14.9.06

Halal oh halal


Kepsyen: Inilah contoh logo halal. Jangan main-main tau. Jakim tak bagi kat aku. Aku dapatkan percuma dari laman web berkaitan.


Sedang negara kita sibuk menjadi peneraju industri makanan halal dan hub makanan serantau juga dunia. Hebat menjadi pelbagai penganjur forum halal. Kita terus memperkatakan yang kita hebat dalam pengurusan makanan halal dunia. Logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kita dijamin sah halal lagi bermutu di peringkat antarabangsa.

Sebaliknya yang berlaku kini, logo halal kita terang-terang dipermainkan dan diperlekehkan oleh sesetengah pihak. Sehari dua lalu, timbul pula isu halal yang membabitkan kilang roti yang besar dan sebilangan besar penggunanya adalah umat Islam. Kita mesti serius dalam isu makanan halal ini (suara ditekan). Ia menjadi darah daging kita, isteri kita dan anak-anak kita.


Sedangkan dalam rumah sendiri pun tidak dapat dikawal sepenuhnya apatah lagi jiran tetangga kita. Jadi, janganlah bercita-cita menjadi hub halal dunia. Haha, kitalah peneraju industri makanan halal dunia dengan perancangan hub halal sana sini. Kuhaks ptuii... Tahi ayam! Akibatnya masyarakat dunia susah nak percaya. Kita tidak mahu, sijil saja halal tapi makanan tidak halal. Kita juga tidak mahu makanan halal tapi tiada pengesahan halal. Kwang kwang...

Dalam hal ini, kita kena bertindak segera dan sepantas kilat. Sekali lagi saya tegaskan bahawa isu makanan halal bukan mainan, jangan buat bodoh saja wahai Jakim. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul. Kalau benar-benar salah, tangkap dan umumkan siapa yang terbabit, nama perniagaan, jenama makanan itu, lokasinya supaya orang ramai juga boleh turut serta bertindak bersama. Pekara ini penting kan? Apalah guna sijil halal kalau yang membuatkan makakan untuk umat Islam ialah orang bukan Islam. Penguatkuasa pula terlalu sedikit. Bayangkan hanya kurang dari sepuluh orang untuk memantau industri halal yang cukup besar ini, memang sampai bila pun tak terkejar. Bukankah ramai graduan menganggur; ambil mereka dan gempur pesalah makanan halal ini. Tidaklah graduan hanya cenderung untuk membela hamster saja.

Tujuan saya menulis bukanlah untuk menjadi pengacau atau penyibuk. Banyak yang kita boleh lakukan dengan peranan dan pembabitan semua pihak. Fikirkanlah. Buka minda kita semua. Ayuh! Sama-sama kita perjuangkan makanan halal untuk kepentingan bersama. Saya selalu bersarapan masakan isteri. Saya, jarang makan roti kecuali roti canai. Sekali lagi saya ulangi, kadangkala saya tak sempat nak bersarapan.

Nota: Nak mohon HALAL. Sini ada

No comments: