31.12.13

Nama: Mekda | DOB: 23.12.13 | Kondisi: Sihat





Tanpa disengajakan aku telah terjebak dalam dunia roadbike. Wow! Ni semua Annuar Manan punya pasal. Tetiba Annuar Manan terbabit. Hahaha... Sebagai orang baru (newbie), tidaklah aku berhasrat untuk menjelajah 1 Malaysia. Apa yang aku hasratkan adalah menjalani sesi kayuhan setiap minggu. Asalkan kayuh.

Makanya, pada 23.12.13 satu transaksi telah berlaku dan servis telah bertukar tangan. Setelah membelek-belek dan mencuba kayuh. Tak sampai satu jam, aku menyatakan persetujuan untuk memiliki basikal berkenaan. Okey bang! Saya beli. Lupa pula aku nak minta stand dan kasut daripadanya. Tapi takpelah, itupun dah cukup murah dia jual. Semoga dia tak menyesal jual kat aku kerana brader tu pun baru dua kali guna kayuh keliling taman rumah dia. Semoga aku juga tidak menyesal!


.

30.12.13

Journey

.
Putrajaya MTB Nature Ride | 28 Dis 2013

Kayuhan kali ini adalah kayuhan geli-geli je kata otai yang dah lama menceburi dunia kayuhan. Geli-geli? Aku tanya dia balik. Dia senyum, lalu meninggalkan aku. Dalam hati aku, takpe. Asalkan kayuh. Laluan sejauh 47 km ini juga boleh basah ketiak juga dibuatnya. Apatahlagi di celahan peha.


Bermula seawal jam 08.15am dengan penuh bersemangat aku ambil di baris hadapan. kali ini tak ramai pula yang berebut di baris hadapan. Maklumlah takde hadiah. Just for fun. Aku pun kayuh bukan kejar hadiah, kejar pahala. Ekekeke... Tapi, setidak-tidaknya, muka aku ada jugak kat Cycling Malaysia (CM) Magazine nanti.Kredit untuk CM. Ko ade? Hahaha..

Kayuhan hampir 60% onroad. Selebihnya adalah offroad. Kayuhan ini memang best sebab kita tak dibenarkan memotong marshall penganjur sepanjang kayuhan. Hehehe... Sedikit mencabar mandaki bukit ke taman cabaran. Trek di taman cabaran juga menguji kemahiran teknikal.






.

22.12.13

Kayuhan berkubang




Harian Metro MTB Grand Prix 2013 | 22 Dis 2013
Video klik sini

Inilah kayuhan yang aku rasa benar-benar menyerang psikologi minda dan jiwa sampai kau rasa nak balik dan tidur di atas katil yang empuk. Sampai kau rasa satu penyesalan yang dahsyat. tapi, aku yakin dalam dunia kayuhan kau adalah melawan mental kau sendiri. Sebagai newbie dalam dunia kayuhan. Adalah perlu juga menghadiri kursus-kursus kaedah pengendalian MTB dan pengurusan mental dalam menyertai jamboree atau jamborace atau apa jua kayuhan yang ada di dunia ni. Barulah nampak professional. Lebih-lebih pengayuh mcam aku ni yang bukan selalu kayuh sebaliknya jamboree dijadikan sebagai platform untuk latihan kecergasan dan kesihatan. Memang masak! Masak beb!

Mulanya ingat trek jamboree kali ini mesti best giler.. Sudahnya, dah macam jadi peneroka kawasan baru dan menyerupai petani membajak sawah. Berair dan lumpur kau! Lagi pula, pakai tayar small block alamat menolaklah jawabnya trek-trek yang dipenuhi lumpur. Yang menariknya trek ni, hampir 7km dah nak habis pun dibaginya laluan berlumpur. Amik kau!! Hampir-hampir rasa putus asa dibuatnya. Di dalam trek offroad berkubang lumpur. Nasib baiklah aku kuatkan semangat. Kasi slow & steady kayuh. Akhirnya sampai juga. Pergh, dia punya penat. Tak terucap lah dengan kata-kata. Inilah yang aku rasa kelainan trek ini. Lain-lain laluan macam trek-trek yang pernah aku lalui. Bukit, alur, anak sungai, akar, batuan, downhill, ladang sawit, kebun getah, tanah merah, tanah gambut dan sebagainya. 




