24.2.07

Sedar diri

Aku suka bercakap pada diri aku sendiri begini :
Cukupkah ilmu aku untuk menggalas cabaran pada masa depan? Aku ni okey ke? Adakah aku tahu semua selok-belok mentadbir keluarga? Bolehkah aku memimpin keluarga?

Dalam sesebuah rumah tangga, menuntut kemahiran serta pengetahuan tentang ilmu pengurusan, ilmu psikologi, ilmu motivasi, ilmu ekonomi dan yang terpenting daripada semua itu ialah ilmu agama.

Aku suka menyeru pada diri sendiri agar sering menambahkan ilmu sebab tak mungkin aku pandai dalam semua perkara. Walaupun aku dah sampai universiti. Ya, kecik sangat bidang yang aku pelajari.


Kalau di Universiti aku belajar Urban & Regional Planning, kat rumah tak guna ilmu tu sangat. Di rumah kan berhubung dengan insan bukan alat atau robot atau bangunan. Kena ada ilmu psikologi untuk fahami anak, untuk fahami isteri. Kalau aku dapat 4.0 CGPA pun waktu di universiti, tak ada kena-mengena dengan kekeluargaan, sedangkan yang kita pimpin ni anak-anak. Kita perlu ada ilmu keibu-bapaan. Tak ada siapa yang pandai dalam semua perkara kan?

Oleh itu, aku perlu tambahkan ilmu pengetahuan sebab kehidupan di dunia ini semakin canggih, maknanya kita juga perlu canggih dan maju ke depan.

Akhir kata, apabila seseorang itu mengatakan dia pandai sebenarnya di situlah bermulanya satu kebodohan yang terselindung di dalamnya. Lebih baik mengaku diri bodoh.

Kepada Encik Naga dan rakan-rakan penulis. Minta maaf banyak-banyak. Aku perlu tambahkan ilmu tentang selok-belok penerbitan untuk masa hadapan. Marilah sama-sama kita menuntut ilmu.

No comments: