28.9.06

Ayam, gula dan lada


Dilaporkan beberapa harga barang kawalan naik mencanak sejak kebelakangan ini ekoran daripada kenaikan harga minyak. Sebab nak bawa ayam guna kenderaan. Dan kenderaan guna minyak. Minyak hitam dan minyak petrol atau diesel. Contoh yang paling ketara ialah harga ayam. Permainan harga oleh pemborong mengakibatkan peruncit mengambil sedikit keuntungan (dia kata) yang akhirnya pengguna yang merana tersungkur. Harga ayam bersih, tanpa kepala, kaki, hati, peha, leher dan bulu (habis tinggal apa?) dalam lingkungan RM6.35 sekilo. Uiks! Naik 0.65 sen sebelum ini dan naik lagi 0.30 sen plak daripada RM4.30 sekilo. (kira sendiri kenaikannya). Manakala harga ayam hidup dilaporkan naik juga. Tapi, persatuan penternak-penternak ayam Malaya berkata kenaikan itu masih lagi berada di bawah harga siling yang telah ditentukan oleh Kerajaan yang cukup prihatin ya amat. Entahlah. Berapa harga siling ayam? Patutlah jiran setaman dengan aku ada bela ayam. Dulu, aku pun ada bela. Tapi dah pecah! Tak keluar telur. Keluar duit syiling. Ekkkekekek!

Bekalan gula di seluruh negara pula, dalam keadaan kritikal. Kenyataan daripada Pak Menteri KPDN&HEP sedikit melegakan apabila Malaya mengimport gula daripada Brazil Darul Gula. Jadi, anda bolehlah mendapatkan bekalan gula mengikut amaun yang ditetapkan di kedai-kedai yang berhampiran. Awas! Ramai pengguna yang merungut ekoran daripada kekurangan bekalan gula. Hanya merungut. Tidak membakar kilang gula dan ladang tebu. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya raya nanti. Ramai orang mahu guna gula.Siapakah yang menyorokkan gula bertan-tan ni?. Mesti pengganas kan? Ramai pemborong dan penjual inginkan harga gula dinaikkan kerana sejak berkurun lama harga gula tidak naik walaupun harga minyak naik. Itu yang mereka bengang! Tapi, isu ini tak habis-habis lagi ke? Mana barisan pemimpin negara Malaya nak selesaikan isu ini? Ini isu bersama. Takkan dok senyap je. Hehehe.

Manakala harga lada merah (warna dia merah) pula dilaporkan naik dengan kadar yang tinggi untuk mengelakkan semua pemborong dan peruncit tidak mengalami kerugian (juta-juta beb!). Pemborong mengambil keuntungan RM7 setiap kilogram manakala peruncit mengambil keuntungan RM3.20 setiap kilogram. Pengguna pula hanya menganga luas sambil menuding jari menyalahkan entah siapa. Ramai yang kata, semua mengambil kesempatan sempena menjelangnya musim perayaan.

Adakah kita benar-benar pengguna bijak? Sebijak manakah kita menangani masalah ini? Apakah tindakan yang kita ambil selaku pengguna bijak? Dan akhir sekali belilah ayam serama untuk dipelihara, usahakan perusahaan madu lebah dan tanam lada depan rumah untuk dijual. Kesemua ini boleh diusahakan dengan kaedah Integrated Farming. Apa kata tuan cuba dulu.


Nota bulu kaki : Lepas ni kau jangan makan ayam. Biar ayam tu makan sendiri.

No comments: