13.11.08

Fe'el fail

Saya terima fail. Warna merah pulasan. Saya tak kisahlah warna apa sekalipun fail itu. Asalkan ia menepati objektif utama untuk mengisi kertas dan apa jua barang. Semasa saya mahu berseminar. Sungguh, saya tak kisah! Warna merah pulasan tu warna tema untuk universiti saya ketika belajar di Edinburgh, Scotland dulu.

Masalahnya saya punya tujuan adalah untuk berseminar. Sedang di fail itu tertulis 'ideal for office, school and home use. Available in a choice of colours.' Jelas kan, dia tak menepati objektif saya. Jadi, saya mahu ke kaunter pendaftaran untuk tukar fail. Bukan tukar warna fail. Haha! Bukan ini yang saya mahu sampaikan pada hari ini.

Apa yang saya ingin ketengahkan adalah jangan kita rasa dan kita fikir diri kita bagus sangat dari orang lain. Dan kita rasa kita hebat. Orang lain, belum tentu fikir sama seperti apa yang kita fikirkan. Dan tentu orang lain akan kata, macam bagus sangat dia tu. Biasalah.., mulut orang. Ada yang manis. Ada yang pahit. Jadi, untuk tahu kebagusan orang tu. Hanya Tuhan saja yang Maha mengetahui. Dan tak semestinya kita lulus PTK kita bagus. Juga orang yang tak lulus PTK atau tak ambil langsung menjadi tak bagus. Sedang, manusia adalah insan yang lemah, lebih suka mendengar dari mulut orang berbanding isi hatinya. Sekalipun orang itu mulutnya berbau seperti longkang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata kan. Manusia tidak suka menilai dan berfikir secara kritis. Ya, tak suka! Sedang, dia upaya melakukan itu. Di mentalnya ada blok! Di hati kita ada rasa sakit.

Dan apa salahnya kalau kita rasa kita bagus sekalipun. Dengan niat, supaya orang lain menjadi bagus seperti kita. Atau lebih bagus daripada kita. Kenapa pula tidak. Dengan niat kita yang suci murni itu, InsyaAllah..., pedulikan saja apa orang nak kata. Memang orang akan membenci kita. Tapi, dia akan menyesal semenyesalnya jika orang seperti kita itu sudah TIADA kelak. Menangis air mata darah sekalipun ia tak akan kembali. Rembesan keringat yang mengalir juga tidak bisa menggantikannya. Ya, ia tak akan kembali. Untuk itu, jika dah beri dua tiga kali arahan pun masih tiada anjakan paradigma. Maknanya, orang itu tidak mahukan PERUBAHAN. Oh, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Alahai...

Atau, barangkali kita perlu mahasabah diri kita pula. Kemungkinan ada silapnya semasa beri arahan ka, semasa bercakap dengannya ka, semasa bergurau dengannya ka. Cuba kita imbas kembali betul-betul.

Lawatan makan angin
Kembar tak seiras. KLIK SINI

.

No comments: