What's app
["Ayah, esok ibu ada lawatan tapak dan mesyuarat di luar"]
["OK."] Aku jawab ringkas melalui iphone 4s yang skrin belakangnya telah retak seribu.
Aku terus bingkas berdiri. Menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Seawal jam 4 pagi ketika makhluk-makhluk dan mergastua lain masih lena diulit intan. Awek aku yang cun dan kulitnya mulus bergegas mengejutkan aku untuk menyatakan bahawa dia mahu dan patut bertolak. Selesai bersalaman dan mengucap salam. Kami tidak bercumbuan. Hanya cium tangan dan mengucup dahi. Kereta dihidupkan enjinnya. Lampu hadapan dinyalakan. Beberapa minit kemudian. Kereta meluncur membelah embun pagi dan bayu dingin. Jiran-jiran masih belum bangkit lagi. Anak-anak masih tidur nyenyak. Anak kami ada empat orang setakat ini. Inilah hasil perkongsian hidup kami selama tinggal serumah dan sebilik. Aku terus menutup pintu pagar dan dan pintu lelungsur kaca menguncinya dari dalam. Menyambung menggalas tugas. Sebagai seorang papa & mama dalam dua hari ini.
Pagi itu, aku cuba melelapkan mata namun tidak berjaya. Akhirnya, aku bingkas bangun semula. Apa yang mahu dibuat agaknya. Menguruskan kepeluan anak-anak untuk ke taska dan sekolah masing-masing awal paginya, bagus juga. Baju telahpun disiapkan oleh ibunya malam tadi. maka, tidaklah aku sibuk sangat pagi nanti. Cuma nak uruskan penghantaran mereka saja di awal pagi. Entah apa akan jadi aku serah pada ketentuan masa.
No comments:
Post a Comment