2.2.13

Keluarga Bahagia Warga Ceria

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dari meja ketua urusetia ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program sambutan Hari Keluarga JPBD 2013 di Taman Botani Negara Shah Alam.

Semoga semua peserta program merasai kegembiraan dan keseronokan yang maksimum pada hari berkenaan yang berupaya membahagiakan keluarga lalu membangkitkan rasa semangat untuk terus berkhidmat kepada organisasi dan seterusnya berupaya melahirkan produk dan hasil kerja yang bermutu tinggi demi mencapai visi dan misi Jabatan.

Komitmen daripada semua akan merealisasikan pelaksanaan semua program jabatan. Ibarat sel-sel kecil bekerja keras membentuk unit-unit yang kukuh bersatu padu. Lalu bergabung menjadi bahagian dan satu pasukan. Seterusnya, 'spirit' kerja berpasukan dalam Jabatan dapat direalisasikan.

Kejayaan satu lagi program jabatan ini adalah bukan kejayaan individu sebaliknya sebagai kejayaan kolektif satu pasukan dan entiti yang kukuh. Saya yakin, kalau ini dikekalkan kejayaan yang lebih besar dapat dicapai. Apa yang penting perlu dikikiskan sikap mementingkan diri sendiri dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebagaimana dalam buku "Rules of Managerial Success" oleh Richard Templar iaitu dalam bukunya diterjemahkan melalui Rule No.1: Get them emotionally involved, Rule No.7 : Make your team better than you & Rule No. 18: Give credit to the team when it deserves it.

Oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri sekali lagi saya ingin memberi kredit kepada urusetia Hari Keluarga JPBD Selangor 2013 yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi 'lampu hijau' dan sokongan moral. Semoga semua peserta yang hadir dapat memahat kenangan terindah ini. Panjang umur boleh
kita laksanakan lagi (jika ada sumber kewangannya).

Akhir sekali, semoga kita dapat mempertingkatkan kualiti kerja dan produktiviti jabatan. Next agenda kita : persiapan SUKNA XVI, Terengganu 2013 dan Sukan Perancang dalaman Dept of Town Planning Selangor (SUPER d'ToPS).


Sekian, terima kasih
Dari meja Ketua Urusetia Program
merangkap Pengerusi KSKR JPBD Sel.
02 Feb 2013

No comments: