8.9.06

Pilu... Hatiku. Kembalilah

Kejadian berlaku dengan begitu pantas sekali dan tidak disangka-sangka. Tanpa disedari orang tua itu ditahan di hospital. Masuk ICU. Pun begitu, walaupun tiada rekod dan tanpa serahan kad pengenalan, pihak hospital menerima dan menangani dengan professional.

"Pakcik. Apa dah terjadi? Pakcik di mana?" Doktor menanyakan orang tua yang terlantar di katil yang sudah mula nampak ada sedikit perubahan.

Mulutnya hirut sikit akibat keadaan yang cemas semasa diberi bantuan pernafasan oksigen melalui mulut ke jantungnya pada lewat pagi semalamnya. Badannya banyak ditembusi wayar yang berselirat sana-sini.

"Pakcik sedar tak?" Doktor cuba bertanya lagi

"Tak. Saya tak tahu." Orang tua cuba menjawab perlahan walaupun giginya sudah rongak dan tiada. Gigi palsunya tertingal di rumah. Tapi boleh didengar juga.

"Errmm. Awak ni siapa?" Doktor bertanya kepada seorang wanita yang agak berusia. Berdiri di situ.

"Saya anak dia." Wanita itu menjawab ringkas.

"Pakcik ada seorang anak aja ke?" Doktor

"Ada ramai. Dalam sebelas orang. Kenapa?"

"Dah diberitahu semuanya? Bukan apa. Pakcik ini 50 50. Saya cuma boleh membantu. Tapi, Tuhan punya kuasa. Bila-bila masa boleh berlaku kalau dah sampai masanya. Tapi, jangan pula ada yang terkilan apabila tak dapat berjumpa dengannya." Doktor mengingatkan.

"Ya, saya dah beritahu. Semuanya dah maklum dan sudah dihubungi. Bagi yang jauh mereka dalam perjalanan datang ke mari." Wanita itu menjelaskan.

"Ok. Harapnya semua datanglah ye."
Perbualan terhenti di situ. Doktor beredar dari situ. Wanita itu, mengesat air matanya. Tak tertahan menghadapi situasi sebegini.

Jam 9.30 malam. MPV cap UNSER meluncur masuk ke perkarangan hospital. Dua kelibat menuju ke kaunter yang sedia kala cerah menerima tetamu.

"Ada tak nama pesakit sipulan bin sipulan di tahan sini?"

"Encik ni siapa?"

"Saya anak dia. Baru sampai dari Johor Bahru. Bolehkah saya datang menjenguk dia."

"Maaf encik, waktu melawat dan habis. Kalau encik nak. Esok bolehlah."

"Saya dari jauh ni. Takkan seminit dua tak boleh. Berilah peluang dan budi bicara sikit. Tolonglah... Jauh ni. Saya merayu ni."

"Jap ye encik." Penyambut tetamu itu berbincang sesuatu dengan jururawat yang ada di situ.

"Baiklah, kami bukan tak benarkan encik masuk, sebab waktu sekarang doktor sedang membuat rawatan. Apa kata encik buat temujanji sejam dari sekarang. Dalam pukul 10.30 malam boleh? Tapi, cuma dua orang saja dibenarkan masuk. Lain, tunggu di luar."

"Yeay ok. Boleh. Saya tunggu."

Anak-anaknya dibiarkan di dalam kereta. Tidur nyenyak agaknya. Enjin kereta dan penghawa dingin memang sengaja tidak dimatikan.

Dua orang memasuki bilik ICU. Memakai segala keperluan mengikut peraturan. Melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Matanya terpejam lena. Jasadnya tidak bermaya. Tiada apa-apa bual bicara. Keadaan sunyi dan sayu. Kedua-dua tetamu itu hanya menjenguk dari sisi katil. Sempat memegang tangan dan mengusap-usap dahi dan rambutnya. Namun, tetap berbaring tak sedarkan diri. Anaknya yang datang dari jauh itu cuba menahan air mata dari mengalir keluar. Air mata kejantanannya. Sebak dadanya, pilu hatinya. Sungguh sadis banginya. Hanya sempat menjenguk seketika cuma atas dasar budi bicara pihak hospital. Cukuplah baginya. Maka keesokannya, perlu datang kembali untuk melawat. Harapnya, esok orang tua itu sedarkan diri. Boleh mengenal lagi orang dan suasana sekeliling.

Kesokan harinya, hampir kesemua anak dan saudaranya ingin berkunjung melawat orang tua itu. Tiba waktu melawat. Seorang demi seorang perlu masuk di bilik tersebut. Menjenguk orang tua itu. Tiba giliran cucunya yang sulung datang berkunjung, tangannya berupaya melambai-lambai memanggil masuk. Ada perubahan nampaknya. Wajahnya pun nampak girang dan riang. Suasana bertukar apabila cucunya menyatakan sesuatu.

"Atuk, saya minta maaf Tuk. Halalkan makan minum saya dan hutang-piutang saya terhadap Atuk." Cucunya bercakap sambil mencium tangan Datuknya. Tiba-tiba bergelinangan air mata cucunya.

"Atuk maafkan saya ye. Segala perbuatan dan perkataan yang menyinggung perasaan Atuk." Tambahnya lagi.

"Yalah." Atuk mejawab dengan sebak diekori dengan titsan air matanya. Cuba diusap untuk diselindungkan tapi tak termampu. Semuanya sudah berderai jatuh mengalir di pipi. Dalam hatinya agaknya terasa kepiluan. Bila-bila saja dia akan bertemu Ilahi.

Cucunya keluar meninggalkan bilik tersebut teresak-esak menitiskan air mata.

Kemudian, disusuli dengan anaknya yang datang dari Johor Bahru malam tadi. Yang dapat menjenguk sekejap cuma. Keadaan menjadi bertambah pilu. Sedangkan cucunya bisa terurai air matanya apatah lagi anak kandungnya sendiri. Bertambah sebak suasana. Oleh sebab itu, doktor perlu menambahkan oksigen ke dalam badan orang tua itu. Sesak nafasnya.

Sedang masa berjalan, pelawat silih-berganti. Dari anak, adik-beradik, kaum-kerabat, cucu, saudara-mara, jiran-tetangga dan yang ada kena-mengena atau yang tak ada kena-mengena tapi masih saudara seIslam. Waktu melawat sudah pun tamat. Pelawat tidak dibenarkan datang berkunjung lagi. Tinggal jasad terbujur baring keseorangan.

Di rumah. Masing-masing tak dapat menahan kepiluan di lubuk hati sanubari. Sedih memikirkan keadaan orang tua itu. Hampir semua tidak berselera mahu makan sekembali dari hospital. Mengenangkan keadaan tadi. Di sudut dapur, kerusi. Dua orang merangkap cucu kepada pesakit sedang berbual. Pangkat adik dan kakak.

"Kau tak nangis masa tengok Atuk tadi?". Akak

"Nangis juga. Sedih arrr." Adik

"Habis, masa jumpa Atuk, kau tanya apa?" Akak

"Aku salam Atuk. Aku tanya, Atuk sihat?" Adik

Suasana hiba menjadi hilai tawa si akak kerana pertuturan adiknya yang jujur dan berseloroh.

"Kau dah tahu, Atuk terlantar kat situ. Kau tanya Atuk sihat? Dah tentulah dia tak sihat? Apalah kau ni." Akak

"Ha’alah. Aku tanya soalan bodoh arr." Adik

"Tanyalah soalan lain. Atuk sakit kat mana ke? Itu ke. Ini ke." Akak

"Patutlah Atuk diam je...Tapi walau macamnapun aku tetap sedih."Adik

No comments: