6.6.08

Gwa abang. Lu adik.

"Kenapa masuk opis lambat ni?!"

"Saya naik motor bos! Minyak naik bos."

Motosikal Honda gwa ni ada sentimental value. Gwa guna khidmat dia dari Tahun 1997 hingga 2001. Banyak dia berjasa. Bulan lepas punya bulan lepas, gwa balik kampung. Ingat nak angkat motor ni bawak bandar. Sekali gwa tengok, adik ipar gwa dah tibai. Hey, gwa kan abang. Lu kan adik! Rim sukan hijau, senang-senang lu dah tolak entah pada sape entah. Tukar pulak rim besi lidi tak sukan. Hey.. hey.., gwa tukar rim sukan pakai duit gaji pertama gwa tau. Senang-senang lu tolak pada member lu. Atau pada mat gian mana entah. Gwa tengok banyak benda dah jahanam. Brek depan dah rosak. Belakang brek pad dah haus! Tempat duduk terkopak. Cermin pandang belakang dah takde. Itu gwa tak kisah! Hey.., hey! Semua banyak dah barai. Lu pakai pergi kerja ke lu bawak pergi ladang?

Gwa bukan apa. Gwa rindu ayat ni..."Hei hei, abang motor sport rim hijau datang hoi..." atau ayat yang ni. "Fuyyoh! sport rim hijau tu..." Masa tu, motor gwa, adalah motor tunggal rim sukan hijau di Universiti itu. Gwa rasa, sekarang dah banyak dah orang pakai. Diorang tiru gwa la tu... Haha!

Kepada adik ipar yang gwa tabik. Lu pakailah dengan baik motosikal tu. Gwa cuma sakit hati lu tolak rim sukan hijau gwa tanpa pengetahuan gwa. Benda tu ada sentimental value bagi gwa. Gwa naik minyak ni! Lagipun lu kan adik! Gwa kan abang! Haha!


____

Mari kita bandingkan harga minyak di negara pengeluar minyak lain. Adakah Malaysia yang paling rendah?

UAE – RM1.19/litre
Iran – RM0.35/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Venezuela – RM0.16/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre.

Ini kawan gwa kata. Kalau dia kencing gwa. Maka kalian pun kena kencing dengan gwa lah.

3 comments:

Anonymous said...

alahai.. kesian sungguh gua baca cerita lu, bro. walaupun lu abg, rim sukan kaler hijau lu dah kena jual. halalkan je la...

*fakta harga minyak tu betul kot.

saudagar gaRAM.. said...

fakta harga minyak memang betul beb..


dan rim sukan kaler ijau lu,gua angkat kot..

hahahhaaaa...


tapi gua bukan mat gian..

ok..gua tipu.




maksud gua psl rim,bkn psl mat gian..

AL-BIMA SAKTI said...

sabar ahtok...
apa-apa pun gwa respek kaler rim moto lu tu. nak jimat kena tunggang kuda tu la...