30.7.07

Percambahan minda II

"Pelan digital guna tanah yang kita dapat hanya mengandungi satu layer. Sesiapa yang tak tahu layer ia juga dinamakan lapisan. Sedangkan kalau ikut format Bahagian Teknologi Maklumat, J*** HQ. Kita perlukan tiga lapisan pelan digital guna tanah. Contohnya begini: Guna tanah semasa : Institusi; Aktiviti : Pendidikan; Aktiviti2 : Sekolah Rendah; Catatan : Sekolah Kebangsaan Kubang Empat."

"Huh! Jangan kata satu layer. Tiga layer kita boleh kasi... Kalau nak suh kita buat kita boleh buat."

Aku dengar ada suara-suara sumbang di belakang. Aku syak suara tu dari kroni dan kumpulan sekongkol Pejabat P*****. Aku syak juga, mereka buat lawak kot. Ya, mereka buat lawak. Kah kah kah...

"Seharusnya penyerahan data kepada perunding hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut; Peta Asas, Guna Tanah Semasa, Guna Tanah komited, Sempadan Daerah, Sempadan Mukim, Lain-lain lapisan data yang dikumpul & Metadata Pengkalan Data GIS..."


"Habis apa yang mereka serah? Mereka serah lot tanah yang mengandungi kod guna tanah satu layer saja yang hanya lengkap 50 peratus saja. Mampus!"

"Kalau Pejabat P***** tak boleh buat, cakaplah tak boleh buat. Kan boleh outsource kepada konsultan. Tapi, bukan guna peruntukan kajian sebab ini semua kerja-kerja di peringkat mobilisasi. Paham!.."

Aku jadi geram! Baju aku koyak. Rambut tercacak, badan bertukar berwarna hijau. Grrr.. Habis duit kerajaan dibazirkan kerana menyelesaikan isu yang bukan strategik. Dan buat kerja sambil lewa. Ha ha ha..! Nanti, kita juga yang disalahkan. Itu yang aku tak mahu.

Nota : Selepas kejadian ini, kami semakin erat bekerjasama.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau Pejabat Projek ini tahu siapa u...pasti company u kena banned dgn jabatan tu atau mana-mana projek kerajaan. Habis firm u gulung tikar. I dengar Pengarah baru Pej Proj M***** lagi garang dari pengarah lama.