28.11.08

Falsafah & Fikrah [p5.0]


p5.1 : Menerap Falsafah & Fikrah
p5.2 : Falsafah Menjadi Tabligh


.

27.11.08

Imaginasi


Realiti. Bukan fantasi. Klik Sini.


.

26.11.08

25.11.08

Penipuan terancang

Sejurus aku tiba di pejabat, aku lihat PDA aku. Ada 2 SMS baru masuk. Aku baca dan susunan ayatnya begini :

Congratulations
Sim-Card Anda
Telah Bertuah
Memnangi
Hadiah Utama
wang Tunai
RM.30,000.00
dr "PETRONAS MAS"
Sila/call/tel:
0128 37929
Terima kasih.

Ada dua SMS begini aku terima pada 22 Nov jam 8:02 AM dan 8:04 AM. Wow! Hatiku girang tak terkata menerima SMS sebegini rupa. Rezeki beb! Aku kata dalam hati. Tapi, aku tak pernah masuk peraduan Car Craze petronas tu. Sejak menghantar 2 penyertaan tak menang. Aku tak hantar lagi. Manalah tau, ini tuah. Hahaha! Terus saja aku menghubungi nombor tertera. Hatiku suka bukan kepalang.

+ Hello, saya ada terima SMS pasal kemenangan wang 30 ribu betul ke?

- Iya, betul encik. Sekarang encik salah seorang dari pemenang hadiah utama kami. Encik bakal memenangai 30 ribu ya.

+ Ini di mana ni?

- Iya, ini dari Petronas KLCC ya. Boleh saya tahu siapa di sana ya?

+ Saya Heryanto Arbi bercakap di sini. Tapi, saya kurang yakinla dengan kemenangan saya ini.

- Oh iya encik. Ini bukan penipuan ya. Ini bertuahnya encik kerana menjadi pemenang kami.

+ Hanya dengan menerima SMS?

- Iya.

+ Jadi, macam mana saya nak dapatkan hadiah ini?

- Iya. Begini ya encik. Encik tak perlu datang ke pejabat kami. Kami akan masukkan terus ke akaun anda. Encik punya akaun dan kad ATM ya?

+ Ada. Nombor akaun saya 101132436380. Akaun Maybank.

- Iyah. Boleh saya tahu siapa namanya ya.

+ Heryanto Arbi

- Sekarang encik apa di rumah atau di pejabat?

+ Saya di pejabat.

- Apa jauh dari pejabat encik ke mesin ATM.

+ Adalah dalam 10-15 minit.

- Iya, encik seharusnya ke mesin ATM. Sudah sampai di mesin ATM sila menghubungi nombor ini semula ya. Kami mahukan pengesahan.

+ Saya masih tak percaya la. Kenapa perlu ke mesin ATM?

- Ini peraturannya ya. Iya, kalau encik kurang yakin. Encik boleh menghubungi pemenang pertama Encik Fidrus dari K.K, Sabah. Encik boleh menanyakan hal ini. Dia baru saja memenangi hadiah yang sama tempoh hari. Sudah pun diambilnya.

+ Ada nombornya ke?

- Sila catat ya encik. 014-3565147.

+ Ok. Boleh saya tahu, saya bercakap dengan siapa?

- Saya Tengku Ibrahim bin Samsuddin.

+ Ok. Terima kasih. Saya hubungi nanti.

***
+ Hello. Encik Fidrus ke?

- Iya.

+ Saya Heryanto Arbi. Betul ke encik Fidrus ada menang wang 30 ribu?

- Iya. Syukur alhamdulillah. Saya baru menyelesaikan hutang saya. Bayar pinjaman saya. Iya syukur.

+ Encik Fidrus diberitahu dengan SMS?

- Iya. Saya dapat SMS terkejut saya. Kemudian, saya menggunakan akaun bapak saya untuk mereka memasukkan wang. Saya mengajak kawan saya sekali ke mesin.

+ Saya tak percayalah ini.

- Iya. Pada mulanya saya seperti anda juga. Tidak percaya. Nah, sekarang saya sendiri mempercayainya kerana sudah memiliki wang 30 ribu. Apa yang perlu adalah mengikut arahannya.

+ Ok. ok. takpe. Terima kasih ya.

***
+ Hello.

- Hello. Iya. Siapa di sana?

+ Saya Heryanto Arbi. Buat panggilan tadi.
(Sambil aku menelefon, tangan aku google sesuatu di laman sawang. Depan komputer. Antara yang aku google. "Peraduan Petronas". Aku catat nombor petronas 03-20515000. Hari Sabtu Petronas tak beroperasi.)

