30.6.08

Kita : apa yang kita main (part iii)

Satu hari, aku mahu menekan anak paku payung ke meja. Kedua ibu jari melekap di kepala paku payung yang pipih. Lalu menekannya dengan kuat. Aku bilang, satu.., dua...

Zassss...!

Paku payung hilang. Mencari-cari ke mana paku payung itu pergi. Mana ni? Bisik hati kecil aku. Huh! Puas aku cari atas meja. Tiada. Bawah meja. Juga tiada.

Wo wo woh! Paku payung itu tertancap di pergelangan tangan kanan aku. Tusukan yang cukup dalam. Kalian mulalah nak berfantasi.

Paku di bahu melambangkan pangkat. Paku di pergelangan tangan membuat aku duduk terpaku. Dan mata aku terus terpaku pada wajah kawan aku yang selalu memulangkan paku buah keras. "Ish ish ish, macam mana leh jadi gini?" dia tanya.

Fuh! Nasib baik anak paku payung. Kalau paku pelir itik. Tak ke mampos! Tentunya koyak pergelangan tangan aku.

Zup... Aku cabut. Kemudian barulah terasa sakitnya. Darah keluar. Mengalir lesu. Baju Melayu putih aku tercalit tompokan darah.

Kemudian. Aku mahu pulang ke rumah. Perut rasa lapar. Aku terus jengah ke dapur. Buka tudung periuk. Uiks... Mak masak pucuk paku hari ini. Mak tanya aku kenapa berdarah? Aku jawab tadi kena anak paku payung. Aku tanya emak. Budak kecik yang aku nampak tadi anak siapa? Mak tak jawab. Takkanlah mak aku baru melahirkan. Bila masa pulak dia bunting. Aku semakin pelik. Masa mak berpantang dalam hari. Melahirkan anak-anaknya. Dia simpan paku dalam kantungnya bersama gunting kecil dan benda alah lain.

Kemudian emak bersuara perlahan.

"Betapa pun lurus paku, hujungnnya berkelok juga." Mak sambung "kelok paku asam belimbing, anak di pangku kemanakan dibimbing."

Ooo. Aku balas. Aku tanya mak, apa maksudnya tu? Entah. Mak aku kata. Hahaha! Aku ketawa besar. Maka aku anggaplah ini hal paku mati. Mak nak bergurau dengan aku tu. Macam main takut-takut hantu paku.

Tak berat kan cerita ni? Soal paku je.

27.6.08

Kita : apa yang kita main (part ii)

Gurau itu sendaloka hidup berselang. Makanya aku memilih untuk bergurau. Bergurau... Kau pun tahu kan? Masalahnya, gurauan itu berakhir dengan senggolan siku ke batang hidung. Kemudian. Spontan. Berbalas tamparan wanita. Pedepek! Hinggap ke pipi yang mulus. Terasa hingga menjalar ke rahang gigi. Adeh! Weh, sesungguhnya kulit hidung lebih tebal dari kulit pipi tau. Sepatutnya pipi yang harus dirisaukan berbanding hidung. Wo! Gurauan itu sudahnya berakhir dengan sepi yang membungkam. Sesekali kita mahu berseloroh dia pula ambil serius. Bila kita serius, dia pula berjenaka. Aku terus membuntangkan mata. Mungkin tak kena tempatnya kot. Untuk aku bergurau. Bisik hati kecil aku.

"Kau amikla duit ni. Setiap perjalanan ada tuntutan beb!" kata aku kepada dia.

"Tak fayah lah. Bukan jauh sangat pun." Jawab dia kepada aku.

"Motor kau tak guna petrol ke? Tak pun mesti motor kau pakai air mineral kan?" Tanya aku berganda kepada dia.

"Tak arr, pakai diesel. Haha!" Dia jawab sambil ketawa.

Bila kita serius, dia pula berjenaka. Main-main. Aku terus membuntangkan mata. Mungkin tak kena tempatnya kot. Untuk aku berserius. Bisik hati kecil aku.
___

"Komputer ni word dia takleh setup A3 la." Keluh dia yang dah entah ke berapa kali aku dengar.

"Bak sini, aku tengok!" Aku sukarela membantu.

KEMUDIAN.

"Ni ada A3 setup ni..." Aku kata.

"La. Ituari kita bukak dan cari takde pun. Sungguh! Iye." Dia.

"Afsal boleh ada pulak?! Wo! sangat magis ni..." Aku.

"Hah, nanti mesti masuk blog la tu.." Dia kata sambil mengukir senyum menyindir aku.

Alahai... Sesekali kita mahu berseloroh dia pula ambil serius. Bila kita serius, dia pula berjenaka. Aku terus membuntangkan mata. Mungkin tak kena tempatnya kot. Untuk aku bergurau. Bisik hati kecil aku.

Bagaimana ya. Bila aku mahu bergurau mereka ingat aku serius. Bila aku serius mereka pula mahu bergurau. Adeh deh deh...

Aku tak gurau ni. Siapa dapat sumbangkan pingat emas di Olimpik KERAjaan Malaysia, dapat sejuta wo! Apa? KERAjaan yang bergurau? Saya rasa tidak.

26.6.08

Kita : apa yang kita pakai (episod iii)

Weh weh. Jersi yang pertama gua miliki jersi Jerman (home). Tahun 2002. Musim Piala Dunia masa tu. Bukan ori tapi okeylah tu... Kini, entah mana jersi tu gua pun tak tahu. Last gua jumpa, ada dalam karung guni. Gua harap ada lagi. Kalau pakai, panas giler! Maklumlah tak ori. Tapi kira puas hatilah sebab dapat beli duit sendiri.

