Showing posts with label Lukisanmu. Show all posts
Showing posts with label Lukisanmu. Show all posts

11.11.08

Kerjakan IV


Tajuk lukisan :
Dalam aku, ada dia.

Diskriptif ringkas :
Pelukis cuba menggambarkan dalam hidup mesti ada konflik. Tapi dalam konflik pasti ketemu jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian itu akan terurai mengikut kebijaksanaan dan kemahiran manusia dan yang empunya diri. Jawapan kepada penguraian itu bukan terletak pada jawapan yang sebenar. Tapi terletak pada cara bagaimana persoalan itu timbul. Misalnya, nama kita dah tercalon sebagai salah seorang peserta seminar peringkat dunia bertempat di planet Bumi. Kemudian, majikan datang kepada kita menanyakan persoalan yang berbaur ancaman agar kita membuat keputusan ke arah yang negatif dan berubah haluan. Ya, kita dapat rasakan soalan itu adalah provokasi. Dan kita pun tak mahu bertengkar sangat dengan majikan kita. U tak payah pergi la ye seminar ni. Bukan ada apa pun. Lagi pun I dah hantar U seminar ke planet Pluto kan. Maka, sudah pastilah jawapan kita menjurus ke arah memujuk supaya kita mengubah jawapan kita dan membatalkan pencalonan sebagai peserta di peringkat planet Bumi. Nampak tak, garis biru di lukisan itu. Ya, garis itu mewakili sungai di planet Bumi. Sekian.


.

6.11.08

Kerjakan II

Tajuk lukisan :
Pembakaran terbuka Kerja tak datang mencari kita. Kitalah yang datang mencari kerja

Harga bidaan :
RM3k boleh bayar ansuran.

Diskriptif ringkas :
Apa yang cuba disampaikan melalui lukisan ini, pekerjaan itu satu ibadah. Tak perlu kita mengharap sesuatu dari pekerjaan yang kita buat melainkan pahala. Kerja je seperti biasa. Usah risaukan orang lain yang dok tak buat kerja. Pendek kata, niat itu penting. Sebelum melakukan kerja niat "sahaja aku bekerja kerana Allah Ta'ala.


.

4.11.08

Kerjakan I


Tajuk lukisan : Eratkan perpaduan demi keharmonian
Harga bidaan : RM 5k


.