+ Tak boleh ke, encik masukkan dalam akaun saya terus.

- Iya. Ini peraturannya ya encik. Ini melibatkan wang yang besar. Harus ada nombor siri dan pengesahan penerimaan.

+ Guna saja maybank2u.com
(kala ini aku membuka akaun maybank aku melalui laman sawang.)

- Oh iya, sebelum itu saya lupa. Baki encik dalam akaun ada berapa ya?

+ Ada la dalam RM48.17. Hik hik hik (aku ketawa kecil)

- Oh minta maap ya encik. Pihak kami mensyaratkan sekurang-kurang ada RM1,000.00 dalam akaun.

+ Pulok dah. Ceh, hujung-hujung bulan mana ada sebanyak itu. Awal bulan adalah. Duit gaji masuk. Hujung bulan saya dah pakaila bayar macam-macam.

- Iya. Kalau begitu ada akaun lain?

+ Ada. Akaun kawan saya boleh?
(Kala ini jumpa lman web ini semasa sedang berbual dengannya KLIK SINI)

- Janji boleh dipercaya. Suruh dia hubungi saya.

+ Ok. Takpe. Nanti saya hubungi. Hak ptuuiii...!

Nampak sangat penipuan terancang mereka cuba lakukan. Dengar macam orang Jakarta berbicara. Sedang SIM-CARD aku yang satu lagi belum didaftarkan dengan syarikat telekomunikasi. Mana dia dapat nombor aku entah. Kemudian, boleh pula dalam akaun sekurang-kurangnya RM1,000.00. Ceh! Kalau aku dah menang, bagi saje la. Apa nak kena pelbagai syarat pulak. Dan ketika entri ini ditulis. Aku menghubungi Petronas dan mengesahkan ini penipuan. Dan Petronas sudah membuat laporan polis.


Tapi, kalaulah aku benar-benar dapat RM30 ribu. Aduhai... Aku mula berimaginasi. Bukan berangan-angan. Ya, aku mula berimaginasi. RM30 ribu. Wow!



.

24.11.08

Kenapa kau rasa mual hari ini

Sesuatu kerja itu. Lama-lama kalau diulang. Samaaaaaa je... Kau jadi jumut kan?! Perkara yang samaaaa je kau buat. Mulalah, kau akan rasa mual.

Otak kau pun boleh jadi buntu. Minda sedar dan minda separa sedar kau tak dapat menghantar maklumat yang tepat sekalipun kau dah lama buat kerja itu. Dia pula mengharapkan ketepatan. Alahai.., kau gunalah penaakulan. Asalkan logik. Logik. Logik. Logik. Kemualan kau kemudian membawa kepada kemuntahan berdarah yang dahsyat. Uuwwekkkkkk!!!! Minda dan otak kau jadi pening. Perhatikan di sini, perkataan minda dan otak digunakan.

Bukan! Bukan sebab kau keracunan makanan. Bukan juga sebab isteri kau mengandung. Bukan juga sebab kau senghaja mencucuk anak tekak kau. Jauh sekali sebab kau rasa loya.

Wo ho! Baru kau ingat, rupa-rupanya dalam kau menjalani kehidupan seharusnya kau perlu punya azam untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Cukuplah, kau semat apa-apa jua yang kau buat harus ada peningkatan dan kemajuan. Bukan dok lagu tu je... Walapun ia sebesar butir pasir di tepian pantai yang tercemar. Ya, walaupun sudah dinodai. Kalau kau rasa mual dengan rutin harian kau, maka cubalah sesuatu yang di luar rutin pula. Apalah kiranya menceburkan diri dalam penulisan kreatif ke, lakaran rekabentuk kereta ke, pengiraan guna tanah daerah yang mudah ke, pengiklanan perniagaan ke, penampalan kaedah kolaj ke, mencuci tandas pejabat ke, ajak kawan-kawan minum ke, melibatkan diri dalam khidmat masyarakt ke, melakukan dekorasi bilik sendiri ke dan yang sewaktu dengannya. Supaya kau menggunakan otak kiri dan otak kanan kau. Jika tidak kau kebuntutan kebuntuan.

Sesuatu kerja itu. Lama-lama kalau diulang. Samaaaaaa je... Kau jadi jumut kan?! Perkara yang samaaaa je kau buat. Mulalah, kau akan rasa mual.

Sedang aku boleh melawan kesakitan. Menggagahi hadir untuk dua hari dua malam. Berhempas-pulas penuh kesabaran. Dalam persiapan sebelum menghadap Tok Ali di Melaka.
Apalah kiranya, kau cuba cari-cari kerja apa yang patut, sementelahan negosiasi perundingan belum dijalankan untuk projek yang nilainya jutaan ini. Gunalah minda dude! Use your brain babe!


Nota kepala : Sekalipun pahit kertas ini mahu ditelan. Kau jangan muntahkannya. Kau kemam dan terus telan untuk menjadi penguat dan lonjakan dalam diri.



.

21.11.08

aku yang suka memandai-mandai dan biarkan orang macam nampak tak pandai

Kata untuk difikir, lalu ditaakul.

"Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai."

"Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai."


Sekian, kata-kata hikmat untuk diri saya, insan sekeliling saya dan jin.

Jika kalian tak upaya memikirkannya. Ada satu kebengapan di otak kalian!

Ya, ada kebengapan yang harus kalian kikis.

Lalu, ia mendorong kalian malas untuk berfikir. Dan bermalas-malasan untuk bertindak. Cuba kalian bayangkan, terdapat 23 bilion neuron dalam otak manusia, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain. Jika kalian tak gunakan secara optimum neuron ini, ia akan mati dan terus tidur dan tidur dengan selesa. Puncanya kalian tak gunakan sepenuhnya neuron ini. Kalian fikirlah sendiri hah.

Jadi, berapa ramai yang bertindak selepas ini merujuk kamus. Apa itu maksud taakul. Selepas membaca entri ini. Jika malas bertindak dan malas mahu ambil tahu. Huh!

Ya, ada kebengapan yang harus kalian kikis!


.

20.11.08

ROMLAH : Delayed Stories (part II)

Tanpa diduga, sebenarnya gerak-geri Romlah dan lelaki separuh umur itu telah diintip dan diperhatikan oleh geng pengintip upahan murahan yang tidak dikehendaki polis langsung. Geng mereka adalah perogol bersiri yang amat licik yang diketuai oleh G. Maniam!

Mereka digelar Geng Bas Sekolah. Marilah geng geng geng bas sekolah! Dusyum!

Bukan!

Geng G-Spot. Selain bergelar perogol, G. Maniam dan gengnya juga punya rekod jenayah sebagai kaki pecah rumah, peras-ugut, samseng, kaki gaduh, kaki botol, kaki cagu dan juga pembunuh upahan kejam. G. Maniam dan gengnya yang kebetulan bersembunyi di kawasan projek perumahan berhampiran di situ bagai pucuk dicita ulam pun tiba. Satu kelebihan mereka, geng ini pandai menyamar dan menukar identitinya daripada diberkas Polis DiRaja Moscow di dalam menjalankan kegiatan jahatnya.

Baru-baru ini beliau telah merogol seorang gadis India kacukan Iran, apabila memecah masuk sebuah rumah yang dirompaknya. Gadis itu dirogol secara bergilir-gilir tiga pusingan. Dengan sepuluh minit waktu 'break'. Setiap satu pusingan. Kegiatannya itu disertai oleh tiga orang lagi gengnya iaitu Agus (rakyat Indon), Kumar (rakyat Bangladesh) dan Paratus Aoh Kawn (Mynmar) dan Manikam (rakyat Siam). Mereka ni PATI yang bersatu hati. Dah lama di bumi Malaya. Fasih berbahasa Melayu. Setiap hujung minggu mereka pergi kursus belajar bahasa.

Satu hari. Terjadilah satu cerita stim ngeri romantik komedi. Hari Sabtu malam minggu. Memang telah lama ditunggunya untuk ambil kesempatan dalam kesempitan. Ketika lelaki separuh umur itu membukakan pintu kereta Mercedez Benz E-Class (kenapa dalam plot cerita mesti kereta Merc?!) untuk menjemput Romlah memasukinya, mereka mula bertindak. G. Maniam mengacukan pistol jenis semi-automatik, tepat ke kepala lelaki separa umur itu. Kumar menarik tangan lelaki itu dan terus mengikat ke belakang. Dimasukkan mereka berdua ke dalam kereta. Mereka melarikan kereta Mercedez Benz itu. Zuuuup!!!! Kereta mereka hilang ditelan kegelapan malam.

sambung...


.

19.11.08

Love is CINTA; Hate is BENCI : part VIII

Kesinambungan entri sebelum. KLIK SINI

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali, akan membantu kita mengenali dia, ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
(Gua mulakan petikan ayat, supaya nampak jalan cerita gua macam bagus!)

Okey, gua nak cakap soal cinta realiti gua. Gua ulang, CINTA realiti. Sebenarnya, gua dah banyak kali jatuh cinta. Bukan soalnya, banyak atau sedikit. Itu bukan soalnya. Cumanya, interpertasi cinta adalah berbeza-beza di antara kita. Tapi, gua nak memberitahu. Cinta itu tak boleh dipaksa-paksa macam buruh paksa. Kiranya, gua dengan awek gua bukan cinta pandang pertama. Barang diingat, cinta pandang pertama bukan natijah kita pada hari ini. Pokok pangkalnya hati. Berbalik kepada mauduk asal. Entah pandang ke berapa belas ratus. Gua tak kira. Tapi, itulah namanya jodoh kan? Cinta pandang sisi sekalipun boleh tersangkut. Apatah lagi cinta yang toleh belakang, tahu-tahu dah lesap. Zaass! Kena tinggal.

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Permulaan cinta gua entah, gua tak ingat bila. Tapi, kalau ikut catatan dalam diari gua, yang gua simpan sampai sekarang ni, tahun harimau SM (selepas Mesihi). Ia berlaku masa gua Darjah Enam, sekolah aliran sekular. Ni kira bukan cinta pandang pertama gua. Ini cinta gua yang tak terbalas. Hingus dah habis meleleh. Hahaha! Mana nak berbalas, gua pun tak bagitau awek ni, yang gua cintakan dia. Err, masa tu gua pun bukan tau sangat makna cintan-cintun ni. Yang gua pasti cinta itu buta. Patutlah, bila dilamun cinta manusia meraba-raba. Hak hak hak! Apa barang gua nak tulis surat cinta. Kena pulak kaler merah melambangkan asmara yang membara. Kemudian, utus pada dia. Buat habis air liur gua je. Nak tampal setem satu kerja. Dan buat tambah kerja posmen satu kerja lagi. Sudahnya, cinta gua kepada dia putus di pertengahan jalan begitu saja. Malas gua nak kutip kalau dah bersepah kat tengah jalan ni. Gua tak cinta dengan monyet!

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali, akan membantu kita mengenali dia, ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Bila gua masuk sekolah yang peratusannya adalah kaum Adam dalam sekolah tu. Itu je yang menjadi penyebab pemutus hubungan gua. Kukuh kan.., Bukan gua beralih arah cinta dengan lelaki pulak beb! Gua bukan gay! Gua malas nak pikir. Kemudian, lima tahun gua tak bercinta beb. Masa tu, gua bercinta dengan Allah dan mak bapak gua lagi syok. Lagi gua rasa tenang. Gua rasa ada jiwa. Iyelah, itulah yang cinta sejati hakikat yang sebenar. Tapi, dah dekat-dekat nak habis, Tingkatan 5 masa gua sekolah sekular, gua kenal sorang awek, kawan atas kawan yang kenalkan gua. Dia la racun gua. Gua tak salahkan dia. Gua salahkan racun yang dia guna. Awek tu mula hantar gambar kat gua. Masa tu musim hantar gambar. Kalau nak santau pun senang-senang je. Kemudian. Hantar lagu la. Kemudian, hantar hadiah la. Macam-macam hantar. Peti ais tak mau pulak hantar.

Boleh tahan gak lah... Gua balas juga gambar simpanan gua kat dia. Nanti, dia bertepuk sebelah tangan pulak. Kesian gak kan. Dah tentulah gua pilih gambar gua yang posing maut paling macho sekali untuk tatapan dia. Dan untuk dia tatap. Gila kau nak bagi gambar yang tak hensem. Dia reject gua nanti. Mampos! Kau pun tahu kan, wanita zaman sekarang, lebih mementingkan wajah yang licin, tulus suci nampak bersih dan berseri seperti orang beriman. Entah, apa yang gua ayat dalam surat tu, dia sudah terpikat dengan gua. Dia mula meluahkan apa yang dia rasa. Cepat betul dia terpengaruh. Padahal, jumpa pun tak pernah. Alahai! Cair la tu dengan ayat-ayat cinta gua! Ha ha!

Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

Gua pun terjebaklah di alam percintaan dengan awek ni. Dia budak Kedah. Terus-terang gua cakap. Apa nak sembunyi-sembunyi dalam dunia. Satu dunia dah tau. Gua berutus surat je beb dengan dia. Jumpa, haram sekali tak pernah. Masa tu gua belum ada emel, friendster, facebook, blog ke apa jadah. Gua lebih selesa tulis atas kertas yang gua bubuh bedak wangi. Selalu gua guna kertas kaler merah jambu. Maknanya sedang dilamun cinta la tu. Lama juga perhubungan gua dengan awek ni. Habis jugaklah beratus ringgit duit setem dan pelbagai apa jadah tu. Gua korbankan untuk dia. Layan... Alamak, sorry arr, gua terkira pulak dlam soal ini.

Bila gua masuk universiti, tup-tup, boleh pulak dia hantar surat layang kat gua, minta putus tak semena-mena. Guna kertas kaler kelabu pulak tu. Amboi, amboi amboi.., ewah-ewah, senang betul dia lafaz, gua kata. Habis madu sepah dibuang. Haha! Nasib baik gua belum hantar rombongan meminang. Kalau gua hantar satu van, dah tentu sesat punyalah van tu. Kena pulak Pak Hamid yang pandu. Entah mana-mana dia bawak penumpang sampai termuntah-muntah terbelahak. Sudahnya, tak jumpa rumah perempuan. Peminangan dibatalkan, misalannya begitulah. Barang hantaran semua dah siap. Tinggal tepak sirih je sebagai kepala hantaran. Argh! Apa barang hantar sepersalinan. Masuk sekali kain dalam dan baju dalam la. Ah! Lupakan itu. Lagu Tiara menggamit kenangan zaman persekolahan... berkemudang kat telinga gua. Terngiang-ngiang..., pergh!


Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan

Dah dia nak mintak putus, gua tak boleh paksa. Gua redho je... Sedikit pun air mata gua tidak meleleh. Tak ada pun keluar kaca-kaca. Bukan gua takde perasaan. Gua takde masa untuk itu. Gua biasa je. Gua kan lelaki kental. Apa barang nak kememeh menangis pasal betina minta putus cinta.

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kita kenali, akan membantu kita mengenali dia, ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Lepas gua putus, hidup gua kesepian beb, tak berteman. Gua pun cari teman yang secocok dengan gua. Gua pergi google, gua taip nama yang gua suka. Bukan susah rupanya nak cari jodoh. Oh, sebenarnya, gua pun tertanya-tanya Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran. See, gua dapat jawapan. Lebih-lebih lagi pulak, gua duduk jauh dengan orang tua. Di Edinburgh, Scotland masa gua belajar Ijazah Sarjana Muda. Nak cari orang Jawa kat Edinburgh susah beb. Lalu, gua ambil langkah untuk mengorat sorang awek yang gua berkenan ni. Ada ciri-ciri Islamik Jawa gua nampak dia. Sopan-santun pun ada. Budi pekerti pun boleh tahan. Gua pun datang usya dia.

“Hai..., balik saing jom...” gua cakap kat dia. Masa tu gua memberanikan diri menghampiri dia.

“Eeeiiiuuuuoww, geli je...” dia balas.

“Ek, eleh, jual mahal la tu...” dalam hati gua.

Ya, cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Masa tu, gua tak putus asa. Kalau gua dah suka, gua akan usaha untuk dapatkannya. Gua peduli apa. Alang-alang gua dah seluk, gua akan terus seluk. Gua ngorat dia terus-terusan. Dipendekkkan cerita, pum pam pum pam, gua berjaya memikat hati dia. Bibit-bibit cinta pun bermula. Gua jatuh cinta dengan dia bukan cobaan. Betul-betul. Gua ditakdirkan bertemu jodoh dengan dia. Asal cuti semester je, gua hantar surat. Bukan apa, nampak klasik sikit. Hantar surat. Dah, gua tak guna kertas merah atau merah jambu. Gua guna kertas hijau muda bersekali kertas karbon. Buat satu salinan.

Gua berjaya ajak dia kahwin. Entah, barangkali dia malu kahwin dengan gua sebab status gua foreigner. Hu hu! Seronok hidup dengan dia. Gua sangat cintakan dia!!! (Ni gua tengah jerit ni). Tak tahulah dia cintakan gua ke tidak. Bukan gua prejudis dengan dia. Dalam geli-geli awek gua tu, memang kalau gua geletek dia jadi geli. Untuk dapatkan kepastian itu, satu hari gua tanya dia,

"U cintakan I tak?"

Agak-agaknya kau, rasanya dia jawab apa.

"Hey! Cinta tak boleh dipaksa-paksa lah..!"