Weh! Kedua. Gua beli jersi kelab Inggeris. Manchester United musim 98 punya. Kalau gua tak silap la. Kaler merah. Weh, bukan gua belilah. Keluarga angkat gua bagi. Pastu gua bagi kat member. Nama member gua tu Imran Bin Sukeri (bukan nama sebenar). Masa tu gua tahun akhir pengajian bandar. Entah apsal gua bagi dia gua pun tak tahu. Gua murah hati kot. Gua bagi. Dia suka. Gua harap dia simpan lagi jersi tu. Atau sekurang-kurangnya dia ingat gua bila pakai jersi tu. Atau gua kena ingatkan dia. Haha!

Weh, ketiga gua miliki jersi kelab Inggeris lagi. Tottenham Hotspurs. Sebenarnya yang ke empat dalam kiraan. Mana ada insan di bumi Malaysia ni kemaruk Spurs. Gua rasa gua sorang je kot masa tu. Masa tu la.. Tapi sekarang, peminat Spurs pun ada apa! Tak caya? Tengok sini. Kita tinggalkan itu. Berbalik kepada jersi gua yang ketiga sebelum gua angkat Spurs. Masa tahun 95 gua ada team bola sendiri. Jersi sendiri. Kaler biru kolar bertali jenama Hummel. Belakang ada nombor 3. Ada nama gua. Posisi pertahanan. Jersi tu kena kebas Mat Pit masa gua sidai. Shiyal betul! Aduyai... Berbalik kepada jersi Spurs tadi, gua beli masa tahun 2002. Ada banyak masa free masa tu. Petang-petang main bola pakai jersi tu ngan seluar biru gelap jenama Umbro. Pergh! Gaya gua dah macam Klinsmann dah. Cuma Klinsmann hidung mancung la, gua punya hidung macam sup bunjut. Main hampeh! Haha!

Weh. Kelima. Bagi tak menghampakan negara sendiri. Gua beli jersi Malaysia hok murah-murah je. "Hok ni, empak puluh rial saya leh gi...leh gi paling habih tu be!" Kau pun tahu prestasi pasukan Malaysia. Zaman Mokhtar Dahari yang ok kan? Tapi gua bukan zaman tu. Zaman selepas dan selepas tu. "Be.. bagi muroh dah lah. Team Malaysia bukan top!" Untuk info, gua minat jersi tu pada logonya saja. Sebab ada harimau. Haha!

Kini, gua nak miliki jersi Arsenal (home), Chelsea (home), Manchester (home), Sepanyol (home), Jerman (away), Netherlands (home) sebagai koleksi. Wew! Banyaknya! Kadang-kadang gua bukan obses dan fanatik sangat dengan pasukan tu. Sebab gua tak boleh tahan tengok jersi yang lawa-lawa. Huhu... Alahai, sayangnya jersi gua wakil pasukan hoki sekolah. Dah hilang... Lama gua simpan. Best player beb!

Gua cari punya cari. Gua jumpa jugak jersi pertama yang gua beli. Depan ok. Belakang dah kena calitan cat. Entah siapa la guna lap cat! Nak pakai dah tak muat. Maka, gua simpan ajelah.


Weh weh weh. Korang ada jersi apa dalam koleksi heh? Jika tidak pun koleksi apa korang ada?
___
Gua penyokong Jerman. Lu sokong apa?

25.6.08

Kita : apa yang kita main (part i)

Dulu. Zaman aku budak-budak. Banyak permainan masa lapang yang dah pupus masa kini. Budak-budak sekarang dah tak main dah benda alah permainan tradisi tu. Semua dah berubah kan. Sedangkan budak-budak berubah, apatah lagi anak sungai kan? Budak dulu dan budak sekarang saaaaangat berbeza.

Dulu. Kawan aku. Ramai kawan aku. Sebaya ada. Tak sebaya pun ada. Atan, Ayim, Zai, Ketot, Senget, Is, Kerol, Erman, Heri (Tok Ai), Emi, Bijan, Dani, Zamri, Samsul, Ajak, An Besar, An Kecik, Padil Pendek, Takim, Adong, Fahmi, Amran, Lela, Leli, Lindot, Nana, Ila, Shima dan Imah Bisu. Mereka yang bawa permainan ni kepada aku. Tinggal sekampung. Bukan kampung sebenarnya. Lebih tepat kalau disebut stingarden. Memperkenalkan aku permainan tradisi. Entah sape punya idea entah! Ada je permainan-permainan baru mengikut musim. Aku tak tahulah di tempat kalian. Di tempat kami begitu.

Satu. Kalau di tempat aku. Kami main layang-layang. Aku, Atan, Zai, Ketot, Senget, Kerol, Erman buat layang-layang sendiri. Ambil beberapa helai surat khabar lama. Gunting ikut bentuk lelayang. kalau tak mau guna surat khabar boleh guna kertas minyak. Ambil lidi atau buluh buat kerangkanya. Lekatkan di kepingan kertas lelayang tadi. guna loytape ka, guna gam sekolah ka, masking tape ka. Janji lekat. Buat ekor kiri dan kanan. Jurai-jurai. Juga di bahagian pangkal dan hujung untuk mencantikkan. Tadaaa! Dah siap lelayang. Guna benang untuk ikat di kerangka lelayang dan seimbangkannya. Terpulang pada kitalah nak pakai benang apa. Selalu yang join kami main lelayang ni Lela. Sebab Lela tomboy. Nana pun tomboy tapi tak suka main lelayang. Suka main lain. Hahaha!

"Tan! O Tan! Balik kejap! Ko amik benang hitam mak eh, bak sini, mak takde benang nak menjahit ni..!!" Mak Atan terpekik terlolong ketika lelayang kami terbang meninggi. Membelah angin berlatarkan langit biru. Oh ya, Mak Atan kami panggil Makcik Gemuk.

24.6.08

Tulang belulang

Perkataan bahlul boleh ditukar apa saja perkataan yang kalian suka. Bukan apa, untuk menggambarkan kepada siapa orang itu ditujukan.

