11.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod v)



Kali ini. Ya, kita akan bercerita mengenai resepi baru. Iaitu Jus mangga bersama buah avokado. Eeeeii sukanya!

Ok, kalian semua sediakan pen dan kertas untuk kita kongsi bersama. Pertama, Sediakan beberapa biji mempelam atau mempley yang masak-masak dan manis-manis. Boleh dibeli dari TESCO berhampiran anda. Harganya murah-murah. Kalau tiap-tiap hari nak pergi TESCO pun tak apa. Sebab, TESCO ada di mana-mana. Kedua, sediakan dua biji buah avokado. Eeeeii sukanya!

Ok. Pertama, kupas buah mempley tu. Basuh. Potong. Masukkan dalam pengisar. Masukkan sedikit air. Sedikit gula secukup rasa. Apalagi, belender lah mempley tu untuk keluarkan jusnya. Taraaa...! Dah siap. Tuang di gelas cantik. Gelas yang dibeli di Langkawi misalnya. Masukkan beberapa ketulan ais. Sediakan straw dan hiasi gelas tersebut dengan bunga orkid ke, hirisan buah ke. Dua biji buah avokado diletakkan di sebelah jus mempelam (mempley) tadi di atas meja untuk dihidangkan.

Maka siaplah. Jus mangga bersama buah avokado. Mudah kan? Selamat mencuba!

5 comments:

Ayu Mohamad said...

yaaa..begitulah seadanya jus mangga dan jua avocado yerrr heheh puasla ditunggu2 bile le nak masukkan avocadonye.. adehhhh

tasekM said...

sedap tu weh mempelam..... tapi avokado aku tak pernah rasa la...

Rajuna said...

eh, tak pening ke campur2 ni?
seram la plak campur2 ni..


margarita yayaya..eh tak main2 je hehe

z e e said...

kalau kat indon,jus avokado dipanggil jus alpukat.
sgt sedapp.
=)

jagoan said...

ayu,
avokado hanya bersama. tak perlu masuk.

tas,
avokado lagi sedap weh. bervitamin

xrajunax,
campur lagi berahi beb!

zhz,
alpukat mcm nama pukat tunda. Haha