13.6.08

Kita : apa yang kita pakai (episod i)

Aku keluar opis. Masuk dalam kereta. Ada kereta kawan. Aku mengehon. Kerap. Dia angkat tangan. Aku mengehon lagi. Saja suka-suka. Bos lalu situ. Nampak terkocoh-kocoh. Kemudian, bos menghampiri aku. Aku bukan mengehon bos. Aku mengehon kerana berseloroh dengan kawan. Kami bukan homo. Uiks! Bos pulak yang datang. Macam nak marah aku. Aku buka menurunkan cermin tingkap. Bos hulur duit. Bos! Saya bukan pagawai yang korup! Weh! Amik duit ni beli katrij!

___
Pesanan : Kepada kawan-kawan saya yang berkhidmat di kerajaan. Jangan amalkan korup. Sekali kalian berkorup. Senang-senang kalian dikuda kayukan. Dan nama kalian dijaja. Jangan pula dijadikan alasan sebab kenaikan harga minyak, kalian mengamalkan korup! Jangan.

8 comments:

Danielle_Corleone said...

Pesanan khidmat masyarakat yang chantek!

Meera Melati said...

katakan TIDAK pada korup!

tasekM said...

beli katrij tu....

Masy said...

duit lebih beli katrij tu jgn lupe pulangkan. hehe

AL-BIMA SAKTI said...

hidup jgn amalkan rasuah
nanti hidup tak ada tuah
hari-hari menggelabah
silap-silap darah pun dah tak merah...

adie said...

kalu hardisk korup camno? bunyi sama ejaan lain..hehe..

saudagar gaRAM.. said...

mana ada RASUAH..
apa barang.



mak,duit lebih beli beras ni orang amek ya?

...ni kira rasuah ke beb?

jagoan said...

dan,
cantik. kau memang cantik.

meera,
katakan YA pada amanah!

tas,
beli katrij dapat hadiah payung

masy,
mana tau ada duit lebih?

dar,
tu pantun santun empat kerat. haha

mr penyu,
beli baru. murah dah la ni.

sau,
bergantung pada niat kau. heh