23.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod viii)

Pagi.
Aroma nasi lemak kalau dah menusuk hidung. Melalui rongga esofagus kau. Bisa membuat perut kau berdangdut. Lantas kau menelan air liur. Sedalam-dalamnya. Ermm... Walaupun menu yang ringkas bagi rakyat Malaya, ia sangat menyelerakan apabila dinikmati dengan penuh kesyukuran dan penuh kekhusyukan. Hidangan ini tak cukup lengkap jika tiada potongan mentimun muda yang segar-segar. Wow! Mentimun tu... Dilengkapi pula dengan taburan kekacang yang rangup. Aduh! Kemudian, lauk kerang menjadi pilihan kau. Dengan sambal sedia ada yang warna dan aromanya cukup untuk memberahikan kau. Bukan makan nasi lemaklah kalau sambal tu tak pedas. Ye tak? Lebih cun lagi kalau kau pekena dengan ayam goreng stail kampung misalnya. Pergh! Boleh merembes peluh kau. Mengalir keluar dari rongga-rongga tertutup di tubuh badan kau. Sesungguhnya suapan demi suapan kau menjanjikan keenakan. Tapi kalau kau mengada-ngada paksalah awek kau suapkan ke mulut mungil kau. Atau pandu tangan awek kau tu memegang sudu, kau pegang tangan awek kau untuk disuapkan ke mulut kau yang mungil tu. Kemudian, kau pejamlah mata menikmati dengan sungguhnya. Aduh! Kalau awek kau sayangkan kau suapan demi suapan pun dia sanggup. Sebaliknya, tamparan wanita yang kau dapat. Nasi kau berhamburan dari mulut kau yang mungil tu. Sebaliknya kalau kau tak ada awek, nasi lemak kerang ini membuatkan kau lebih bernafsu dari awek yang kau nampak lalu-lalang pagi-pagi baju singkat nampak pusat. Weh, walaupun kau nampak pusat dia. Kau lebih bernafsu menikmati nasi lemak ini. Dan dia tak boleh tuduh kau mata keranjang. Sungguh! Kemudian, kau pekena pula air teh O suam. Ingat, yang suam-suam saja tau. Kalau tak cukup suam kau mintaklah tauke kedai tarik lagi. Weh, kau kan pelanggan dia. Dia tak boleh nak kata apa. Customer is always boss ma!


Tengahari.
Kau diberi pilihan dua menu ala-ala kampung. Biasala, dalam hidup kena ada pilihan. Kau pilih satu. Satu lagi melibatkan kos lepas. Kau jangan sangka ala-ala kampung ni membosankan. Sekarang, lebih ramai yang memilih kampung daripada sesuatu yang bertaraf bandaraya. Telur ayam kampung misalnya. Aku cakap pasal telur tau.. Bukan isi dalam telur! Okey okey.. Kita tinggalkan telur. Tapi kalau kau nak mencuba menu ni, jangan tinggal telur. Haha!

Hidangan ini merangkumi nasi putih, ayam atau ikan bakar, ulam sayur seperti mentimun, daun pegaga, daun pucuk ubi, petai atau ulam raja. Dengan hiasan ulam-ulam kehijauan itu amat cukup membuat kau lebih bertenaga dan bernafsu untuk menjamahnya. Lebih-lebih lagi lawannya sambal belacan. Pergh! Kesat air liur kau dulu yang meleleh tu. Menu ini tak lengkap jika tak ada air asam sebagai pencecah kepada ayam atau ikan bakar yang kau makan. Boleh terbakar hati orang sebelah bila tengok kau makan dengan penuh selera dan ghairah. Lebih-lebih lagi kau ditemani teman yang kau suka. Cantik dan cun pulak tu. Bertambah-tambah selera kau. Okeey okey... Aku bukan kata yang tak cantik tak mendatangkan selera. Sekarang apa ada hal. Bila kau dah punya, kau taulah sendiri. Yang cantik itu tak semestinya mengghairahkan. Sungguh! Maaf, lari tajuk. Berbalik kepada menu tadi. Kau jangan pulak makan seorang diri. Hidangan ni sesuai makan berkumpulan. Sekurang-kurangnya dua orang. Sebab, sambil berborak sambil makan. Sambil berborak satu suapan. Pergh! Jilat jari kau... Rembesa air liur di jari kau tu lah yang memberi nikmat. Berbanding kau jilat sudu. Dan pastinya sudu itu dah dijilat oleh orang sebelum kau. Sebab sudu tu bukan kau yang punya.


Malam.
Walaupun menu yang ringkas. Tapi ia berkhasiat. Kuew Teow kow sup herba namanya. Dengar namanya saja kau dah boleh agak kan. Ia bukan untuk orang sakit. Atau hidangan di hospital-hospital di wad bersalin. Ia hidangan yang cukup baik untuk kesihatan. Aku ulang, kesihatan! Kau jangan beli di kedai. Cubalah buat sendiri. Lebih-lebih lagi kalau 'air tangan' awek kau atau mak kau. Sebelum dihidangkan, kau taburkan saja hirisan daun sup bagi menaikkan aroma baunya. Daun sup itu lebih penting daripada ubi kentang yang kau nak campurkan dalam hidangan ini. Untuk info, dalam menu tersebut terdapat bebola ikan yang comel dan pastinya sedap dikunyah. Wow! bebola ikan tu... nak letak bebola daging pun boleh. Ikut suka kau! Kau pun tahu kan, sup herba ni sangat memerlukan daya tahan mental yang kuat untuk kau menikmatinya. Tapi kau jangan sangat khuatir sebab ia tak berapa pedas. Kalau kau seorang yang pondan dan takutkan pedaslah. Tapi kalau kau Macho, boleh saja masukkan 3-4 hirisan potongan cili padi kampung. Nak gah lagi, tabur serbuk lada putih. Meleleh air mata. Dan air hidung kau beb. Barulah kow-kow!

20.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod vii)


Bagi madu dapat bunga. Habis madu kau jangan buang sepahnya. Sepahnya itulah sangat berguna.

