Kalau kau terlalu berharap pada sesuatu, janganlah kau terlalu mengharap dan meletakkan harapan itu terlalu tinggi menggunung. Nanti kau yang kecewa. Aku bukan mahu salahkan sektor awam ni, tapi aku sendiri sudah mengalaminya. Sebab itulah aku malas mahu masuk sektor awam. Nanti dituduh aku pemalas pulak! Tapi, aku tak bolehlah membuat rumusan semua sektor awam ni lembap.
Pengarah Jabatan X yang aku jumpa pada 15 Mei 2007 mengatakan begini. "Dalam 2 minggu, dokumen awak dah boleh disiapkan. Kita akan hantar surat atau awak boleh telefon sini." Aku jawab "baiklah, cukup 2 minggu saya akan susul. Harapnya menjadi realiti."
Aku sentiasa berharap selepas hari kejadian. Aku harap dokumen tu boleh siap seperti yang dijanjikan. Sebelum aku pulang dari Jabatan tu pun aku ada terbaca piagam pelanggan mengenainya. Maka, aku yakin dan percaya kepada Jabatan X ni. Dalam temph 2 minggu urusan dah selesai.
Jadi, 2 minggu selepas itu, aku terus menelefon Jabatan X iaitu pada 28 Mei 2007. Lalu aku disambungkan ke talian yang dikehendaki. Tiada orang angkat. Petang itu aku telefon lagi dan bertanyakan siapa yang urus pasal dokumen aku. Dia beri nombor telefon, aku telefon berkali-kali tetapi tidak berngangkat. Hati dah panas. Esok aku telefon lagi dan bagitau operator dah berkali-kali telefon tapi tiada orang angkat. "Dia tak kerja ke atau mengular" Lalu, dia sambungkan kepada orang lain. Aku tanya orang tu, "kenapa saya telefon tiada orang angkat encik?" Boleh dia jawab "Dia memang tak angkat telefon kerana dia sibuk. Tapi dia ada di pejabat di biliknya." Dia beri aku nombor alternatif talian untuk dihubungi.
Esoknya, aku telefon nombor yang diberi. "Boleh tolong semak dokumen saya dah siap ke belum? Pengarah bagitau boleh siap dalam 2 minggu je." Dia meminta nombor Kad Pengenalan dan nama. Aku beri. "Maaf encik, belum siap lagi. Telefon kami dalam seminggu lagi."
Selepas seminggu aku telefon lagi kerana aku terus berharap "Maaf encik belum siap lagi..." Aku dah bengang. "Habis bila boleh siap ye?" Dia jawab "Encik telefon seminggu lagi." Selepas seminggu aku malas nak telefon lagi tapi masih beharap. Sehingga pada 17 Julai 2007 aku telefon semula.
"Encik buat bayaran bila?" Dia
"Saya buat pada 14 Mei 2007. Sebanyak RM100" Aku
"Maaf Encik belum siap lagi." Dia
"Agak-agak bila boleh siap ni! kata 2 minggu. Tapi sekarang nak masuk 3 bulan dah. Susah sangat ke nak siapkan benda tu?" Aku
"Banyak dokumen encik kita kena siapkan. Encik baru 3 bulan. Sekurang-kurangnya 4 bulan boleh siap." Dia
"Kata 2 minggu. Tapi 4 bulan. Mana boleh macam ni! Apa yang susah sangat buat dokumen tu. Ada masalah ke?" Aku
"Bukan encik, kita kekurangan kakitangan ni, banyak dokumen nak dibuat." Dia
"Itu masalah Jabatan awak, kena selesaikanlah. Kalau macamni saya tulis surat pada Pak Lah lah" Aku terus meletak gagang telefon dengan hati yang panas dan terus berhenti berharap. Ya, aku berhenti berharap!
No comments:
Post a Comment