26.6.08

Kita : apa yang kita pakai (episod iii)

Weh weh. Jersi yang pertama gua miliki jersi Jerman (home). Tahun 2002. Musim Piala Dunia masa tu. Bukan ori tapi okeylah tu... Kini, entah mana jersi tu gua pun tak tahu. Last gua jumpa, ada dalam karung guni. Gua harap ada lagi. Kalau pakai, panas giler! Maklumlah tak ori. Tapi kira puas hatilah sebab dapat beli duit sendiri.

Weh! Kedua. Gua beli jersi kelab Inggeris. Manchester United musim 98 punya. Kalau gua tak silap la. Kaler merah. Weh, bukan gua belilah. Keluarga angkat gua bagi. Pastu gua bagi kat member. Nama member gua tu Imran Bin Sukeri (bukan nama sebenar). Masa tu gua tahun akhir pengajian bandar. Entah apsal gua bagi dia gua pun tak tahu. Gua murah hati kot. Gua bagi. Dia suka. Gua harap dia simpan lagi jersi tu. Atau sekurang-kurangnya dia ingat gua bila pakai jersi tu. Atau gua kena ingatkan dia. Haha!

Weh, ketiga gua miliki jersi kelab Inggeris lagi. Tottenham Hotspurs. Sebenarnya yang ke empat dalam kiraan. Mana ada insan di bumi Malaysia ni kemaruk Spurs. Gua rasa gua sorang je kot masa tu. Masa tu la.. Tapi sekarang, peminat Spurs pun ada apa! Tak caya? Tengok sini. Kita tinggalkan itu. Berbalik kepada jersi gua yang ketiga sebelum gua angkat Spurs. Masa tahun 95 gua ada team bola sendiri. Jersi sendiri. Kaler biru kolar bertali jenama Hummel. Belakang ada nombor 3. Ada nama gua. Posisi pertahanan. Jersi tu kena kebas Mat Pit masa gua sidai. Shiyal betul! Aduyai... Berbalik kepada jersi Spurs tadi, gua beli masa tahun 2002. Ada banyak masa free masa tu. Petang-petang main bola pakai jersi tu ngan seluar biru gelap jenama Umbro. Pergh! Gaya gua dah macam Klinsmann dah. Cuma Klinsmann hidung mancung la, gua punya hidung macam sup bunjut. Main hampeh! Haha!

Weh. Kelima. Bagi tak menghampakan negara sendiri. Gua beli jersi Malaysia hok murah-murah je. "Hok ni, empak puluh rial saya leh gi...leh gi paling habih tu be!" Kau pun tahu prestasi pasukan Malaysia. Zaman Mokhtar Dahari yang ok kan? Tapi gua bukan zaman tu. Zaman selepas dan selepas tu. "Be.. bagi muroh dah lah. Team Malaysia bukan top!" Untuk info, gua minat jersi tu pada logonya saja. Sebab ada harimau. Haha!

Kini, gua nak miliki jersi Arsenal (home), Chelsea (home), Manchester (home), Sepanyol (home), Jerman (away), Netherlands (home) sebagai koleksi. Wew! Banyaknya! Kadang-kadang gua bukan obses dan fanatik sangat dengan pasukan tu. Sebab gua tak boleh tahan tengok jersi yang lawa-lawa. Huhu... Alahai, sayangnya jersi gua wakil pasukan hoki sekolah. Dah hilang... Lama gua simpan. Best player beb!

Gua cari punya cari. Gua jumpa jugak jersi pertama yang gua beli. Depan ok. Belakang dah kena calitan cat. Entah siapa la guna lap cat! Nak pakai dah tak muat. Maka, gua simpan ajelah.


Weh weh weh. Korang ada jersi apa dalam koleksi heh? Jika tidak pun koleksi apa korang ada?
___
Gua penyokong Jerman. Lu sokong apa?

9 comments:

Anonymous said...

WAH..WAH...WAH...KUMPUL JERSI SAKAN YER...KITER SOKONG JERMAN N TURKI..SMLM RASA TAK BEST JER TGK BOLA.HUHUUU..

lupikirlahsendiri said...

lulu aaa mase wa blaja wa suka satu jersi nie jenama adidas wa beli bundle..belakang dia tulis "BoB Marley"..

p/s: sampai sikalang wa pikir BoB Marley nie pernah main kat club mane hoo??

saudagar gaRAM.. said...

wa tak kumpul jersi..

tapi kalo ada orang nak bagi,gua angkat..



gua kumpul koleksi kaset jek..

m.nasir..
kopratasa..
ramli sarip..
alleycats..


hahahahhahaaa.....

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

gua kumpul jersi lumba basikal..amacam?ok tak buat pergi semayang jumaat?

Kaktiny said...

salam ahtok..

saya tak kumpul jersi..
tapi tukang beli dan hadiahkan jersi bagi kat husband..
walaupun harga yang ori tu bleh tahan lasaknya.. tapi puas hati.. sbbnya.. asal nak keluar, saya takyah pening2 iron baju dia or tgk baju dia sesuai dgn seluar apa.. bagi jersi, bagi jeans... jalan.. settle.. mudah, senang dan cepat.. hihihi

jagoan said...

ahmoi,
tgk bola tak best. Main lagi best. Er maksud saya main bola.

lupikir,
Bob Marley main bole beb. Club Med. haha. Tapi gua rasa, dia main la.

saudagar,
cayalah. klasik ko ni... Mesti ko anti CD or DVD kan

yapong,
Haha. Ok je, janji menutup aurat. Sangat jarang aku dengar orang kumpul jersi beskal. Kira unik ni.

kaktiny,
bestnyer jadi husband kak tiny kan kan kan...

jagoan said...
This comment has been removed by the author.
Danielle_Corleone said...

gua ada jugak koleksi jersi! hehe! jersi penang ngan MU abg ipar gua kasi, then gua beli jersi Rep Czech sebab gua minat dengan Team ni dari awal tahun 1990 lagi. then masa B'day ari tu awek kasi jersi kosong adidas. hahaha :P kalo ah tok nak tau gua suka kumpul pengikat roti yang bentuk petak berwarna macam2 tu. yang ada tulis harga ngan tarikh luput roti tu. hahahaha! :P

amniZ said...

salam,
ada tak sape2 yang ada jersi korea selatan tahun 2002?