31.1.06

Bicara Sinis

Kalau ada duit di dalam dompet memang cepat habis. Macam air mengalir. Tiga ratus tak rasa dah habis. Ke mana wang tu pergi. Entahlah. Tak sedar. Tahu-tahu je tinggal lima ringgit dalam dompet. Boros. Hari ini semua barang naik harga, tapi gaji dok takuk tu je. Mana tidaknya. Tapi kata orang, jika ada keberkatan, duit lima ringgit pun boleh guna sampai sebulan. Macamana? Hah, di situlah letaknya resepi keberkatan. Kata orang juga, wang bukan segala-galanya. Ya, tapi dengan wang kita boleh beli segala-galanya juga. Kata orang lagi, jangan jadi hamba duit. Ya, tapi kalau tak ada duit kita boleh jadi macam hamba. Orang bergaji besar kekadang tak cukup, manakala yang bergaji kecil lebih daripada cukup untuk makan. Manusia sanggup bertelagah pasal wang, Ada yang sanggup berbunuhan. Ada yang sanggup menggadai maruah. Ada yang sanggup makan rasuah. Katanya, beli peralatan untuk kajian tapi diambil untuk tujuan lain. Itu katanya bukan rasuah tapi sumbangan. Minta sedikit sumbangan atau beli peralatan. Ada bukti resit. Kalau dah kerja dengan Kerajaan mana boleh cari duit dengan sumber lain. Termasuk jual kacang di Pasar Malam apatah lagi buka bisnes konsultansi pasaran gelap. Bukankah salah jika begitu. Nak cari kekayaan bukan begitu caranya. Wahai pekerja-pekerja kerajaan yang bersikap serong. Jadilah orang yang jujur. Orang yang amanah. Jangan makan duit dari sumber yang ada keraguan. Sesungguhnya anda makan gaji dengan cara yang halal. Jangan dicampur-adukkan yang haram katanya halal. Berbangga dengan perniagaan yang dijalanakan secara senyap-senyap. Aduh... Pergi haji dah beberapa kali. Isshhh... Takkanlah tak tahu hukum-hakam. Tak pernah hadir kursus. Kursus yang mengajar selok-belok berkhidmat dengan kerajaan dan pantang-larangnya. Hoi... Imanmu bukan diukur berapa tebalnya duit yang dikumpulkan olehmu. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Apabila tiba hari pembalasan, maka terimalah... Walau soalan dah bocor katamu, tapi amalan kau yang menjawabnya. Bukan dihafal jawapannya di kubur kelak.

No comments: