Jiran Selorong
MEMOHON SUPAYA ANJING ANDA DIBERI PENJAGAAN YANG RAPI
Gua rujuk perkara di atas. Perkara yang gua maksudkan bukan perkara main-main. Seirus. Ini soal anjing.
2. Sayugia, gua nak memberitahu lu bahawa anjing yang lu bela adalah anjing yang pada asalnya dicipta untuk memberi manfaat kepada lu. Tapi sekarang ni anjing lu makin lama makin jadi terbiar dan terabai disebabkan oleh lu. Hey, lu tahu tak anjing itu makhluk Tuhan. Baik, gua ada cakap tadi soal terbiar dan terabai. Lu tahu tak yang anjing lu telah mengalami inferiority complex disebabkan lu tidak mengambil berat langsung mengenai makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan latihan baginya. Itu gua tak jadi masalah. Masalah yang gua hadapai sekarang, anjing lu sangsi dan buta kayu untuk mengenalpasti kereta tuannya. Yang jadi mangsa adalah gua. Lu memang menyusahkan gua. Lu memang menyusahkan gua.
3. Bukan sekali dua anjing lu kejar kereta gua. Dah berkali-kali. Hey, lu tak ajar anjing lu cam nombor plat kereta tuan ke? Setahun berapa kali kursus lu hantar anjing lu? Lu ada tak baca pekeliling bil 52/2010 kursus kepada anjing dan tuan punya anjing. Okey, okey. Lu baca pekelilling tu sebelum gua buat aduan ke unit anjing di majlis berkaitan. Masa nak balik rumah, ape hal anjing lu follow kereta gua. Terpaksa gua pusing setaman dulu bagi anjing lu bingung. Tapi, anjing lu tetap follow. Lalu gua ambil keputusan keluar taman dengan niat nak masuk highway. Sib baik anjing lu tak follow. Gua tengok pun masa dia follow gua keliling taman dia nampak pancit. Terjelir lidah padahal baru satu pusingan.
4. Baru-baru ni gua tengok anjing lu terhincut-hincut masa berjalan. Gua saspek, anjing lu kena belasah dengan orang. Lu jangan tuduh gua pulak. Walaupun anjing itu haram. Memukul anjing yang tak berdosa kita berdosa. Nasihat gua, tolonglah jaga baik-baik anjing lu sebelum dia kena bunuh dengan jiran-jiran yang lain. Oh ya, lagi satu. Lu kalau nak bela anjing tolonglah masukkan dia dalam pagar rumah lu bukan letak dia di luar. Gua harap lu insaf. Sesungguhnya baik anjing itu adalah kerana tuannya. Jahat anjing itu memang anjing itu jahat.
Yang Benar,
AHTOK
1 comment:
cayala lu ni... ngan anjing pon lu nak marah kan.... mesti anjing tu sama lu kan ... atau bau lu sama cam bau tuan die ...
kah kah kah ( jangan mare ye gurau je )
Post a Comment