Cuaca panas memaksa kami membeli air dua bungkus di bazar Ramadhan. Air kacang soya panas bewarna susu dan air buah naga yang warnanya magenta. Lagipun bukan selalu dapat beli air bewarna-warni begini. Semalam, kami beli air honey dew warnanya hijau pucuk pisang (Kod warnanya R:179; G:255; B:64). Sungguh.
Lalu kami berjalan-berjalan lagi mencari apa yang sedap di tekak. Awek yang ada tahi lalat menemani aku kata dia mahu beli murtabak. Aku rasa dia tak mengidam. Aku rasa juga aku tak buat dia. Jadi, aku layan. Sampai di gerai murtabak aku pandang papan tanda gerai. Murtabak ayam & daging RM2.50. Bang beli bang murtabak. Aku kata, bagi murtabak ayam & daging. RM2.50 kan? Tauke gerai murtabak tersengih. Dia kata salah tulis. Ah! Aku kata, tak kira. Aku nak jugak murtabak ayam & daging. Aku kata kat tauke, lain kali jangan silap tau ganti perkataan dan perlu ditukar kepada atau. Awek yang ada tahi lalat menemani aku, beli satu murtabak daging. Aku bayar. Aku kata pada tauke itu, selamat berbuka. Dia senyum. Maknanya, dia tak marah.
Berbalik kepada cerita air. Waktu berbuka aku lebih banyak minum air dari menjamah makanan. Lepas secawan, secawan air diteguk. Sudahnya satu jug aku tibai air kacang soya. Setengah jug air buah naga. Aku kekembungan air. Bila perut aku digoncang bunyi air soya dan air buah naga berkocak seperti ombak memecah pantai berbatu lagaknya. Kalau aku gemuk sekalipun, aku masih kecak kerana aku diklasifikasikan gemuk air. Bukan gemuk gedempol.
___
Soalan Kefahaman:
1) Pemberian bonus harus diberi kepada semua kakitangan kerajaan, swasta dan kilang-kilang akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barang semua dah naik kan? Adakah anda bersetuju?
2) Benarkah seekor lipas boleh hidup selama tujuh hari walaupun kepalanya dah tertanggal?
1 comment:
salam en attochman...
semenjak-dua menjak ni.... ada jer soalan kefahaman ye!
ada yg ada jawapan.. ada yg tergaru2 kepala nak jawab
hik hik hik
ps : selamat menjalani ibadah puasa... semoga puasa kita diberkati dan diterima oleh Nya...
amin....
Post a Comment