4.12.08

Belajar dari kesilapan lebih baik dari buat kesilapan untuk belajar


Sekali lagi kita dalam rancangan...

[ Mari bercerita bersama Ustaz Saidin. Alhamdulillah.. ]

[ Assalamualaikum semua... ]

[ Waalaikum salam warahmatullahi wabarakatuh...]

[ Apa khabar adik-adik...? ]

[ Baikkkkk... ]

[ DIAM PENDEK ]

[ Ya adik-adik, ]

Al-kisah, lamaaaaa... dulu di Istana Kunta-Kinte. Istana apaaaa??

[ Kunta-Kinte]

Telah bersemayam tiga orang anak-beranak diRaja ya. Raja (Jinseng). Permaisuri (Jin two) dan si putera raja (Jintan). Adapun diriwayatkan kisah ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mangkat dijulang. Ia fiksyen semata. Berlaku sekitar tahun gajah.

[ Ya adik-adik, ]

Sebermulalah si Jintan ini ada belajar mengenai ilmu perpaipan berdikit-dikit. Ya, dia ada belajar. Jika menurut catatan Hikayat Leman Panas. Pun begitu, Kemahiran Hidup Bersepadu : Pilihan A menjadi pilihannya. Misalnya mengenali jenis-jenis paip yang dipakai oleh Raja-raja, sistem perpaipan ringkas di dalam Istana, cara-cara memperbaiki kerosakan paip di terowong, mangatasi kerosakan perangkap di singki habitat serangga, penggunaan jenis-jenis perangkap dan lain-lain lagi. Pendek kata, kerja-kerja plumber la. Di kala itu, kalau si Jintan lulus peperiksaan perpaipan nescayalah beliau menjadi perintis. Dan kerjayanya sangat laku. Sangat apa???

[ Laku.. ]

[ Ya adik-adik.., Adik-adik nak tau apa terjadi selepas ini?]

[ Naaaaaaaakkkkk!!! ]

Arakian, satu purnama, kepala paip di Istana Kunta-Kinte telahpun rosak. Di singki bahagian dapur. Tempat cuci pinggan mangkuk di belakang istana letaknya. Sesendalnya dah rosak ke longgar lah, entahlah. Sayugia, dengan sekali kerling saja si Jintan sudah arif akan masalah itu. Belum disentuhnya lagi tu. Inilah baru dikatakan plumber hebat. Dalam hati beliau berbisik. Sekali tengok dah tau masalah. Aaaahhh.. Hebat tak?

[ Hebaaaaaatttttt... ]

Menurut Bondanya, paip itu tak boleh ditutup rapat. Airnya menitik tak henti-henti. Sudah disuruhnya Baginda Raja, Jinseng memperbetulkan akan hal itu tetapi ayahanda control macho pula. Jadinya, Jintan rasa tercabar dan terpanggil pulak melihatkan ayahandanya buat isyarat bahasa badan begitu.

[ Kemudian, apa permaisuri kata adik-adik??? ]

[ DIAM PENDEK ]

[ Dia pun berkata, ]

"Anakanda sangat arif ka dalam hal pulih-memulih dan baiki-membaiki kepala paip itu?"

"Ek eleh.. Apalah nak dimasyghulkan mengenainya. Anakanda sudah belajar selok-belok ilmu perpaipan ini semualah Bonda.. Ini baru kepala paip sebesar tapak tangan."

[ Uuuikkksss.. Angkuhnya si Jintan ya adik-adik.. ]

[ DIAM PENDEK ]

"Paip itu sudah tak berguna. Tidak boleh dipulas rapat. Barangkali sesendal getahnya sudah rosak agaknya." ujar Bondanya.

"Iya. Iya. Tak apalah Bonda, Anakanda sudah belajar fasal yang kelapan masalah yang terjadi ke atas paip-paip ni. Factory-factory, gudang-gudang, estet-estet dan ladang kuda sudah menjadi biasa anakanda membaikinya. Bonda usahlah runsing dan masyghul. Bonda duduk aja relaxlah. Biar Anakanda kasi settle lah."

[ Ding ding tekeding ding ding ding..! ]

Tiga puluh minit kemudian, Bonda menuju ke dapur.

[ Jeng jeng jeng... ]

[ Adik-adik tahu apa jadi selepas itu? ]

[ Taaaaakkkkk...!! ]

"Uiks! Apa barang? Apa yang basah lencun semua di serambi dapur ni Ananda?"

[ DIAM PENDEK ]

"Air terpancut-pancut keluar dengan laju tadi Bonda…"

Pap! Bonda menepuk dahi.

"Huh! Anakanda bilang sudah belajar! Selok-belok ilmu perpaipan. Bull shit! Lain kali tutuplah dulu kepala paip utama di luar Istana sana tu… Jika tidak, maka memancutlah air paip ni. Alahai... Ananda oii"

Jintam pun menunduk kaku. Hatinya remuk. Mukanya tebal menahan malu. Meminta ampun kurnia dari Bonda tercinta.

"Ampunkan patik Bonda. Anakanda belajar dari kesilapan. Kesilapan juga belajar dari Anakanda. Hehehe..."

Permaisuri bonda sudah tertawa mengekek-kekek.

[ Ding ding tekeding ding ding ding..! ]

[ Habis..!! Apa yang kita boleh ambil iktibar dari cerita ini adik-adik...?? Saaaaaaaangatlah banyak ye... Baiklah, sorang-sorang. Kita mula dengan Arif Danialdin ]

[ DIAM PENDEK ]

"Apa yang kita pelajari hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok, tapi kalau tidak belajar hari ini sudah tentu kita akan menjadi manusia sebodoh-bodohnya pada hari esok." Arif Danialdin.

[ Lagi.. ]

"Mana yang kita rela? Rela mencuba sesuatu dan gagal daripada tidak mencuba langsung dan dianggap berjaya." Anwar Kharil.

[ Lagi.. ]

"Hidup untuk hari ini ialah dengan mempelajari kelmarin, tapi sasaran untuk esok hari ialah dengan perancangan hari ini." Hazizah Derus.

[ Lagi.. ]

"Memiliki kepintaran sahaja sebenarnya belumlah cukup. Yang betul, memiliki kemahiran berfikir dengan kepintaran." Haliza Eliza.

[ Lagi.. ]

"Kejayaan adalah hasil penggunaan maksimum kebolehan yang ada pada diri kita." Zamborina

[ Lagi.. ]

"Kegagalan hanya satu persimpangan dan bukanlah satu jalan mati. Jumpa jalan mati, patah balik lah." Arif Faisol.

[ Lagi.. ]

"Mempercayai diri kita lemah sebelum benar-benar terbukti kita lemah adalah kelemahan kita yang paling lemah. Maka, lemahlah kita..." Siti Khatijah Hajar.

[ Lagi.. ]

"Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh." Nur Senahusna.

[ Lagi.. ]

"Kita sebenarnya tidak lemas kerana terjatuh dalam air yang dalam, tetapi kita akan lemas jika kita terus berada di dalamnya. Jin suka duduk di tandas." Dang Mahanum.

[ Lagi.. ]

"Satu kesalahan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup kita ialah terus menerus bimbang yang kita akan lakukan kesalahan." Syakiratun Alamin.

[ Lagi.. ]

"Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun ada kalanya yang diusahakan itu gagal." Hamimatun Sa'adiah


[ Ok.. Bagus. Bagaimana dengan adik-adik di luar sana?? Apa pengajarannya? Sila respon di emel Mari bercerita bersama Ustaz Saidin di TV10, Dekat di mata... ]

[ Alhamdulillah... ]

[ Assalamualakum, ba-bye, jumpa lagi... ]


Ini gambar di mana Ustaz Saidin mendapat pembelajaran awal di sekolah sekular sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sidogiri, Jawa Timur (2 tahun), Mesir (1 tahun) Edinburgh, Scotland (2.5 tahun). Sekarang Ustaz Saidin penda'wah bebas lebih hebat dari Ustaz Akhil Hayy.


.

4 comments:

AiE bAhRi said...

Salam ustaz saidin..
saya suka setiap celoteh ustaz dalam rancangan ini..
Saya akan nantikan untuk episod akan datang di TV10 dekat di mata.
Banyak pelajaran saya perolehi di sini.

Terima kasih ustaz..=)

*saya doakan anda akan menjadi ustaz sehebat ustaz Akhil Hayy

tasekM said...

penatnya aku membaca. haih~




.

addyaholix said...

ada buat dlm bentuk vcd?

haha

silent paranorm said...

ustaz xde kuliah personal.. payment kad plastik boleh..