27.9.07

Petua tahan lebih lama

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2007. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2007. Wah? tahan sampai 2 tahun kan?Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau.

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, jangan gunakan jari pasal jari kita ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'...bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi. Padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat dan elak guna washing machine... Jangan jemur bawah terik mentari elak guna bleach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj. Bungkus elok-elok. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi habuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan. Gerenti kereta tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama, sebelum makan baca bismillah dan doa. Akhir makan, doa dan ucap alhamdullillah. Jangan jadi macam setan.

UMUR
Umur nak tahan lama?. Jangan Merokok! Rokok nak tahan lama?. Jangan Hisap!.

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan. Jujur dan ikhlas.

KUIH RAYA
Kuih raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit. Kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kuih-kuih raya tu. Ini bermakna tak la membazir. Kalau simpan lama sangat nanti kuih jadi tengik. Lepas tu nak kena buang, jangan jadi setan, membazir amalan setan.

PUASA
Gerenti lapar kan, kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat" jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke, kuih raya ke atau pun mengumpat.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email atau blog aje macam korang. Dah tak ada kerja lain ke. Kalau Bos nampak tak pasal-pasal kena buang kerja. Padan muka!


Sebenarnya, saya nak kongsi dengan kalian yang sudah berumah tangga untuk bertahan lebih lama. Sungguh! Saya tak tipu.
KLIK SINI


Nota : Saya dapat bertahan lebih lama dari biasa. Dia tak boleh tahan! Saya suka. Dia gembira. Hahaha...




****
Solan pemahaman :

Dalam sebuah sangkar terdapat 44 ekor haiwan yang terdiri daripada arnab dan itik.
Jumlah kaki yang terdapat pada haiwan di situ ialah 100 batang.
Ada berapa ekorkah itik dan arnab dalam sangkar itu ?

26.9.07

Ditemubual oleh wartawan

Dalam satu sidang media, saya ditanya oleh seorang wartawan. Tabloid mana saya dah lupa. Saya jawab sejujur mana yang boleh. Soalannya berbunyi begini:

Satu. Apakah bidang kerja dan tanggungjawab yang dipikul oleh anda?

Soalan ini nampaknya ada dua kehendak. Satu, bidang kerja. Dua, tanggungjawab. Pertama, kita bercakap dulu mengenai bidang kerja. Bidang kerja saya ialah perancang bandar dan wilayah. Maksudnya, memikul profesion atau kerjaya sebagai pegawai perancang bandar dan wilayah. Tak kira apa pangkat sekalipun, saya mahu pertekankan di sini sebagai pengamal perancang bandar, skop dan bidang kerja yang dilakukan amat luas, lebih-lebih lagi dalam sektor swasta. Saya berada di sektor swasta atau dengan kata lain bekerja di firma perunding perancang bandar. Maka, bidang kerja yang dilakukan adalah tertakluk kepada projek-projek yang diperolehi daripada pelanggan yang terdiri daripada pihak kerajaan, badan berkanun, pemaju, pihak swasta dan orang-perseorangan. Itupun jika majikan memperolehi projek berkenaan. Bergantung kepada projek yang diperolehi. Apa yang saya lihat, bidang kerja utama yang saya lakukan. Maksud saya pengamal perancang banadar. Ia terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu kerja-kerja penyelidikan perancangan dan kerja-kerja pemajuan untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang. Perlu saya huraikan satu-persatu. Pertama, kerja-kerja penyelidikan perancangan. Bidang kerja ini lebih kepada kerja penyelidikan seperti membantu Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah portfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyiapkan kajian-kajian seperti Rancangan Pemajuan sesuatu kawasan (Rancangan Stuktur, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan seumpamanya) jika diminta. Kajian-kajian ini selalunya besifat jangka panjang. Selain itu, kajian-kajian berbentuk jangka pendek seperti penyediaan garis panduan, kajian kualiti hidup desa, kemampanan bandar dan sebagainya. Yang mana peruntukannya di bawah 50k. Di mana kajian-kajian sebegini lebih fokus kepada subjek-subjek tertentu. Kedua, kerja-kerja yang melibatkan pemajuan untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan jika diminta oleh pihak pelanggan. Dalam hal ini, dua skop utama perlu dilakukan iaitu penyediaan pelan susunatur seperti yang dikehendaki dan penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan sebagai dokumen yang menyokong pelan cadangan tersebut. Begitulah secara ringkas bidang kerja saya selaku pengamal perancang bandar. Saya harap tidak lari jauh dan berada di landasan yang betul.

Kedua, tanggungjawab yang saya pikul selaku perancang bandar yang masih muda ini dan bekerja makan gaji maka sepenuhnya, maka tanggungjawab saya adalah tertakluk kepada arahan dan permintaan daripada majikan saya. Kendatipun, jika saya diberi tanggungjawab untuk mengendalikan satu-satu kajian misalnya maka tanggungjawab saya memastikan bahawa kajian itu dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, mengendalikan bahan-bahan untuk dibawa ke mesyuarat, melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab. Maka, saya rasa itu tanggungjawab saya. Oleh yang demikian, saya akan memastikan majikan saya rasa berpuas hati dengan hasil kerja saya dan jika ada orang yang membantu kerja-kerja saya, maka saya akan memberi kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuannya dan memantau kerja-kerjanya. Maka tanggungjawab saya memuaskan hati saya sendiri di samping majikan dan persekitaran saya. Selain daripada tanggungjawab itu, terdapat beberapa tanggungjawab lain yang saya pikul contohnya seperti urusan surat-menyurat, tuntutan kewangan projek kajian serta wakil majikan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan sebagainya. Pendek kata, selama mana saya rasa saya boleh lakukan maka ia merupakan satu amanah yang besar bagi saya.

Dua. Kenapa suka dengan kerja ini?

Soalan ini bunyinya macam memerangkap. Buat masa ini, saya belum pernah ekpresikan lagi bahawa saya suka dengan kerja ini. Saya belum bertepuk atau saya melonjak kegembiraan kerana kerja. Tapi, apa yang boleh saya kata ialah saya bersyukur dan minat dengan kerja yang saya lakukan selama ini. Dalam jiwa saya berkata melakukan sesuatu kerja dengan penuh keikhlasan bukan keterpaksaan maka apa saja kerja yang kita buat pasti menjadi. Buat masa ini, nak kata suka sepenuhnya tidaklah. Sebab, kadangkala ada kerja-kerja yang saya terpaksa lakukan walaupun saya tak suka. Sungguh. Saya bercakap benar. Ada yang saya suka. Ada juga yang saya tak suka. Tak perlulah saya huraikan di sini agaknya. Sebabnya, dah masuk lima hingga enam tahun saya bergelumang dan belajar dalam dunia perancangan maka saya harus keluar dan perlu aplikasikan ilmu yang saya belajar dalam dunia sebenar. Jika tidak sia-sialah saya menuntut ilmu sebegitu lama namun tidak dipraktiskan. Maka, tidak dapat tidak saya tergolong dalam kerja-kerja yang melibatkan pelan. Bila disebut pelan ia bermaskud termasuklah laporan, lakaran, peta dan model. Sudah hampir enam tahun saya berkecimpung dengan arena kerja yang saya lakukan maka timbul lah rasa minat saya dan keikhlasan dalam diri saya untuk saya lakukan kerja-kerja ini secara konsisten dan berdisiplin. Apa yang lebih mustahak bagi saya adalah bukan suka kepada kerja tetapi suka kepada persekitaran kerja termasuklah majikan, rakan-rakan sepejabat, peraturan pejabat dan seumpamanya. Selain itu, sudah tentulah pendapatan atau gaji yang diperolehi adalah setimpal dengan kerja yang dilakukan. Maka, perasaan kita akan jadi gembira dan melompat bersorak setiap hari apabila datang ke pejabat. Untuk itu, buat masa ini bolehlah saya katakan saya berada di zon selesa untuk kerja yang saya lakukan. Barangkali saya perlu mencari zon yang lebih selesa untuk masa depan saya. Tunggu sajalah.

Tiga. Sikap anda terhadap kerja?

Soalan ini sangat subjektif. Jika ditanya mengenai sikap sudah tentulah saya menjawab yang positif belaka. Tak perlu saya huraikan yang negatif. Namun, secara jujur saya boleh katakan di sini, saya begitu optimis terhadap kerja saya. kalau diberi tugas, saya lakukan dengan bersungguh dan serius. Bukan main-main, sambil lewa dan carca-merba. Namun, kadangkala ada yang tidak menghargai hasil kerja orang lain. Saya bukan mencari pendapatan berlipat ganda tapi apa yang saya cari adalah kepuasan dalam bekerja. Buat apa kita bekerja dengan gaji empat lima angka tapi hati kita rasa tak tenang dan tenteram. Dan kita tidak dapat enikmati kehidupan sosial di luar sana. Lagi satu, saya rasa kerja yang diberikan kepada saya adalah milik saya bersama majikan saya. Jadi, saya sematkan dalam diri saya bahawa ini semua adalah untuk meningkatkan pengalaman diri dan untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada syarikat dan majikan saya. Itu yang saya pegang. Saya mahukan situasi menang-menang. Sudah tentu, dalam kerja ada stress atau tekanan tapi itu bukan halangan. Hadapi tekanan itu adalah biasa. Tapi, bagaimana kita menghadapinya itu kita perlu belajar dengan cara yang luar biasa. Saya juga, tidak boleh duduk saja kalau tiada apa kerja yang dilakukan. Ingat, kerja tak datang pada kita tapi, kita datang untuk mendapatkan kerja. Berpegang kepada itu, apabila saya tidak mempunyai kerja di pejabat, saya sering memomokkan majikan agar ada apa kerja yang saya lakukan untuk dilangsaikan. Apa yang penting kita perlulah positif. InsyaAllah, aura positif menghasilkan kerja yang memberangsangkan dan da-Bomb! Tebabo!

Empat. Harapan anda terhadap kerjaya ini pada masa hadapan?

Saya yakin dan percaya bahawa, bidang perancangan ini kerjanya tak pernah habis. Selama mana dunia belum kiamat dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa tidak dirombak. Namun, bagaimana kita mendapatkan kerja itu persoalan kedua. Maka, apa yang boleh saya letak di sini adalah saya perlu membina kerjaya saya sedikit demi sedikit untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman bagi persediaan saya sendiri berhadapan dengan dunia luar. Manalah tahu satu hari nanti saya akan membuka firma perunding perancang bandar saya sendiri. Doakanlah saja. Sudah tentulah pada masa itu, sayalah majikan dan saya juga pekerja. Sebenarnya inilah peluang besar yang saya harus rebut untuk mengembangkan kemahiran dan keupayaan saya dalam kerja-kerja perancangan. Tak semua nampak ini. Cuma, saya ingin meletakkan harapan saya di sini bahawa semoga di masa-masa akan datang profesion perancangan bandar ini dianggap profesion yang cukup mustahak dan sangat penting dalam merencanakan sesuatu kawasan atau di mana ia duduk sekalipun. Di jabatan ka, di PBT ka, di swasta ka. Ia dianggap terulung dan terbilang. Dan semua orang tahu peranan yang dimainkan olehnya. Semoga kerjaya kita dapat dipertahankan dan dipromosikan agar ramai yang lebih mengenali kerjaya kita. Alhamdulillah, sekarang kerjaya kita diakui di Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk mengendalikan Pusat Sehenti yang diletakkan di Pihak Berkuasa Tempatan. Kerjaya kita serba boleh pastinya. Saya harap pada masa hadapan, skop kerjaya ini lebih meluas agar banyak peluang-peluang yang diperolehi. Carilah kelebihan dan nilai tambah untuk bidang kerjaya kita.

Santap bersahur

Jam loceng sudah dikunci kira-kira jam empat pagi. Maharaja mendengar jam betul-betul hampir di gegendang telinga beliau. Maharaja tersentak lalu bangkit dari beradu. Kemudian, Maharaja mengejutkan Maharani yang masih lagi beradu dengan penuh sopan dan tertib. Sanggul yang dipakainya masih tertancap dibalutan rambutnya yang panjang.

Maharani bangkit.

Wajahnya berserabut kerana rambutnya mengerbang. Sanggulnya terlucut. Sambil menggosok-gosak mata. Maharaja mengajak Maharani bersahur bersama.

Maharaja mempersilakan Maharani untuk santap bersahur. Maharaja tak panggil dayang-dayang. Maharaja layan sendiri. Bukan Maharaja kata diri Maharaja bagus. Tapi entah kenapa sahur pagi itu Maharaja cukup bersemangat waja. Selepas sahur Maharaja memerintahkan Maharani untuk sambung beradu. Biarkan Maharaja yang urus segala. Maharaja harap, Maharani bersyukur dapat hidup sebumbung dengan beliau kerana tak selalu Maharaja buat begini. Hampir-hampir Subuh, Maharaja dan Maharani mahu bersiram. Seawal jam lapan pagi Maharaja mahu bersemayam pula.

25.9.07

R:179; G:255; B:64

Cuaca panas memaksa kami membeli air dua bungkus di bazar Ramadhan. Air kacang soya panas bewarna susu dan air buah naga yang warnanya magenta. Lagipun bukan selalu dapat beli air bewarna-warni begini. Semalam, kami beli air honey dew warnanya hijau pucuk pisang (Kod warnanya R:179; G:255; B:64). Sungguh.

Lalu kami berjalan-berjalan lagi mencari apa yang sedap di tekak. Awek yang ada tahi lalat menemani aku kata dia mahu beli murtabak. Aku rasa dia tak mengidam. Aku rasa juga aku tak buat dia. Jadi, aku layan. Sampai di gerai murtabak aku pandang papan tanda gerai. Murtabak ayam & daging RM2.50. Bang beli bang murtabak. Aku kata, bagi murtabak ayam & daging. RM2.50 kan? Tauke gerai murtabak tersengih. Dia kata salah tulis. Ah! Aku kata, tak kira. Aku nak jugak murtabak ayam & daging. Aku kata kat tauke, lain kali jangan silap tau ganti perkataan dan perlu ditukar kepada atau. Awek yang ada tahi lalat menemani aku, beli satu murtabak daging. Aku bayar. Aku kata pada tauke itu, selamat berbuka. Dia senyum. Maknanya, dia tak marah.

Berbalik kepada cerita air. Waktu berbuka aku lebih banyak minum air dari menjamah makanan. Lepas secawan, secawan air diteguk. Sudahnya satu jug aku tibai air kacang soya. Setengah jug air buah naga. Aku kekembungan air. Bila perut aku digoncang bunyi air soya dan air buah naga berkocak seperti ombak memecah pantai berbatu lagaknya. Kalau aku gemuk sekalipun, aku masih kecak kerana aku diklasifikasikan gemuk air. Bukan gemuk gedempol.
___

Soalan Kefahaman:

1) Pemberian bonus harus diberi kepada semua kakitangan kerajaan, swasta dan kilang-kilang akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barang semua dah naik kan? Adakah anda bersetuju?

2) Benarkah seekor lipas boleh hidup selama tujuh hari walaupun kepalanya dah tertanggal?

24.9.07

Sejuk betul

"Kerja apa tu?"

"Ishk.. ishk.., kerja saya merbahaya pakcik."

"Kerja apa itu nak?"

"Siang malam tak boleh tidur..."

"Yela, kerja apa?"

"Supervisor. Menjaga Bangla."

"Kenapa?"

"Kalau tak dijaga mereka r***l anak gadis orang..."

Bukan ini yang saya mahu cerita. Saya mahu cerita yang ini.

Malam tadi hujan lebat. Lebat sungguh. Sejuk. Saya tidur. Merengkuk seperti udang dibakar. Saya tak berselimut. Kasihan saya tiada siapa yang memeluk. Grrr... Grrr... Sejuknya, getus hati kecil saya.

21.9.07

Mak Aji

Saya punya hajat juga selama ini. Hajat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Tapi saya fikir-fikir balik. Untuk apa ya? Entah. Kemudian apabila saya pulang ke tanahair dah tentu saya risau. Sebab ramai orang panggil saya doc konotasi untuk Dr. Bunyinya macam dog kan. Sebab itu saya malas nak sambung PhD. Takut dipanggil bull dog. Kah kah kah... Sebenarnya bukan ini saya nak cerita.

Begini. Dulu. Depan rumah saya. Ada orang warga emas tinggal situ. Sendirian. Namanya Mak Aji. Itu nama panggilannya. Nama betul saya tak tahu. Sebab tak pernah tanya.

Kadang-kadang dia bertandang ke rumah untuk sembang-sembang dan mengisi masa lapangnya. Dia tak nyanyuk dan masih boleh mendengar. Mak Aji gigi dah kurang. Hisap rokok jenama kuda putih.

"Mak Aji sekarang umur berapa?"
"Sepuluh tahun."

Menurut anaknya, umur Mak Aji hampir menjangkau seratus tahun.

al-Fatihah untuk Mak Aji. Mak Aji meninggal tidak dibunuh dengan kejam. Dia pergi dengan tenang.

***
Soalan kefahaman:
1. Berapakah umur sebenar Mak Aji ketika dia meninggal dunia?
Jawapan : 96 tahun.

20.9.07

Wirawati v1.1

Kali ini perigi yang satu lagi.

Airnya tiga suku penuh. Dalam sungguh. Perigi ini jarang orang kampung guna. Adik main jenguk-jenguk ke dalam perigi. Main gema suara. Hoi. hoi.. hoi.. Perigi jawab hoi hoi hoi. Ho ho ho, perigi jawab balik ho ho ho. Adik jakun dengar gema suara dalam perigi.

Sedang kepalanya menjenguk ke dalam perut perigi. Entah bagaimana adik terjerumus lalu tercebur. Emak nampak adik termasuk dalam perut perigi. Emak bergegas dan terus menyelamatkan adik walaupun ketika itu emak berkain batik dan kemeja T cuma. Emak tak sempat nak tukar swimming suit

Sekali lagi emak jadi wirawati kampung. Tak ramai yang tahu.

19.9.07

Wirawati v1.0

Balik ke mesin masa era 80an.

Emak sering membasuh pakaian di perigi. Setiap pagi. Perigi milikan bersama orang Kampung Sri Rajawali. Kalau emak pergi membasuh. Adik akan ikut bersama membontoti emak.

Emak sibuk membasuh. Adik pula sibuk main tarik-campak timba. Timba berat. Adik tarik. Adik terikut sama ditarik timba. Ditelan perigi. Adik melolong. Meronta kelemasan. Emak toleh adik dah hilang. Emak panik. Lihat adik terkapai-kapai dalam perut perigi. Emak terjun katak. Masuk sekali dalam perut perigi.

Gedebush!

Emak berjaya selamatkan adik. Umur adik panjang. Emak selamat. Adik selamat. Tercungap-cungap di tepi gigi perigi. Hua hua huu hua huu... Emak dan adik menarik nafas.

18.9.07

Bekerja itu satu ibadah

Saya suka pada bos saya. Bos saya memberi gam kertas bewarna kuning yang diberikan kepada setiap seorang kakitangannya. Dia juga memberi gaji tak pernah lewat. Bos saya tahu saya banyak kerja. Tapi saya tak pernah bagitahu dia bila kerja saya ini nak habis. Saya tak pernah bagi tahu bos saya saya bekerja di pejabatnya adalah ibadah. Dia pula sering menyangka saya makan gaji buta. Oh tidak! Bos saya orang yang baik. Dia tidak pernah berprasangka. Kerana dia dah pergi haji ke Mekah. Bersih dan suci dan tulus murni. Haji mabrur. Terima kasih kepada bos kerana memberi pulang awal sepanjang bulan Ramadhan. Untuk makluman pukul empat petang saya dah tiada di pejabat. Saya mahu bersiap pergi bertadarrus.

"Macamana bunyi ikan?" "Ikan mana pandai bercakap."


"Tauke! Ini ikan apa nama?" saya.

"Ini ikan nama tiger fish. Halimau." Tauke itu.

"Wow! Cantik arrr. Bagi saya sebelas ekor." saya.

"Kenapa mau sebelas ekor?" Tauke itu.

"Entah. Koma. Oh ya, bagi saya makanan dia sekali ya." saya.

"Ini bagus bos, tada keruh air punya." Tauke itu.