Orang memberi kita merasa. Orang dah bagi tu jangan pulak dok mengata.
Orang berbudi kita berbahasa. Orang bagi ubi dalam pinggan. Jangan balas pulak pinggan kosong aje.

Orang dah bagi kuih tu, ambil aje lah. Masih hangat pulak tu. Mmmm.. Sedapnya. Rugi pula siapa yang tak dapat merasa. Kalau kau kata, kuih itu kuih cucur badak. Mana datang badaknya tu?

18.6.08

Kita : apa yang kita pakai (episod ii)

Satu hari. Jumpa thobib Cina - 'sengsei'. Thobib tak thobiblah. Tokei kedai ubat. Kebah kena chiken pox. Thobib Cina kata. Ini herba kasi rebus. Akar, batang, daun, ranting, buah semua kasi campur. Bikin mandi hari-hari. Kalau mau guna tambah air lagi. Ini budak jangan kena hujan arr. Jangan kasi makan biskut, jajan, keropok, goreng-goreng, ayam kfc, fastfood, nestum bla bla bla. Habis dia nak makan apa? Bubur nasi ma!

Kali kedua jumpa thobib Cina lagi. Demam. Suhu badan mak datok kau panas nak mampos! Masuk empat hari tak kebah juga. Kena ubat klinik tak jalan. Thobib Cina kata. Ini ubat kasi dia. Bagi 2.5 ml. 3 kali sehari. Ini budak jangan kasi makan biskut, jajan, keropok, goreng-goreng, ayam kfc, fastfood, nestum bla bla bla. Habis dia nak makan apa? Bubur nasi ma!

Thobib Cina mujarab, berpatutan dan serasi dengan ini budak. Maknanya cakap thobib Cina boleh pakai ma!

Sengsei. Sengsei. Sengsei.

17.6.08

Kita : apa yang kita fikir (episod iii)

Aku sedang menonton rancangan bola. Jam 3 pagi. Ahfifah bangun. Duduk mencangkung. Koma. Kemudian berdiri. Berjalan menuju ke depan kaca TV. Rapat. Sentuh. Kemudian. Dia berpatah balik. Mamai. Lalu berbaring depan TV. Eheh!

Minggu lepas. Ahfiqah bangun. Tengah malam. Selalu gitu. Kalau dia bangun nak terkencing punya. Aku belum tidur lagi kala itu. Nampak dia bangun. Aku perhatikan saja. Nak menuju ke tandas. Dia jalan. Sambil bersuara. Mata pejam. Dia masuk bilik. Bilik yang satu lagi. Dia menadah tangan. Menggosok-gosok. Tangan dia.

Hey! Sinilah tandas. Bukan situ.

Dia keluar. Kemudian berpatah balik. Kembali menadah tangan. Menggosok-gosok. Weh weh.., dia mengigau. Eheh! Tak bolehlah kau kata, tak ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi.

Sebab. Malam itu gelap.
Kuah tak nampak. Nasi apatah lagi.

16.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod vi)




Jangan terlalu memilih makanan. Makan apa yang ada. Apa yang kita mampu. Ini tidak, sikit-sikit makan Keyefsee. MekDee. Ubahlah cara hidup. Makanlah lempeng dicicah kuah kicap bersama kentang misalnya. Dah banyak kali saya cakap. Dulu pun saya ada cakap. Takkan nak cakap banyak-banyak kali baru nak buat. Mulut saya dah berbuih dah cakap ubah cara hidup. Ubah cara hidup! Tak faham ke? Hei... Entahlah.

"Bang, apakata hari ini abang masak?..."awek aku kata.

"Afsal plak?!" aku jawab dengan soal semula.

"Kita ubah cara hidup..." awek aku kata sambil ketawa berdekah-dekah.

"Weh weh weh. Ubah cara hidup hah. Bukan ubah rutin harian heh. Bapak saya tak pernah pun memasak kalau disuruh masak. Masak maggi pun tak pernah. Apatah lagi masak sayur kobis bening. Langsunglah dia tak mahu!"

"So?" Awek aku kata dalam tanya.

"Itu bapak. Tak semestinya bapak borek anak rintik kan kan kan?? Walaupun bapak saya tak pandai masak langsung. Saya bukan begitu. Bapak! Saya akan buktikan tak semestinya bapak tak tahu masak. Anak pun tak tahu masak juga. malah anak bapak lebih hebat dari itu..."

Saya pun masak sayur kobis bening. Nanti saya perturunkan resepinya di sini.

Pak Lah, takkkanlah hari-hari saya kena masak! Dan hari-hari saya kena makan lempeng. Juga makan kobis bening. Pak Lah fikirlah sendiri ya...

::::Selamat Hari Bapa Pak!::::

13.6.08

Kita : apa yang kita pakai (episod i)

Aku keluar opis. Masuk dalam kereta. Ada kereta kawan. Aku mengehon. Kerap. Dia angkat tangan. Aku mengehon lagi. Saja suka-suka. Bos lalu situ. Nampak terkocoh-kocoh. Kemudian, bos menghampiri aku. Aku bukan mengehon bos. Aku mengehon kerana berseloroh dengan kawan. Kami bukan homo. Uiks! Bos pulak yang datang. Macam nak marah aku. Aku buka menurunkan cermin tingkap. Bos hulur duit. Bos! Saya bukan pagawai yang korup! Weh! Amik duit ni beli katrij!

___
Pesanan : Kepada kawan-kawan saya yang berkhidmat di kerajaan. Jangan amalkan korup. Sekali kalian berkorup. Senang-senang kalian dikuda kayukan. Dan nama kalian dijaja. Jangan pula dijadikan alasan sebab kenaikan harga minyak, kalian mengamalkan korup! Jangan.

12.6.08

Kita : apa yang kita fikir (episod ii)

Hindun nama mak saya. Sebelum naik haji, biasa orang panggil don. Ooo don! Don o don! Begitu. Patutnya dun dun. Bunyinya don don don. Pulak dah.