.

18.11.13

Tour









Darul Ehsan My 3L Charity Funride 2013 | 17 Nov 2013








.

4.11.13

Draf surat kepada jiran selorong yang membela anjing.

Jiran Selorong


MEMOHON SUPAYA ANJING ANDA DIBERI PENJAGAAN YANG RAPI

Gua rujuk perkara di atas. Perkara yang gua maksudkan bukan perkara main-main. Seirus. Ini soal anjing.

2. Sayugia, gua nak memberitahu lu bahawa anjing yang lu bela adalah anjing yang pada asalnya dicipta untuk memberi manfaat kepada lu. Tapi sekarang ni anjing lu makin lama makin jadi terbiar dan terabai disebabkan oleh lu. Hey, lu tahu tak anjing itu makhluk Tuhan. Baik, gua ada cakap tadi soal terbiar dan terabai. Lu tahu tak yang anjing lu telah mengalami inferiority complex disebabkan lu tidak mengambil berat langsung mengenai makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan latihan baginya. Itu gua tak jadi masalah. Masalah yang gua hadapai sekarang, anjing lu sangsi dan buta kayu untuk mengenalpasti kereta tuannya. Yang jadi mangsa adalah gua. Lu memang menyusahkan gua. Lu memang menyusahkan gua.

3. Bukan sekali dua anjing lu kejar kereta gua. Dah berkali-kali. Hey, lu tak ajar anjing lu cam nombor plat kereta tuan ke? Setahun berapa kali kursus lu hantar anjing lu? Lu ada tak baca pekeliling bil 52/2010 kursus kepada anjing dan tuan punya anjing. Okey, okey. Lu baca pekelilling tu sebelum gua buat aduan ke unit anjing di majlis berkaitan. Masa nak balik rumah, ape hal anjing lu follow kereta gua. Terpaksa gua pusing setaman dulu bagi anjing lu bingung. Tapi, anjing lu tetap follow. Lalu gua ambil keputusan keluar taman dengan niat nak masuk highway. Sib baik anjing lu tak follow. Gua tengok pun masa dia follow gua keliling taman dia nampak pancit. Terjelir lidah padahal baru satu pusingan.

4. Baru-baru ni gua tengok anjing lu terhincut-hincut masa berjalan. Gua saspek, anjing lu kena belasah dengan orang. Lu jangan tuduh gua pulak. Walaupun anjing itu haram. Memukul anjing yang tak berdosa kita berdosa. Nasihat gua, tolonglah jaga baik-baik anjing lu sebelum dia kena bunuh dengan jiran-jiran yang lain. Oh ya, lagi satu. Lu kalau nak bela anjing tolonglah masukkan dia dalam pagar rumah lu bukan letak dia di luar. Gua harap lu insaf. Sesungguhnya baik anjing itu adalah kerana tuannya. Jahat anjing itu memang anjing itu jahat.

Yang Benar,

AHTOK   

18.10.13

Draf surat kepada jiran sebelah kanan

.




Saudara,

MEMOHON PENJELASAN DAN PENCERAHAN BERHUBUNG DENGAN SEMBURAN HITAM DI HADAPAN RUMAH SAYA.

Dengan salam takzim dan rasa rendah diri saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pertamanya, tujuan surat ini saya kirim bukan untuk membuat tuduhan melulu dan membabi buta tak tentu pasal. Saya bukan jenis begitu. Saya jenis begini. Okey, kalau tak faham. Abaikan. Saya sekadar ingin mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut ia adalah angkara siapa. Bekas semburan hitam yang betul-betul berada di hadapan pintu pagar atas jalan raya berukuran empat kaki kali enam kaki itu seolah ibarat satu tanda angkara durjana dan sakit pula mata memandangnya. Walaupun jalan itu bukan bapak saya yang punya.

