27.9.06

Sekali air melimpah-ruah

Gambar hiasan


Kau akan duduk dengan tenang selepas berbuka jika tidak dikerah untuk membasuh pinggan. Kau juga akan rela hati tanpa paksaan untuk membasuh kerana memikirkan orang rumah kau yang kepenatan seharian menguruskan hal rumahtangga. Apa salahnya kau tolong. Kau bantu dalam sedikit hal cuma. Kau tahu berapa banyak kau guna air untuk membasuh satu pinggan. Itu kalau satu. Kalau dua, tiga dan banyak. Banyaklah guna air. Tak perlu kau jawab! Bukan aku kedekut. Tapi kenalah berjimat dalam penggunaan air. Ini baru soal air.

Kau akan gusar setelah menerima bil air yang melebihi RM80 dalam satu bulan. Puncanya bukan apa. Hanya kerana orang rumah kau terlupa mahu matikan air ketika cuti pulang ke kampung. Tiga hari tiga malam. Air melimpah. Akhirnya kau tepuk dahi. Pap! Duit kau pun mengalir macam air. Kenapalah kau lupa nak tutup air. Kan dah bil air naik melambung. Siapa nak bayar? Aku nak pasang sensor kat kepala paip. Air akan keluar apabila hanya ada tangan dihulur.

Sekali lagi darah kau menyirap apabila dia terlupa nak matikan paip air setelah selesai mengambil wuduk. Setelah selesai bersolat Maghrib. Air melimpah dalam beberapa jam. Kenapa suka sangat membuang air. Bukan buang air yang satu lagi. Maksud aku air paip. Walaupun dah kaya, janganlah membazir. Kan membazir itu amalan syaitan. Kan syaitan itu suka membazir. Akhirnya, kau akan tersenyum riang apabila duduk di sofa empuk sambil memerhati bil air berikutnya. Kerana apa? Sebab jumlahnya tak sampai RM8 dalam sebulan. Hu hu.. Berjimat cermat amalan mulia.

"Paip air dah tutup?" Aku tanya kepada dia apabila mahu pulang ke kampung.

Nota bulu kaki: Selain menutup paip air, tutup pintu pagar, suis elektrik dan sebagainya

No comments: