3.6.08

Kita : apa yang kita makan (episod iii)

Bilik itu. Yang majoritinya kaum Hawa. Aku di dampingi gadis-gadis cun. Pagi itu. Kami dijamu hidangan sarapan pagi. Cukup menggiurkan. Aku satu-satunya mewakili kaum Adam. Di kala itu. Sangat sukarela untuk membaca doa selamat yang ringkas. Dan mohon keberkatan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku memulakan doa dengan Ummul Kitab al-Fatihah. Selesai saja itu. Semua yang hadir menadah tangan. Doa pada pagi itu, aku pilih baca dalam Bahasa Arab. Lebih mudahlah bagi aku. Aku baca, mereka mengaminkan. Hampir selesai bacaan doa selamat. Di kotak pemikiran aku tidak terlintas bacaan doa makan. Ish.., ish.., apa doa makan ni. Aduish... Selesai doa. Aku meneruskan bacaan.

Sudahnya. Bacaan yang terpacul dari mulut aku adalah Allahumma laka sumtu wabika amantu wa 'ala rizkika aftartu birahmatika...

Belum pun selesai bacaan itu. Bilik itu. Riuh dengan gelak tawa sang wanita. Yang rata-ratanya kaum Hawalah. Ekekekeke... Kenapa mereka ketawa. Alahai.., aku malu sendiri. Mereka mentertawakan aku bukan kerana bacaan. Tapi kerana muka aku yang terlalu yakin dengan bacaan itu.

"Muka konfiden je...," sahut salah seorang wanita di bilik itu.

Dalam apa hal sekalipun. Salah-betul taruk belakang. Apa yang lebih penting tahap keyakinan diri kita sendiri. Kan kan kan? Tapi apa kejadahnya doa berbuka puasa yang kau baca pada pagi itu. Tak mengapa, keyakinan itu penting. Kesilapan itu nombor dua. Binalah keyakinan diri anda sendiri.

7 comments:

Cik Keju said...

ekekek..tinggi sungguh keyakinan ahtok eh. sampai terbaca doa berbuka puasa. =)

Masy said...

sibbaik ade jugek kaitan dgn aktiviti makan, klu baca doa masuk tandas tak ke haru?

tasekM said...

tok, cakap je... doa tu adalah peringatan kepada wanita2 yg belum habis ganti puasa.... keh keh..

aku pun blom habis ganti... hampehs.

jagoan said...

cikin,
itulah...sendayu tinggi.

masy,
sib baik jugak.

tas,
huhu!

AL-BIMA SAKTI said...

keyakinan memang penting. Tapi kenapa terlalu yakin pada sesuatu yang kita tak pasti? Akibatnya boleh memalukan diri atau merosakkan diri.
Biarlah keyakinan yang berpandukan kebenaran dan keikhlasan. Itu lebih penting.
(maaf, sekadar pandangan)

Kaktiny said...

wekekekeke.. yakin tahap cipan tuh..

kesilapan merupakan pengajaran yang meninggalkan kenangan yang paling bermakna..

Anonymous said...

lps ni msti rmai suh athtok bce doa makan..hehe