***
Dua hari saya dah bela ikan harimau (tiger fish) yang berenang-renang cantik di dalam akuarium yang baru saya beli guna duit saya sendiri. Malam saya tengok. Siang saya jenguk. Tenang jiwa saya tengok ikan-ikan itu berenang dan bunyi deruan mesin oksigen mengeluarkan buih-buih. Suka saya betul. Suka betul saya. Tak makan dan tak minum pun tak apa. Saya rela. Masuk hari ketiga saya pulang dari kerja saya lihat kesebelasan ekor ikan saya dah timbul. Bukan mati cuma wal kojolol kapus tertonggeng. Nampak sangat saya tak pandai lagi membela ikan harimau. Mereka mati kerana makan terlalu gelojoh dan berebut-rebut yang diberi oleh saya. Kah kah kah, awek yang saya suka giler mentertawakan saya. bukan nak beri semangat langsung pada saya. Tapi tak apa. Saya tak kecewa.

Soalan kefahaman.
1. Apakah punca sebenar kematian ikan itu walaupun anti klorin sudah dimasukkan dan mesin oksigen sepanjang masa dihidupkan?
2. Adakah membela ikan hiasan merupakan hobi baru penulis selain menternak ikan air tawar?
3. Macamana bunyi ikan?

16.9.07

Leleh

"Boleh minum lagi tak?"

"Orang kejut kul empat setengah tak nak bangun. Sekarang dah pukul lima setengah dah oi."

Pap! Empat Ramadhan saya terlewat bangun sahur, angkara malas nak bangun dikejut oleh awek saya. Adoi menyesalnya sebab saya termimpi-mimpi air sirap bandung malam itu.

14.9.07

Kaki

Ini kaki orang lama. Ini lama kaki orang.


Ini kaki meja dan kerusi baru. Ini baru kaki meja dan kerusi.

Hari ini tajuk khutbah Jumaat di tempat saya ciri-ciri orang yang bertaqwa.


12.9.07

Lahupa sepopit

Sebenarnya pada hari ini saya baru teringat bahawa pada 7 Sept 2007 adalah hari Anniversary kami yang ke empat. Lupa saya. Woh , lama juga kami bertahan. Ada petuanya untuk tahan lama. Pada hari itu saya terlupa kerana jam alarm di rumah tidak mengingatkan saya. Telefon bimbit pun tidak disetkan. Hari itu juga saya 'outstation'. Maafkan saya ya. nampak sangat tak berapa penting bagi saya. Tapi, kenapa hampir seminggu baru saya ingat semula. Itu pun kira bagus kan? Daripada tak ingat langsung. Macam kawan saya. Dah bercerai pun!

"Okey, okey... Apa pentingnya hari Anniversary kepada kita" aku bertanya pada awek aku yang bertahi lalat separa hidup rapat di bawah lubang hidung kiri.

"Pentinglah. Sebab segalanya bermulanya. Mmm.." dia kata.

"Habis apa yang awak mahu?" aku bertanya pada awek aku yang bertahi lalat separa hidup rapat di bawah lubang hidung kiri.

"Dulu, saya minta durian." dia kata.

**
Imbasan permintaan Anniversary ketiga.

Pada hari itu, saya singgah di tepi jalan yang menuju ke rumah saya untuk membeli buah durian yang dijual di situ. Lalu saya menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan (saya agak berdasarkan slanganya).

Saya : "Bang harga durian ini sekilo berapa?"

Orang Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Saya kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa Orang Asli (kan saya dah kata) itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu saya buat-buat tahu dan cuba menawarnya.

Saya : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berapa?

Saya : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan. Lalu bertanya pada saya.

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Saya : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

**
Baiklah, untuk Anniversary kali ni, saya hadiahkan U (sebenarnya saya panggil sayang) bunga. Untuk bunga lebih tahan lama U bingkaikan sebagai kenangan ya (rujuk gambar bawah). Suka tak? Suka tak? Dia senyum sambil angguk-angguk. Sukalah tu maknanya.



Seiring dengan datangnya Ramadhan maafkanlah saya seadanya. Jika saya ada hutang dengan kalian tolong ingatkan saya. Kan saya ni pelupa orangnya.

