sering tertanya-tanya kenapa agaknya. Okey. Dipendekkan cerita, keadaan rumah pengasuh dalam kategori kotor (setelah dibanci). Ada bela kucing empat ekor tapi tak diurus. Kucing tu semuanya kurus. Bilik tidur jadi bilik tidur kucing juga. Bulunya ada di mana-mana. Bukan kata kucing tak bagus. Tapi, tuan punya kucing tak pandai bela kucing. Dia kata suka kucing. Tahi kucing! Akhirnya rahsia terbongkar. Tuhan nak tunjukkan pada kami. Kebetulan adik bertandang ke rumah kerana cuti. Jadi, kami tinggalkan adik di rumah. Satu hari, pengasuh ni datang ke rumah dengan riaknya memberitahu adik kami bahawa dia mahu ke pekan. Sedangkan puteri kecil ada di dalam rumahnya bersendirian. Tidur dalam buaian. Adakah patut dia tinggalkan Puteri kecil kami? Dengan hanya meninggalkan pesan kepada adik kami. Mana tanggungjawab dia? Bukan kami tak bayar. Tiap bulan kami bayar. Memang susah nak dipercaya kalau tinggal dengan pengasuh ni. Bukan kita tak percaya. Tapi dia sendiri tak bagi kepercayaan kepada kita. Sesungguhnya, anak kita bukan anak dia. Dia lebih sayangkan binatang kucing dia daripada anak kita.

Si puteri kecil memang mengalami alahan kepada susu yang mengandungi laktosa. Senang kata susu formula lembu lah. Kalau salah sikit mulalah badannya dipenuhi ruam dan selesema. Lambat sikit tukar lampin pakai buang (jenama drypers) mulalah ruam penuh dipunggungnya. Satu hari, awek aku terserempak dengan pengasuh puteri kami memberi drypers kepunyaan puteri kami kepada kawan merangkap jiran dia. Naik mendidih otak (awek aku). Selalunya memang dibekalkan dengan 6 keping drypers sehari. Maknanya dalam sehari kekadang tukar dua kali atau tidak ditukar langsung. Ishk(3x). Lampin yang lebih disimpan atau diberi pada kawan dia. Patutlah ruam dia tak berkurangan. Semakin banyak. Rupa-rupanya dia beramal dengan harta benda aku.

"Pengasuh kau tu memang jahat. Tak bertanggungjawab. Kau sound je depan-depan. Jangan bagi muka kat dia." Setan cuba membisikkan ke telinga kiri awek aku.

"Sabar. Sabar. Sabar itu sebahagian daripada Iman. Biarlah dia terima balasan dari Tuhan." Malaikat membisikkan ke telinga kanan awek aku

Aku dengar bisikan yang kanan. Aku lebih ikut hasutan Malaikat untuk mententeramkan jiwa awek aku. Anak kita tanggungjawab kita! Marilah kita jaga bersama

2 comments:

Azer Mantessa said...

memang betul ... anak kita, bukan anak dia. dia tu cuma tahu nak ambil kesempatan saja :-(

Unknown said...

memang sedey.. nasib baik tak jadi yg bukan2 yang lebih teruk..