3. Untuk makluman saudara, perkara ini berlaku apabila ketiadaan saya di rumah kerana meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung dengan begitu seronok. Sekembalinya saya di kampung saya terpandang akan kesan semburan itu membuatkan saya dan keluarga panik seolah ada sesuatu tanda yang tidak elok. Minta dijauhkan. Saya pasti, bukan jiran sebelah kiri dan jiran sebarisnya melakukan perkara ini kerana mereka semua bercuti di kampung. Jiran di hadapan pula kosong dah beberapa bulan, sebelah kirinya pula pilot yang selalu ke luar negara. Sebelah pilot pula jiran India yang pembersih orangnya dan berkilat lantai 'car poarch'nya. Hey, saya kenal jiran saya. Jiran sebelah depan kiri pula, sibuk urusan dunia hal kerjanya. Saya pasti di kala itu, yang tinggal, adalah saudara. Sekali lagi, saya ingatkan. Bukan menuduh. Ingin penjelasan daripada saudara kerana sejak kejadian itu berlaku saya tidak nampak batang hidung saudara. Tolonglah, jangan buat jiwa saya kacau.

4. Selain itu, saya juga ingin maklumkan kepada saudara bahawa ada berlakunya paip singki atau paip yang menuju ke belakang rumah saudara. Tapi, saya pasti itu papi dari singki ke saluran belakang kerana ia mengeluarkan aroma yang sangat enak. Sekali lagi saya minta untuk saudara memperbaiki perkara tersebut selain daripada memperbaiki sikap. Ini semua soal sikap. Tolong menepati masa. Tolong, tolonglah...

5. Sebenarnya, ada banyak point lagi saya nak tulis. Tapi setakat ini dulu untuk kali ini. Kita berjumpa di lain masa. Pecah kaca pecah gelas. Dah baca jangan malas. Sesungguhnya malas itu tangga kemunduran.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

AHTOK



:::

17.10.13

Draf surat kepada jiran belakang

.




Tuan,

MERAYU SUPAYA SAMPAH DI LORONG BELAKANG RUMAH DIBERSIHKAN DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitia dimaklumkan bahawa segala sampah-sarap dan bahan buangan yang diletakkan di lorong belakang rumah tidak akan dan memang pantang pihak Majlis Perbandaran atau yang sekutu dengannya mengutip lalu membersihkannya sambil tersenyum. Semoga tuan mengambil maklum tentang perkara ini.

3. Selaku jiran yang berkongsi lorong belakang. Longgokan sampah-sarap yang dilonggokan dalam tiga beg plastik hitam serta tikar lama turut memberi kesan kepada saya. Sudah lama saya perhatikan longgokan sampah berkenaan di situ tanpa apa-apa tindakan susulan daripada pihak tuan. Sebelum ini, almari terpakai, rak pinggan, mesin basuh dan barang-barang terpakai dilonggokkan di situ namun telah diambil tindakan oleh pihak tuan. Kini, sampah berkenaan sudah lama terbiar di situ dan dalam perkiraan saya hampir dua hari raya. Hari Raya Aidilfitiri dan Hari Raya Aidiladha. Tidakkah tuan sedar bahawa longgokan sampah berkenaan dijadikan bahan mainan kucing domestik dan anjing-anjing liar yang menghidu sampah berkenaan. Tidakkah pihak tuan menghidunya? Adakah pihak tuan menunggu beruang kutub untuk menghabiskan longgokan sampah berkenaan? Tidakkah pihak tuan juga sedar kita hidup berjiran?

4. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, tikar yang dicampakkan di tempat tersebut bakal menjadi tikar pandan terbang yang kadangkala terbang ke sana sini di rumah jiran yang lain. Pagi tadi, saya lihat tikar tersebut terdampar di tengah lorong balakang bagai nak menjamu dan menghidang tetamu yang datang. Eh, mata saya sakit, hidung saya rasa mcam ada resdung dengan kehadiran longgokan sampah berkenaan. Kalaulah tuan tidak mempunyai masa sekalipun, arahkanlah anak-anak atau isteri-isteri tuan untuk berbuat sesuatu. Tolonglah jangan mementingkan diri sendiri saja. Cantikkan rumah sendiri saja tanpa menghiraukan kepedulian jiran sekeliling. Tolonglah, utamakan tugas dari kepentingan peribadi.

5. Saya mencadangkan kepada pihak tuan, silalah berbuat sesuatu sebelum saya menelefon Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong melalui panggilan luar negara. Dengan kadar sebera sagera saya minta jasa baik tuan untuk membersihkan longgokan sampah berkenaan sebelum kejadian lebih parah dan berdarah berlaku. Ini tanah air kita. Saya kira, kos pemindahan longgokan sampah berkenaan pun bukannya menelan belanja yang besar sangat. Apalah nak dikira kebersihan berbanding dengan wang ringgit. Kalau itupun tuan tak dapat nak buat. Jom ikut saya kita pergi bersihkan jiwa terlebih dahulu.

6. Semoga hajat dan teguran yang ingin saya sampaikan ini tuan dapat memahaminya lalu apabila tuan menerima saja maklumat ini. Dipohon tuan proses lantas laksanakan dengan betul. Dapat tak dapat? Okey, banyak lagi surat saya nak draf kepada jiran-jiran yang belum memahami konsep kejiranan hijau di kawasan rumah ini khususnya. Saya dahulu dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Yang Benar,


AHTOK ASTAKONA
Jiran Prihatin

::: Surat ini tidak perlu ditandatangani kerana dihasilkan melalui cetakan komputer berteknologi tinggi. :::

4.10.13

Dua hari tannpamu (Bhg I)

What's app
["Ayah, esok ibu ada lawatan tapak dan mesyuarat di luar"]
["OK."] Aku jawab ringkas melalui iphone 4s yang skrin belakangnya telah retak seribu.

Aku terus bingkas berdiri. Menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Seawal jam 4 pagi ketika makhluk-makhluk dan mergastua lain masih lena diulit intan. Awek aku yang cun dan kulitnya mulus bergegas mengejutkan aku untuk menyatakan bahawa dia mahu dan patut bertolak. Selesai bersalaman dan mengucap salam. Kami tidak bercumbuan. Hanya cium tangan dan mengucup dahi. Kereta dihidupkan enjinnya. Lampu hadapan dinyalakan. Beberapa minit kemudian. Kereta meluncur membelah embun pagi dan bayu dingin. Jiran-jiran masih belum bangkit lagi. Anak-anak masih tidur nyenyak. Anak kami ada empat orang setakat ini. Inilah hasil perkongsian hidup kami selama tinggal serumah dan sebilik. Aku terus menutup pintu pagar dan dan pintu lelungsur kaca menguncinya dari dalam. Menyambung menggalas tugas. Sebagai seorang papa & mama dalam dua hari ini.

Pagi itu, aku cuba melelapkan mata namun tidak berjaya. Akhirnya, aku bingkas bangun semula. Apa yang mahu dibuat agaknya. Menguruskan kepeluan anak-anak untuk ke taska dan sekolah masing-masing awal paginya, bagus juga. Baju telahpun disiapkan oleh ibunya malam tadi. maka, tidaklah aku sibuk sangat pagi nanti. Cuma nak uruskan penghantaran mereka saja di awal pagi. Entah apa akan jadi aku serah pada ketentuan masa.

9.9.13

Bidas

Dalam satu mesyuarat.

"Saya rasa data yang dibentangkan tak betul. Dalam laporan satu lagi data tak sama." kata dia.

