14.1.09

Perang

.


Kau dah tiada tempat di sini. Tempat kau dah barang pasti di sana. Cepat pergi maklum pada bos. Semoga bos dapat membuat tindakan selanjutnya. Sama ada mencari pengganti, menstruktur semula agihan kerja, memberi bebanan kepada yang ada atau membiarkan begitu saja. Bukan saja. Sahaja! Alahai... Cepat! kau pergi berkemas apa yang patut. Mereka nak menyusun meja dan perabot di pejabat ini semasa kau masih ada. Hahaha!

Sesungguhnya, hidup perlu ada gurau sendanya. Jika tidak muka kita akan ketat. Kerana dah lama tidak tertawa dan ditertawakan. Oleh itu, walau apa pun situasinya jangan menunjukkan masalah kita kepada orang sekeliling. Tunjukkan yang kita ini bergembira senantiasa kerana balasan syurga menanti kita di sana. Itupun kalau timbangan pahala kita lebih. Atau masuk neraka sekejap, baru masuk syurga. Sekejap di neraka, sangat laaamaaaaa di dunia. Sungguh!

Perang! di sini



.

11 comments:

JohnJenin said...

tahniah atas jawatan itu. Merancang bandar tidaklah semudah merancang keluarga

Nizam.Ariff said...

Jangan lupa untuk merancang masa depan anda dan masa depaaaaaannn sana nun untuk kesejahteran di akhirat.

tasekM said...

rancang baik2 ok.

tahniah. :)

Bila Diary Bercerita said...

Selamat Jadi orang Gomen.

rudy bluehikari said...

selamat datang warga kerja awam. Mari kita buang stigma pekerja awam yang lembab dan sinonim keluar minum hampir setiap waktu!

selamat bergelumang dengan peperiksaan perkhidmatan, PTK bla bla bla.

Harap tak kena buli. eheh!

Anonymous said...

tukar kapal bro..jangan tak tukar..

ha_si_na said...

kemas ofc supaya x semak .......????

addyaholix said...

selamat selamat.
moga selamat tempuh ujian-ujian baru bro!

P.E.N.S.I.L L.A.N.G.I.T said...

hahhh...
perancangan bandar untuk manusia..
jgn lupe perancangan bandar untuk memanusiakan manusia gakk..

haha.. tahniah..!!

Anonymous said...

Tahniah!
selamat menjawat jawatan di sana.
rancang2 la semuanya agar lebih elok dr yg sebelumnya.

ada rezeki saya jalan2 ke sana, bleh le saya ushar2 :p

hana
cempakabiru

Unknown said...

si izat tu tunggu lama jugak nak dpt jawatan awam..tp dapat2 lagi dia..