
nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
Showing posts with label poster. Show all posts
Showing posts with label poster. Show all posts
27.11.08
10.11.08
Potong stim

Poster ini diilhimkan tatkala gua sarapan pagi. Terlihat gadis mungil berpakaian serba-hitam. Berseluar panjang. Rambut mayang mengurai. Mata macam ikan Uji Rashid. Bajunya hitamnya yang jarang memperlihatkan kutang putihnya yang dipakai. Dia makan nasi lemak. Adoyai.., gua pun makan nasi lemak. Nafsu gua terbelah dua. Potong stim betul.
.
.
24.6.08
Tulang belulang
9.6.08
Makhluk Tuhan paling seksi

Gwa bukan persoalkan kerja lu yang lambat. Tapi gwa hairan dan pelik kenapa kerja lu lambat sangat sampai ambil masa tiga purnama. Entah apa dalam tempoh tiga purnama lu buat gwa pun tak tahu. Kalau lu kata lu ada banyak benda nak buat. Lu siapkanlah sikit-sikit. Dalam tempoh tiga purnama tu, siput babi dari Johor Bahru boleh sampai Kuala Lumpur. Sebab siput babi tu work smart. Bukan work hard. Dia tumpang kereta produa VIVA. Mulanya, siput babi tu bukan tahu VIVA tu siapa punya. Yang dia tahu, VIVA tu makhluk tuhan yang punya. Tapi lama-kelamaan dia tahu juga. Empunya VIVA tu sebenarnya macam dia juga, makhluk Tuhan. Untuk rekod lu, gwa bukan nak jaga lu seorang sebab gwa pun ibarat kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek. Tapi gwa harapkan tiga purnama itu sesuatu yang baik dan sempurna dari lu. Bukan ibarat gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai pula mentah. Hak ptuui!
Walaupun sesekali gwa bagi lu kata-kata pedas sindiran. Gwa harap lu boleh faham sendiri. Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat. Gwa bukan apa, bila gwa explain lu macam faham. Tapi... Entahlah. Kalau sekali dua gwa boleh terimalah. Tapi kalau dah berkali-kali apa kejadahnya. Inilah dinamakan bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.
_____
Lawatan sambil belajar :
Sambutan Hari Jadi yang paling mewah di pejabat setakat ini. KLIK SINI
Team favourite gwa menang. Potugal & Jerman. Haha! KLIK SINI
2.6.08
Ucapan tak terucap
Kadangkala, kita cakap depan-depan, banyak kali sekalipun, dia memekakkan telinga dan buat-buat tak faham. Kita sindir apatah lagi. Langsung dia tak faham! Untuk benda yang terbuku dalam hati ini, aku tak mahu simpan lama. Lebih baik aku tulis. Sebagi satu cara luahan hati yang terbuku. Supaya ia tak busuk dalam hati sendiri. Busuk dalam hati itu bukan kerana hati kita busuk. Atau kita busuk hati. Busuk itu boleh mengundang ulat yang menggigit sedikit demi sedikit. Sehingga rapuh.Jadi, kita akan rasa lega setelah meluahkan segala isi perut kita.
Satu yang pergi, sepuluh yang datang tau! Haha, cepat hubungi saya. Ada jawatan kosong.
Subscribe to:
Posts (Atom)