4.6.08

Konsistensi

Pada malam itu yang peratusnya kegelapan. Di dalam kamar tidur yang sepi. Argh! Tak mahulah cerita di dalam kamar tidur. Kalian pasti mula berfantasi yang bukan-bukan nanti. Kita cerita di luar kamar lah.

Di luar kamar. Di ruang tamu. Ada akuarium yang sedang-sedang saiznya. Sekawanan ikan emas Ryukin berenang-renang ke tepian. Kalian pun dah boleh agak, peratus air di dalamnya bewarna lumut kehijauan. Jika lihat dari kejauhan sekalipun. Kini, isipadu airnya pula separuh dari isipadu akuarium. Kemudian terdengar. Satu suara ini.

"Kalau nak bela ikan tu. Belalah betul-betul. Sampai hijau air akuarium tu. Kesian ikan tu tak nampak. Mula-mula je rajin! Lama-lama malas nak mampos!"

Lama-lama malas nak mampos saja aku tambah menyedapkan cerita. Haha!

Pokoknya. Sebarang apa jua yang kita lakukan perlu ada istiqamah dan konsisten. Kalau kita pilih mahu buat. Kita buatlah secara berterusan. Jangan hangat-hangat tahi babi. Konsisten pula kenalah pada tempatnya.

"Tak solat Jumaat ke hari ni?"

"Tak. Minggu lepas saya tak pergi. Hari ni, saya malas nak pergi. Saya kan istiqamah lagi konsisten."

Hah! Inilah nama istiqamah tak kena tempat. Sama-samalah kita fikirkan. Amalan kita yang ingin dibawa ke sana dah konsisten dan cukup?

2 comments:

tasekM said...

ces! istiqamah sungguh.... istiqamah menuju ke neraka tu... :)

en_me said...

me insaf dengan kekurangan n kelemahan diri me yg ini.. uhuhu