"Dulu saya jaga benda ni, saya tahu. Kenapa data tak sama?" sambung dia lagi.

"Kena betulkan.."

Kenapa dalam mesyuarat ini kau baharu mahu usul. Dalam perbincangan kau tidak berbunyi.
Kau nak jadi champion? Suka hati lah.

Aku malas nak bidas apa-apa.


.

23.7.13

Pasal sudu

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat. Minggu lepas, kami membawa kawan-kawan ke satu restoran baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya,

"Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak imej perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimatkan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadi cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun menggantikannya dengan sudu di poketnya.

"Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang". Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoran ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi beredar, aku tanya,

"Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya.

"Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus..

Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik ke dalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Kah kah kah
#Suntingan cerita dari laman sesawang

12.7.13

Peti



"Inilah peti ais kita yang baharu. Cantik kan?"

"Wow! Besor peti kito! Kata Fifa melonjak kegirangan."

Fifa adalah anak kami yang ke-tiga.

"Syyyy.." Sahut ibunya.

Malam itu, kami masih belum tidur. Menunggu tempoh bertenang dua jam. Barulah barang boleh di muat naik.



.

15.6.13

Kebiadaban di Tanah Palestina






Lihatlah armada -armada yang pegang senjata
Tanpa malu ia berondong semuanya
Dengan keganasannya ia musnahkan saudara kita
Dengan kekejamannya ia acuhkan sanubari yang terlelap di hujung jalan

Lalu mereka yang tertidur untuk selamanya
Menjajakan mimpinya di syurga
Bersama kekalahan akibat perang
Bersama nafsu penguasa yang garang

Lihatlah jemari-jemari yang mengepalai di barisan paling depan
Berseru dalam sepi
Mengadu pada Ilahi
Merebut janji Tuhan yang ia yakini
Lalu mereka berdiri dan menyerukan kata jihad
Teriak tangis terdengar dari simpang jalan

Jerit bayi yang ditinggal ibunya
Jerit sang janda kerna kehilangan suaminya
Sahabat-sahabat yang berjuang dengan air mata
Dalam keheningan malam Palestina
Dalam tabir kepalsuan pemberontak
Yang tak lagi berotak

Tanah Palestina adalah syurga
Yang tertutup oleh dosa-dosa
Sementara burung nazar siap mencabik
Jasad bayi dengan usus yang terorak-arik
Di manakah keadilan menjadi pertanyaan
Di setiap insan-insan yang beriman
Sementara kita hanya bernyanyi dalam sepi
Seraya memangku do'a untuk mereka yang mati
Kulihat darah menjadi lukisan di dinding
Kucium bau hamis di setiap pojok jalan
Kulihat lagi lengan-lengan yang terurai
Dan tak lagi mengepalai di barisan paling depan

Gaza pun berdarah
Dengan jeritan bayi sebagai penghiasnya
Dan lamunan esok
Yang tak lagi indah
Mereka yang terkapar di jalan Tuhan
Tak pernah berakhir dengan senyuman
Karena tetap menghantarkan kekhuatiran
Yang tetap hadir menghantui di setiap lamunan
Kekhuatiran akan tanah yang terebut
Kekhuatiran akan jiwa yang terrenggut
Luka dan noda
Dosa dan do'a yang tetap terpancar untuk mereka
Sebutir peluru yang tertembus di dada
Saksi kebiadaban dan kekejaman
Puing bangunan yang mereka hancurkan
Adalah mimpi buruk di malam ini

Palestina....
Syurga yang ternoda
Syurga yang berselimut dosa
Syurga yang tertutup kebencian manusia
Akankah semua ini hanya sebatas cerita
Yang tertuang dalam buku sejarah
Sementara kita hanya sibuk membacanya, mendengarnya dan meresapinya
Tanpa kata, tanpa nada keberanian untuk melawan

21.5.13

Remember



Some people always throw stones in your path. It depends on what you make with them. A Wall or a Bridge? - Remember you are the planner of your life

.