Mak saya memang orang Indon. Tapi, dia dah dapat warganegara dah. Terguris hati saya, bila saya dengar. Seolah-olah orang mempermainkan nama mak saya masih orang Indon. Tapi, beliau tak pernah terguris pun. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Selepas mak pergi haji, orang panggil mak Hajjah. Tak panggil don don lagi. Terguris hati saya, bila saya dengar nama don. Akronim kepada Indon. Orang mempermainkan nama mak saya. Beliau tak pernah terguris pun. Tapi luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Di sekolah. Ada belajar sirah Rasul. Kisah Hindun melapah hati Hamzah. Pahlawan Islam terbilang. Pun nama mak saya terbabit. Mereka ajuk mak saya tak senonoh! Terguris hati saya, bila saya dengar. Beliau tak pernah terguris pun. Tapi luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Di Malaya, satu ketika. Nama allahyarhamah isteri PM adalah Hindun. Tapi, takde sorang pun cakap. Eh, nama mak kau sama dengan nama isteri PM lah... Bertuah erk. Takde! Memang takde. Memang takde kata puji-pujian. Bukan aku nak pujian sangat. Lagipun mereka berbintikan orang lain-lain. Tapi, mengapa orang kita lebih gemar mengeji dari memuji ek. Terguris hati saya, bila saya dengar. Beliau tak pernah terguris pun. Weh, luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Weh, kongsikan panggilan yang pernah anda dapat dan membuat hati anda terguris. Tidak terguris pun boleh. Silalah. Ada berani?

____
Soalan pilihan tidak bergambar :
Pilih tiga nama yang paling dekat di hati anda. Juga berlegar-legar di fikiran anda buat masa ini.
[A] Fatin Fatini maksudnya : Bijaksana bijaksana
[B] Isyraf Hadif Shah maksudnya : Pengganti, pengawasan yang mempunyai matlamat
[C] Muhamad Norizzul Zarif maksudnya : Yang terpuji cahaya kemuliaan periang, berjenaka

A,B,C adalah sebaya mungkin.

Kita : apa yang kita fikir (episod i)

Kita ikuti satu-persatu luahan beberapa orang pekerja tentang kerja mereka.

Satu.
Meriah dengan masalah dan karenah.

Dua.
Menarik tetapi sering berlanggar punggung!

Tiga.
Nyaman, tenteram dan damai.

Empat.
Keadaan sekarang amat membosankan. Saya masih lagi tercari-cari apa saya nak jadi. Saya rasa sudah penat bekerja dengan orang. Saya mahu bekerja dan menguruskan anak-anak sendiri. Saya tidak mahu lagi setiap pagi kalut nak pergi kerja. Dan membangunkan anak-anak yang sedang lena untuk dihantar ke Taska & rumah pengasuh. Kesian anak-anak. Kerja ini sungguh Membosankannnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Lima.
Environment keje sini leh kata ok tapi kadang-kadang tensen ngan bos.. agak kemut sikit.. Janji tinggal janji. Nyampes bab-bab cenggitu. Tapi sampai bila nak keje yang sah-sah tak terjamin. Nak cari keje yang leh jaminkan masa depan terus. Dah la sekarang projek gomen banyak kena stop dulu. Lepas ni nak keje apa lak.. Huhuhuhu.. tensen...

Enam.
Kalo aku explain panjang-panjang pun tetap maknanya bosan. Sebabnya ialah kurang motivasi dari bos. Kurang insentif. Kurang galakan mungkin juga aku sudah bosan dengan benda yang sama. Aku perlukan perubahan kot. Environment di tempat keje juga semakin membosankan.

Saya cadangkan kepada enam pekerja itu seperti di bawah :



____
Soalan pemahaman :
1/ Apakah pekerjaan sebenar mereka? Dan pekerjaan sampingan mereka?
2/ Berapa ramai daripada mereka yang membaca doa apabila pergi ke tempat kerja?
3/ Antara satu hingga enam. Siapakah yang berniat dan disematkan di dalam hati kerja itu satu ibadah
4/ Dalam lapan jam masa bekerja. Berapa jam sebenarnya mereka benar-benar buat kerja?

11.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod v)



Kali ini. Ya, kita akan bercerita mengenai resepi baru. Iaitu Jus mangga bersama buah avokado. Eeeeii sukanya!

Ok, kalian semua sediakan pen dan kertas untuk kita kongsi bersama. Pertama, Sediakan beberapa biji mempelam atau mempley yang masak-masak dan manis-manis. Boleh dibeli dari TESCO berhampiran anda. Harganya murah-murah. Kalau tiap-tiap hari nak pergi TESCO pun tak apa. Sebab, TESCO ada di mana-mana. Kedua, sediakan dua biji buah avokado. Eeeeii sukanya!

Ok. Pertama, kupas buah mempley tu. Basuh. Potong. Masukkan dalam pengisar. Masukkan sedikit air. Sedikit gula secukup rasa. Apalagi, belender lah mempley tu untuk keluarkan jusnya. Taraaa...! Dah siap. Tuang di gelas cantik. Gelas yang dibeli di Langkawi misalnya. Masukkan beberapa ketulan ais. Sediakan straw dan hiasi gelas tersebut dengan bunga orkid ke, hirisan buah ke. Dua biji buah avokado diletakkan di sebelah jus mempelam (mempley) tadi di atas meja untuk dihidangkan.

Maka siaplah. Jus mangga bersama buah avokado. Mudah kan? Selamat mencuba!

10.6.08

Sesuatu itu bermula dari rumah

Dinding putih polos itu di tampal dengan poster-poster pembelajaran. Satu poster buah-buahan dan sayur-sayuran. Satu lagi nombor-nombor bergambar dari satu hinggga dua puluh. Satu pagi, dialog ini berlaku.

"Adik. Adik! Ni apa? A.. B..." Afiqah Afarah menghampiri poster itu sambil menunjukkan satu-persatu apa yang ada di poster itu.

"A..."
"Ermmm.."
"B..."
"Ermmm.."
"C..."
"Uwhoah!"

