nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
12.9.07
Nin Jiom Pei Pa Koa
Hari ini saya kurang sihat. Saya batuk-batuk, tekak perit, selesema dan pening-pening. Saya bukan tak mahu jumpa doktor. Doktor yang tak mahu jumpa saya. Nanti kalau jumpa. Doktor pasti bagi ubat berbotol-botol. Selalu, kalau saya minum ubat saya guna picagari. Kalau saya minta doktor ubat dia tak bagi saya picagarinya sekali walaupun saya minta berkali-kali. Jahat betul doktor itu. Itu yang saya malas. Kalau anak saya jumpa pun begitu. Macamlah saya nak guna picagari tu untuk suntik hormon.
Akhirnya, saya ambil keputusan membeli ubat batuk cap ibu dan anak. Atau kalian sebut Nin Jiom Pei Pa Koa. Ia menjadi pilihan saya. Ikut kata hati. Lagipun anak saya semuanya batuk juga. Sesuailah kiranya. Saya cari juga kalau-kalau ada ubat batuk cap ayah dan anak. Sebab saya kan seorang ayah. Bukan seorang ibu. Untuk pengetahuan kalian, ubat batuk ini dibuat daripada 15 daun-daunan herba tradisonal Cina dicampur madu. Ayat ini yang bikin saya tertarik barangkali. Alahai.., kesudahannya batuk saya tak lega-lega lagi walapun ubat batuk cap ibu dan anak dah masuk separuh botol. Madu lebah juga dah habis suku botol. Air badak habis dua botol. Air masak berbotol-botol.
Janganlah batuk saya ini berlarutan kerana 13 Sept 2007 sudah mula berpuasa. Saya tak suka mencari alasan untuk tidak berpuasa. Lagipun saya sudah pecah rekod 22 tahun berpuasa penuh berturut-turut. Semoga saya masuk syurga. Agaknya itulah hadiah yang paling berharga buat saya kerana sepanjang puasa penuh saya tak pernah meminta dan diberi hadiah oleh sesiapa. Doakan saya. Akhir kata, selamat berpuasa. Semoga ia dapat meningkatkan amalan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment