Tanggal 9 Februari 2007 ini aku suka membayangkan sesuatu yang surprise akan berlaku. Sebelum ini, lima tahun dulu ada dua puluh kali surprise pada tarikh ini. Sebenarnya dua kali.
Satu; si dia membuat kejutan dengan memasak pelbagai juadah hidangan. Mee hoon, Mee goreng, nasi impit, sate, kek hari jadi, makanan ringan, minuman berkarbonat dan pelbagai juadah. Aku memang tak sangka betul pada hari itu adalah hari lahir aku. Manalah aku ingat bab-bab macam ni. Lagipun mak ayah aku tak pernah ajar aku tiup lilin atas kek. Kaget aku. Aku ingin kejutan serupa itu lagi. Dalam gelap mereka menyanyikan lagu "Hepi B'day." Seriau aku. Bila lampu dihidupkan ada juadah jamuan terhidang. Apa lagi, aku belasahlah! Ramai jemputan di kala itu. Ada juga dalam lima ratus orang. Tapi, dalam empat ratus sembilan puluh empat dah blah. Buang masa mereka saja! Tinggal berapa? Huh! Lambat betul kau kira.
Dua; seorang rakan SMS aku mahu jumpa di salah satu fakulti tempat kami belajar. Aku datang dengan perasaan yang kosong. Sampai di muka pintu, aku ketuk. Dia buka lalu membawa kek comel sambil menyanyi lagu 'Selamat Hari Jadi (ulang 33 kali macam zikir)' Aku terkejut bukan sebab sambutan tu. Aku terkejut sebab suara mereka yang kuat menakutkan aku. Jemputan ramai juga di kala itu. Penghuni satu fakulti datang. Tapi mereka tak join the party. malu katanya. Sudahnya tinggal berapa? Huh! Lambat lagi kira-kira congak kau. Takpe... Aku tahu kau tak lembap.
Eh, dah menyimpang ni. Masuk trek balik. Kebetulan detik dua belas malam 8 Februari jatuh pada hari Khamis malam Jumaat. Apa kena-mengenanya? Ya lah, hari Jumaat kan penghulu segala hari. Lain? Selalunya malam Jumaat baca surah Yassin. Lain? Malam Jumaat juga aku suka bersenggama memberikan nafkah batin. Lagi? Tarikh hari lahir aku yang ke dua puluh sembilan lah. Kan ke hari yang bagus tu. Kau buat-buat dan pura-pura tak tahu pulak! Aku cuma membayangkan ada hadiah seperti gambar di atas akan jatuh ke riba. Dan di dalamnya pula ada wang sejuta Ringgit Malaysia. Aku mula berangan-angan dan memasang cita-cita. Tak mustahil! Boleh berlaku kan? Pernah dulu, aku solat di surau sekolah lalu berdoa menadah tangan. Tiba-tiba tangan yang aku tadah ada wang kertas lima puluh Ringgit Malaysia. Hah! Pernah terjadi ni. Mustajab doa aku. Amin. Sampai sekarang aku memikirkan dari mana wang kertas itu datang. Jadi, sempena hari lahir aku yang jatuh pada hari ini, aku ingin berdoa agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan nafas. Aku ingin membisikkan kepada diri aku sendiri;
"Semoga kau dapat meneruskan hidup ini dengan penuh tabah dan sabar di samping keluarga tercinta. Jangan mudah putus asa dan putus cinta!"
Memang! Memang doa aku mustajab pada hari ini. Seawal pagi pada tarikh 9 Februari 2007 aku menerima satu bungkusan. Jeng jeng jeng... Hadiah hari lahir aku lah ni! Aku yakin. Ini hadiah hari lahir aku. Objeknya hampir sama seperti gambar di atas. Sudahnya, cepat-cepat aku buka bungkusan itu takut-takut di dalamnya ada beribu-ribu seperti yang aku harapkan (walupun aku harap juta-juta). Dengan gelojoh aku buka. Hah! Kan Betul, anganku bukan kosong. Doaku mustajab. Dalamnya ada beribu-ribu. Syyy... Kau jangan bilang siapa-siapa dan jangan pula kau mahu mengaku saudara terdekat aku yang sudah lama tidak berjumpa kononnya.
Terima kasih. Tuhan telah memakbulkannya dan kawan aku dari Amerika Syarikat Darul Baik Giler menjadi perantaranya. Ini yang aku terima dan aku anggap ini juga satu-satunya hadiah hari lahirku. Walaupun kat bungkusan itu tak ada tulis 'SELAMAT HARI JADI'. Nak harapkan kawan-kawan bagi hadiah! Huh, cium bontot kudalah jawabnya. Bukanlah aku mengharap sangat. Tapi, kalau alang-alang nak bagi tu, bagilah aku buku ya (Ini bukan permintaan aku. Nafsu aku kata begitu) Lepas ni aku kaya harapnya. Ana kayalah! Ana kayalah!
Terima kasih Amar Razali, VU Station B353607, 2301 Vanderbilt Place, Nashville, TN37235-3607, United States of America. Aku dah terima bungkusan ini. Bolehkan aku siarkan alamat kau di sini? Kalau ada mana-mana gadis seksi yang berkunjung ke rumah kau, janganlah salahkan aku pulak. Okey, tunggu pula bungkusan balas aku sempena hari lahirmu. Oh ya, lupa pula aku mahu dapatkan hari tarikh lahirmu. Tanggal berapa kau lahir? Bulan sepuluh ka? Lambat lagi nampaknya. Tak apalah... Anggaplah hari-hari adalah hari lahir kau.
Terima kasih! Aku suka.
Apa pula hadiah hari lahir anda yang anda suka setakat ini?
P/s : Selalunya kalau hari lahir orang yang tersayang aku berikan sepenuh hati yang ikhlas tanpa berbelah bahagi kepadanya. Apa dia? CINTA dan KASIH SAYANG jawapannya. Sehinggakan dia menolak aku mahu hadiahkannya satu set bra dan briefs kaler merah. Takut seladang kejar waktu malam katanya. Aduish... Dia perli aku ni!
____
Lawatan berkarya :
5 comments:
jwb status YM yg bertajuk "Oit! lupakah, hari ini hari lahir aku"
Tak lupa. Cuma.
Tak tahu!
selamat hari tua!
Eh bukan...
selama hari matang (makin)
heh!
Sama-sama. Gembira dan syukur akhirnya buku tu dah selamat sampai kepada tuan barunya. Buku tu sangat bagus, menceritkan perjuangan golongan miskin dalam menempuh kehidupan sehari-hari.
It was one of my fav books! Happy reading.
Tak sangka pula buku tu sampai pada hari jadi ke 29. Itu bonus!
Selamat Hari Lahir.
Happy Birthday.
Wah! Aquarian Rules!!
ooo..
oh.
hepi belated bday. dah masuk 10hb kan. ha ha ha.
Post a Comment