28.9.06

Jangan main-main


"Semekom Ustad (Kau baca Ustaz). Saya Nis dari Subang. Nak tanya soalan kepada Ustad ni."

"Waalaikumsalam. Ya, silakan."

"Saya ni seorang suri rumahtangga dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu badan. Batalkah puasa saya jika saya menyusukan anak kecil saya itu dalam keadaan diri saya berpuasa?"

"Hey! Awak ni tak tahu ke perkara yang membatalkan puasa hah. Tak sekolah ke? Mangkuk cap ayam!" Dalam hati ustad.


Mulutnya pula begini;

"Ya. Salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Ini seperti memasukkan makanan dan minumam ke dalam kerongkongnya sendiri. Tapi kalau dia memasukkan sesuatu ke dalam kerongkong orang lain, maka orang itulah yang terbatal. Begitu juga dengan memasukkan air ke dalam lubang hidung, telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam lubang faraj. Inilah yang dimaksudkan dengan rongga terbuka. Akan tetapi kalau memasukkan sesuatu ke dalam tubuh badan kita yang bukan melalui rongga tidaklah membatalkan puasa seperti memasukkan ubat melalui proses jarum mengikut saluran darah. Begitu juga kalau memasukkan ubat mata bagi mereka yang sakit mata.

(menghela nafas panjang).

Berdasarkan itu, maka jelaslah menyusukan anak tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Ini adalah kerana menyusu anak bukan memasukkan ke dalam rongga si ibu tetapi si ibu mengeluarkan susunya. Memasukkan susu ke rongga anak tidak mengapa kerana dia memang tidak berpuasa. Begitulah."

"Faraj tu apa Ustad?"

"Hah! Biar betul pompuan ni. Barang sendiri pun tak kenal. Ke pompuan ni gatal!" Ustad cakap dalam hati dengan mukanya merah padam.

"Mmmphh.. Minta maaf Puan. Kita kesuntukan masa. Dah nak tiba waktu berbuka ni. Jumpa di lain masa ye. Belajar rajin-rajin tentang pembiakan ye. Selamat berbuka. Kirim salam pada suami eh..."

Nota: Jangan main-main (jangan baca play-play nanti kau dengar lain). Suami juga boleh mengajar isteri tentang pertumbuhan rambut di kemaluan. Jangan malu-malu nak belajar.

1 comment:

Anonymous said...

masuk ubat mata kow kata buleh?. mata adalah rongga yang boleh bukak tutup. Kalau tak caya cuba buka tutup mata kow. Jika kau titiskan ubat mata jenis yg pahit, kow akan merasa kepahitan tu mengalir kat tekak. kalau tak caya kow buleh lah test. cuba kau kaji tengkorak, kalau boleh tengkorak kau sendiri. Anyway ni semua komen, selamat raya, maaf zahir batin, selamat memblog