17.9.06

Bukan Kupinta (part V)

Tepat jam lapan pagi perlawanan akhir bermula. Baru kau tahu antara buku dengan ruas. Kita tengok siapa yang lebih handal. Siapa Lauk dan siapa juara. Ayuh! Rakanku sekalian, inilah masanya kita mahu membuktikan kepada dunia. All out! Tunjukkan pada diri sendiri. Buktikan pada keluarga. Sekolah, jiran-jiran, masyarakat, bangsa dan negara. Memang menyuntik semangat kesebelesan pemain utama yang diturunkan termasuk pemain simpanan. Kami yakin amat. Jangan terlalu yakin! Simple game with the simple play. Kata-kata ini bermain di kotak minda dan lubuk sanubari aku. Harap juga yang lain. Kita kerja sepasukan. Tolong beri kerjasama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Agaknya begitulah semangat juang yang aku tiupkan kepada rakan sepasukan. Dipesan melalui sang angin.

Duit dilambung Umpire (betul ke ejaannya?) untuk memulakan perlawanan. Kami memilih untuk memulakan pukul berbanding memilih padang. Sebaik bola disentuh. Tolakan ke belakang dibuat. Sampai ke pertahanan. Pertahanan menolak ke tepi terus memberi kepada aku. Aku menahan bola. Meninjau di mana rakan lain berada. Sorakan di luar padang menaikkan lagi semangat pasukan kami walaupun itu pasukan pom-pom pihak lawan. Asakan pihak lawan makin berpadu. Aku mengheret ke tepi sebelah kanan. Ada yang cuba ganggu. Menggelecek dengan cantik. Lepas satu. Ada lagi yang datang. Aku mengacah untuk memukul tapi hanya sedikit kuisan untuk terus meloloskan diri. Datang pula, budak yang berbadan sasa menggempur hendak merampas bola kononnya. Merampas bola dari aku. Huh, budak inilah yang mengutuk kami di luar tadi. Nah, ambil kau. Rakan-rakan lain sudah menjerit meminta bola dari aku. Aku dengar. Belum pekak. Cuma buat tak dengar. Ambil kau! Tolakan ke kaki budak tadi dilakukan. Memang aku sengaja membuat tolakan ke kakinya. Aku tahu. Aku tak boleh makan budak ni. Fizikalnya lebih besar dari aku. Huh, rasakan kau. Umpire meniup wisel. Pukulan percuma diberi.

Sedikit tolakan diberi. Tanpa berlengah aku terus melakukan pukulan. Hantaran lintang ke kawasan D. Ada tiga rakan lain sedang menunggu. Samada memukul atau cuba menguis saja bola itu pasti masuk ke gawang lawan. Memang kuat pukulan tu. Silap tahan boleh naik ke muka. Pernah semasa latihan pukulan sebelum ini. Rakan aku terkena batang hidungnya akibat silap tahan. Bola naik ke muka. Kena tepat ke batang hidung. Bengkak juga hidungnya yang pesek itu. Keluar darah. Pergi sekolah, hidung berbalut. Pernah juga, kepala kawan berjahit akibat kena serpihan stick yang patah dihujung. Tepat ke dahinya. Pukulan kuat dibuat, bola tak pergi serpihan stick kayu yang melambung. Tak pasal-pasal kena jahit.

1 comment:

Unknown said...

saya tak dibenarkan bermain hoki kerana bola yang dipukul melambung ke hidung. sakit amat. nasib baik hidung tak patah.