Nin Jiom Pei Pa Koa


Hari ini saya kurang sihat. Saya batuk-batuk, tekak perit, selesema dan pening-pening. Saya bukan tak mahu jumpa doktor. Doktor yang tak mahu jumpa saya. Nanti kalau jumpa. Doktor pasti bagi ubat berbotol-botol. Selalu, kalau saya minum ubat saya guna picagari. Kalau saya minta doktor ubat dia tak bagi saya picagarinya sekali walaupun saya minta berkali-kali. Jahat betul doktor itu. Itu yang saya malas. Kalau anak saya jumpa pun begitu. Macamlah saya nak guna picagari tu untuk suntik hormon.

Akhirnya, saya ambil keputusan membeli ubat batuk cap ibu dan anak. Atau kalian sebut Nin Jiom Pei Pa Koa. Ia menjadi pilihan saya. Ikut kata hati. Lagipun anak saya semuanya batuk juga. Sesuailah kiranya. Saya cari juga kalau-kalau ada ubat batuk cap ayah dan anak. Sebab saya kan seorang ayah. Bukan seorang ibu. Untuk pengetahuan kalian, ubat batuk ini dibuat daripada 15 daun-daunan herba tradisonal Cina dicampur madu. Ayat ini yang bikin saya tertarik barangkali. Alahai.., kesudahannya batuk saya tak lega-lega lagi walapun ubat batuk cap ibu dan anak dah masuk separuh botol. Madu lebah juga dah habis suku botol. Air badak habis dua botol. Air masak berbotol-botol.

Janganlah batuk saya ini berlarutan kerana 13 Sept 2007 sudah mula berpuasa. Saya tak suka mencari alasan untuk tidak berpuasa. Lagipun saya sudah pecah rekod 22 tahun berpuasa penuh berturut-turut. Semoga saya masuk syurga. Agaknya itulah hadiah yang paling berharga buat saya kerana sepanjang puasa penuh saya tak pernah meminta dan diberi hadiah oleh sesiapa. Doakan saya. Akhir kata, selamat berpuasa. Semoga ia dapat meningkatkan amalan kita.


10.9.07

Belajar Mengenal Haiwan.

Kali ini penulisan bergambar. Mari belajar mengenal haiwan yang anak kita suka dan tak suka.
"Babi babi!"
"Ayah tengok budak ni cakap babi."
"Camne budak tau itu perkataan ko**r?"
"Tauke babi punya pasal"

Hippo. Badak Air.

Dog. Anjing.



Horse. Kuda.

Girraffe. Zirafah.




Snail. Siput.



Cow. Lembu.



Panda. Panda.



Sheep. Kambing Biri-biri.



Elephant. Gajah.



Koala. Beruang Kutub.



Camel. Unta.



Mole.



Bear. Beruang.



Bird. Burung.



Swan. Angsa.



Zebra. Kuda Belang.



Owl. Burung Hantu.



Rhino. Badak Sumbu.



Dino. Dinosaurus.



Peacock. Burung Merak.



Ladybird. Kumbang.



Parrot. Burung Kakaktua



Ant. Semut.



Kangaroo. Kangaru.



Cuttlefish. Sotong Kurita.



Spider. Labah-labah.



Crab. Ketam.



Chicken. Ayam.



Fox. Musang.



Whale. Ikan Paus.



Tiger. Harimau.



Goat. Kambing.



Frog. Katak.



Bees. Lebah.



Pig. Babi.



Anda boleh susunkan gambar-gambar ini secara menurun, haiwan yang paling popular dan sensasi masa kini letakkan di atas manakala haiwan yang paling kurang popular dan sensasi letakkan di bawah. Selian itu, anda juga boleh mencari bintang yang sebanr seperti yang ditunjukkan di dalam gambar untuk melabelkan haiwan tersebut samada halal atau haram. Banyaklah boleh belajar jikalau anda kreatif.

8.9.07

Maskara IV



Sila. Sila memeriahkan majlis. Siapa saja boleh datang. Jangan takut, mereka tak jamu tulang ikan. Mereka akan layan kalian ala-ala bangsawan. Ayuh!

7.9.07

90000

Sembilan puluh ribu.
Empat ribu untuk pasaran tempatan. Lapan puluh enam ribu untuk pasaran antarabangsa. Empat ribu. Banyak tu. Agih dengan seimbang dan saksama untuk semua negeri. Kecuali Negeri Sembilan yang melarang sekeras-kerasnya haiwan itu melepasi sempadan.

6.9.07

99127.35

Saya akan ke Melaka pada 7 Ogos 2007. Saya mahu ke Bandar Melaka dan juga ke Bandar Alor Gajah. Tengoklah kalau sempat saya mahu ke Paya Mengkuang, Alor Gajah untuk meninjau babi-babi yang dimaklumkan diTV3 samada semakin berkurang atau semakin membiak. Saya akan pastikan terlebih dahulu laporan dihantar serta tuntutan dibuat untuk peringkat kedua. Sebanyak Ringgit Malaysia sembilan puluh sembilan ribu satu ratus dua puluh tujuh dan tiga puluh lima sen. Wow! Banyak tu...

5.9.07

Babibuta

Babi itu haram. Babi itu membawa mudharat. Babi itu membawa kekotoran dan kejelekan. Babi tak pernah pun menyokong apabila ada manusia di dunia ini berbalah. Beliau buat bodoh saja. Babi dikurniakan otak tapi tak punya akal fikiran. Babi tak bersalah! Beliau masuk syurga tau.

Itu babi. Tapi kalau manusia lebih daripada babi. Menjulang-julang dan mengalukan kejelekan. Manusia itu lebih kurang sama atau patut digelar babibuta. Bukan! Bukan babi bermata buta. Tapi babi yang berhati buta! Kah kah kah...

Nota : Selepas ini jika kau memasuki Melaka, kau akan ketemu papan tanda babi. Babinya hitam. Berlatarbelakang kuning. Maknanya berhati-hatilah.

4.9.07

Tunggulah

"Bila boleh submit Laporan Penemuan?" Orang itu yang hanya pandai bercakap.

"Perkiraan saya. Kita tak boleh submit dalam masa terdekat ni atas beberapa sebab-musabab yang besar." Orang yang pandai bercakap dan pandai buat kerja.

"Kenapa?" Orang itu yang hanya pandai bercakap.

"Ek eleh! Buat tanya pulak!" Dalam hati orang yang pandai bercakap dan pandai buat kerja.

"Satu. Pelan digital guna tanah kita tak lengkap. Masih banyak lompong. Ada konflik dalam penentuan aktiviti. Ada yang silap.
Dua. Semua sub-kons masih belum hantar laporan mereka walaupun kita dah minta berkali-kali.
Tiga. Masa yang diberi terlalu singkat dan sungguh terburu-buru nafsu. Sampai saya dah tak bernafsu nak selesaikan laporan ini.
Empat. Ah! Banyak lagi lah. Tak perlu saya nyatakan di sini."

"Jadi, bila boleh submit?" Orang itu yang hanya pandai bercakap.

Kalau nak sangat Laporan itu. Kita boleh hantar. Ada 88 muka surat semuanya. Ada muka depan. Ada isi kandungan. Muka surat berikutnya ada tertulis teks ini :

Laporan Penemuan ini mengandungi penemuan-penemuan teras pembangunan yang disokong dengan analisis-analisis yang berkaitan bagi menyepadukan keseluruhan penemuan ini secara trans-sektoral.

"Lain-lain muka surat kosong! Setuju?" Kalau setuju calit sekali.

"U punya area banyak pertanian kan?" orang itu tiba-tiba menyampuk.

"Apa. Habis kalau kau ingat pertanian itu dominan tak banyak nak buatlah. Dalam ladang getah dan kelapa sawit itulah banyak aktiviti yang berlaku. Penternakan babilah. Ayamlah. Akuakulturlah. Orang beromen pun ada. Kah kah kah. Dalam hati saya.

3.9.07

Cari

Benda basic dalam Local Plan apa?

Dah tentu pelan guna tanah. Kalau benda basic ini pun tak ada. Atau tak lengkap. Atau salah masuk input. Macamana nak buat perancangan. Kita kan orang perancangan! Bukan peLANCANGan. L****u betul!

Kau bayangkan kalau semua lot dipukul rata tanah kosong. Lot rumah dipukulnya industri. Apa kejadahnya!

Ya Tuhan, Aku bekerja untuk mencari keredhaanMu. Bukan untuk buruk sangka kepada seseorang.