Afiqah Afarah dan Afifah Mahirah bersahutan. Belajar dari kakaknya.



"Oit. Oit.. Tu bukan abjad la! Tu nombor. Satu.. Dua.. Tiga..."

Afiqah Afarah tersipu-sipu menunduk malu. Afifah Mahirah terus menunjuk-nunjuk. Dia baru tumbuh gigi. Baru tumbuh gigi dah pandai makan nasi lemak. Aduhai! demamnya tak kebah-kebah lagi. Masuk tiga hari.

Ini semua satu proses kan? Proses dalam kehidupan.

9.6.08

Makhluk Tuhan paling seksi



Gwa bukan persoalkan kerja lu yang lambat. Tapi gwa hairan dan pelik kenapa kerja lu lambat sangat sampai ambil masa tiga purnama. Entah apa dalam tempoh tiga purnama lu buat gwa pun tak tahu. Kalau lu kata lu ada banyak benda nak buat. Lu siapkanlah sikit-sikit. Dalam tempoh tiga purnama tu, siput babi dari Johor Bahru boleh sampai Kuala Lumpur. Sebab siput babi tu work smart. Bukan work hard. Dia tumpang kereta produa VIVA. Mulanya, siput babi tu bukan tahu VIVA tu siapa punya. Yang dia tahu, VIVA tu makhluk tuhan yang punya. Tapi lama-kelamaan dia tahu juga. Empunya VIVA tu sebenarnya macam dia juga, makhluk Tuhan. Untuk rekod lu, gwa bukan nak jaga lu seorang sebab gwa pun ibarat kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek. Tapi gwa harapkan tiga purnama itu sesuatu yang baik dan sempurna dari lu. Bukan ibarat gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai pula mentah. Hak ptuui!

Walaupun sesekali gwa bagi lu kata-kata pedas sindiran. Gwa harap lu boleh faham sendiri. Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat. Gwa bukan apa, bila gwa explain lu macam faham. Tapi... Entahlah. Kalau sekali dua gwa boleh terimalah. Tapi kalau dah berkali-kali apa kejadahnya. Inilah dinamakan bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.

_____
Lawatan sambil belajar :
Sambutan Hari Jadi yang paling mewah di pejabat setakat ini. KLIK SINI
Team favourite gwa menang. Potugal & Jerman. Haha! KLIK SINI

7.6.08

Gwa baca pun kena tag

A-7 Raw Facts About Me:
A1. Muka gwa memang serius garang, tapi hati girang beb;
A2. Gwa hantu durian. Lu bagi seguni pun gwa boleh habiskan;
A3. Gwa sukakan kekemasan, bencikan keberserakan;
A4. Gwa tak tolak rezeki, apa pun lu bagi gwa amik;
A5. Gwa suka kitar semula; plastik, kertas etc;
A6. Gwa tak pernah memandu selaju 160km/j;
A7. Gwa suka bergurau. Haha!

B-7 Things That Scare Me:
B1. Katak menggerutu;
B2. Scorpion; Pernah merayap kat badan gwa masa gwa tidur.
B3. Tikus kuku tajam;
B4. Cikgu yang suka cubit peha;
B5. Jatuh dari bangunan tinggi.
B6. Dalam gelap sorang diri. Lebih-lebih lagi tengah malam buang air kat tandas jirus (buatan kayu) luar rumah kat kampung.
B7. Mayat

C-7 Current Songs:
C1. Semua lagu Melayu gwa layan
C2. Tak semua lagu Inggeris gwa layan,
C3. Gwa tak layan lagu Tamil,
C4. Gwa tak layan lagu Cina,
C5. Kekadang gwa dengar lagu Jepun.
C6. Lagu dari seberang gwa layan jugak!
C7. Gwa banyak layan lagu ciptaan Allahyarham Loloq dan M. Nasir

D-7 Things I Say Frequently:
D1. Iye ke?
D2. Amacam bro?
D3. Hoit kat mana?
D4. Allright…
D5. Ek eleh!
D6. Kan kan kan..
D7. Mana musim…

E-7 Most Valuable and Sentimental Things of Me:
E1. Jam tangan Tag Huever gwa dan koleksi jam lain (dah kena curi)
E2. Gambar gwa masa graduate sekolah TADIKA
E3. Koleksi poskad gwa
E4. Surat kebenaran masuk sekolah kerajaan. Baca lanjut sini
E5. Motor Honda EX5 gwa. Adik ipar gwa dah tibai.
E6. Henpon-henpon lama gwa.
E7. Koleksi rantai kunci gwa dari dalam dan luar negara.

F-7 First Time In My Life:
F1. Makan daging landak.
F2. Akad nikah tiga orang bergilir; gwa orang pertama. Jurunikah tanya "siapa nak dulu ni?" gwa angkat tangan. Saya. Saya.. Gwa cakap.
F3. Berkhatan di rumah cara kampung tanpa bius.
F4. Nyonya langgar gwa. Berjahit kaki gwa. Padahal masa tu gwa takde lesen lagi. Tapi Nyonya kena bayar ganti rugi.
F5. Gwa kena 'chiken pox' dua kali
F6. Gwa tangkap belut, siang, goreng dan makan kat longkang
F7. Gwa jatuh. Jatuh cinta!

6.6.08

Gwa abang. Lu adik.

"Kenapa masuk opis lambat ni?!"

"Saya naik motor bos! Minyak naik bos."

Motosikal Honda gwa ni ada sentimental value. Gwa guna khidmat dia dari Tahun 1997 hingga 2001. Banyak dia berjasa. Bulan lepas punya bulan lepas, gwa balik kampung. Ingat nak angkat motor ni bawak bandar. Sekali gwa tengok, adik ipar gwa dah tibai. Hey, gwa kan abang. Lu kan adik! Rim sukan hijau, senang-senang lu dah tolak entah pada sape entah. Tukar pulak rim besi lidi tak sukan. Hey.. hey.., gwa tukar rim sukan pakai duit gaji pertama gwa tau. Senang-senang lu tolak pada member lu. Atau pada mat gian mana entah. Gwa tengok banyak benda dah jahanam. Brek depan dah rosak. Belakang brek pad dah haus! Tempat duduk terkopak. Cermin pandang belakang dah takde. Itu gwa tak kisah! Hey.., hey! Semua banyak dah barai. Lu pakai pergi kerja ke lu bawak pergi ladang?

Gwa bukan apa. Gwa rindu ayat ni..."Hei hei, abang motor sport rim hijau datang hoi..." atau ayat yang ni. "Fuyyoh! sport rim hijau tu..." Masa tu, motor gwa, adalah motor tunggal rim sukan hijau di Universiti itu. Gwa rasa, sekarang dah banyak dah orang pakai. Diorang tiru gwa la tu... Haha!

Kepada adik ipar yang gwa tabik. Lu pakailah dengan baik motosikal tu. Gwa cuma sakit hati lu tolak rim sukan hijau gwa tanpa pengetahuan gwa. Benda tu ada sentimental value bagi gwa. Gwa naik minyak ni! Lagipun lu kan adik! Gwa kan abang! Haha!


____

Mari kita bandingkan harga minyak di negara pengeluar minyak lain. Adakah Malaysia yang paling rendah?

UAE – RM1.19/litre
Iran – RM0.35/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Venezuela – RM0.16/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre.

Ini kawan gwa kata. Kalau dia kencing gwa. Maka kalian pun kena kencing dengan gwa lah.

5.6.08

Mohd. Rakyat & Pak Lah

Ini kira-kira Mohd. Rakyat yang kerap menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Dia atas pengumuman Pak Lah. Kenaikan petrol di tanah api yang kita sayangi. Untuk info, Mohd. Rakyat pakai kereta 1,000 cc. Mempunyai tanggungan seramai 3 orang (tahun ini).

SEBELUM
RM 2.00 seliter X 30l x 4 minggu = RM 240.00 sebulan
RM 240.00 sebulan X 12 bulan = RM 2,880.00
RM 2,880.00 - RM 0 (tiada subsidi) = RM 2,880.00 setahun
::: RM 240.00 / bulan

SELEPAS
RM 2.70 seliter X 30l x 4 minggu = RM 324.00 sebulan
RM 324.00 sebulan X 12 bulan = RM 3,888.00
RM 3,888.00 - RM 625.00 (subsidi tunai setahun) = 3,263.00 setahun
::: RM271.92 / bulan

Pengiraan ini, hanya melibatkan Mohd. Rakyat ulang-alik ke tempat kerja sahaja.

Jadi, perbelanjaan minyak Mohd. Rakyat telah meningkat kepada RM 31.92 / bulan.

"Harga minyak kita masih lagi terendah di Asia, melainkan negara Brunei. Mereka special case sikit" Pak Lah.

*****
Ha ha ha...
Setakat naik RM2.70 seliter apa ada hal kan kan. Mohd. Rakyat tak hairan dan tak terkejut langsung. Malah Mohd. Rakyat sangat gembira gila babi. Dan tak menitiskan air mata. Mohd. Rakyat kan tak ada perasaan. Itu pasal Mohd. Rakyat tak mau tunjuk perasaan. Setia Mohd. Rakyat masih tidak berbelah bagi kepada pembela bangsa, United Malay National Organization.

"Ingat! Biji mata kamu akan lebam sekiranya kamu buat lawak ke atas diri Pak Lah! Saya suka cara kepimpinan beliau. Kalau kamu tak suka. Kamu boleh blah! Ini bukan salah Pak Lah!" kata Mohd. Rakyat.

___
5 Jun Hari Alam Sekitar Sedunia :
"KICK THE HABIT! TOWARDS A LOW CARBON ECONOMY"

Kita : apa yang kita makan (episod iv)



Pada satu malam yang sunyi sepi, Sal mengejutkan Rom yang sedang nyenyak tidur. Erm.., tidurnya tidak berdengkur. Sopan pulak tu. Maklumlah makan beras berlabel hijau lima peratus hancur.

Sal : Bang, bangun bang... Bangun la cepat. Bang.
Rom : Hish apa ni kejutkan orang tengah-tengah malam buta ni. Ada hajat ke?
Sal : Ala abang ni... Abang lupa makan ubat la... Cepat la bangun.. Kan doktor dah pesan kena makan sebelum tidur.
Rom : Ubat apa?
Sal : Ubat tidur.
Rom : @#%^#^???? Hampehrizesme. Awak nak makan selipar saiz 9 tak? Dah dah! Abang nak tidur! Ada apa-apa lagi soalan?

Bukan ini soalnya.
Soalnya sekarang. Di tanah air api yang kita cintai dilaporkan mengalami kekurangan bekalan makanan. Saya sebagai orang yang bernama Mohd. Rakyat sangatlah pasrah! Dari dulu saya dah kata, cadangan saya tak nak pakai. Kan dah! Tu tu.., tanah-tanah terbiar gunalah semaksima mungkin. Kan dah lama isu ni kan? Jangan la tanah api biar begitu saja khazanah ni. Dengan semak-samun sana-sini. Lainlah kalau semak tu sengaja ditanam untuk makanan lembu misalnya. Iyela, masa tu saya baru Tahun 1 di Universiti tanah api. Siapalah saya kan? Tanah-tanah terbiar ini bukan saja boleh dimanfaatkan untuk pertanian. Malah, penternakan, akuakultur dan sebagainya. Dulu, kan dah ada Rancangan Buku Hijau. Kenapa tak dilaksana? Kenapa tanah api kita tak ada rancangan jangka panjang untuk keselamatan makanan?

Lagi, saya ada cadangkan agar landskap di kawasan perumahan. Masa tu saya di Tahun 3 di Universiti tanah api. Siapalah saya kan? Tepi-tepi jalan depan rumah tu, tanamlah buah-buahan yang boleh di makan misalnya. Rambutan ka, kelapa ka, betik ka, durian ka, magga ka, manggis ka. Argh! banyak la. Pasu-pasu dalam rumah tu, janganlah tanam pokok bunga saja. Tanamlah pokok-pokok yang boleh dimakan atau dimanfaatkan. Pokok herba ka, sayuran ka, buah-buahan ka, ubat-ubatan ka dan sebagainya. Siapalah saya kan...

Kemudian, saya di Tahun 4 di Universiti tanah api, juga ada mencadangkan kepada Kurajaan agar meminda Seksyen 204 dan 204A Kanun Tanah Negara (KTN) untuk membolehkan tanah bersaiz kurang daripada 0.4 hektar diberi hak milik sendiri tanpa perlu mendapat keizinan. Masa tu, siapalah saya kan? Dengan hanya CGPA 3.0 je. Siapa nak dengar cakap saya kan?

Bukan ini soalnya.
Soalnya, cuba kalian fikir eh. Makanan bagi sebuah bandar itu adalah sistem di dalamnya. Sistem di dalam bandar termasuklah manusia (penduduk) di dalamnya. Makanan ruji manusia di tanah api kita pula adalah nasi kan?

Hak ele! Malaslah saya nak cadangkan lagi. Walaupun saya tak sepandai mana. Saya juga kerap guna otak kiri. Bukan bermakna saya tak boleh menyumbang kepada tanah api kan? Saya kan Mohd. Rakyat. Saya... Saya kan abang! Kecik hati saya tau... Dah la dah la.

4.6.08

Konsistensi

Pada malam itu yang peratusnya kegelapan. Di dalam kamar tidur yang sepi. Argh! Tak mahulah cerita di dalam kamar tidur. Kalian pasti mula berfantasi yang bukan-bukan nanti. Kita cerita di luar kamar lah.

Di luar kamar. Di ruang tamu. Ada akuarium yang sedang-sedang saiznya. Sekawanan ikan emas Ryukin berenang-renang ke tepian. Kalian pun dah boleh agak, peratus air di dalamnya bewarna lumut kehijauan. Jika lihat dari kejauhan sekalipun. Kini, isipadu airnya pula separuh dari isipadu akuarium. Kemudian terdengar. Satu suara ini.

"Kalau nak bela ikan tu. Belalah betul-betul. Sampai hijau air akuarium tu. Kesian ikan tu tak nampak. Mula-mula je rajin! Lama-lama malas nak mampos!"

Lama-lama malas nak mampos saja aku tambah menyedapkan cerita. Haha!

Pokoknya. Sebarang apa jua yang kita lakukan perlu ada istiqamah dan konsisten. Kalau kita pilih mahu buat. Kita buatlah secara berterusan. Jangan hangat-hangat tahi babi. Konsisten pula kenalah pada tempatnya.

"Tak solat Jumaat ke hari ni?"

"Tak. Minggu lepas saya tak pergi. Hari ni, saya malas nak pergi. Saya kan istiqamah lagi konsisten."

Hah! Inilah nama istiqamah tak kena tempat. Sama-samalah kita fikirkan. Amalan kita yang ingin dibawa ke sana dah konsisten dan cukup?

3.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod iii)

Bilik itu. Yang majoritinya kaum Hawa. Aku di dampingi gadis-gadis cun. Pagi itu. Kami dijamu hidangan sarapan pagi. Cukup menggiurkan. Aku satu-satunya mewakili kaum Adam. Di kala itu. Sangat sukarela untuk membaca doa selamat yang ringkas. Dan mohon keberkatan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku memulakan doa dengan Ummul Kitab al-Fatihah. Selesai saja itu. Semua yang hadir menadah tangan. Doa pada pagi itu, aku pilih baca dalam Bahasa Arab. Lebih mudahlah bagi aku. Aku baca, mereka mengaminkan. Hampir selesai bacaan doa selamat. Di kotak pemikiran aku tidak terlintas bacaan doa makan. Ish.., ish.., apa doa makan ni. Aduish... Selesai doa. Aku meneruskan bacaan.

Sudahnya. Bacaan yang terpacul dari mulut aku adalah Allahumma laka sumtu wabika amantu wa 'ala rizkika aftartu birahmatika...

Belum pun selesai bacaan itu. Bilik itu. Riuh dengan gelak tawa sang wanita. Yang rata-ratanya kaum Hawalah. Ekekekeke... Kenapa mereka ketawa. Alahai.., aku malu sendiri. Mereka mentertawakan aku bukan kerana bacaan. Tapi kerana muka aku yang terlalu yakin dengan bacaan itu.

"Muka konfiden je...," sahut salah seorang wanita di bilik itu.

Dalam apa hal sekalipun. Salah-betul taruk belakang. Apa yang lebih penting tahap keyakinan diri kita sendiri. Kan kan kan? Tapi apa kejadahnya doa berbuka puasa yang kau baca pada pagi itu. Tak mengapa, keyakinan itu penting. Kesilapan itu nombor dua. Binalah keyakinan diri anda sendiri.

2.6.08

Ucapan tak terucap

Kadangkala, kita cakap depan-depan, banyak kali sekalipun, dia memekakkan telinga dan buat-buat tak faham. Kita sindir apatah lagi. Langsung dia tak faham! Untuk benda yang terbuku dalam hati ini, aku tak mahu simpan lama. Lebih baik aku tulis. Sebagi satu cara luahan hati yang terbuku. Supaya ia tak busuk dalam hati sendiri. Busuk dalam hati itu bukan kerana hati kita busuk. Atau kita busuk hati. Busuk itu boleh mengundang ulat yang menggigit sedikit demi sedikit. Sehingga rapuh.

Jadi, kita akan rasa lega setelah meluahkan segala isi perut kita.
Satu yang pergi, sepuluh yang datang tau! Haha, cepat hubungi saya. Ada jawatan kosong.