23.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod viii)

Pagi.
Aroma nasi lemak kalau dah menusuk hidung. Melalui rongga esofagus kau. Bisa membuat perut kau berdangdut. Lantas kau menelan air liur. Sedalam-dalamnya. Ermm... Walaupun menu yang ringkas bagi rakyat Malaya, ia sangat menyelerakan apabila dinikmati dengan penuh kesyukuran dan penuh kekhusyukan. Hidangan ini tak cukup lengkap jika tiada potongan mentimun muda yang segar-segar. Wow! Mentimun tu... Dilengkapi pula dengan taburan kekacang yang rangup. Aduh! Kemudian, lauk kerang menjadi pilihan kau. Dengan sambal sedia ada yang warna dan aromanya cukup untuk memberahikan kau. Bukan makan nasi lemaklah kalau sambal tu tak pedas. Ye tak? Lebih cun lagi kalau kau pekena dengan ayam goreng stail kampung misalnya. Pergh! Boleh merembes peluh kau. Mengalir keluar dari rongga-rongga tertutup di tubuh badan kau. Sesungguhnya suapan demi suapan kau menjanjikan keenakan. Tapi kalau kau mengada-ngada paksalah awek kau suapkan ke mulut mungil kau. Atau pandu tangan awek kau tu memegang sudu, kau pegang tangan awek kau untuk disuapkan ke mulut kau yang mungil tu. Kemudian, kau pejamlah mata menikmati dengan sungguhnya. Aduh! Kalau awek kau sayangkan kau suapan demi suapan pun dia sanggup. Sebaliknya, tamparan wanita yang kau dapat. Nasi kau berhamburan dari mulut kau yang mungil tu. Sebaliknya kalau kau tak ada awek, nasi lemak kerang ini membuatkan kau lebih bernafsu dari awek yang kau nampak lalu-lalang pagi-pagi baju singkat nampak pusat. Weh, walaupun kau nampak pusat dia. Kau lebih bernafsu menikmati nasi lemak ini. Dan dia tak boleh tuduh kau mata keranjang. Sungguh! Kemudian, kau pekena pula air teh O suam. Ingat, yang suam-suam saja tau. Kalau tak cukup suam kau mintaklah tauke kedai tarik lagi. Weh, kau kan pelanggan dia. Dia tak boleh nak kata apa. Customer is always boss ma!


Tengahari.
Kau diberi pilihan dua menu ala-ala kampung. Biasala, dalam hidup kena ada pilihan. Kau pilih satu. Satu lagi melibatkan kos lepas. Kau jangan sangka ala-ala kampung ni membosankan. Sekarang, lebih ramai yang memilih kampung daripada sesuatu yang bertaraf bandaraya. Telur ayam kampung misalnya. Aku cakap pasal telur tau.. Bukan isi dalam telur! Okey okey.. Kita tinggalkan telur. Tapi kalau kau nak mencuba menu ni, jangan tinggal telur. Haha!

Hidangan ini merangkumi nasi putih, ayam atau ikan bakar, ulam sayur seperti mentimun, daun pegaga, daun pucuk ubi, petai atau ulam raja. Dengan hiasan ulam-ulam kehijauan itu amat cukup membuat kau lebih bertenaga dan bernafsu untuk menjamahnya. Lebih-lebih lagi lawannya sambal belacan. Pergh! Kesat air liur kau dulu yang meleleh tu. Menu ini tak lengkap jika tak ada air asam sebagai pencecah kepada ayam atau ikan bakar yang kau makan. Boleh terbakar hati orang sebelah bila tengok kau makan dengan penuh selera dan ghairah. Lebih-lebih lagi kau ditemani teman yang kau suka. Cantik dan cun pulak tu. Bertambah-tambah selera kau. Okeey okey... Aku bukan kata yang tak cantik tak mendatangkan selera. Sekarang apa ada hal. Bila kau dah punya, kau taulah sendiri. Yang cantik itu tak semestinya mengghairahkan. Sungguh! Maaf, lari tajuk. Berbalik kepada menu tadi. Kau jangan pulak makan seorang diri. Hidangan ni sesuai makan berkumpulan. Sekurang-kurangnya dua orang. Sebab, sambil berborak sambil makan. Sambil berborak satu suapan. Pergh! Jilat jari kau... Rembesa air liur di jari kau tu lah yang memberi nikmat. Berbanding kau jilat sudu. Dan pastinya sudu itu dah dijilat oleh orang sebelum kau. Sebab sudu tu bukan kau yang punya.


Malam.
Walaupun menu yang ringkas. Tapi ia berkhasiat. Kuew Teow kow sup herba namanya. Dengar namanya saja kau dah boleh agak kan. Ia bukan untuk orang sakit. Atau hidangan di hospital-hospital di wad bersalin. Ia hidangan yang cukup baik untuk kesihatan. Aku ulang, kesihatan! Kau jangan beli di kedai. Cubalah buat sendiri. Lebih-lebih lagi kalau 'air tangan' awek kau atau mak kau. Sebelum dihidangkan, kau taburkan saja hirisan daun sup bagi menaikkan aroma baunya. Daun sup itu lebih penting daripada ubi kentang yang kau nak campurkan dalam hidangan ini. Untuk info, dalam menu tersebut terdapat bebola ikan yang comel dan pastinya sedap dikunyah. Wow! bebola ikan tu... nak letak bebola daging pun boleh. Ikut suka kau! Kau pun tahu kan, sup herba ni sangat memerlukan daya tahan mental yang kuat untuk kau menikmatinya. Tapi kau jangan sangat khuatir sebab ia tak berapa pedas. Kalau kau seorang yang pondan dan takutkan pedaslah. Tapi kalau kau Macho, boleh saja masukkan 3-4 hirisan potongan cili padi kampung. Nak gah lagi, tabur serbuk lada putih. Meleleh air mata. Dan air hidung kau beb. Barulah kow-kow!

3 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

customer tetap betul...

tasekM said...

aku lapo

jagoan said...

al-bima,
uiks..mana tau nih..

tas,
kalu lapo, semua sedak.