26.4.13

Hikayat (2)


"Anak sungai yang ke berapakah ini?" tanya baginda kepada bendahara.
"Ini anak sungai yang kesembilan puluh sembilan tuanku," jawab bendahara.
"Oh, jadi, kuala ni kurang satulah seratus," titah baginda.
"Kalau begitu kita namakanlah tempat ini Kuala Kurang Satu.. Tapi, oh ya panjang sangat. Kalau begitu kita pendekkan. Namakan tempat ini Kuala Kurang Sa."
Akhirnya melalui sebutan Kuala Kurang Sa itu menjadi Kangsar.

Demikianlah seperti yang diceritakan orang. Ia hanya cerita orang. Sebagai tukang cerita, ramai yang memanjangkan. Cerita yang dipanjang-panjangkan demikian adalah dongeng tentunya.

30.3.13

Forest





Kayuhan FRIM | 23 Mac 2013






.

2.2.13

Keluarga Bahagia Warga Ceria

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dari meja ketua urusetia ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program sambutan Hari Keluarga JPBD 2013 di Taman Botani Negara Shah Alam.

Semoga semua peserta program merasai kegembiraan dan keseronokan yang maksimum pada hari berkenaan yang berupaya membahagiakan keluarga lalu membangkitkan rasa semangat untuk terus berkhidmat kepada organisasi dan seterusnya berupaya melahirkan produk dan hasil kerja yang bermutu tinggi demi mencapai visi dan misi Jabatan.

Komitmen daripada semua akan merealisasikan pelaksanaan semua program jabatan. Ibarat sel-sel kecil bekerja keras membentuk unit-unit yang kukuh bersatu padu. Lalu bergabung menjadi bahagian dan satu pasukan. Seterusnya, 'spirit' kerja berpasukan dalam Jabatan dapat direalisasikan.

Kejayaan satu lagi program jabatan ini adalah bukan kejayaan individu sebaliknya sebagai kejayaan kolektif satu pasukan dan entiti yang kukuh. Saya yakin, kalau ini dikekalkan kejayaan yang lebih besar dapat dicapai. Apa yang penting perlu dikikiskan sikap mementingkan diri sendiri dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebagaimana dalam buku "Rules of Managerial Success" oleh Richard Templar iaitu dalam bukunya diterjemahkan melalui Rule No.1: Get them emotionally involved, Rule No.7 : Make your team better than you & Rule No. 18: Give credit to the team when it deserves it.

Oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri sekali lagi saya ingin memberi kredit kepada urusetia Hari Keluarga JPBD Selangor 2013 yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi 'lampu hijau' dan sokongan moral. Semoga semua peserta yang hadir dapat memahat kenangan terindah ini. Panjang umur boleh
kita laksanakan lagi (jika ada sumber kewangannya).

Akhir sekali, semoga kita dapat mempertingkatkan kualiti kerja dan produktiviti jabatan. Next agenda kita : persiapan SUKNA XVI, Terengganu 2013 dan Sukan Perancang dalaman Dept of Town Planning Selangor (SUPER d'ToPS).


Sekian, terima kasih
Dari meja Ketua Urusetia Program
merangkap Pengerusi KSKR JPBD Sel.
02 Feb 2013

8.1.13

Kompeten


Kejam celik (ulang 8 kali) dah masuk tahun 2013. Sedar tak sedar. Umur pun dah semakin meningkat. Amalan kita? Tepuk dada tanya Iman. Baik, pada hari ini saya tak mahu tulis panjang. Hanya ingin berkongsi kata-kata berikut :

'Ianya bukan kurang kompeten yang membinasakan organisasi. Tetapi mereka yang berjaya dan selesa dengan pencapaiannya yang selalu menghalang keadaan' - Charles Emil Sorensen.

Oh lupa pula saya.
The best preparation for tomorrow is doing your best today...

.