12.6.08

Kita : apa yang kita fikir (episod ii)

Hindun nama mak saya. Sebelum naik haji, biasa orang panggil don. Ooo don! Don o don! Begitu. Patutnya dun dun. Bunyinya don don don. Pulak dah.

Mak saya memang orang Indon. Tapi, dia dah dapat warganegara dah. Terguris hati saya, bila saya dengar. Seolah-olah orang mempermainkan nama mak saya masih orang Indon. Tapi, beliau tak pernah terguris pun. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Selepas mak pergi haji, orang panggil mak Hajjah. Tak panggil don don lagi. Terguris hati saya, bila saya dengar nama don. Akronim kepada Indon. Orang mempermainkan nama mak saya. Beliau tak pernah terguris pun. Tapi luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Di sekolah. Ada belajar sirah Rasul. Kisah Hindun melapah hati Hamzah. Pahlawan Islam terbilang. Pun nama mak saya terbabit. Mereka ajuk mak saya tak senonoh! Terguris hati saya, bila saya dengar. Beliau tak pernah terguris pun. Tapi luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Di Malaya, satu ketika. Nama allahyarhamah isteri PM adalah Hindun. Tapi, takde sorang pun cakap. Eh, nama mak kau sama dengan nama isteri PM lah... Bertuah erk. Takde! Memang takde. Memang takde kata puji-pujian. Bukan aku nak pujian sangat. Lagipun mereka berbintikan orang lain-lain. Tapi, mengapa orang kita lebih gemar mengeji dari memuji ek. Terguris hati saya, bila saya dengar. Beliau tak pernah terguris pun. Weh, luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan?

Weh, kongsikan panggilan yang pernah anda dapat dan membuat hati anda terguris. Tidak terguris pun boleh. Silalah. Ada berani?

____
Soalan pilihan tidak bergambar :
Pilih tiga nama yang paling dekat di hati anda. Juga berlegar-legar di fikiran anda buat masa ini.
[A] Fatin Fatini maksudnya : Bijaksana bijaksana
[B] Isyraf Hadif Shah maksudnya : Pengganti, pengawasan yang mempunyai matlamat
[C] Muhamad Norizzul Zarif maksudnya : Yang terpuji cahaya kemuliaan periang, berjenaka

A,B,C adalah sebaya mungkin.

7 comments:

A t i Q a h said...

Masa sekolah rendah, permainan mengejek-ngejek nama mak ayah ni memang lazim. Benci betul masa tu. Tapi saya pun jahat dengan membalas balik ejekan diorang. Hohoho!

Soalan itu, saya mau jawab A. Adakah ini nama untuk bakal baby? hehe.

z e e said...

orang kita mmg suka nmpk yg buruk je.
yang vaik xde nye dipandang.
kat sekolah dulu org ejek bull.
sebab nama saya zati hulwani.
=(


Soalan pilihan tidak bergambar:
B.

Danielle_Corleone said...

orang slalu panggil saya masa kecik dulu keling botol mabuk, sebab saya ni mamak. huhuhu.

pilihan jawapan C! hehe :P

Yana Ismail said...

Nama A sedap..dan best,..dan baik maksudnya:)

jagoan said...

atiqah,
Tak baik tau!
Bukan.

Zhz,
Redho je la ye

Daniele,
Teruk betul diorang erk. Sabor je la ye...

Princess,
Ermmm...

asuhara sue said...

sejak dari kat poli, nama2 gelaran yg durang beri saya, saya suka..pasal kiut2 gitu..ha ha ha..kat poli kwn2 gelar saya teddy bear( pasal time tu telebih sihat) kat u kwn2 panggil asu kecik ( pasal ada yg lebih besar dari saya)ha ha jugak!

p/s: buat baik ke buat jahat ke mesti org kata, so buat le baik, byk pekdahnya.

Anonymous said...

zHz, nama kita same la..
mase skolah kene ejek zati hawaii or hulhul or sate...kurang asam btol...

my answer would b C sebab saya suka maknanya...