Tak. Dia tak jawab ini. Dia jawab "I Luv U too"

Masa tu, gua dan dia makan bersuapan dalam kereta. Makan pisang. Pisang awak! Sedap wo!

Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Jadi, pesanan gua untuk mencari cinta sejati ni, kita mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kita harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh. Jika kita ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kita harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Entri selepas ini. KLIK SINI

Ini surat cinta jiran punya jiran gua. Sempat diselamatkan ketika rumah dia kebakaran. Humcha! Ini surat cinta gua

____
Lawatan sambil belajar :
Buah cinta yang tersemai. KLIK SINI.


.

18.11.08

ROMLAH : Delayed Stories (part I)

“HELLO bos!”

“Hah! Apa cerita? Report to me

“Dia ada bawak satu lelaki tua bos, wa pun tak pasti sape....”

“Adoi yaiiii...”

“Lu pergi investigate arrr. Apa guna wa bayar lu....”

“Wokey bos, Kat mana nak jumpa bos?!”

“Ek eleh! Nanti gua call back. Yang penting lu kasi culik itu perempuan sama itu lelaki.....”

“Bayaran bos?”

“Eleh, nanti arr kita bincang. Lumayan gua kasi wo!”

“Wokeh. Esok malam saya kasi tau ini tempat hah. Blok K-8. Gua panggil geng gua boleh cover line baik punya...”

“Okey. Roger!”

Jeritan dan pekikan suara Judge dan Intan memecah suasana keheningan di kala itu. Jeritan diselangi suara rengekan, carutan dan tangisan berselang-seli. Tak habis-habis bertengkar. Pasal tahi pun mahu bertengkar. Sikit punya hal. Sehinggalah mereka akhirnya senyap. Umpama malaikat lalu.

Malam itu, Romlah pasti dinodai secara rela. Manakan tidak, tiada sebarang tentangan darinya. Pada malam itu, lelaki separuh umur bersamanya. Baginya, Romlah itu adalah haknya secara mutlak. Lagipun dia dah membuat ikatan janji dengan Romlah. Nak berpuas-puasan diratahnya Romlah! Setelah kerja itu selesai mereka berdua pun beredar keluar rumah. Sebab, bukan di sini mereka mahu melayarkan bahtera. Sudah tentulah di tempat yang berhawa dingin. Bertilam yang empuk. Supaya tak sakit pinggang.

Dalam kepekatan malam mereka menuruni tangga. Kebetulan Kana dan Sham hendak menaiki tangga yang sama. Mereka berselisih. Tiada sebarang kata diucap. Diam membisu. Cuma kedengaran tapak kasut tumit tinggi Romlah yang membingitkan. Kana dan Sham hanya mampu menoleh dan terhidu bau perfume yang dipakai Romlah. Sewangi harum kasturi. Perasa blueberry.

Romlah perasan yang dia diperhatikan. Sebelum menjejak ke anak tangga akhir untuk membuat pusingan. Romlah sempat menunjukkan jari hantu kanan kepada Kana dan Sham. Dengan iringan gerakan mulutnya tanpa suara berkata sesuatu. Sambil membasahkan bibirnya yang mungil dengan lidahnya. Dan Romlah terus memalingkan mukanya. Terus berpimpinan tangan hingga ke tingkat bawah. Bersama lelaki separuh umur itu.

“Eh, tu Sugar Daddy dia ke Sham?” tanya Kana.

“Manalah aku tau.. Iye kot...?”

“Muka macam Penunu Bunsen ada hajat nak jadi Sugar Daddy. Ahaks...”

“Habis. Muka kau tu layak ke jadi Sugar Daddy ke?... Haha..”

“Hey hey.. Tengok alat arrrr...”

“Alat mendenya pulak...?”

“Alat kelamin arrr. Ha ha ha ha...”

Mereka berdua ketawa terbahak-bahak sambil menaiki tangga. Setiba mereka di grille untuk membuka mangga, Kana memandang jauh ke sebelah kanan. Koridor yang suram. Menakutkan...

“Sham, kasi cepat arrr, gua takut beb..!”

“Lu nak takut apa? Mana ada apa-apa. Perasaan lu je tu Kana...Bebayang sendiri pun mau takut ka?”

“Habis lu rasa apa sekarang ni..?”

“Gua rasa stim beb..! Hahaha” jawab Sham.


.

17.11.08

Frinjan

Kawan gua tulis alamat rumah dia. Kemudian. Gua tunjuk pada kawan gua yang satu lagi. "Owh, dia duduk kampung erk. Ekekeke..." kata dia.

Gua kurang pasti, kenyataan dia menyindir atau saja-saja. Maka, gua biar saja la. Lagipun dia dah pandai bawa diri. Gua apa nak kisah! Gua senyum kecil. Dalam hati gua berkata, dia ni pasti hebat! Duduk di Metropolitan besar. Gua serah kertas. Suruh dia tulis alamat dia pulak. Dia serah semula pada gua. Gua baca sambil gua eja. Dalam pada gua baca. Dia bisik pada gua. Sambil menunjukkan alamatnya. "Pssst.. Sebenarnya, saya pun duduk kampung juga. Ha ha ha!"

Ceh!
Yang satu perkampungan Bkt. Setongkol. Satu lagi Kg. Paya Besar. Tak lah hebat sangat seperti yang disangkakan. Mana kita tau, orang kampung pun hebat-hebat sekarang ni.

___
Lawatan sambil berniaga
KLIK SINI


.

13.11.08

Fe'el fail

Saya terima fail. Warna merah pulasan. Saya tak kisahlah warna apa sekalipun fail itu. Asalkan ia menepati objektif utama untuk mengisi kertas dan apa jua barang. Semasa saya mahu berseminar. Sungguh, saya tak kisah! Warna merah pulasan tu warna tema untuk universiti saya ketika belajar di Edinburgh, Scotland dulu.

Masalahnya saya punya tujuan adalah untuk berseminar. Sedang di fail itu tertulis 'ideal for office, school and home use. Available in a choice of colours.' Jelas kan, dia tak menepati objektif saya. Jadi, saya mahu ke kaunter pendaftaran untuk tukar fail. Bukan tukar warna fail. Haha! Bukan ini yang saya mahu sampaikan pada hari ini.

Apa yang saya ingin ketengahkan adalah jangan kita rasa dan kita fikir diri kita bagus sangat dari orang lain. Dan kita rasa kita hebat. Orang lain, belum tentu fikir sama seperti apa yang kita fikirkan. Dan tentu orang lain akan kata, macam bagus sangat dia tu. Biasalah.., mulut orang. Ada yang manis. Ada yang pahit. Jadi, untuk tahu kebagusan orang tu. Hanya Tuhan saja yang Maha mengetahui. Dan tak semestinya kita lulus PTK kita bagus. Juga orang yang tak lulus PTK atau tak ambil langsung menjadi tak bagus. Sedang, manusia adalah insan yang lemah, lebih suka mendengar dari mulut orang berbanding isi hatinya. Sekalipun orang itu mulutnya berbau seperti longkang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata kan. Manusia tidak suka menilai dan berfikir secara kritis. Ya, tak suka! Sedang, dia upaya melakukan itu. Di mentalnya ada blok! Di hati kita ada rasa sakit.

Dan apa salahnya kalau kita rasa kita bagus sekalipun. Dengan niat, supaya orang lain menjadi bagus seperti kita. Atau lebih bagus daripada kita. Kenapa pula tidak. Dengan niat kita yang suci murni itu, InsyaAllah..., pedulikan saja apa orang nak kata. Memang orang akan membenci kita. Tapi, dia akan menyesal semenyesalnya jika orang seperti kita itu sudah TIADA kelak. Menangis air mata darah sekalipun ia tak akan kembali. Rembesan keringat yang mengalir juga tidak bisa menggantikannya. Ya, ia tak akan kembali. Untuk itu, jika dah beri dua tiga kali arahan pun masih tiada anjakan paradigma. Maknanya, orang itu tidak mahukan PERUBAHAN. Oh, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Alahai...

Atau, barangkali kita perlu mahasabah diri kita pula. Kemungkinan ada silapnya semasa beri arahan ka, semasa bercakap dengannya ka, semasa bergurau dengannya ka. Cuba kita imbas kembali betul-betul.

Lawatan makan angin
Kembar tak seiras. KLIK SINI

.

12.11.08

Mendongak


Sesekali kita kena juga pandang ke bawah. Perhatikan, perkataan sesekali digunakan di sini. Walaupun kita sering mendongak ke atas. Percayalah, yang di atas tak akan utuh, jika tiada yang di bawah. Dalam konteks manusia dengan manusia. Yang di bawah, harus sedar semua perbuatan diperhatikan Yang di Atas. Dalam konteks manusia dengan pencipta. Sejauh mana kita pergi meninggi, jangan sesekali lupa asal-usul kita. Jika kita sudah menggapai kejayaan dengan berusaha memanjat sedaya mampu menggunakan segala kudrat kita. Ingat, kita bukan berjaya secara bersendirian. Ada unsur lain yang mendorong, membantu dan memberi galakan. Paling tidak, persekitaran kita. Dalam konteks manusia dengan alam sekitar. Ya, segalanya bermula dari bawah.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu, tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, sedangkan itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
- Surah Al-Baqarah ayat 216 -


.

