5.6.08

Mohd. Rakyat & Pak Lah

Ini kira-kira Mohd. Rakyat yang kerap menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Dia atas pengumuman Pak Lah. Kenaikan petrol di tanah api yang kita sayangi. Untuk info, Mohd. Rakyat pakai kereta 1,000 cc. Mempunyai tanggungan seramai 3 orang (tahun ini).

SEBELUM
RM 2.00 seliter X 30l x 4 minggu = RM 240.00 sebulan
RM 240.00 sebulan X 12 bulan = RM 2,880.00
RM 2,880.00 - RM 0 (tiada subsidi) = RM 2,880.00 setahun
::: RM 240.00 / bulan

SELEPAS
RM 2.70 seliter X 30l x 4 minggu = RM 324.00 sebulan
RM 324.00 sebulan X 12 bulan = RM 3,888.00
RM 3,888.00 - RM 625.00 (subsidi tunai setahun) = 3,263.00 setahun
::: RM271.92 / bulan

Pengiraan ini, hanya melibatkan Mohd. Rakyat ulang-alik ke tempat kerja sahaja.

Jadi, perbelanjaan minyak Mohd. Rakyat telah meningkat kepada RM 31.92 / bulan.

"Harga minyak kita masih lagi terendah di Asia, melainkan negara Brunei. Mereka special case sikit" Pak Lah.

*****
Ha ha ha...
Setakat naik RM2.70 seliter apa ada hal kan kan. Mohd. Rakyat tak hairan dan tak terkejut langsung. Malah Mohd. Rakyat sangat gembira gila babi. Dan tak menitiskan air mata. Mohd. Rakyat kan tak ada perasaan. Itu pasal Mohd. Rakyat tak mau tunjuk perasaan. Setia Mohd. Rakyat masih tidak berbelah bagi kepada pembela bangsa, United Malay National Organization.

"Ingat! Biji mata kamu akan lebam sekiranya kamu buat lawak ke atas diri Pak Lah! Saya suka cara kepimpinan beliau. Kalau kamu tak suka. Kamu boleh blah! Ini bukan salah Pak Lah!" kata Mohd. Rakyat.

___
5 Jun Hari Alam Sekitar Sedunia :
"KICK THE HABIT! TOWARDS A LOW CARBON ECONOMY"

6 comments:

bluecherry @ fai said...

Nih kondem ker.. sarcastic ker.. puji ker..

Tak tau laa nak agak. he he

blackpurple @ jowopinter said...

Saya sayang Pak Lah. Hahaha!

Cik Keju said...

i lep pak lah very strong!!

Yana Ismail said...

saya sayang paklah juga!

jagoan said...

blue cherry,
bergantung!

bp,
sayang-menyayangi naluri insani

cikin,
how strong is it? strong? stronger or strongest. Haha

princess,
kenyataan tu nampak ikhlas tu...

Encik Shino said...

Kerajaan membandingkan harga minyak dengan Singapura dan Thailand. Kenapa xbandingkan dengan Brunei? Padahal Singapura bukan negara pengeluar minyak. Dan Thailand pula,rakyat tidak terbeban oleh kerana perolehan barangan keperluan lain murah berbanding Malaysia. Singapura pula xmenjadi masalah kerana sistem pengangkutan awam amat cekap..hurmmm