11.11.08

Kerjakan IV


Tajuk lukisan :
Dalam aku, ada dia.

Diskriptif ringkas :
Pelukis cuba menggambarkan dalam hidup mesti ada konflik. Tapi dalam konflik pasti ketemu jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian itu akan terurai mengikut kebijaksanaan dan kemahiran manusia dan yang empunya diri. Jawapan kepada penguraian itu bukan terletak pada jawapan yang sebenar. Tapi terletak pada cara bagaimana persoalan itu timbul. Misalnya, nama kita dah tercalon sebagai salah seorang peserta seminar peringkat dunia bertempat di planet Bumi. Kemudian, majikan datang kepada kita menanyakan persoalan yang berbaur ancaman agar kita membuat keputusan ke arah yang negatif dan berubah haluan. Ya, kita dapat rasakan soalan itu adalah provokasi. Dan kita pun tak mahu bertengkar sangat dengan majikan kita. U tak payah pergi la ye seminar ni. Bukan ada apa pun. Lagi pun I dah hantar U seminar ke planet Pluto kan. Maka, sudah pastilah jawapan kita menjurus ke arah memujuk supaya kita mengubah jawapan kita dan membatalkan pencalonan sebagai peserta di peringkat planet Bumi. Nampak tak, garis biru di lukisan itu. Ya, garis itu mewakili sungai di planet Bumi. Sekian.


.

10.11.08

Potong stim


Poster ini diilhimkan tatkala gua sarapan pagi. Terlihat gadis mungil berpakaian serba-hitam. Berseluar panjang. Rambut mayang mengurai. Mata macam ikan Uji Rashid. Bajunya hitamnya yang jarang memperlihatkan kutang putihnya yang dipakai. Dia makan nasi lemak. Adoyai.., gua pun makan nasi lemak. Nafsu gua terbelah dua. Potong stim betul.


.

7.11.08

Kejakan III


Tajuk lukisan :
Rencam hidup

Harga bidaan :
Rm138k. Boleh buat pinjaman dengan bank perdagangan pilihan anda. Nilai BLR semasa 6.75

Diskriptif ringkas :
Apa yang cuba disampaikan di sebalik lukisan ini. Ermm.., cuba lihat betul-betul di sebaliknya.


.

6.11.08

Kerjakan II

Tajuk lukisan :
Pembakaran terbuka Kerja tak datang mencari kita. Kitalah yang datang mencari kerja

Harga bidaan :
RM3k boleh bayar ansuran.

Diskriptif ringkas :
Apa yang cuba disampaikan melalui lukisan ini, pekerjaan itu satu ibadah. Tak perlu kita mengharap sesuatu dari pekerjaan yang kita buat melainkan pahala. Kerja je seperti biasa. Usah risaukan orang lain yang dok tak buat kerja. Pendek kata, niat itu penting. Sebelum melakukan kerja niat "sahaja aku bekerja kerana Allah Ta'ala.


.

5.11.08

Black Device



Alat ini dicucuk di hujung papan kekunci kabel yang terhubung ke PC, ia digunakan untuk menyimpan semua data yang telah diketik oleh papan kekunci. Kebanyakan ia dipakai di Internet kafe, hotel dan lapangan terbang. Maka berhati-hatilah terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses akaun bank dalam talian atau laman sawang penting lainnya. Setelah anda masuk ke akaun bank, setelah selesai, meninggalkan PC, ia akan dengan mudahnya untuk membuka akaun itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda ketik, yang telah tersimpan di dalam Black Device. Jadi, sebaiknya anda periksa terlebih dahulu PC. Jika ada sesuatu yang mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan internet di tempat umum. Semoga informasi ini berguna untuk anda semua. Dan berupaya mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.

Sumber : Fwd e-mail


.

4.11.08

Kerjakan I


Tajuk lukisan : Eratkan perpaduan demi keharmonian
Harga bidaan : RM 5k


.

3.11.08

Terowong II


Apa rasionalnya botol ini direkabentuk berlubang di tengah-tengahnya. Alahai...


.